inputs
stringlengths 9
3.4k
| targets
stringlengths 1
10.2k
| language
stringclasses 1
value | language_code
stringclasses 1
value | annotation_type
stringclasses 2
values | user_id
stringlengths 64
64
|
---|---|---|---|---|---|
Nyatakan gas yang menyumbang kepada kesan rumah hijau? | Wap air, karbon dioksida, metana dan ozon | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jelaskan maksud peribahasa, "Bagai buluh ditarik songsang"? | Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699 |
Kerja apa yang berkaitan dengan datang dengan idea? Berdasarkan soalan sebelumnya, tulis konteks yang mengandungi jawapannya. Ia boleh menjadi 1 - 20 ayat. Konteks: | Nikola Tesla (Serbian Cyrillic: Никола Тесла; 10 Julai 1856 hingga 7 Januari 1943) ialah seorang penemu Amerika Serbia, jurutera elektrik, jurutera mekanikal, ahli fizik, dan ahli futurisme yang terkenal dengan sumbangannya dalam reka bentuk sistem bekalan elektrik arus ulang alik (AC) moden. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Pilih jawapan yang betul untuk soalan berikut. Bagaimanakah mengelak membrek secara mengejut semasa memandu?
A. Memastikan jarak mengekori yang selamat
B. Memandu dengan laju semasa menghampiri lampu isyarat
C. Mengekori kenderaan di hadapan dengan jarak sifar | Jawapan yang betul ialah A. Memastikan jarak mengekori yang selamat | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Berikan penerangan ringkas untuk Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam ayat-ayat yang tidak melebihi 80 perkataan. | Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia. Kampus utama terletak di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan dan kampus di Pandan Indah, Kuala Lumpur pula dikhaskan untuk pelajar-pelajar Fakulti Perubatan dan Kesihatan (FPSK) serta Fakulti Pergigian (FPg).
USIM merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tunjukkan resipi untuk singgang daging Kelantan dengan langkah-langkah yang terperinci. | Bahan: ½ kg daging lembu segar, 1 inci lengkuas. ½ inci halia, 5 biji bawang merah kecil, 3 ulas bawang putih, 2 keping asam gelugor, 3 biji cili kering, 1 sudu besar ketumbar, 1 sudu besar budu, Garam dan gula secukup rasa, Air secukupnya
Cara penyediaan:
1. Potong daging nipis-nipis melintang urat supaya cepat empuk.
2. Mayang bawang merah dan bawang putih. Potong juliene (seperti batang mancis) lengkuas dan halia.Potong dua cili kering.
3. Tumbuk kasar ketumbar.
Cara memasak:
1. Masukkan semua bahan kecuali garam, gula dan budu ke dalam periuk. Masukkan air.
2. Tutup periuk dan rebus dengan api sederhana sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu.
3. Perasakan dengan garam, gula dan budu. Biarkan seketika, kemudian bolehkan tutup api.
4. Angkat dan hidangkan
| Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'burung gagak itu jikalau dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih warnanya'? | Ia bermaksud orang yang sudah bertabiat jahat tidak dapat dibaiki lagi | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Melentur buluh biarlah dari rebungnya | Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699 |
Apakah perbezaan antara GERD dan gastrik? | Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) dan gastrik adalah dua gangguan gastrointestinal atau gastrousus yang sering mempengaruhi kehidupan sehari-hari seseorang. Meskipun gejalanya agak sama dan mirip, keduanya memiliki perbezaan.
Penyakit gastrik lebih berkaitan dengan perut. Di dalam perut kita terdapat satu lapisan mukosa yang bertindak sebagai penghalang atau pelindung lapisan perut kita. Apabila kita makan, makanan tersebut akan melalui proses penghadaman. Ia berlaku apabila Asid hidroklorik tidak stabil semasa proses penghadaman makanan tersebut. Asid hidroklorik merupakan antara asid yang kuat dan mampu menghakis dan boleh mencederakan lapisan perut sekiranya terkena. Sekiranya lapisan mukosa tadi menipis ia boleh menyebabkan bengkak, atau dinding perut luka dan menyebabkan berlakunya gastrik.
GERD pula lebih kepada radang dibahagian esophagus atau salur makan. Dibahagian perut kita yang bersambung dengan salur makan terdapat satu injap yang dipanggil Lower Esophagus Splichter (LES). LES ini berfungsi menyekat pengaliran semula asid perut ke salur makan semasa proses penghadaman. Asid refluks terjadi apabila LES gagal berfungsi dan tidak tertutup yang menyebabkan asid perut yang dirembeskan semasa penghadaman makanan tadi berbalik ke dalam saluran esophagus atau salur makan atau kerongkong. Apabila asid ini berbalik ke saluran salur makan, struktur dinding esophagus tidak mampu mengendalikan asid tersebut dan menyebabkan rasa terbakar yang dikenali sebagai pedih ulu hati. GERD pula terjadi apabila asid refluks berlaku dengan kerap atau lebih 2 kali dalam seminggu sehingga menyebabkan asid menghakis lapisan salur makan. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah resipi untuk kuih karas yang merupakan kuih-muih tradisional Melayu? | Kuih karas merupakan sejenis kuih tradisional dari Malaysia. Kuih ini juga dikenali sebagai "karipap" di beberapa daerah.
Bahan-bahan: ½ cawan gula, ½ cawan air, Pewarna jika suka, ½ bungkus bihun (dicuci),1 cawan minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Masak air gula hingga gula larut.
2. Masukkan bihun. Kacau sebati.
3. Kemudian, angkat dan toskan.
4. Panaskan minyak dan ambil sedikit bihun yang dah disira dengan gula.
5. Goreng sehingga kembang, kemudian terus masukkan ke dalam gelas plastik.
6. Tekan atau hentakkan guna gelas plastik yang lain.
7. Ulang langkah 1 – 6 hingga adunan habis.
8. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
9. Sedia untuk dihidang. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
Ayat pasif: Tugas itu dijalankannya dengan penuh tanggungjawab.
| Ayat aktif yang betul ialah 'Dia menjalankan tugas itu dengan penuh tanggungjawab.' | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jawab soalan teka-teki ini: Lori pengangkut sampah besar and kuat. Taukah anda kekuatannya datang dari mana? | Jawapannya ialah minyak diesel. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'buang bunga ke jirat'? | Ia bermaksud berbudi kepada seseorang yang tidak mengenang (memerlukan) budi orang | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Ayat 1: Pada tahun 2005, penerbitan Retro Gamer dikreditkan pasukan Elite dalam Jilid 2-Issue 1 sebagai Richard Benton, Matthew Hyden dan Steve Wilcox. Pada tahun 2005, Retro Gamer mengeluarkan kumpulan elit dalam jilid 2 edisi 1 sebagai Richard Benton, Matthew Hyden dan Steve Wilcox dikreditkan. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama? Ya atau tidak? | Ya. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "air dicencang tidak akan putus". Berikan satu contoh ayat untuk peribahasa tersebut. | Ia bermaksud perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula. Contoh ayat: Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c |
Jawab soalan yang rumit ini: Bawang Robinson tumbuh di Ferry County di negeri tertentu; apakah ibu negara negeri itu? | Olympia | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan"? | Ia bermaksud hidup susah di negeri mewah | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bapa angkat"? Berikan satu contoh ayat untuk simpulan bahasa ini. | Ia bermaksud orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita tanpa pertalian darah.
Contoh: "Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri," kata Salmah kepada Karim. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Cadangan Dan Langkah Memperbaiki Pengangkutan Awam. | Dalam meniti arus kemodenan ini, perkhidmatan pengangkutan awam negara adalah penting dalam meransang ekonomi negara. Pengangkutan awam boleh didefinisikan sebagai sistem pengangkutan untuk penumpang secara berkumpulan yang tersedia untuk digunakan oleh orang awam. Kebiasaannya dikendalikan mengikut jadual, laluan yang telah ditetapkan dan bayaran akan dikenakan untuk setiap perjalanan. Perkhidmatan pengangkutan awam yang baik bakal memberi manfaat yang banyak kepada rakyat mahupun pelancong asing untuk mengakses destinasi yang ingin dikunjungi dengan mudah. Maka, kita sewajarnya mengenal pasti langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memperbaiki pengangkutan awam.
Sebagai langkah pertama, pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengurus pengangkutan awam di bandar mahupun negeri hendaklah mengenal pasti dan mengkaji secara berkala kawasan yang betul-betul memerlukan pengangkutan awam. Pembancian dan pengumpulan data maklumat terkini tidak lagi dilihat sebagai cara yang kolot kerana dengan kecanggihan teknologi ia mampu memudahkan proses tersebut dari segi masa dan tahap keberkesanan pembancian. Bak kata peribahasa Melayu, lain dahulu lain sekarang. Kerjasama dengan pegawai perancang bandar dan desa juga hendaklah diperlukan agar laluan pengangkutan awam yang terbaik dapat dirancang dan dilaksanakan. Tahap ketersampaian kawasan awam seperti pasar, sekolah, terminal bas dan bangunan kerajaan akan memudahkan rakyat sekaligus menambah pengguna perkhidmatan pengangkutan awam.
Pada waktu yang sama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hendaklah memperketat penguatkuasaan undang-undang ke atas kenderaan pengangkutan awam. Pengangkutan awam di Malaysia tidak terhad kepada inisiatif kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, polisi membuka peluang untuk pengusaha tempatan membina rangkaian pengangkutan awam swasta telah membantu memajukan pengangkutan awam tetapi longgar dari segi peraturan dan pelaksanaan. Misalnya, pengusaha swasta menggunakan kenderaan yang melebihi usia 10 hingga 20 tahun untuk operasi mereka. Tindakan yang tegas hendaklah dilakukan seperti menamatkan permit perusahaan pengangkutan awam. Selain dapat menjaga keselamatan pengguna, langkah ini penting untuk memberikan keselesaan kepada pengguna perkhidmatan pengangkutan awam. Maka, pemberian lesen perusahaan pengangkutan awam sewajarnya diperketatkan dan pemantauan yang kerap daripada pihak berkuasa menjamin kualiti perkhidmatan pengangkutan awam.
Selain itu, langkah yang boleh dilaksanakan bagi memperbaiki pengangkutan awam adalah dengan menggunakan tenaga alternatif seperti elektrik di setiap kenderaan pengangkutan awam. Hal ini dapat mengelakkan penggunaan petrol yang harganya berdasarkan pasaran dunia dan semakin meningkat dari hari ke hari. Maka, pendekatan alternatif yang menggunakan sumber tenaga lain dan murah adalah langkah terbaik dalam mengurangkan kos perkhidmatan pengangkutan awam. Tambahan pula, terdapat sebuah syarikat tempatan, Eletrik Bas Inovasi Malaysia (EBIM) yang telah berjaya menghasilkan produk bus eletrik menggunakan 100 peratus tenaga kerja mahir tempatan. Mereka hanya memerlukan pelabur dan sumber kewangan yang kukuh untuk melaksanakan produksi berskala besar agar dapat menyumbang kepada pengangkutan awam negara sekaligus mempromosi kemahiran tenaga kerja tempatan ke peringkat global.
Langkah seterusnya adalah dengan melihat kepada golongan yang disasarkan untuk menggunakan perkhidmatan ini iaitu orang awam. Semua orang awam sudah pasti ada telefon pintar masing masing dan ini merupakan kelebihan yang perlu dimanfaatkan pengusaha-pengusaha pengangkutan awam dengan membangunkan aplikasi pengangkutan awam. Sebagai contoh, kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan aplikasi Smart Selangor di mana pengguna aplikasi tersebut dapat menjejaki lokasi sebenar bas percuma yang disediakan. Perkara ini dapat membantu pengguna merancang perjalanan mereka dengan merujuk masa yang dikongsikan oleh aplikasi tersebut waktu jangkaan bas awam akan tiba di perhentian yang diinginkan. Teknologi ini akan menambah keberkesanan perkhidmatan awam serta menyaingi perkhidmatan e-hailing.
Kesimpulannya, pelbagai langkah boleh diatur untuk menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. Sikap yang mementingkan keuntungan dan monopoli dalam perkhidmatan pengangkutan awam hendaklah dielakkan kerana ia merupakan tanggungjawab sosial dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat dan negara khususnya. Sekiranya perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan lebih berkualiti, kondusif dan konsisten, ia mampu menarik kepercayaan orang awam dan pelancong secara tidak langsung untuk menuju ke destinasi yang mereka rancang. Langkah yang holistik perlu disusun supaya perkhidmatan pengangkutan awam dapat memberi manfaat kepada rakyat dan menjadi model terbaik untuk negara-negara lain. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai anjing beranak enam"? | perempuan yang kurus telah melahirkan anak. | Standard Malay | zsm | re-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Jawab soalan teka-teki berikut: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
| Jawapan: Seluar dalam | Standard Malay | zsm | original-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Jawab soalan berikut. Siapakah yang mempunyai Anugerah Gold Glove terbanyak dalam sejarah besbol | pemain Greg Maddux | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah koleh lemak? | Kuih koleh lemak ini merupakan kuih tradisi Terengganu. Ianya dikatakan jarang ditemui pada masa kini. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jelaskan tugas-tugas eksekutif Yang di-Pertuan Agong di Malaysia. | Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas eksekutif dan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri. Baginda juga melantik Perdana Menteri, Jemaah Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri. Baginda mempunyai kuasa untuk membuat perlantikan untuk jawatan penting seperti Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Audit Negara, ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan ahli Suruhanjaya. Baginda mengetuai bidang ketenteraan dengan melantik polis dan sejumlah ahli dalam Majlis Angkatan Tentera. Baginda ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dan bertanggungjawab ke atas Majlis Angkatan Tentera. Sebagai tanggungjawab diplomatik, baginda juga melantik diplomat Malaysia ke luar negara dan menerima mengadap diplomat asing | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Ada sepasang suami isteri, isteri dia mengandung dan nak bersalin. Suami dia bawak la ke hospital. Bila isteri dia selamat bersalin, diorang bagi anak dia nama selina. Kenapa diorg letak nama selina?
| Jawapan: Sebab Anak dia perempuan | Standard Malay | zsm | original-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Apakah maksud 'musuh jangan dicari-cari, bersua jangan dielakkan'? | Ia bermaksud musuh janganlah dicari-cari tetapi jika datang sendiri jangan pula takut | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'berpaut sehasta tali'? | Ia bermaksud tidak dapat berbuat sesuatu dengan sesuka hati | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Tempat Titanic bersemadi. | Jawapannya ialah Lautan Atlantik. Kapal Titanic tenggelam di Lautan Atlantik dan kini bangkai kapal tersebut masih di dasar lautan. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'mandi tian'? | Ia bermaksud upacara mandi ketika perempuan mengandung tujuh bulan untuk kali pertama | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah latar belakang Bank Standard Chartered? | (SCB) Standard Chatered plc ialah syarikat perbankan dan kewangan multinasional Inggeris yang beribu pejabat di London, England. Ia mengendalikan rangkaian lebih daripada 1,200 cawangan (termasuk anak syarikat, syarikat bersekutu dan usaha sama) di lebih daripada 70 negara dan mempunyai sekitar 87,000 orang. Ia adalah sebuah bank sejagat dengan operasi dalam perbankan pengguna, korporat dan institusi, dan perkhidmatan perbendaharaan. Biarpun berpangkalan di UK, ia tidak menjalankan perbankan runcit di UK, dan sekitar 90% keuntungannya berasal dari Asia, Afrika dan Timur Tengah.
(SCB) Standard Chartered Bank mempunyai penyenaraian utama di Bursa Saham London dan merupakan penyusun Indeks FTSE 100. Ia mempunyai permodalan pasaran kira-kira £24.4 bilion pada 4 April 2017, syarikat terbesar ke 28 mana-mana syarikat dengan penyenaraian utama di Bursa Saham London. Ia mempunyai senarai sekunder di Bursa Saham Hong Kong dan Bursa Saham Kebangsaan India. Pemegang saham terbesarnya ialah Temasek Holdings milik Kerajaan Singapura.
José Viñals ialah Pengerusi Kumpulan (SCB) Standard Chartered. Bill Winters ialah Ketua Eksekutif Kumpulan. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Pilih jawapan yang betul untuk soalan berikut: Semasa lesen memandu digantung, apakah yang pemandu tidak boleh buat?
A. Mencuci kenderaan
B. Memandu di jalan raya
C. Menaiki kenderaan awam | Jawapan yang betul ialah B. Memandu di jalan raya | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah soalan untuk: "Pelakon yang bermain Lolita, Sue Lyon berumur empat belas tahun semasa penggambaran. "? Topiknya ialah Lolita (filem 1962). | "Berapakah umur Sue Lyon ketika penggambaran Lolita?" | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tuliskan satu antara dua orang. Amira telah terpilih sebagai Murid Cemerlang dan Ainnur ingin menemu ramahnya. | Amira : Selamat pagi, Ainnur. Silakan duduk.
Ainnur : Terima kasih. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudari kerana telah terpilih sebagai Murid Cemerlang.
Amira : Terima kasih. Saya berasa bersyukur atas kejayaan saya ini. Apakah tujuan awak datang ke sini?
Ainnur : Tujuan saya datang ke sini adalah untuk menemu ramah saudari.
Amira : Boleh, apa salahnya.
Ainnur : Siapakah yang banyak mendorong saudari untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik?
Amira : Orang yang banyak membantu saya tentulah guru-guru dan ibu bapa saya. Jadi, mereka jugalah yang banyak mendorong saya mencapai kejayaan ini.
Ainnur : Bagaimanakah saudari boleh terpilih sebagai murid cemerlang?
Amira : Saya tidak pasti tetapi mungkin kerana saya selalu mendapat keputusan yang baik dalam ujian dan peperiksaan termasuk peperiksaan UPSR yang telah diumumkan baru-baru ini. Selain itu, saya banyak mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan termasuklah pertandingan diperingkat daerah dan negeri. Di samping itu juga, saya tidak pernah terlibat dengan masalah disiplin di sekolah.
Ainnur : Oh, kalau begitu memang selayaknya kamu dipilih sebagai murid cemerlang! Apakah nasihat saudari kepada rakan-rakan yang ingin berjaya dalam pelajaran?
Amira : Nasihat saya kepada rakan-rakan supaya mendengar nasihat guru dan ibu bapa serta menumpukan perhatian semasa guru mengajar.
Ainnur : Terima kasih atas kesudian saudari untuk ditemu ramah.
Amira : Sama-sama. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'getah-getah dibawa ke lalang'? | Ia bermaksud orang yang pandai itu mudah sekali menipu barang siapa yang bergaul dengannya | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah resipi untuk Semperit Susu sebagai biskut raya? Tunjukkan langkah-langkah terperinci. | Bahan-bahan : Butter 250 g, Susu pekat 250 g, Tepung jagung 500 g, Tepung gandum 50 g.
Cara-cara :
1. Campurkan kesemua bahan.
2. Uli adunan hingga dapat doh yang sesuai tidak terlampau keras ataupun lembik.
3. Gunakan acuan tembaga pecah 15. Tekan dan letakkan choco chip.
4. Lepas tekan, diamkan dalam 20 minit atau lebih supaya bunga tidak akan jatuh selepas bakar. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jelaskan persiapan sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara.
| Pemasyhuran kemerdekaan negara adalah satu acara penting yang biasanya diadakan untuk merayakan kemerdekaan suatu negara daripada pemerintahan asing atau penjajahan. Berikut adalah beberapa langkah umum yang dilakukan dalam persiapan sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara:
Perancangan Awal: Persiapan biasanya bermula beberapa bulan sebelum tarikh sambutan kemerdekaan. Pihak berkuasa akan merancang acara-acara yang akan diadakan, mengatur jadual, dan menentukan tema atau konsep sambutan.
Kerjasama Antara Agensi: Pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta mungkin terlibat dalam persiapan sambutan ini. Agensi tersebut termasuk kementerian, pihak berkuasa tempatan, pihak berkenaan dengan keselamatan dan trafik, serta badan-badan yang berkaitan.
Pengesahan Jadual dan Acara: Jadual lengkap acara sambutan perlu disiapkan, termasuk waktu, tempat, dan jenis acara yang akan diadakan. Ini mungkin termasuk perarakan, majlis rasmi, persembahan seni dan budaya, pertunjukan muzik, dan banyak lagi.
Pertukaran Maklumat: Maklumat mengenai sambutan kemerdekaan perlu diumumkan secara meluas kepada masyarakat, termasuk tempat dan waktu di mana acara-acara akan berlangsung. Ini boleh dilakukan melalui media massa, laman web rasmi, dan sosial media.
Penyediaan Tempat dan Dekorasi: Tempat di mana acara-acara akan diadakan perlu disiapkan dan dihias dengan sesuai. Dekorasi merangkumi elemen-elemen seperti bendera kebangsaan, hiasan tema, serta replika lambang-lambang kemerdekaan.
Latihan dan Persiapan Peserta: Peserta yang terlibat dalam perarakan, persembahan seni, dan acara lain perlu menjalani latihan untuk memastikan kelancaran dan kualiti sambutan. Ini termasuk pasukan tentera, pasukan polis, pasukan perarakan, dan penyanyi.
Keselamatan dan Pengawasan: Langkah-langkah keselamatan dan pengawasan perlu diberi penekanan, terutamanya semasa acara-acara besar seperti perarakan. Ini termasuk pengawalan trafik, kawalan pergerakan orang awam, dan penjagaan tempat-tempat penting.
Perlindungan Alam Sekitar: Persiapan juga perlu difokuskan pada perlindungan alam sekitar semasa sambutan. Ini boleh merangkumi usaha seperti pengurusan sisa, penggunaan kertas daur ulang, dan inisiatif lestari.
Teknologi dan Rekabentuk Media: Sambutan kemerdekaan semasa ini juga sering menggunakan teknologi canggih untuk memperkayakan acara-acara. Ini termasuk proyeksi visual, efek khas, dan persembahan multimedia.
Kerjasama Antarabangsa: Kadang-kadang, sambutan kemerdekaan juga melibatkan kunjungan diplomatik dari negara-negara sahabat. Persiapan ini merangkumi penyediaan untuk tamu asing dan protokol diplomatik.
Keseluruhannya, persiapan sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara adalah usaha kolektif yang melibatkan pelbagai aspek untuk memastikan acara-acara ini berjalan lancar dan meriah. Ia juga memberikan peluang kepada rakyat negara untuk bersatu dan merayakan kemajuan serta pencapaian negara mereka. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 736cb4c4aa81fd6d442c75fcb899b51a14b4355f89fa6fe014ee98beab059512 |
Apakah maksud "bagai ada nasi di balik kerak"? | Maksudnya adalah masih ada yang belum selesai | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jamal menerima pendapatan aktif bulanan sebanyak RM4 500 dan pendapatan pasif
sebanyak RM700 hasil dari sewaan rumah sewanya di bandar Kuala Nerang. Diberi
bahawa perbelanjaan tetap dan tidak tetap beliau pada bulan lepas masing-masing
adalah sebanyak RM1 930 dan RM810. Hitung aliran tunai Jamal pada bulan ini
sekiranya beliau menaikkan harga sewa rumah sebanyak 20% dan perbelanjaan tidak
tetap beliau turut meningkat sebanyak dua kali ganda akibat kecemasan. | Harga sewa rumah bulan ini ialah RM700 x 120% = RM840. Perbelanjaan tidak tetap islah RM810 x 2 = RM 1620. Aliran tunai masuk Jamal pada bulan ini ialah RM4500 + RM 840 - RM 1930 - RM 1620 = RM 1790. | Standard Malay | zsm | original-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Siapakah wakil Ratu Elizabeth II semasa upacara pemahsyuran di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur? | Duke of Gloucester | Standard Malay | zsm | original-annotations | bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd |
Huraikan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kehakiman.
| Skema jawapan:
F1 kuasa kehakiman
H1a Yang dipertuan agong melantik hakim mahkamah atasan atas nasihat
Perdana Menteri
H1b setelah dipertimbangkan oleh suruhanjaya pelantikan kehakiman dan
berunding dengan majlis raja-raja
F2 hakim mahkamah atasan terdiri daripada ketua hakim Negara/ presiden
mahkamah rayuan/ hakim besar mahkamah tinggi Malaya/ hakim besar
mahkamah tinggi sabah dan sarawak / hakim mahkmah persekutuan/ hakim
mahkamah rayuan/ hakim mahkamah tinggi
F3 kuasa pemgampunan
H3a dalam hal jenayah di wilayah persekutuan seseorang yang sudah
dihukum boleh memohon keampunan daripada yang di-pertuan agong
H3b baginda akan bertindak atas nasihat lembaga pengampunan
H3c baginda berkuasa mengampunkan/ menangguhkan/ meringankan
hukuman
H3d yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera/ mahkamah Syariah/ di
Melaka/ Pulau Pinang/ Sabah/ Sarawak dan wilayah Persekutuan | Standard Malay | zsm | original-annotations | 736cb4c4aa81fd6d442c75fcb899b51a14b4355f89fa6fe014ee98beab059512 |
Jelaskan bagaimana Sistem Raja Berpelembagaan masih relevan pada masa kini.
| Sistem Raja Berpelembagaan mengekalkan identiti negara. Malaysia mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya, sistem ini melindungi rakyat pelbagai kaum dan mengekalkan kedaulatan negara sebagai simbol kedaulatan negara. Sistem ini juga melidungi hak orang Melayu dan bumiputera.
| Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Bilakah kita perlu memakai tali pinggang keledar?
A. Setiap kali memandu
B. Semasa balik rumah
C. Semasa ternampak polis | Jawapan yang betul ialah A. Setiap kali memandu | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tuliskan lirik lagu Keranamu Malaysia. | Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
( ulang dari mula )
Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia ! | Standard Malay | zsm | re-annotations | 59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb |
Jawab soalan teka-teki berikut: Saya panjang dan putih, biasa disapu dengan mentega, boleh dibakar, digoreng atau terus dimakan, siapa saya? | Jawapannya ialah roti. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah resipi untuk kangkung goreng belacan dengan udang? Tunjukkan langkah-langkah secara terperinci. | Bahan: 1 ikat sayur kangkung (lebih kurang 400 gm), 15 ekor udang segar, 4 ulas bawang putih, 4 biji bawang merah, 8 biji cili padi (kurangkan kalau tidak mahu pedas), 1 biji cili hijau, 1 cm belacan, Garam dan gula yang secukup rasa, Minyak masak untuk menumis.
Cara penyediaan:
1. Potong kangkung ikut suka, bersihkan dan asingkan bahagian batang dan daun. Tuskan.
2. Tumbuk atau kisar bawang putih, bawang merah, cili padi dan belacan.
3. Bersihkan udang dan hiris serong cili hijau
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, cili api, belacan yang telah
ditumbuk/kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan udang, batang kangkung, garam, gula dan serbuk perasa jika mahu. Kacau goreng sehingga
udang kemerahan.
3. Masukkan pula bahagian daun kangkung serta cili hijau dan kacau seketika.
4. Angkat dan hidangkan panas-panas. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah maksud "banting tulang"? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud kekerja bermati-matian. Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud haiwan omnivor? | Omnivor ialah sejenis tabiat pemakanan. Omnivor ialah haiwan yang memakan haiwan lain dan tumbuh-tumbuhan untuk kelangsungan hidup. Contoh haiwan omnivor ialah ayam, itik dan monyet. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 1d49b7545225799e04d1dd03304368f8fd2e9ea527e494d1279f9b4a3143c0f3 |
Puan Zuraini membeli ________ itu di sebuah butik terkenal di ibu negara. | baju kebaya | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699 |
Jawab soalan teka-teki berikut: Banyak-banyak tahi, tahi apa yang boleh dimakan? | Jawapannya ialah tahi minyak. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "adat dipakai baru, kain dipakai usang'? | Maksudnya adalah adat yang baik, kalau diikuti, akan mengangkat darjat orang yang mengikutinya itu, kerana kalau adat dipakai selalu maka barulah tampaknya | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'gelap hati'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud sukar (tidak mudah) belajar. Contoh ayat: Murid yang gelap hati dalam mata pelajaran Matematik akan diberikan bimbingan khusus. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'lebih pucuk lebih pelepah'? | Ia bermaksud pertanyaan kerana membandingkan dua sahabat yang baharu dengan yang lama (mana yang lebih pucuk atau pelepah) | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Berikan jawapan untuk teka-teki berikut: Saya mempunyai tiga mata. Setiap mata mempunyai warna dan fungsi yang berlainan. Siapakah saya? | Jawapannya ialah lampu isyarat. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai ayam lepas tangan bercirit"? | Berbuat jahat akhirnya malu | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Jawab soalan teka-teki berikut: Daunnya nampak koyak rabak, buahnya menggerutu. | Jawapannya ialah buah peria | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai alah limau oleh benalu"? | Peribahasa ini bermaksud orang baik kalah kepada orang jahat. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah proses penghasilan ammonia dalam industri?
A. Proses pemvulkanan
B. Proses pengoksidaan
C. Proses Sentuh
D. Proses Huber | Jawapan yang betul ialah D. Proses Huber | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah jawapan untuk teka-teki ini? Haiwan yang mewakili Encik Wayne. | Jawapannya ialah kelawar. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tuliskan satu karangan fakta yang membincangkan cara-cara mengisi masa lapang. | Karangan fakta yang berbincang tentang cara-cara mengisi masa lapang:
Masa itu emas dan sangat berharga. Hal in demikian kerana, masa yang telah terlepas tidak boleh berpatah balik. Oleh itu, kita harus menghargai masa dengan meluangkan masa lapang dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Antara aktiviti yang boleh kita lakukan pada masa lapang ialah membaca. Dengan berbuat demikian, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Buku boleh dibaca di mana-mana sahaja seperti di rumah, perpustakaan, perhentian bas dan sebagainya.
Selain itu, kita juga boleh bersukan dan bersenam pada masa lapang. Badan kita akan menjadi sihat dan cergas jika aktiviti ini sentiasa dilakukan. Bukan itu sahaja, otak kita juga akan menjadi cerdas. Dengan otak yang cerdas, kita akan dapat berfikir secara rasional dan membuat pertimbangan yang betul.
Di samping itu, kita boleh mengumpul setem pada masa lapang. Dengan aktiviti ini , kita dapat mengetahui tentang keunikan sesebuah negara. Kita juga dapat mengenali budaya dan cara hidup sesuatu bangsa dengan lebih mendalam.
Pada masa lapang, kita juga boleh membantu ibu membuat kerja-kerja rumah seperti mencuci pakaian, memasak, menyapu sampah dan sebagainya. Ini dapat membantu meringankan beban tugas yang ditanggung oleh ibu kita. Apabila tempat tinggal kita berada dalam keadaan yang bersih, kita dapat hidup dengan selesa.
Pendek kata, masa yang sudah berlalu tidak akan kembali lagi. Oleh sebab itu, kita haruslah mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah supaya kita akan mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala yang tidak sihat. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c |
10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah. Namun, 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?
| Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa. | Standard Malay | zsm | original-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Apakah maksud "ada beras taruh dalam padi, ada ingat taruh dalam hati"? | Ia bermaksud kalau ada sesuatu cita-cita yang diinginkan tidak perlulah dikhabarkan kepada orang sebelum dikerjakan. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tulis satu karangan yang membincangkan langkah-langkah mengatasi masalah penderaan kanak-kanak. | Dalam meniti arus modenisasi pada hari ini, pelbagai kemajuan dan kejayaan yang telah dicapai oleh tamadun manusia. Namun, kemajuan dan kejayaan tersebut tidak memberikan makna jika nilai kemanusiaan kita kekal ditakuk lama. Kita kadang kala digemparkan dengan kes penderaan khususnya yang melibatkan kanak-kanak berlaku dan menyebabkan kanak-kanak tersebut menanggung kesakitan atau meninggal dunia. Perilaku yang tidak waras ini sering berlaku kerana pelaku hilang pertimbangan dan bertindak untuk melepaskan amarah kepada insan yang tidak mengenal erti kehidupan lagi. Ketidak adilan ini perlu dihentikan dan dicegah agar masyarakat kita menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Ibarat peribahasa, kerana nila setitik, rosak sesusu sebelanga. Maka, sebagai orang awam yang bertanggungjawab, wajar untuk kita bincangkan langkah-langkah mengatasi masalah penderaan kanak-kanak demi manfaat kita bersama.
Pertama sekali, masalah penderaan kanak-kanak boleh diatasi dengan memberikan pendidikan tentang penderaan kanak-kanak kepada orang ramai. Untuk makluman semua, penderaan ini boleh berlaku dimana-mana sahaja samada semasa mereka bersama keluarga, di pusat jagaan atau di sekolah. Oleh yang demikian, pendidikan melalui media massa dan juga media sosial adalah mustahak untuk memberi kesedaran tentang perkara ini. Sebagai contoh, pesanan khidmat masyarakat di ruangan iklan siaran televisyen oleh animasi terkenal Upin dan Ipin yang memberitahu kanak-kanak apa itu penderaan dan bagaimana cara untuk membuat aduan. Kaedah ini sedikit sebanyak dapat mencapai golongan yang berisiko seperti kanak-kanak untuk tahu bahawa mereka sebenarnya didera dan boleh meminta pertolongan. Tuntasnya, memberi pendidikan tentang penderaan kepada kanak-kanak dapat membendung penderaan daripada berlaku kepada mereka.
Langkah seterusnya untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak adalah dengan membudayakan perkhidmatan kaunseling untuk semua lapisan umur masyarakat. Jika dinilai, kebanyakan kes penderaan berlaku disebabkan oleh pendera mempunyai masalah kesihatan mental atau tekanan jiwa. masyarakat kita masih mempunyai stigma seperti golongan lelaki perlu bekerja keras untuk menampung keluarga tanpa memikirkan kesihatan jiwa dan raganya. Akibat daripada memendam masalah dan tekanan pada diri sendiri, individu tersebut boleh bertindak di luar tabiatnya oleh kerana tidak mampu lagi untuk berfikir secara rasional atau waras. Justeru, setiap kita sebenarnya berhak untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling untuk meluahkan masalah dan tekanan yang ditanggung oleh diri sendiri. Dengan kepakaran seorang kaunselor, pastinya fikiran seseorang yang berada dalam tekanan dapat ditenangkan dan menjadi lebih rasional dalam setiap tindakan yang diambil. Izharnya, jika setiap diantara kita mempunyai ruang dan orang untuk mendengar dan memahami setiap permasalahan yang dihadapi, pasti masalah seperti mendera dapat dielakkan.
Pada masa yang sama, masalah penderaan dalam kalangan kanak-kanak boleh diatasi dengan menjadi anggota masyarakat yang peka dengan keadaan sekeliling. Kita merupakan mata-mata kepada pihak berkuasa untuk melaporkan sebarang aktiviti atau perkara yang mencurigakan berlaku dalam kawasan tempat tinggal kita. Bukan untuk menjaga tepi kain orang tetapi budaya mengambil berat sesama jiran perlu disemai kembali. Masyarakat hari ini lazimnya menghabiskan masa di tempat kerja dan tidak gemar untuk meluangkan masa mengenali jiran tetangga. Namun, kelebihan yang kita dapati masa ini iaitu dengan adanya media sosial, wajar untuk kita manfaatkannya untuk kepentingan komuniti setempat kita. Menyertai atau mewujudkan sebuah kumpulan dalam aplikasi “Whatapps” yang terdiri daripada jiran tetangga dapat merapatkan ukhuwah dan menjamin keselamatan. Apabila sebuah komuniti yang prihatin dibina, tiada ruang untuk pendera melakukan penderaan dalam keadaan yang berisiko untuk mereka. Jelaslah bahawa dengan menjadi masyarakat yang peka dengan keadaan sekeliling, ia membantu membendung penderaan kanak-kanak daripada berlaku.
Dari sudut pandang yang lain, masalah penderaan kanak-kanak boleh diatasi dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Apabila masyarakat kita mengamalkan gaya hidup yang sihat pastinya perlakuan yang tidak mempunyai perikemanusian ini akan berlaku. Tamsilnya, masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat akan mempunyai fikiran yang rasional dan mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia dan memudaratkan. Apabila seorang individu mampu menjaga kesihatan diri secara fizikal, mereka juga mampu menjaga kesihatan mental dan rohani mereka. Persis kata mutiara, badan cergas, otak cerdas yang bermaksud badan yang sihat akan melahirkan pemikiran yang sempurna akalnya. Selain itu, masyarakat yang sihat pastinya akan mengutamakan nilai-nilai murni dalam kehidupan khususnya nilai kasih sayang dan tanggungjawab dalam keluarga. Intihannya, masalah penderaan kanak-kanak dapat diatasi sekiranya masyarakat mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Sebagai kesimpulan, banyak langkah yang boleh digarap untuk membendung masalah penderaan kanak-kanak daripada berlaku dalam masyarakat kita. Sesungguhnya, institusi kekeluargaan penting dalam memebentuk keperibadian nusa bangsa kita. Jika insan madani dapat dihasilkan, masyarakat yang berminda kelas pertama dan ketrampilan tinggi akan dibentuk. Kejayaan membentuk modal insan yang cemerlang akan membawa negara kita ke tahap yang lebih baik dan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara lain. Setiap pihak bertanggungjawab menjalankan obligasi masing masing dan memastikan anak-anak dan seluruh komuniti menetang penderaan dan berusaha mewujudkan masyarakat yang penyayang. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Cuba jawab teka-teki ini: Barang kemas yang dipakai untuk menunjukkan keangguhannya. | Jawapannya ialah rantai | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Siapakah Priscilla Abby? Huraikan dalam ayat-ayat yang tidak melebihi 110 patah perkataan. | Priscilla Abby Cai Enyu (lahir 30 Oktober 1997) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau mula mencapai kemasyhuran dalam industri muzik pada 2014 dengan menyertai pertandingan nyanyian, seterusnya mencipta nama di pasaran muzik Cina, terutamanya Taiwan dan Hong Kong. Beliau dikenali sebagai bintang mandopop dan menyerlah dengan muzik tarian elektronik. Setelah membuat puluhan lagu saduran di saluran YouTubenya dan meraih lebih dari 700,000 tontonan, dengan satu juta tontonan untuk setiap lagunya, beliau mempunyai dua komposisi asal, "I Love The Sky" dan "Burn". Beliau menandatangani kontrak dengan syarikat hiburan digital WebTVAsia pada Julai 2017, seterusnya melancarkan EP pertamanya, Burn pada Disember 2017 | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jawab soalan berikut. Bilakah wanita mendapat hak untuk mengundi di Switzerland | Februari 1971 | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Cikgu Linda menulis __ karangan yang perlu dibuat oleh murid-muridnya di papan hitam. Pilihan:
A) gambar-gambar
B) abjad-abjad
C) tajuk-tajuk
D) kira-kira | Jawapan yang betul ialah C) tajuk-tajuk | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'jikalau beranak ikut kata bidan'? | Maksudnya ialah jika kita berkehendak sesuatu daripada orang lain, hendaklah kita turut apa yang dikatakannya | Standard Malay | zsm | re-annotations | 1d49b7545225799e04d1dd03304368f8fd2e9ea527e494d1279f9b4a3143c0f3 |
Apakah maksud peribahasa "bagai ara hanyut"? | Ia bermaksud tidak terus ke tempat dituju tetapi singgah-singgah dahulu. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Berikan saya satu contoh surat berhenti kerja dengan notis serta-merta. | [Alamat penulis]
---------------------------------------------------------
[Nama syarikat]
[[Alamat syarikat]
[Tarikh]
Tuan/Puan,
NOTIS PERLETAKAN JAWATAN SERTA MERTA
Merujuk perkara di atas, adalah saya [Nama penulis] ingin memaklumkan kepada pihak tuan/puan bahawa saya ingin meletakkan jawatan saya daripada syarikat tuan berkuat kuasa serta merta pada hari ini [Tarikh].
2. Sebagai makluman pihak tuan/puan, saya membuat keputusan tersebut berikutan keadaan kesihatan ibu saya yang tidak mengizinkan untuk saya bekerja kerana perlu mengawasi serta menjaga ibu saya yang berada dalam kondisi yang tidak baik kerana diserang penyakit angin ahmar.
3. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan [Nama syarikat] serta seluruh raka sekerja kerana telah banyak memberi peluang untuk meneruskan karier pekerjaan saya di sini. Disamping itu, saya amat gembira selama saya berkhidmat di sini.
4. Segala kerjasama dan jasa baik dari pihak tuan amatlah saya hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian.
Yang Benar,
______________
| Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jawab soalan teka-teki ini: Apakah anggota badan buaya yang terdapat di darat? | Jawapan : Lidah buaya | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah kesan pembalakan haram di Malaysia? | 1. Flora dan fauna diancam kepupusan
2. Mengurangkan kawasan tadahan hujan
3. Menyebabkan peningkatan suhu dan pemanasan global
4. Kekerapan bencana alam seperti banjir berlaku | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tuliskan satu ucapan dalam satu majlis perpisahan murid-murid Tahun Enam dari ketua darjah. | Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis perpisahan ini.
Hadirin sekalian,
Sudah hampir 6 tahun kami berada di sekolah ini. Jika menghitung hari persekolahan, bermakna tinggal 6 hari lagi kami menjadi warga sekolah ini. Justeru, kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada guru-guru dan adik-adik yang dikasihi walaupun kami masih terlalu sayang untuk meninggalkan sekolah ini.
Kami amat menghargai akan jasa guru-guru di sekolah ini yang mendidik kami dengan penuh dedikasi, sabar, dan penuh kasih sayang. Dengan didikan dan bimbingan gurulah kami telah tahu membaca, menulis, dan megira. Kami akan sentiasa mengingati pesanan guru-guru yang ingin melihat kami menjadi insan yang berakhlak dan berguna kepada masyarakat dan negara.
Hadirin sekalian .
Budi yang guru-guru taburkan tidak mampu kami membalasnya. Hanya doa untuk kesejahteraan sahaja yang mampu kami lakukan sebagai membalas segala jasa guru-guru itu. Kami berjanji akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah menengah nanti.
Akhir kata saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang kami berada di sekolah ini. Halalkan segala ilmu yang guru-guru curahkan kepada kami. Kami berasa sangat sedih kerana terpaksa meniggalkan sekolah ini. Jasa dan bakti guru-guru akan kami kenang sehingga akhir hayat kami.
Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap pantun daripada saya;
Ramai orang menanam padi,
Padi ditanam hingga ke seberang,
Banyak budi perkara budi,
Budimu guru dikenang orang.
Sekian, terima kasih. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tulis sebuah karangan yang bertajuk "Amalan Menabung". | 'Amalan' menurut kamus dewan pelajar ialah kelakuan yang baik dan dijadikan teladan. Menabung dalam kamus dewan bererti menyimpan wang untuk tujuan tertentu. Bak kata perpatah Melayu 'melentur biar waktu rebung', jadi mendidik manusia bila waktu kecil. Iaitu kanak-kanak diajar menyimpan wang untuk masa depan sejak mereka kecil. Kelakuan ini diteruskan bila mereka dewasa.
Ada beberapa kebaikan menyimpan wang. Pertamanya, seseorang pelajar boleh menyimpan wang untuk membeli barang kesukaannya seperti buku yang bermutu dan amat mahal. Apabila pelajar itu menabung, dia boleh mengelakan diri dari membazir wang kepada perkara atau barang yang bukan-bukan seperti bermain video game di pusat hiburan video, atau membeli dadah.
Keduanya, pelajar boleh menyimpan wang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti dan ke luar negara. Amalan ini boleh meringankan sebahagian beban kewangan ibu bapa.
Ketiganya, menyimpan wang untuk kecemasan. Malang tidak berbau, wang yang disimpan dalam bank untuk menghadapi bencana atau malapetaka yang diingini. Contohnya, kebakaran rumah yang menyebabkan kehilangan barang di rumah. Pada saat-saat itulah, wang di dalam simpanan boleh dikeluarkan untuk menyelamatkan ramai orang.
Keempatnya, menyimpan wang untuk merawat penyakit. Apabila saat tiba untuk kita sakit, maka wang itu untuk amat diperlukan.
Akhir sekali, apabila kita ingin pergi melancong pada masa depan, maka saat itulah wang dalam simpanan perlu dikeluarkan untuk tujuan melancong ke luar negara. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Pahlawan dari timur, susah untuk mengesan mereka. | Jawapannya ialah ninja | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud dengan "berbicara sakan di halaman orang, di halaman sendiri sesipu sampai di bucu tangga"? | Ia bermaksud cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan. | Standard Malay | zsm | re-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Nenek menyediakan makanan yang __ setiap kali kami pulang ke kampung. Pilihan:
A) penuh-penuh
B) enak-enak
C) lauk-lauk
D) cantik-cantik
| Jawapan yang betul ialah B) enak-enak | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'kata dahulu bertepati, kata kemudian kata bercari'? | Ia bermaksud janji mesti ditepati, hanya boleh diubah apabila sudah dirundingkan | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah resipi untuk roti John kambing? | Bahan-bahan (anggaran 40 batang roti): 15 biji bawang Holland, 3 bungkus serbuk kari, 3 bungkus serbuk cili, 450 gram rempah kurma, 800 gram daging kambing
Cara-cara:
1. Tumiskan bawang Holland.
2. Apabila sudah naik bau, masukkan serbuk kari, serbuk cili dan rempah kurma (tidak perlu bancuh dahulu).
3. Masukkan sedikit air.
4. Kemudian masukkan daging kambing dan tumis sehingga masak.
5. Perasakan mengikut kesukaan masing-masing.
Cara hidang:
1. Belah tengah roti dan letakkan inti di dalam.
2. Letak mayonis dan sos lada hitam.
3. Siap untuk dihidangkan. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah jawapan untuk teka-teki ini? Fizikalnya kecil tetapi kuat, berkawad tak kira siang atau malam serta panas atau hujan, makanan manis ialah kegemaran mereka. | Jawapannya ialah semut. | Standard Malay | zsm | re-annotations | c68446c675660bf3831849dc82194727386c61b96e797b11db553d17a7d065fb |
Apakah maksud dengan peribahasa "bagai kapak naik peminangan"? | Maksudnya ialah "melakukan sesuatu dengan tidak cukup kebolehan atau alat". | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'bodoh-bodoh sepat, tak makan pancing emas'? | Ia bermaksud orang bodoh sekalipun tahu juga memilih apa yang baik untuk dirinya | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "air besar, sampan tak hanyut"? | Ia bermaksud harapan yang tidak dapat dipenuhi | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'buang sauh'? Berikan satu contoh ayat. | Ia bermaksud berlabuh
Contoh ayat: Kapal itu buang sauh di pelabuhan yang berhampiran setelah sebulan belayar tanpa henti. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul untuk ayat berikut: _________ dari Universiti Malaya itu sedang membuat kajian tentang kehidupan kaum Iban di Sarawak. | Jawapan yang betul ialah Mahasiswa. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Ungkapan menarik: | i. melentur buluh biar dari rebungnya
ii. Bapa borek anak rintik
iii. Alah bisa tegal biasa
iv. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
v. yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699 |
Apakah maksud 'iba akan kacang sebuah, tak jadi memengat'? | Ia bermaksud oleh kerana kesal akan hal yang sedikit (kecil) tak jadi mengerjakan sesuatu yang dimaksudkan | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Teka-teki: Macam mana kita nak tahu ikan tu jantan atau betina?
| Ikan bakar - jantan
Ikan patin (fatin) - betina | Standard Malay | zsm | original-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Apakah maksud "berada-ada"? | Ia bermaksud selalu mengada-ada sahaja yang dipercakapkan, membuat-buat sahaja. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "bagai anjing itu jika dipukul sekalipun, berulang jua ia ke tempat yang banyak tulang"? | Orang tamak, walaupun dikata, tidak akan malu | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "atas angin". Berikan contoh ayat untuk peribahasa tersebut. | Ia bermaksud negara-negara atau negeri-negeri Eropah atau di sebelah barat termasuk Asia Barat. Contoh ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c |
Apakah maksud "bagai anak kuda bulu kasap"? | Maksudnya ialah anak muda yang tidak tahu susah | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "api dalam sekam"? Berikan satu contoh ayat bagi peribahasa tersebut. | Ia bermaksud perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. Contoh ayat: Segala perancangan yang dibuat telah gagal kerana ada di antara mereka yang bersikap seperti api di dalam sekam. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c |
Jawab soalan teka-teki ini: Dalam banyak-banyak bunga-bunga apa yang berwarna hitam? | Jawapannya ialah bunga tayar. Ia bukan sejenis bunga, tetapi terdiri dapada pelbagai lapisan getah tayar yang bersentuhan pada permukaan jalan. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Air yang keras? | Jawapannya ialah air batu | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'bersurih bagai pasir, berbau bagai embacang'? | Ia bermaksud kaum kerabat yang jauh tidaklah sangat kuat pada hak waris | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "bagai bunyi perian pecah"? | Suara yang tidak merdu. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah soalan kepada: "Robert Clark "Bob" Seger (lahir 6 Mei 1945) adalah penyanyi dan penulis lagu rock and roll Amerika, gitaris dan pianis."? Topiknya ialah Bob Seger. | "Siapakah Bob Segar?" | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tuliskan satu karangan yang bertajukCara-Cara Mengatasi Masalah Keselamatan Kanak-Kanak. | Sejak akhir-akhir ini, acap kali kita melihat berita di televisyen dan dada-dada akhbar tentang kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa. Isu ini amat membimbangkan semua pihak kerana kanak-kanak merupakan anugerah kurniaan tuhan yang diamanahkan kepada pasangan ibu bapa untuk membentuk mereka menjadi seorang yang berguna kepada keluarga dan negara. Akibat terlalu banyak kes jenayah terhadap kanak-kanak, badan kehakiman negara telah mewujudkan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Istana Kehakiman, Putrajaya. Oleh itu, kita perlu mengenal pasti cara-cara terbaik dalam mengatasi masalah keselamatan kanak-kanak supaya mereka terjamin daripada sebarang jenayah.
Prakarsa utama dalam mendepani isu ini adalah peranan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Kebanyakan kes jenayah yang berlaku melibatkan kanak-kanak yang belum tahu menilai situasi mereka samada selamat atau tidak. Justeru, ibu dan bapa bertanggungjawab mengawasi dan memberi perhatian kepada kanak-kanak sepanjang mereka berada bersama-sama. Kecuaian dan peralihan perhatian dek kerana melihat telefon pintar dan sebagainya haruslah dielakkan kerana pelaku jenayah semakin cilik dan bijak demi mencapai matlamat jijik mereka. Ibu bapa mestilah sentiasa memimpin tangan anak-anak ketika berada di luar rumah dan sentiasa menemani mereka kemana sahaja yang mereka kehendaki. Bak kata peribahasa Melayu, umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang yang bermaksud kanak-kanak masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat maka ibu bapa berperanan penting membimbing dan mengawasi mereka.
Cara lain dalam memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin adalah dengan mendedahkan mereka kepada seni mempertahankan diri. Dewasa ini, pelbagai jenis seni mempertahankan diri boleh dipelajari dan terdapat banyak kelas yang menawarkan pembelajaran untuk kanak-kanak. Berbekalkan ilmu mempertahankan diri yang kanak-kanak pelajari, mereka boleh mempraktikkan apa yang dipelajari sekiranya berasa terancam dan dalam situasi bahaya. Tambahan pula, kanak-kanak bukan sahaja dapat mempelajari teknik mempertahankan diri malahan mereka boleh menghargai dan meneruskan tradisi seni tersebut seperti seni silat dan taekwondo. Bimbingan yang tepat dan mendalam oleh pengajar akan membentuk kanak-kanak yang lebih berdisiplin dan siap siaga dalam menghadapi ancaman keselamatan.
Di samping itu, media massa juga berperanan penting dalam menyedarkan masyarakat tentang keselamatan kanak-kanak yang kian terancam hari ini. Media massa sewajarnya menyiarkan iklan atau rancangan yang berkaitan supaya masyarakat kita, khasnya pengusaha tabika dan ibu bapa sedar dan mengambil tindakan yang drastik untuk mengelakkan kanak-kanak daripada menjadi mangsa jenayah. Siaran daripada media massa dapat memancing perhatian dan kerjasama masyarakat untuk menghulurkan bantuan demi menyelamatkan kanak-kanak yang hilang atau diculik. Tapisan rancangan ganas yang dapat mempengaruhi orang ramai sehingga menbangkitkan nafsu manusia yang jelik hendaklah dilaksanakan. Bahan lucah yang berkaitan dengan seksual kanak-kanak harus dilarang sama sekali. Natijahnya, semua media perlu menghalang rancangan yang berunsur ganas dan berusaha menginsafkan masyarakat kita untuk menyelamatkan kanak-kanak daripada menjadi mangsa.
Selain itu, ibu dan bapa seharusnya mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi masa kini dengan memakai alat penjejak pada anak-anak mereka. Sekiranya kita sanggup melaburkan wang untuk memakai telefon pintar yang terkini kita juga sepatutnya melaburkan wang untuk membeli gajet keselamatan kepada anak-anak kita. Gajet atau alat penjejak kanak-kanak direka dalam pelbagai bentuk dan mesra kanak-kanak seperti jam tangan, gelang ataupun rantai. Ibu bapa boleh memantau setiap pergerakan anak menerusi aplikasi yang disambungkan melalui telefon pintar lalu perasaan selamat muncul dalam jiwa ibu bapa dan anak kerana sedar pergerakan mereka sedang diawasi oleh orang tersayang. Maka, pemasangan alat penjejak ini boleh memberikan satu perasaan selamat dalam jiwa setiap ahli keluarga serta sebagai satu langkah bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Kesimpulannya, pelbagai cara boleh dilaksana demi mengatasi masalah keselamatan kanak-kanak. Seisi masyarakat kita bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak yang akan mewarnai masyarakat, nusa dan bangsa kita supaya mereka berpeluang membesar dengan aman dan sentosa. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni sudah terhantuk, baru terngadah yang memberi definisi apabila kita ditimpa musibah barulah hendak bertindak. Maka, polisi kerajaan harus dirangka bagi membendung masalah yang kian mengancam masa hadapan negara kita dan segera mencari penyelesaian yang berkesan dan berkekalan. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tunjukkan resipi untuk bola tenaga kurma dengan langkah-langkah yang terperinci. | Bahan: 10 biji kurma Medjool (buang biji),1/2 cawan pistachio (buang kulit), 1/4 cawan serbuk kelapa kering
Cara membuat:
1. Sediakan semua bahan dengan buang biji kurma dan asingkan kulit dari kacang pistachio.
2. Masukkan isi kurma dan kacang pistachio ke dalam food processor.
3. Kisar bahan campuran sehingga campuran sebati (pastikan pistachio jangan terlalu hancur).
4. Gunakan tangan dan ambil bahan campuran dan buat bentuk bola kecil, lebih kurang 1 inci diameter (saiz terpulang).
5. Salutkan setiap bola dalam serpihan kelapa kering.
6. Masukkan bola tenaga dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengeras sebelum dihidangkan.
| Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "air bujang"? Berikan satu contoh ayat bagi peribahasa tersebut. | Ia bermaksud air minuman, tanpa kuih muih. Contoh ayat: Kehadiran tetamu itu ke rumahnya dijamu dengan air bujang oleh Mak Mah. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c |