inputs
stringlengths 9
3.4k
| targets
stringlengths 1
10.2k
| language
stringclasses 1
value | language_code
stringclasses 1
value | annotation_type
stringclasses 2
values | user_id
stringlengths 64
64
|
---|---|---|---|---|---|
Berikan contoh surat tidak hadir daripada ibu bapa kepada pihak sekolah kerana bimbang dengan penularan pandemik COVID-19. | [Nama ibu bapa]
[Alamat pelajar]
_________________________________________________________
Tuan Guru Besar [Tarikh]
[Nama sekolah]
[Alamat sekolah]
Tuan/Puan,
MEMOHON KEBENARAN MENGECUALIKAN KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH ATAS SEBAB BIMBANG PENULARAN COVID-19
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
2. Saya [Nama ibu bapa] nombor Kad Pengenalan [Nombor IC] adalah ibu kepada [Nama pelajar] yang merupakan pelajar [Tahun] di [Nama sekolah].
3. Dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak memberi kebenaran kepada anak saya untuk ke sekolah kerana bimbang dengan penularan wabak COVID-19 yang meningkat khususnya di kawasan [daerah].
4. Saya berharap pihak tuan/puan juga memahami bahawa kesihatan anak-anak adalah perkara yang lebih mustahak dan saya akan memastikan tugasan sekolah anak disiapkan pada tempoh yang diberikan.
5. Segala perhatian dan kerjasama dari pihak tuan/ puan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang Benar,
……………………………
([Nama ibu bapa])
No. Tel: ………………. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb |
Berikan jawapan untuk teka-teki berikut: Garisan yang berusaha disampai oleh setiap pelumba. | Jawapannya ialah penamat. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Saya ingin tahu resipi untuk masak koleh lemak kuih tradisional Melayu. Sila tulis bahan-bahan dan cara-cara untuk masak resipi ini. | Bahan: 2 cawan tepung beras, 6 cawan air sejuk, 3 ulas bawang merah, ½ inci halia, 7 biji halba, 1 biji kelapa (dibahagi 3), 1 cawan gula, 1 ekor ikan kembung (dibakar)
Cara-cara:
1. Untuk membuat tepungnya, bancuh tepung beras dengan air dan kacau sebati.
2. Panaskan, kacau hingga kering dan kental.
3. Angkat dan tuang ke dalam talam kecil.
4. Ratakan setebal 1½ inci dan sejukkan.
5. Untuk kuahnya, perah ⅔ bahagian kelapa dan ambil santannya.
6. Masukkan gula, bawang, halia dan halba.
7. Masak hingga mendidih dan angkat.
8. Untuk memekatkan kuahnya, bancuh 2 sudu tepung beras dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah tadi.
9. Untuk sambalnya, goreng ⅓ bahagian kelapa tadi dengan api sederhana. Angkat dan tumbukkan.
10. Hiris serai, bawang merah dan halia. Tumbuk hingga lumat.
11. Masukkan ikan kembung dan gaul dengan sambal tadi.
12. Sedia untuk dihidang. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "belah hati"? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan. Contohnya, usahlah berbelah hati untuk meninggalkan keluarga demi mencari masa depan yang lebih baik. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah sinopsis untuk filem bertajuk Muallaf yang diarahkan oleh Yasmin Ahmad? | Brian Goh (Brian Yap) merupakan seorang guru Sejarah di sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak. Kerapkali dia menerima panggilan telefon daripada ibunya di kampungnya di Pulau Pinang yang memujuknya supaya pulang ke rumah dan menemaninya ke gereja setiap Ahad. Namun, Brian sentiasa menolaknya dengan alasan bahawa dia sibuk dengan kerjanya.
Rohani (Sharifah Amani), 20 tahun, dan adiknya Rohana (Sharifah Aleysha), 14 tahun, tinggal di sebuah banglo yang terbiar. Mereka berdua telah melarikan diri daripada ayah kandung (Datuk Rahim Razali) mereka yang bergelar 'Datuk' yang bengis. Ayah mereka juga kerapkali pergi ke kelab malam dan meminum bir, amalan yang jelas haram di sisi Islam. Dengan kesedaran bahawa dia tidak boleh bergantung kepada dana amanah yang ditinggalkan arwah ibunya sepanjang hidup dan juga untuk mengelakkan diri daripada dikesani konco-konco ayahnya pada waktu siang, Rohani terpaksa bekerja di sebuah pub (Sid's Tavern & Cafe) pada lewat malam untuk menyara pendidikan Rohana. Bagaimanapun, Rohani sentiasa memberitahu pelanggan bar tentang keburukan arak terhadap kesihatan malah menawarkan air mineral. Akibatnya, dia dipecat oleh majikannya, Patrick, setelah mendapat tahu daripada rakan sekerjanya, Cindy.
Kedua-dua Rohani dan Rohana mempunyai amalan pelik yang sentiasa menyebut ayat dari kitab Al-Qur'an, termasuk ayat dari Tao Te Ching dan kitab Injil. Rohana yang kerap berbuat begitu menimbulkan kemarahan guru Pendidikan Seninya, Puan Siva. Pengetua sekolahnya, Bro. Anthony mendapat tahu akan amalan pelik itu dan, bersama Brian (yang mengajar di sekolah Rohana), tekad untuk mengetahui lebih banyak tentang adik-beradik itu. Brian terutamanya tertarik kepada amalan yang 'luar biasa' itu dan berminat terhadap terjemahan bahasa Inggeris Al-Qur'an yang dimiliki Rohani, di mana dua beradik itu seringkali memetik dan menyebut ayat-ayat darinya.
Hubungan mereka bertiga bertambah erat sehinggalah Rohani dan Brian masing-masing berkongsi masa lampau mereka. Brian hilang kepercayaannya terhadap agama Kristian semasa berusia 12 tahun, akibat dikesan oleh ayahnya membaca bahan pornografi dan melakukan perkara yang kurang senonoh lalu ditelanjangkan dan dibiarkan berdiri di tepi jalan. Ibunya tidak dapat berbuat apa-apa selain melihat sahaja. Pada hakikatnya, ibu bapanya menyayanginya bagai menatang minyak yang penuh. Perihal Rohani pula ialah dia telah tanpa sengajanya menunjukkan ketidakhormatanan kepada ayahnya yang melakukan perkara haram, lalu menimbulkan kemarahan ayahnya yang mencukuri kepalanya sehingga botak.
Biarpun demikian, Rohani dan Rohana tetap teguh dengan keimanan mereka dan bersolat seperti biasa serta berbincang sesama sendiri tentang Islam berdasarkan terjemahan Inggeris Al-Qur’an yang dimiliki arwah ibu mereka. Lantaran mereka juga menjadikan satu amalan untuk memaafi mereka yang telah menyinggung mereka tatkala siang hari sebelum masuk tidur. Ini menjadikan mereka seolah-olah tidak apa-apa pada setiap saat. Rohani cuba memujuk Brian untuk menemani ibunya ke gereja setiap Ahad namun dia seolah-olah masih degil.
Sehinggalah suatu hari, ayah Rohani merampas Rohana darinya di sekolahnya dan Rohani mengejar mereka sehingga ke Kuala Lumpur. Sebelum dia pergi, dia meminta Brian untuk menjaga kediamannya dan menyuruhnya agar tidak mencarinya jikalau dia tidak kembali pada hari Jumaat pada minggu itu. Pada hari Jumaat, Rohani menelefon Brian dan memberitahunya bahawa ayahnya telah kena strok dan mahu tinggal di sana untuk menjaganya. Dia membuat percubaan terakhir untuk memujuk Brian kembali bertemu dengan ibunya dan akhirnya berjaya. Paparan terakhir filem menunjukkan Brian memandu dengan cepat kembali ke kediaman Rohani, di mana dia mengetuk pintunya dan ia dibuka untuk membenarkannya masuk. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Berikan penerangan ringkas untuk Bukit Bendera. | Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang, negara Malaysia. Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas George Town, puncak Bukit Bendera (Bahasa Inggeris: Penang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'bawa nasib'? | Ia bermaksud menjauhkan diri daripada kaum keluarga dan sahabat untuk mencari kehidupan sendiri. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai apabila patah tumbuh nyiur itu, tumbuh nyiur jua akan gantinya"? | Yang hilang mesti diganti dengan yang serupa | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'dagang piatu'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud orang asing yang tidak mempunyai saudara-mara. Contoh ayat: Ameer berasal dari Bangladesh dan dia dagang piatu di Malaysia. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah resipi untuk koleh lemak yang merupakan kuih-muih tradisional Melayu? | Bahan: 2 cawan tepung beras, 6 cawan air sejuk, 3 ulas bawang merah, ½ inci halia, 7 biji halba, 1 biji kelapa (dibahagi 3), 1 cawan gula, 1 ekor ikan kembung (dibakar)
Cara-cara:
1. Untuk membuat tepungnya, bancuh tepung beras dengan air dan kacau sebati.
2. Panaskan, kacau hingga kering dan kental.
3. Angkat dan tuang ke dalam talam kecil.
4. Ratakan setebal 1½ inci dan sejukkan.
5. Untuk kuahnya, perah ⅔ bahagian kelapa dan ambil santannya.
6. Masukkan gula, bawang, halia dan halba.
7. Masak hingga mendidih dan angkat.
8. Untuk memekatkan kuahnya, bancuh 2 sudu tepung beras dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah tadi.
9. Untuk sambalnya, goreng ⅓ bahagian kelapa tadi dengan api sederhana. Angkat dan tumbukkan.
10. Hiris serai, bawang merah dan halia. Tumbuk hingga lumat.
11. Masukkan ikan kembung dan gaul dengan sambal tadi.
12. Sedia untuk dihidang. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah Bak Kut Teh dan asal-usulnya? | Bak Kut Teh merupakan sejenis hidangan sup berserta daging rusuk (terutamanya babi) yang dimasak dalam herba tradisi Cina yang berasal dari Klang, Malaysia. Herba dan ginseng dicampur bukan sahaja sebagai perasa tetapi juga menambah khasiat. Pelbagai jenis cendawan sering kali ditambah kepada hidangan dan biasanya dihidangkan dalam mangkuk tembikar Cina. Bak Kut Teh berasal dari Klang, Malaysia dan ia kini ia popular disajikan di sekitar rantau Asia tenggara seperti Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Kepulauan Riau. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Berikan jawapan untuk teka-teki berikut: Banyak kaki, ada gunting. | Jawapannya ialah ketam | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'pandu cermat jiwa selamat'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud memandu kenderaan dengan berhati-hati akan menyelamatkan nyawa. Contoh ayat: Pandulah kenderaan anda dengan berhati-hati kerana pandu cermat jiwa selamat. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'buka pintu'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud memberi peluang Contoh ayat: Bantuan modal itu telah membuka pintu kepada peniaga kecil untuk memulakan perniagaan mereka. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Siapakah tokoh dalam petikan berikut:
Dianugerahkan "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam industri filem dan muzik dan hasil karya sasteranya. Kerjaya lakonannya bermula di Singapura pada tahun 1948. Punca kerjayanya adalah semasa beliau berhijrah ke Malaysia. Pada tahun 1964, beliau meninggal dunia. Beliau dikenang sebagai ikon terkemuka dalam industri hiburan Malaysia. Kemasyhuran beliau juga berkembang sehingga ke rantau Asia Tenggara, termasuk Brunei, Indonesia, Hong Kong dan Jepun. | Tokoh itu ialah P. Ramlee, iaitu seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu Malaysia. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb |
Jawab soalan teka-teki ini: Benda apa bila masuk segitiga bila kluar bergulung-gulung | Jawapan : Spender dicabut | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah soalan kepada: "Baklava (,, atau; juga Baklawa) adalah pastri yang kaya dan manis yang dibuat dari lapisan pastri phyllo yang diisi dengan kacang cincang dan dimaniskan dengan sirap atau madu."? Topiknya ialah Baklava. | "apakah itu baklava?" | Standard Malay | zsm | re-annotations | f24c25a176e76a1f1e3a032c8b4b7df44aa0de881fe1793d591cdc5213c43ddd |
Apakah maksud "bagai ayam, tiada kais, tiada makan"? Berikan contoh penggunaan peribahasa ini. | Maksud: Kalau tidak bekerja, tidak dapat makan
Contoh: Bagai ayam, tiada kais, tiada makan, kita memerlukan perkerjaan untuk menyara diri sendiri. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jawab soalan teka-teki berikut: Itik yang boleh dan pandai bercakap? | Jawapannya ialah Donald Duck. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'raja sehari'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud pengantin. Contoh ayat: Saya akan menjadi raja sehari dua hari lagi. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'orang makan nangka, awak kena getah'? | Ia bermaksud orang lain yang berbuat salah, kita yang mendapat kesusahan (menanggung akibatnya) | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "belum tuarang panjang, buah sengkuang sebesar betis"? | Ia bermaksud khabar angin yang dilebih-lebihkan. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah masalah gigi yang boleh dibaiki dengan rawatan veneer gigi? | Terdapat beberapa masalah berkaitan dengan gigi yang boleh menggunakan rawatan veneer ini untuk memperbaiki masalah yang timbul.
1. Gigi yang mengalami perubahan berkaitan warna: Keadaan ini biasanya disebabkan oleh pengambilan ubatan tertentu semasa gigi terbentuk, rawatan akar gigi, pengambilan flouride secara berlebihan, tampalan resin yang besar dan sebagainya.
2. Gigi patah atau retak: Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Gigi anda mungkin mengalami retak atau patah disebabkan oleh kemalangan.
3. Permukaan gigi semakin nipis: Gigi yang semakin menipis atau haus ini boleh berlaku kerana tabiat individu yang suka mengetap gigi. Adakalanya keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan faktor usia dan pengambilan ubatan tertentu.
4. Jarak antara gigi: Sesetengah individu mungkin akan mengalami masalah gigi yang mempunyai jarak atau ruang yang ketara antara gigi. Rawatan veneer ini boleh dilakukan untuk membantu menutup ruang antara gigi-gigi tersebut.
5. Bentuk gigi: Selain masalah jarak antara gigi yang ketara, rawatan veneer boleh menjadi pilihan rawatan untuk mereka dengan masalah bentuk gigi yang tidak sejajar, tidak lurus, kedudukan gigi yang tidak teratur atau mempunyai masalah bentuk permukaan yang lain daripada kebiasaan.
Walau bagaimanapun, untuk memperbaiki masalah gigi yang minima, berkemungkinan rawatan pergigian lain yang lebih konservatif akan disarankan seperti rawatan pemutihan, pengkonturan semula secara estetik atau veneer komposit.
Manakala untuk individu dengan yang mengalami kerosakan yang lebih besar atau serius, rawatan korona adalah alternatif yang lebih sesuai dan lebih kuat berbanding prosedur rawatan veneer.
Cara yang terbaik adalah untuk mendapatkan nasihat dan pandangan doktor pakar mengenai pilihan rawatan yang sesuai dan terbaik untuk anda.
| Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah peribahasa yang bermaksud "Ada negeri tentulah ada rakyatnya" | Ada padang, ada belalangnya | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud dengan 'bawa nasib'? | Ia bermaksud menjauhkan diri daripada kaum keluarga dan sahabat untuk mencari kehidupan sendiri. | Standard Malay | zsm | re-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Apakah faedah oregano? Jelaskan dalam ayat-ayat yang tidak melebihi 90 patah perkataan. | Oregano adalah sejenis rempah ratus yang sihat dan amat berkhasiat. Oregano mungkin kelihatan tidak sedap, tetapi ia mengandungi banyak nutrien. Antara kandungan zatnya adalah vitamin A, C, E, dan K, serta sedikit serat, folat, vitamin B6, besi, kalsium, magnesium dan kalium.
Herba ini juga kaya dengan antioksidan dan telah dikaji bagi sifat anti-mikrob dan anti-radang. Oregano dan minyak oregano juga dikaitkan dengan anti-kanser. Selain itu, satu sudu teh oregano mengandungi bukan hanya enam mikrogram vitamin K, tetapi mengandungi jumlah antioksidan yang sama seperti tiga cawan bayam. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tulis satu karangan yang membincangkan kepentingan pendidikan teknikal dan latihan vokasional. | Sejak meniti arus kemerdekaan, negara kita telah mencapai pelbagai kemajuan dalam sektor dan industri tertentu. Antaranya adalah sektor pendidikan negara yang berkembang sejajar dengan pertumbuhan tanah air sebagai negara membangun. Jumlah graduan yang dihasilkan oleh Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta setiap tahun mencerminkan kemampuan generasi muda kita untuk mendapatkan pendidikan pada tahap tertiari demi merebut peluang pekerjaan. Namun begitu, kebelakangan ini pihak kerajaan telah menggalakkan lebih ramai golongan muda untuk menyertai Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional atau dikenali sebagai TVET. Hal ini kerana, negara memerlukan tenaga kerja yang bertepatan dengan kehendak industri yang semakin membangun di Malaysia secara khususnya. Oleh yang demikian, mari kita kupas apakah kelebihan TVET Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional agar generasi muda yang digalakkan untuk sertai mendapat manfaatnya.
Kepentingan utama pendidikan teknikal dan vokasional adalah untuk membuka peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik. Umum mengetahui bahawa dalam usaha untuk mendapatkan peluang pekerjaan profesional seperti doktor perubatan, jurutera dan akauntan memerlukan pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik masing-masing. Sebaliknya, terdapat anak-anak yang tidak mampu untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan sebaliknya lebih meminati pekerjaan yang berkaitan dengan teknikal dan vokasional. Misalnya dalam bidang kulinari di mana pelajar yang menyertai TVET berpeluang untuk mempelajari bagaiman untuk menjadi seorang chef secara praktikal. Peluang dan ruang ini secara tidak langsung memberikan gambaran kepada pelajar bagaimana corak pekerjaan mereka pada masa hadapan dan seterusnya mampu mencari pekerjaan sejurus tamat pembelajaran. Tuntasnya, pendidikan dan latihan vokasional adalah penting demi memberi peluang kepada pelajar yang tidak cemerlang dalam bidang akademik.
Selain itu, pendidikan teknikal dan latihan vokasional penting untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang teknikal dan tertentu. Sebagai contoh, pelajar boleh memilih untuk mempelajari bidang seperti pertukangan, kimpalan, elektrikal, kulinari, perhotelan dan juga automotif. Bidang-bidang ini memerlukan pekerja yang mahir dalam aspek teknikalnya supaya kerja di setiap peringkat dilaksanakan dengan baik. Apabila pelajar mempunyai kemahiran teknikal seperti dalam bidang automatif, mereka dapat bekerja sebagai mekanik di kedai-kedai servis kenderaan ataupun membuka sendiri pusat servis kenderaan. Begitu juga dengan graduan dalam bidang kulinari yang boleh membuka restoran sendiri apabila berkemampuan. Secara tidak langsung, pendidikan TVET juga mampu menghasilkan usahawan tempatan yang menyediakan servis terbaik untuk masyarakat setempat. Intihannya, penting untuk kita memperkasa pendidikan teknikal dan latihan vokasional demi melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan kompeten.
Pada waktu yang sama, potensi industri dalam negara dan daya saing dalam kalangan tenaga kerja dapat ditingkatkan dengan pendidikan TVET. Jerman merupakan antara contoh negara maju yang memartabatkan pendidikan teknikal dan vokasionalnya sehingga melahirkan tenaga kerja yang baik seterusnya menghasilkan jenama terkenal di dunia iaitu Mercedes-Benz, BMW dan Volkswagen. Mereka melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam industri yang mereka kuasai dan membawa jenama negara mereka ke tahap antarabangsa dan diketahui segenap pelusuk dunia. Jika kita ingin menaikkan imej negara di tahap dunia, maka usaha untuk meningkatkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional wajar disokong dengan penuh komitmen. Mungkin satu hari nanti negara kita mampu menghasilkan sebuah pasukan permotoran yang bersaing di peringkat tertinggi iaitu Formula One dan Moto GP. Tegasnya, kepentingan pendidikan teknikal dan vokasional bukan sahaja untuk golongan pelajar tetapi juga penting untuk meningkatkan kemampuan negara untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.
Dari sudut pandang yang lain, pendidikan teknikal dan latihan vokasional ini penting sebagai alternatif kepada pendidikan tertiari yang tidak meyakinkan. Dalam mendepani situasi ekonomi yang tidak menentu ketika ini, golongan pelajar tersepit untuk meneruskan pelajaran di peringkat pengajian tinggi atau bekerja demi mendapatkan wang untuk membantu sara hidup diri dan keluarga. Oleh itu, pendidikan teknikal dan latihan vokasional ini mustahak sebagai alternatif kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk menyambung pelajaran di universiti atau kolej dan mampu untuk mendapatkan pekerjaan secara terus selepas tamat pengajian. Malahan golongan pelajar TVET kini diiktiraf setaraf dengan pemegang diploma dan mampu mendapatkan gaji yang bermaruah. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Izharnya, pendidikan TVET penting sebagai alternatif kepada aliran pengajian lain yang tidak menepati situasi atau minat seseorang.
Kesimpulannya, pelbagai kepentingan pendidikan teknikal dan latihan vokasional bukan sahaja untuk pelajar tetapi juga untuk negara. Selaras dengan revolusi industri yang bakal mendatang serta penggunaan teknologi dalam rutin kehidupan kita, wajar untuk kita memperkasa TVET. Sebagai rakyat yang ingin melihat negara kita berkembang maju dan bercambah dalam pelbagai industri yang dicipta pada masa ini, pihak bertanggungjawab seperti pemimpin negara wajar memperkenalkan dasar pendidikan yang seiring dengan kehendak industri masa kini dan masa hadapan. Hasilnya nanti kadar pengangguran berkurangan dan rakyat mampu untuk bekerja dalam setiap peluang yang diberikan berdasarkan latar belakang pendidikan masing-masing. Hasil kerja yang bermutu tinggi juga akan diperoleh kerana golongan tenaga kerja yang betul-betul mahir atau pakar dalam bidangnya melakukan kerja bukan seperti bidang terjun yang mengucar-ngacirkan tanggungjawabnya. Semoga segala inisiatif mendukung pendidikan teknikal dan vokasional disokong secara seimbang dengan aliran pendidikan yang lain. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai bertandang ke surau"? | Maksudnya ialah berkunjung ke rumah orang dengan tidak dijamu apa-apa | Standard Malay | zsm | re-annotations | 27db4412a926dd214ddf7224fcf5eefe87936c50de5ef53ad5eb8a4f5838d362 |
Apakah resipi untuk kuih apam puteri ayu? Tunjukkan langkah-langkah yang terperinci. | Bahan: 2 cawan tepung gandum, 1 sudu kecil baking powder, 2 biji telur gred A, 2 cawan santan, 2 cawan gula halus/kastor, 1 sudu kecil ovalett / emulsifier, 1 sudul kecil esen/perisa pandan, 1 sudul kecil pewarna hijau, 1 cawan kelapa parut, 1 sudu besar tepung jagung, 1/4 sudu kecil garam, Acuan kuih
Cara penyediaan inti kelapa:
1. Gaul sebati kelapa parut, tepung jagung dan garam. Letak tepi.
Cara penyediaan adunan:
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.2. Pukul gula, telur dan ovalett dalam mangkuk besar sehingga kembang dan putih.
3. Kemudian masukkan sedikit santan diikuti sedikit tepung gandum. Kacau sebati.
4. Ulangi langkah 3 sehingga tepung gandum dan santan habis.
5. Akhir sekali masukkan esen pandan dan pewarna dan kacau sebati.
Cara memasak:
1. Panaskan pengukus.
2. Sapu setiap acuan kuih puteri ayu dengan minyak.
3. Masukkan satu sudu kecil inti kelapa ke dalam setiap acuan. Penyek-penyekkan kelapa supaya mampat.
4. Masukkan adunan tepung ke dalam acuan sehingga penuh.
5. Bila air pengukus mendidih, masukkan acuan-acuan berisi adunan dan kukus selama 10-15 minit.
6. Keluarkan dari pengukus, bila dah sejuk sedikit, keluarkan apam dari acuan.
7. Ulangi langkah 2 hingga 6 untuk batch seterusnya | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Siapakah Chef Wan? | Chef Wan adalah seorang Chef, pengacara, penulis, dan pelakon Malaysia yang terkenal. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah soalan untuk: "George Washington (1732-1799) adalah Presiden pertama Amerika Syarikat (1789-1797), panglima tertinggi Tentera Daratan semasa Perang Revolusi Amerika, dan salah satu Bapa Pengasas Amerika Syarikat."? Topiknya ialah George Washington. | "Bilakah George Washington meninggal dunia?" | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'perang mulut'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud bertengkar. Contoh ayat: Daun pokok rambutan menjadi punca perang mulut antara Mak Siput dan Mak Siti. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "bagai atap rumbia perabung upih, rumah besar berdinding papan"? | Mencampurkan yang baik dengan yang buruk | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Ayat 1: Sebuah radar Vickers Wellington yang diubah suai telah dilengkapi untuk digunakan oleh Unit Pencegat Pejuang, sebagai salah satu pesawat amaran awal dan kawalan udara (AEW & C) yang pertama. Ayat 2: Sebuah pesawat Vickers Wellington yang dilengkapi dengan radar telah diubah menjadi salah satu pesawat amaran awal dan kawalan udara (AEW / C) yang pertama untuk digunakan oleh Unit Pencegat Pejuang. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama? | Tidak | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah maksud 'gila bayang'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud cinta kepada seseorang yang tidak tahu dia dicintai. Contoh ayat: "Beritahulah perasaan kamu kepadanya supaya kamu tidak dikatakan gila bayang," nasihat Zakir kepada Daud. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu. | Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.
Amalan yang perlu dilakukan oleh anggota masyarakat ialah pengambilan makanan yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi, dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.
Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.
Setiap anggota masyarakat perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini dikatakan demikian kerana alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.
Sebagai kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. | Standard Malay | zsm | original-annotations | bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd |
Apakah maksud "bawa tempurung"? Berikan satu contoh ayat. | Maksudnya ialah meminta sedekah. Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 27db4412a926dd214ddf7224fcf5eefe87936c50de5ef53ad5eb8a4f5838d362 |
Apakah maksud "bagai lembu dicucuk hidung"? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud orang yang selalu menurut kemahuan orang lain tanpa mempersoalkannya. Dia seperti lembu dicucuk hidung dengan mengikut apa sahaja arahan orang yang telah memberi rasuah kepadanya. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "bak kambing rega serial"? | Ia bermaksud perihal orang yang tidak senonoh kelakuannya (seperti kedudukannya tidak tentu, dan suka mengeluarkan kata-kata yang tidak membawa erti dan makna) | Standard Malay | zsm | re-annotations | 59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb |
Apakah air celup? | Maksudnya ialah air berwarna yang digunakan untuk mewarnakan sesuatu | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Menurut zodiak Cina, apakah sifat baik and buruk untuk harimau?
| Sifat baik: Sukar diduga, suka melawan, berwarna-warni, sangat berkuasa, berkobar-kobar, berani, mengikut gerak hati, penuh bersemangat, merangsang, ikhlas, pengasih, berperikemanusiaan, murah hati
Sifat buruk: Mudah gelisah, semberono, tidak sabar, cepat berang, degil, mementingkan diri
| Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai apa tampang, itulah tumbuhnya"? | Ia bermaksud hasil bergantung kepada usaha | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "abang kandung"? | Abang yang seibu sebapa. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "bagai alah di rumpun betung"? | Maksud alah di rumpun betung adalah kalah tetapi masih tidak puas hati. Contoh ayat: Ketua kumpulan Jingga masih tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka pada tangan kumpulan Ungu bagai alah di rumpun betung. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f |
Soalan: siapakah yang memegang watak Mr. Freeze dalam siri TV Batman? Jawapan: | Michael Ansara | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Cuba jawab teka-teki berikut: Benda di tubuh badan kita, tapi bukan milik kita? | Jawapannya ialah tahi lalat | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai bertepuk sebelah tangan"? | Cinta kasih yang tidak berbalas. Selain itu, maksud yang lebih umum ialah sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya | Standard Malay | zsm | re-annotations | b9893f6c9aca0a62d6ae0ac914f80305eec32c59324d42e6f82ef5b58f4c7536 |
Tuliskan sebuah karangan ceramah yang bertajuk ‘Isu Teknologi Maklumat’. | Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!”. Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.
Hadirin yang budiman,
Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau ‘e-commerce,’ cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel). Kini ‘www.sesuatu.com.my’ bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan.
Hadirin yang dimuliakan,
Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah” dengan negara-negara maju yang lain.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?
Hadirin sekalian,
Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah tanpa mengira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja dan belia. Dari sini juga aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.
Hadirin yang dikasihi,
Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.
Sekian, terima kasih. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai anak nangui"? | Sangat ramai | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'bertemu teras dengan beliungnya'? | Ia bermaksud dua orang yang berselisih dan sama-sama tidak mahu mengalah | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Namakan strategi-strategi yang boleh diambil oleh seorang pemimpin untuk memodenkan pentadbiran negara supaya seiring dengan abad ke-21. | Untuk memodenkan pentadbiran negara supaya seiring dengan abad ke-21, seseorang pemimpin boleh mengalakkan kemahiran teknologi maklumat. Beliau juga melebarkan hubungan diplomatik dengan lebih cepat dan berkongsi kecanggihan teknologi dengan negara lain dalam
menyusun pentadbiran negara dengan lebih sistematik. Karenah birokrasi dikurangkan dengan menjalankan kempen Bersih, Cekap dan Amanah demi mengelakkan amalan rasuah. Selain itu, beliau juga melakukan inovasi dalam pentadbiran dan mewujudkan persekitaran kerja kondusif dengan menyediakan pelbagai kemudahan dalam sistem pentadbiran.
| Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Soalan: Bilakah Samsung Galaxy 8 dipasarkan? | 21 April 2017 | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah latar belakang negara bangsa sebelum kedatangan barat ? | Latar belakang negara bangsa sebelum kedatangan barat ialah :
1. Sebelum kedatangan Barat telah wujud asas kerajaan Alam Melayu yang masyhur.
2. Terdapat beberapa buah kerajaan Alam Melayu yang agung seperti Kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Nagara, Srivijaya, Angkor dan Majapahit.
3. Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu berbeza daripada di negara Barat. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c |
Apakah lagu kebangsaan Amerika Syarikat?
| Lagu kebangsaan Amerika Syarikat ialah The Star-Spangled Banner | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Natrium klorida, yang biasa dipanggil "garam", terdiri daripada natrium dan klorin yang dari tindak balas kimia. Istilah manakah yang paling tepat tentang natrium klorida? - Ya, betul. Pilih jawapan dari berikut. (I) Asid; (II) Atom; (III) Unsur; (IV) Sebatian; | (IV) | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Benda ini boleh nampak, boleh sentuh, bergerak sama dengan anda, tetapi tak boleh ambil? | Jawapannya ialah bayang | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah peribahasa yang bermaksud "Hati yang baik akan mendapat balasan yang baik"? | ada persembahan ada kurnia | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Natrium klorida, yang biasa dipanggil "garam meja", mengadungi natrium dan klorin yang telah digabungkan secara kimia. Istilah mana yang terbaik menggambarkan natrium klorida? Pilih dari yang berikut. (I) Asid; (II) Atom; (III) Unsur; (IV) Kompaun; | (IV) | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Pada pandangan anda, apakah faktor yang membolehkan Malaysia berjaya menangani pelbagai isu global?
| Skema jawapan:
F1 Kepimpinan yang berkaliber.
H1a Kebijaksanaan menyusun strategi berasaskan isu.
C1 Isu kempen Antiminyak sawit.
H1b Berusaha mendapatkan pengiktirafan badan dunia.
Н1c Melaksanakan amalan baik dalam pengeluaran sawit.
H1d Menggunakan pendekatan diplomatik.
H1e Memberikan penerangan melalui hubungan / lawatan dua hala.
I Mengelakkan sebarang konflik dalam penyelesaian isu.
F2 Pembangunan prasarana / kemudahan asas.
H2a Menyediakan tenaga kepakaran bidang kesihatan
C2 Isu penyakit berjangkit.
H2b Mendapatkan khidmat nasihat badan antarabangsa
H2c Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berterusan
H2d Mengurangkan masalah penularan wabak.
H2e Mendapatkan perakuan daripada WHO.
I Menyediakan khidmat kesihatan bertaraf dunia. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 736cb4c4aa81fd6d442c75fcb899b51a14b4355f89fa6fe014ee98beab059512 |
Sementara menunggu bas, kamu berbual-bual dengan rakan kamu tentang faedah membaca. Tulis perbualan antara kamu dan rakan kamu. Panjang dialog kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan. | Anis : Amin, mana ada orang yang membaca sementara menunggu bas?
Amin : Betul kata kamu Anis. Kata cikgu, kalau di Jepun keadaannya berbeza. Membaca telah menjadi budaya kepada masyarakat mereka.Sementara menunggu bas mereka membaca, bukan hanya berbual kosong.
Anis : Sepatutnya masyarakat kita telah sedar bahawa dengan membaca akan dapat menambah ilmu pengetahuan dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang bermaklumat.
Aimin : Tidaklah seperti katak di bawah tempurung.
Anis : Selain itu dengan membaca juga kita dapat memenuhi masa terluang.
Sebaliknya , seseorang itu akan mudah terpengaruh aktiviti yang tidak berfaedah.
Amin : Betul kata kamu , Anis. Kita juga boleh memperolehi hiburan dengan membaca. Katakan kita membaca buku cerita, kita akan berasa terhibur, selain mendapat pengajaran daripada cerita tersebut.
Anis : Bukan itu sahaja , malah dengan membaca , penguasaan bahasa kita akan meningkat. Sejak saya banyak membaca buku-buku cerita bahasa Inggeris. Nampakanya bahasa Inggeris saya meningkat.
Oh, bas dah sampai , mari kita naik!
Amin : Tunggu dulu , orang belum turun ! | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan bini tinggal-tinggalkan'? | Ia bermaksud yang disayangi itu hendaknya janganlah terlalu dimanja-manjakan | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'salah langkah'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud silap dalam melakukan sesuatu kerja, silap perhitungan. Contoh ayat: Perompak itu berjaya juga diberkas oleh pihak polis akibat tersalah langkah. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Siapakah M. Nasir? Sila jelaskan dalam ayat-ayat yang tidak melebihi 210 patah perkataan. | M. Nasir (lahir 4 Julai 1957) dengan nama penuh Dato' Mohamad Nasir Mohamed ialah seorang penyanyi, pencipta lagu, komposer, pelakon, penerbit album, pengarah dan pelukis Singapura yang menetap di Malaysia. Dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia, beliau memulakan kerjaya bersama kumpulan Kembara sebagai vokalis dan gitaris untuk tempoh singkat sebelum memulakan kerjaya muzik secara solo.
Antara lagu-lagu terkenal beliau ialah "Mustika", "Apokalips", "Mentera Semerah Padi", "Raikan Cinta" dan "Phoenix Bangkit Dari Abu". M. Nasir juga ialah pengasas dan pemilik syarikat rakaman Luncai Emas yang turut berkhidmat sebagai pasukan pengurusannya. Sepanjang kerjayanya, beliau menjadi salah seorang antara penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris.
Sebagai pelakon, beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Kembara Seniman Jalanan (1986) yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Antara filem-filem lakonannya ialah Fenomena (1990), Selubung (1992), Merah (1997), Puteri Gunung Ledang (2004) dan Tombiruo: Penunggu Rimba (2017). Di luar bidang muzik, Nasir juga ialah seorang pelukis dan telah melukis pelbagai hasil seni lukisan termasuk abstrak. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "belah bumi"? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud bunyi yang sangat kuat. Contoh ayat: Petir yang membelah bumi petang tadi amat menakutkan saya. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Ayat 1: Sungai Juruá (Rondônia) adalah sungai di negeri Rondônia di barat Brazil. Ayat 2: Sungai Rondônia (Sungai Juruá) adalah sungai di negeri Rondônia di barat Brazil. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama? | Ya | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah maksud 'kuah tumpah ke nasi'? | Ia bermaksud dikatakan mengenai anak yang dikahwinkan dengan kemanakan (anak saudara perempuan) | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Kapal layar bertolak dari selatan ke timur, angin bertiup dari barat ke utara, asap kapal tu ke mana? | Jawapannya ialah atas. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Ayat 1: Claire Morgan (lahir 18 Mei 1980 di London, England) adalah seorang pemahat dan artis yang terdedah di peringkat antarabangsa yang tinggal dan bekerja di Belfast, Ireland Utara. Ayat 2: Claire Morgan (lahir 18 Mei 1980 di London, England) adalah seorang pemahat dan artis yang dipamerkan di peringkat antarabangsa yang tinggal dan bekerja di Belfast, Ireland Utara. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan maksud yang sama? | Ya, maksud ayat 1 dan ayat 2 adalah sama. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb |
Apakah maksud 'kelok paku kacang belimbing, anak di pangku kemanakan dibimbing'? | Ia bermaksud anak dan anak saudara mestilah sama-sama dijaga (dididik) | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Rujuk petikan di bawah dan kemudian jawab soalan dalam bahasa yang sama seperti petikan: Petikan: Pada 13 Disember 2007, Perdana Menteri Manasseh Sogavare digulingkan oleh undi tidak percaya di Parlimen, berikutan pembelotan lima menteri kepada pembangkang. Ia adalah kali pertama perdana menteri kehilangan jawatan dengan cara ini di Kepulauan Solomon. Pada 20 Disember, Parlimen memilih calon pembangkang (dan bekas Menteri Pendidikan) Derek Sikua sebagai Perdana Menteri, dengan undi 32 ke-15. Soalan: Siapa perdana menteri Pulau Solomon pada bulan Jun 2007? | Manasseh Sogavare | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam"? | Ia bermaksud setelah jatuh miskin, mungkin berubah nasibnya. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah maksud Peribahasa : Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
| Maksud nya :Seseorang yang mengetahui ada keuntungan besar, maka yang sedikit ada padanya dihabiskan. | Standard Malay | zsm | original-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Apa akan manis jika anda minum minuman yang manis, dan makan makanan yang manis? | Jawapannya ialah kencing manis. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Haiwan peliharaan Suzana, _____ suka makan ikan dan minum susu.
A Si Comel
B sang kancil
C sang semut
D sang rangkok | A . Si Comel | Standard Malay | zsm | original-annotations | bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd |
Jawab soalan berikut. Berapakah episod shokugeki no soma musim 3? | 24 episod | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah soalan kepada: "Manusia mempunyai dua paru-paru, paru-paru kanan dan paru-paru kiri."? Topiknya ialah paru-paru manusia. | "Berapakah paru-paru dalam manusia?" | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jawab soalan teka-teki ini: Siapakah penolong kepada doktor dan menjaga pesakit? | Jawapannya ialah jururawat. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan'? | Ia bermaksud perihal orang yang merasa dirinya sudah cukup dalam segala hal (tidak memerlukan bantuan orang lain) | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Bagaimanakah saya menerima wang dari seseorang dalam Paypal? | Untuk terima bayaran duit dari seseorang:
1. Klik menu Send & Request di bahagian atas
2. Klik tab Request
3. Masukkan email orang yang akan berikan kita duit
4. Masukkan amaun dalam matawang yang dikehendaki
5. Semak jumlah wang yang dipinta
6. Tekan butang Request Payment
7. Selesai
| Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Kepentingan Sektor Industri Pelancongan kepada Rakyat dan Negara. | Industri pelancongan merupakan antara sektor utama dalam ekonomi negara Malaysia. Pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta penganjuran Sukan Komanwel pada tahun 1998 telah membuka mata dunia terhadap negara Malaysia. Sejak dari tahun itu, kerajaan Malaysia bersama-sama sektor swasta telah menyemarakkan industri pelancongan negara dengan jayanya. Kedudukan Malaysia yang terletak di garisan khatulistiwa dan beriklim panas dan lembap telah membentuk pelbagai kekayaan alam semulajadi yang menjadi penarik utama para pelancong. Daripada puncak Gunung Kinabalu kepada keindahan terumbu karang di Pulau Tioman, Malaysia menerima kunjungan yang amat ramai saban tahun, maka adalah penting untuk mengekalkan konsistensi dalam pembangunan dan pelaksanaan industri pelancongan negara.
Antara kepentingan ulung industri pelancongan adalah ekonomi. Ekonomi negara bergantung kepada industri pelancongan. Sebagai contoh, sosio-ekonomi di luar bandar dapat berkembang apabila mendapat peluang pekerjaan seperti pemandu pelancong atau membuka rumah inap dan restoran untuk menampung kehadiran pelancong. Dalam kawasan bandar pula, pelancongan kesihatan dapat dijana oleh hospital-hospital swasta sekaligus menambah bilangan pengunjung dan hotel di kawasan sekitar. Hal ini kerana perkhidmatan kesihatan di negara adalah berpatutan berbanding di negara asal pelancong dan mereka melakukan aktiviti pelancongan kesihatan untuk menjimatkan kos perkhidmatan yang mereka inginkan.
Selain itu, industri pelancongan secara tidak langsung telah menggalakkan penambah-baikan infrastruktur di dalam negara kita di mana rakyat juga mendapat tempias manfaatnya. Hari ini, hampir setiap negeri sudah mempunyai lapangan terbang dan beberapa diantaranya menawarkan penerbangan antarabangsa seperti di Lapangan Antarabangsa Langkawi. Pelancong mendapat akses yang mudah untuk ke tempat yang ditujui tanpa perlu mengharungi perjalanan yang jauh seperti dahulu kala. Infrastruktur seperti jalan raya dan pengangkutan awam juga menjadi semakin baik apabila kawasan luar bandar yang mempunyai kawasan tarikan pelancong seperti pantai atau air terjun dan gua memerlukan tahap ketersampaian oleh pelancong-pelancong.
Kepentingan industri pelancongan yang lain adalah keunikan budaya dan alam semula jadi negara dapat dikongsi serta dihargai. Eko-pelancongan merupakan antara pendekatan yang berjaya dan diraikan oleh semua dimana pelancong akan melawat kawasan-kawasan semula jadi seperti Taman Negara Endau- Rompin dan Taman Laut Terengganu di samping usaha pemeliharaan kawasan tersebut berjalan seiring. Pelancong dapat menyaksikan pusat konservasi gajah atau menikmati keindahan hidupan laut dengan menyelam di sekitar pulau-pulau di Malaysia. Seperti peribahasa Melayu berkata,”Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran” yang bermaksud kita perlulah menyelaraskan usaha pembangunan seiring dengan memelihara apa yang kita miliki.
Tambahan pula, industri pelancongan telah menarik pelbagai pelabur asing untuk melabur di dalam negara kita. Antaranya adalah dari segi hospitaliti dimana pelabur berminat untuk mengusahakan hotel, pusat membeli belah dan juga membina taman tema. Sebagai contoh, pembukaan Legoland di negeri Johor telah menarik minat ramai pelancong terutamanya dari negara luar kerana ia merupakan taman tema berjenama Lego yang pertama di Asia tenggara. Kehadiran pelabur asing dapat membantu kerajaan mengurangkan kos yang digunakan dalam sektor pelancongan sekaligus memberi lebih faedah kepada rakyat dan negara khususnya.
Konklusinya, pelbagai manfaat dapat dinikmati oleh rakyat serta negara sekiranya industri pelancongan di Malaysia berjaya dan diuruskan dengan efisien. Justeru, penggubal undang-undang dan polisi negara seharusnya mnyusun rangka terbaik dalam membentuk formula dalam industri pelancongan negara supaya dapat memberi pulangan maksima kepada rakyat dan negara. Industri pelancongan adalah industri yang sihat dan wajar untuk diteruskan dan disandarkan pada ekonomi negara sekiranya diurus dengan baik. Maka, promosi pelancongan negara perlu dilaksanakan dengan lebih jitu dan berkesan agar seluruh pelusuk dunia tahu dan berminat untuk melawat negara kita suatu hari nanti. Bak kata pepatah,”tidak kenal maka tidak cinta” yang bermaksud kita perlulah memperkenalkan negara kita sehingga perasaan minat dan cinta akan Malaysia itu timbul kelak. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Cari kata bantu yang terdapat dalam ayat di bawah.
a. Kita mesti mematuhi peraturan jalan raya.
b. Pak Mat sedang menyusun kotak kosong di belakang rumahnya.
c. “Sukan tahunan SK Sungai Rapat telah diadakan pada bulan lepas,” kata Siva kepada
Mahanum.
d. Badrul masih menyimpan piala kemenangannya dalam pertandingan lumba basikal 15
tahun yang lalu.
| a. mesti
b. sedang
c. telah
d. masih | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah jawapan untuk teka-teki yang bertemakan permainan berikut: Roda yang bukan ada di kenderaan, dan apabila ia putar, orang akan bersorak sambil tepuk tangan. | Jawapannya ialah roda impian. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Di dalam soalan ini, sila pilih dua jawapan
Apakah kepentingan amalan perpaduan dalam masyarakat majmuk | Mengekalkan kedaulatan dan keselamatan negara
Rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni | Standard Malay | zsm | original-annotations | bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd |
Bagaimanakah kedua-dua faktor tersebut mencetuskan Dunia Kedua (1939-1945) ? | ** Jerman menganggap Perjanjian Versailles tidak adil.
** Kandungan Perjanjian Versailles mencabar kedaulatan Jerman.
** Tanah jajahan Jerman dirampas.
** Jerman perlu bayar pampasan perang yang tinggi.
** Jerman dilarang membesarkan saiz tenteranya.
** Itali yang menyertai Pakatan Bertiga turut tidak berpuas hati.
** Itali tidak diberikan tanah jajahan seperti Perancis dan Poland.
** Liga Bangsa-Bangsa gagal menguatkuasakan perlucutan senjata.
** Jerman mengetepikan Perjanjian Versailles.
** Jerman keluar daripada Liga Bangsa-Bangsa.
** Jerman memperbesar angkatan tenteranya secara terbuka.
** Liga Bangsa-Bangsa gagal menangani krisis pencerobohan wilayah
** Jepun menakluki Manchuria, wilayah China.
** Itali menyerang Habsyah di Afrika | Standard Malay | zsm | original-annotations | 736cb4c4aa81fd6d442c75fcb899b51a14b4355f89fa6fe014ee98beab059512 |
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
Ayat aktif: Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin. |
Ayat pasif yang betul ialah 'Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanis di kantin.' | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah kebaikan biji chia untuk kesihatan kita? | Berikut adalah kebaikan biji chia:
1. Menurunkan Berat Badan:
Dengan pengambilan biji chia sebanyak 25 hingga 38 gram sehari dapat membantu membakar lemak dan menurunkan berat badan. Kandungan tryptophan dalam biji chia pula membantu melancarkan sistem pencernaan dan melangsingkan tubuh.
2. Mencegah Sembelit:
Biji chia boleh merawat sembelit kerana kandungan serat tidak larut yang terkandung di dalamnya. Bahagian luar biji biji chia yang terdiri daripada polisakarida non-pati (NSP) yang mudah larut dalam air akan mengembang dan berubah menjadi seperti jeli sehingga dapat membantu pencernaan dan memudahkan pembuangan air besar.
3. Mengawal Kencing Manis:
Biji chia merupakan salah satu rawatan semula jadi yang mudah dan efektif untuk pesakit diabetes tahap 2. Ini berikutan keupayaan biji chia untuk melambatkan pencernaan dikaitkan dengan pencegahan diabetes. Biji chia dapat membantu menstabilkan gula dan melawan rintangan bagi insulin yang telah terikat dalam peningkana pada lemak perut.
4. Melawan Kanser:
Ada laporan perubatan menyatakan biji chia turut berkhasiat dalam memerangi kanser. Minyakbiji chia juga memiliki sifat antikanser yang dikenalpasti dapat mengurangkan pertumbuhan tumor.
5. Menurukan Tahap Kolestrol:
Kandungan dalam biji chia berupaya menurunkan kolestrol dalam darah dan mencegah penyakit jantung koroner.
6. Meningkatkan Kesuburan:
Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa biji chia mampu meningkatkan kadar kesuburan lelaki.
7. Membantu Memperbaiki Kesihatan Kardiovaskular:
Kajian mendapati kandungan dalam biji chia dapat meningkatkan kesihatan jantung dan mencegah penyakit yang berhubungan dengan jantung.
8. Meningkatkan Tenaga Dan Metabolisme:
Kandungan dalam biji chia turut mampu membuatkan anda lebih bertenaga seperti laporan yang diterbitkan berdasarkan kajian yang telah dilakukan. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah resipi untuk dodol kukus yang merupakan kuih-muih tradisional Melayu? | Bahan-bahan: 2 cawan tepung pulut, 2 sudu besar tepung gandum, 2 sudu besar tepung pulut hitam, 1 cawan gula merah, ½ cawan gula, 1 cawan air
Bahan untuk tahi minyak: Santan pekat, Sedikit garam
Cara-cara:
1. Masukkan tepung pulut, tepung gandum dan tepung pulut hitam.
2. Masak setengah cawan gula dengan secawan air. Boleh kurangkan gula jika mahu.
3. Jika bancuhan terlalu pekat, tambahkan air.
4. Untuk tahi minyak, campurkan santan pekat dan sedikit garam dari sebiji kelapa dan masak hingga menjadi tahi minyak.
5. Sapu tahi minyak pada daun pisang yang dilayur.
6. Ambil sesenduk adunan kuih tadi dan kukus di atas daun pisang hingga masak.
7. Sedia untuk dihidang. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai belacan dikerat dua"? | Hal yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Jawab teka-teki berikut: Semakin banyak dia bercakap bohong, semakin panjang ia tumbuh, apakah dia? | Jawapannya ialah hidung Pinocchio. | Standard Malay | zsm | re-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Apakah maksud 'gulai terlampau serai maung rasanya'? | Ia bermaksud perbuatan (perkataan) yang terlampau akhirnya akan menjadi sia-sia | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Punca-Punca Pengangguran dan Cara Mengatasinya. | Mutakhir ini, polemik tentang pengangguran dalam kalangan belia terutamanya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Isu ini bukan sahaja berlaku di dalam negara kita tetapi juga melibatkan hampir kebanyakan negara membangun di segenap dunia. Revolusi industri yang bertujuan untuk mengautomasikan sektor pembinaan dan industri lain telah menjejaskan kebergantungan terhadap tenaga kerja daripada manusia. Oleh itu, isu pengangguran bukan sahaja merunsingkan golongan siswazah tetapi ia secara langsung melibatkan golongan pekerja yang terkesan daripada perkembangan teknologi hari ini. Bagi menyelesaikan isu yang menjadi tunjang ekonomi sesebuah negara ini, wajar untuk kita mengenal pasti punca dan cara-cara untuk mengatasinya.
Punca utama bilangan pengangguran berlaku dalam kalangan siswazah khususnya adalah disebabkan tiada keseimbangan antara keperluan industri dan penghasilan graduan daripada institusi pengajian tinggi (IPT). Setiap tahun, lebih 100 000 graduan dihasilkan oleh IPT awam dan swasta dan menyebabkan lambakan graduan berlaku di dalam negara kita. Peluang pekerjaan yang dihasilkan hari ini pula terhad berbanding sedekad yang lalu dimana jumlah rakyat dalam negara telah bertambah berkali ganda tetapi struktur peluang kerja masih di tahap yang sama. Tambahan pula, kadar gaji yang tidak setara dengan kos kehidupan masa kini oleh industri telah menyebabkan graduan menganggur dan memilih dalam mencari pekerjaan.
Selain itu, punca yang menyebabkan berlakunya pengangguran adalah disebabkan kursus di IPT tidak relevan dengan keperluan industri. IPT terutamanya IPT swasta menjalankan operasi mereka dalam bentuk perniagaan, maka kuantiti pelajar yang ramai akan mendatangkan keuntungan berbanding memastikan kursus yang dijalankan relevan dengan kehendak industri. Pelajar-pelajar pula mudah termakan dengan janji peluang pekerjaan yang akan ditawarkan setelah tamat pengajian kelak. Situasi ini juga berlaku diperingkat industri. Sebagai contoh, pihak kilang ingin menggunakan teknologi baru yang memerlukan kemahiran pekerja yang lebih tinggi. Maka, pekerja yang tiada kemahiran tersebut terpaksa dihentikan. Jelaslah bahawa, setiap pihak berperanan dalam memastikan masalah pengangguran dapat diselesaikan.
Langkah yang pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua pihak terutamanya kerajaan dalam memastikan kerjasama antara IPT dan keperluan industri. Inisiatif kerajaan dalam menambah bilangan IPT dari tahun ke tahun wajar dipuji tetapi permintaan yang sama dari segi peluang pekerjaan juga perlu dilaksanakan. Tamsilnya, syarikat petroleum terkemuka negara, Petronas telah membangunkan IPT mereka sendiri bagi menghasilkan graduan yang seiring dengan keperluan mereka. Justeru, kerajaan sewajarnya memberikan garis panduan kepada IPT dalam memastikan kursus yang ditawarkan dan kuantiti graduan seimbang dengan keperluan industri. Maka, kerajaan, IPT dan industri perlu menggembleng tenaga untuk memastikan aliran kehidupan rakyat daripada pengajian terus ke pekerjaan dan tidak tersangkut dengan isu pengangguran.
Di samping itu, kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan peluang pekerjaan sentiasa ada bagi setiap golongan bukan sahaja graduan IPT. Antara cara yang boleh dilaksanakan adalah menrik pelabur asing untuk melabur dalam negara. Kemudahan infrastruktur yang lengkap di Kuala Lumpur tamsilnya dapat menjamin keyakinan pelabur untuk berdagang dalam negara. Kerajaan juga perlu sentiasa membantu usahawan tempatan untuk berkembang secara domestik dan global agar tidak menjadi seperti peribahasa Melayu, kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan. Justeru kerajaan hari ini perlu melakukan anjakan paradigma dalam usaha menaikkan nama anak tempatan di samping menarik pelabur asing ke dalam negara. Dua inisiatif ini secara tidak langsung dapat memberikan peluang pekerjaan kepada setiap golongan pekerja dalam negara kita.
Kesimpulannya, pelbagai faktor yang menyebabkan isu pengangguran berlaku dan banyak langkah yang boleh dilaksanakan bagi memastikan bilangan tersebut berkurangan. Pengenalan peluang pekerjaan seperti penghantar makanan dan e-hailing adalah bersifat sementara dan tidak sihat bagi perkembangan ekonomi dalam jangka masa panjang. Oleh itu, kerajaan dan rakyat perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan kedua-dua pihak bekerja demi membantu meningkatkan ekonomi diri dan negara. Pelbagai kerjasama secara domestik dan global diperlukan bagi membentuk model ekonomi terbaik agar Malaysia tidak ketinggalan dalam era revolusi industri yang kian mendatang. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tuliskan satu karangan yang bertajuk "Faedah Menggunakan Perpustakaan". | Pada era ledakan teknologi yang semakin maju seiring dengan kemajuan ekonomi negara, pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan. Satu daripada kemudahan tersebut ialah perpustakaan yang merupakan sebuah institusi yang telah wujud sejak zaman kegemilangan tamadun Islam pada suatu ketika dahulu. Pada zaman kegemilangan kerajaan Abbasiyah misalnya, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz telah membina sebuah perpustakaan yang dikenali sebagai Baitul Hikmah yang berfungsi sebagai pusat penyimpanan khazanah ilmu, pusat penterjemahan serta perjumpaan para cendekiawan dan ulama. Pada masa ini, semua perpustakaan yang dibina di seluruh pelosok negara memainkan peranan yang sama iaitu sebagai gedung dan pusaka ilmu bagi kemudahan semua pihak. Tambahan pula, perpustakaan pada zaman ini menyediakan kemudahan jalur lebar atau kemudahan Internet yang boleh menambahkan lagi kesenangan pengguna untuk mencari maklumat yang diperlukan. Ternyata perpustakaan yang disediakan oleh pihak kerajaan mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada masyarakat, cuma terpulang kepada masyarakat sama ada mahu atau tidak menggunakannya kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.
Antara faedah menggunakan perpustakaan ialah pelajar serta orang awam dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan yang tersimpan di dalamnya. Hal ini demikian kerana perpustakaan menempatkan jutaan ilmu pengetahuan yang dinukilkan oleh penulis dari seluruh pelosok dunia dengan menggunakan pelbagai bahasa. Malahan di sesetengah perpustakan elit, tersimpan ilmu pengetahuan yang dihasilkan oleh tokoh atau bijak pandai jutaan tahun dahulu. Dalam hal ini semua pihak hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan sama ada untuk mendapatkan maklumat atau membaca pelbagai buku bersesuaian dengan cogan kata Membaca Jambatan Ilmu. Suasana perpustakaan yang kondusif dan hening mampu memberikan ketenangan kepada pengunjungnya untuk menelaah dan membongkarkan pelbagai rahsia tersembunyi daripada bahan yang dibaca. Di perpustakaan, kita boleh memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan seperti keagamaan, falsafah, kemanusiaan serta ilmu pengetahuan berkaitan sains dan teknologi. Pada hari ini ilmu pengetahuan sangat berguna dalam hidup kita umpama tulang belakang yang berfungsi menampung tubuh badan kita untuk meneruskan kehidupan. Tuntasnya, setiap individu seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan perpustakaanlah tempat yang wajar dikunjungi atas sebab kekayaan ilmu pengetahuan di situ.
Selain itu, perpustakaan juga boleh dijadikan tempat untuk mengisi masa lapang secara berfaedah khususnya kepada golongan muda dan para pelajar. Hal ini demikian kerana pada masa ini perpustakaan bukan sahaja menyediakan bahan bacaan seperti buku dan majalah tetapi juga telah dilengkapi dengan pendingin hawa, komputer dan Internet. Kemudahan-kemudahan yang disediakan boleh menarik minat generasi muda mengunjungi perpustakaan sekali gus mengelakkan remaja terlibat dengan budaya lepak serta melakukan pelbagai aktiviti yang tidak berfaedah. Suasana kondusif yang diwujudkan di dalam perpustakaan akan mendorong masyarakat untuk meluangkan banyak masa senggang secara lebih proaktif kerana sesungguhnya masa itu emas. Sebagai contoh, Perpustakaan Sultan Ismail di Johor Bahru telah menyediakan sebuah ruang untuk kegunaan proses pembelajaran secara interaktif. Di perpustakaan tersebut, Petrosains dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah membuka cawangan mini bagi mendorong lebih ramai generasi muda melawat dan menghabiskan masa di situ. Sesungguhnya, dengan mengunjungi perpustakaan kita dapat menguruskan masa secara bijak kerana masa itu ibarat pedang yang tajam, sekiranya kita terlewat mata pedang itu sendiri akan memenggal kepala kita.
Seterusnya, penggunaan perpustakaan secara berterusan juga mampu menyemai serta memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda. Dalam hal ini ibu bapa memainkan peranan yang dominan dengan sering membawa anak-anak berkunjung ke perpustakaan agar mereka terbiasa dengan buku-buku bersesuaian dengan kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlulah berindak sebagai suri teladan kepada anak-anak dengan berkunjung ke perpustakaan sama ada untuk membaca, meminjam buku atau menggunakan kemudahan Internet yang disediakan. Dengan berkunjung ke perpustakaan orang ramai boleh memilih bacaan yang mereka gemari mengikut usia masing-masing seperti akhbar, majalah, jurnal, komik serta pelbagai bahan ilmiah yang telah diterbitkan. Budaya suka membaca penting diterapkan dalam kalangan generasi muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara agar mereka dilengkapi dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Situasi ini penting agar mereka mampu bersaing di peringkat global sekali gus membolehkan Malaysia duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Dalam konteks ini, kita perlulah menjadikan negara matahari terbit, Jepun sebagai contoh kerana kejayaan membangunkan negara mereka hasil daripada budaya membaca yang tinggi masyarakatnya. Jelas bahawa perpustakaan mampu menerbitkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat sekali gus melahirkan masyarakat yang berjaya kerana Masyarakat Membaca Masyarakat Berjaya.
Intihanya, tiada suatu objek atau makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T di muka bumi ini tanpa ada hikmah atau kemaslahatan di sebaliknya. Lantaran itu, bilangan perpustakaan yang merupakan gedung ilmu perlulah ditambah dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan teknologi demi menggamit dan mendorong masyarakat berkunjung ke perpustakaan. Masyarakat khususnya golongan pelajar seharusnya menjangkau sehabis tangan untuk merebut peluang dan menggunakan sebaik mungkin kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan perpustakaan untuk membongkar segala khazanah ilmu yang tersimpan di situ. Jelas bahawa perpustakaan mempunyai banyak kebaikannya, namun begitu terpulanglah kepada orang ramai kerana segala-galanya berada dalam tangan masing-masing bersesuaian dengan kata peribahasa yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "apa payahnya menawakkan bibir atas bawah"? | Mudah menyebut, tetapi susah mengerjakannya. menawakkan = menggerakkan | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "bagai sumur di tepi rawa"? Berikan contoh ayat. | Ia bermaksud orang yang selalu cemburu. Contoh ayat: Perangai Aman yang bagai sumur di tepi rawa itu tidak disukai Adam. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah tempura? | Tempura adalah makanan Jepun berupa makanan laut, sayur-sayuran, atau ulam yang dicelup ke dalam adunan berupa tepung gandum dan kuning telur dicairkan dengan air bersuhu dingin lalu digoreng dengan minyak yang banyak hingga berwarna kuning muda. Tempura juga bermaksud cara menggoreng yang berbeza dengan furai (istilah bahasa Jepun untuk goreng celup) | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai keluang bebar petang"? | Ia bermaksud "berkerumun (berhimpun) beramai-ramai." | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "bagai sumur di tepi rawa"? | Ia bermaksud orang yang selalu cemburu. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Berikan jawapan untuk teka-teki berikut: Perasaan anda apabila kekurangan air. | Jawapannya ialah haus atau dahaga. Haus atau dahaga ialah kata adjektif yang digunakan untuk menyifatkan keadaan kering tekak. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah ibu negara Jepun? | Jawapannya ialah Tokyo. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb |
Apakah maksud 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'? | Ia bermaksud percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri. Contoh ayat: Ellen selalu menasihati Aaron supaya berhati-hati ketika bercakap kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f |