inputs
stringlengths
9
3.4k
targets
stringlengths
1
10.2k
language
stringclasses
1 value
language_code
stringclasses
1 value
annotation_type
stringclasses
2 values
user_id
stringlengths
64
64
Apakah maksud "bagai sumur tepi rawa"?
Ia bermaksud orang yang selalu cemburu.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah sinopsis cerita Hikayat Sang Kancil?
Hikayat Sang Kancil merupakan salah satu kisah dongeng Melayu yang popular di Malaysia dan telah dikomersilkan dalam bentuk visual pada zaman moden (1980an). Hikayat Sang Kancil yang mengandungi kira-kira 20 cerita. Cerita ini mengisahkan mengenai sang kancil yang memperdayakan binatang lebih besar yang bersifat sombong dengan menggunakan kebijaksanaan yang ada padanya. Cerita binatang tujuannya bukan sekadar untuk menghibur tetapi juga untuk memberi pengajaran yang baik supaya dapat diambil oleh para pembacanya. Ajaibnya penglipur lara akan mengatakan sang kancil ini boleh bercakap seperti manusia biasa.
Standard Malay
zsm
re-annotations
98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c
Apakah maksud 'digantung sehasta tali'?
Ia bermaksud perempuan yang ditinggalkan oleh suaminya dengan tidak diberi belanja dan tidak juga diceraikan
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk"?
Ia bermaksud makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendahkan diri.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai bulan dipagar bintang"? Berikan satu contoh ayat bagi peribahasa tersebut.
Ia bermaksud kecantikan seseorang perempuan yang tiada bandingannya. Contoh ayat: Kecantikan Noni bagai bulan dipagar bintang kerana tiada seorang pun yang dapat menandingi kecantikannya.
Standard Malay
zsm
re-annotations
98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c
Apakah maksud "bagai baling-baling di atas bukit"?
"Bagai baling-baling di atas bukit" bermaksud pendirian yang berubah-ubah.
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Pilih jawapan yang betul untuk soalan berikut: Apakah tindakan yang perlu diambil apabila melihat bas sekolah berhenti di tepi jalan sambil memasang lampu kecemasan? A. Memotong bas sekolah tersebut secepat mungkin B. Memandu dengan lebih berhati-hati dan berhenti jika perlu C. Menyalakan lampu tinggi dan membunyikan hon
Jawapannya ialah B. Memandu dengan lebih berhati-hati dan berhenti jika perlu. Pilihan jawapan A dan C merupakan perlakuan yang tidak elok dan boleh menyebabkan kemalangan.
Standard Malay
zsm
re-annotations
11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f
Apakah maksud 'laksana pencalang sarat, tiada ke timur tiada ke barat'?
Ia bermaksud orang yang sudah berpakaian cantik dan berhias tetapi duduk di rumah sahaja
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah jawapan untuk teka-teki ini? Saya diperbuat daripada telur, panjang lagi boleh gulung sesuka hati, ada kepala, mata dan mulut tetapi tidak mempunyai kaki dan tangan.
Jawapannya ialah ular
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Apakah maksud dengan peribahasa 'orang kaya suka dimakan, orang muda selendang dunia'?
Ia bermaksud orang hartawan yang selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (untuk puji-pujian)
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Jawab soalan teka-teki berikut: Nampak macam hutan berwarna hijau di luar, ada telaga merah di dalam, budak-budak hitam pun bermain di situ.
Jawapannya ialah tembikai.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'cerai hidup'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud suami isteri yang bercerai ketika hidup. Contoh ayat: Kamisah bercerai hidup dengan suaminya sejak sepuluh tahun lalu.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Ayat 1: Dia juga menggambarkan banyak buku kanak-kanak dan memenangi lima kali Levstik - Hadiah untuk ilustrasinya, 1958, 1962, 1967, 1974 dan 1975. Ayat 2: Dia juga memenangi banyak buku kanak-kanak dan menggambarkan lima kali Levstik Award untuk ilustrasinya, 1958, 1962, 1967, 1974 dan 1975. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama?
Tidak
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Reka bentuk bendera Malaysia mempunyai jalur berwarna?
Merah putih
Standard Malay
zsm
original-annotations
bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd
Apakah air bah?
Air bah ialah air yang membanjiri sesuatu kawasan.
Standard Malay
zsm
re-annotations
11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f
Tulis satu karangan yang membincangkan kesan penggunaan telefon bimbit kepada pelajar.
Telefon adalah satu peranti yang dicipta oleh Alexander Graham Bell pada tahun 1876 untuk membantu manusia berkomunikasi pada jarak yang jauh. Sehingga hari ini, telefon telah berevolusi seiring dengan kemajuan sains dan teknologi dimana fungsi telefon iaitu untuk berhubung dengan manusia lain pada jarak yang jauh ditambah dengan pelbagai lagi fungsi-fungsi lain. Daripada hanya mendengar suara sahaja, kini kita boleh membuat panggilan video secara langsung dengan sesiapa sahaja tanpa mengira waktu dan tempat asalkan terdapat capaian telekomunikasi. Perkembangan ini telah mengubah norma masyarakat kita kerana dahulu kala telefon hanya dimiliki oleh orang yang kaya dan berkepentingan sahaja tetapi sekarang hampir keseluruhan manusia memiliki sebuah telefon pintar termasuklah para pelajar. Apakah kesan penggunaan telefon bimbit kepada pelajar? Adakah ianya memberikan manfaat atau sebaliknya? Untuk itu, mari kita bincang dan huraikan implikasi pemilikan telefon bimbit oleh pelajar. Kesan buruk yang akan diperoleh pelajar jika menyalahgunakan telefon bimbit adalah mereka berisiko untuk terdedah kepada pengaruh atau anasir yang tidak sihat. Kehadiran teknologi Internet telah membuatkan pelbagai informasi dari seluruh pelusuk dunia disebarkan dan dicapai oleh sesiapa sahaja tanpa sebarang tapisan. Akibat daripada situasi ini, para pelajar yang terdiri daripada golongan remaja ingin mengambil tahu banyak perkara dan akan mudah dipengaruhi. Sebagai contoh, budaya di negara asing yang banyak bergaul bebas dan tidak mempunyai pegangan agama yang kuat akan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pelajar. Kemudian mereka yang tidak mempunyai jati diri yang kuat akan terpengaruh dan terjebak dalam gejala-gejala sosial ini. Perkara ini berpunca hanya kerana mereka mempunyai telefon bimbit dan telah dicemari dengan anasir yang tidak baik. Intihannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar boleh menjadi duri dalam daging kerana ia mampu mempengaruhi mereka ke arah yang tidak diingini. Di samping itu, telefon bimbit juga memberikan implikasi yang buruk kepada pelajar apabila mereka leka bermain permainan video atau menonton kandungan hiburan. Tidak dinafikan bahawa grafik dan video yang kita nikmati pada hari ini sangat menarik. Malahan terdapat permainan video yang memberikan grafik dan video secara empat dimensi dimana kita boleh merasai pengalaman bermain dengan lebih realistik. Kesan visual dan efek ini telah membuatkan para pelajar khususnya golongan muda lalai dan melupakan pembelajaran akademik mereka. Sedangkan pendidikan adalah teras kepada kemajuan masyarakat untuk tampil bersaing dengan masyarakat global pada hari ini. Justeru, ibu dan bapa hendaklah memainkan peranan yang penting agar anak-anak tidak leka bermain permainan video atau menonton kandungan hiburan dan anak-anak pula mendengar nasihat ibu dan bapa serta tidak menjadi seperti mencurahkan air ke daun keladi. Disebalik kesan-kesan negatif yang dihuraikan di atas, telefon bimbit sebenarnya memberikan pelbagai kebaikan jika diguna pakai dengan cara yang betul. Para pelajar seharusnya menggunakan telefon bimbit sebagai alat komunikasi mereka antara keluarga, guru dan juga rakan-rakan. Kemudahan ini perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh pelajar kerana jika dibandingkan pada zaman dahulu, cara untuk berkomunikasi adalah sukar dan memakan masa yang lama. Dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar boleh menghubungi rakan atau guru jika mempunyai masalah dalam melakukan tugasan yang diberikan atau tidak faham dalam sesuatu perkara. Bak kata pepatah, hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai. Manakala bagi pelajar yang berada di perantauan boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi keluarga yang jauh. Walaupun hanya dengan panggilan suara, ia dapat meningkatkan motivasi dan semangat pelajar ketika menghadapi peperiksaan dan juga hari hari biasa. Selain itu, implikasi positif penggunaan telefon bimbit oleh pelajar adalah mereka dapat mencari sumber rujukan tambahan untuk tujuan pembelajaran mereka. Kita tidak mahu generasi muda seperti katak di bawah tempurung yang tidak mengetahui banyak perkara dan ketinggalan zaman. Kemudahan yang boleh dicapai hanya dengan menggunakan hujung jari hendaklah digunakan oleh pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk diri dan masa depan. Pengetahuan seperti cara menguruskan kewangan dan pengalaman bekerja adalah antara pengetahuan yang boleh didapati secara atas talian menggunakan telefon bimbit yang tidak boleh didapati di sekolah. Pelajar juga boleh menambah kemahiran diri seperti memasak, membaiki peralatan dan juga membina perabot daripada barang terpakai dengan menggunakan telefon bimbit. Secara tidak langsung, situasi ini membuka minda pelajar terhadap pembelajaran di luar bilik darjah yang lebih interaktif dan juga memberi keseronokan kepada mereka yang berminat. Tegasnya, dengan penggunaan telefon bimbit yang betul, pelbagai manfaat yang mampu diperoleh seterusnya memberi faedah kepada pelajar. Secara tuntas, banyak pro dan kontra terhadap penggunaan telefon bimbit oleh pelajar. Namun begitu, jika ciptaan manusia seperti telefon bimbit ini lebih banyak memberikan kebaikan, kita seharusnya menggalakkan penggunaannya di samping menjauhkan kesan negatifnya. Setiap pihak hendaklah memainkan peranan dalam memastikan pelajar yang memiliki telefon pintar tidak menyalah guna peranti tersebut dan memanfaatkannya dengan sepenuh hati. Umum mengetahui bahawa pelajar merupakan tonggak masa hadapan negara maka jika ia tidak dibentuk dengan kaedah dan budaya yang baik maka buruklah padahnya. Ibarat peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya yang bermaksud mendidik anak sejak kecil adalah langkah terbaik. Diharapkan setiap ahli masyarakat membuka mata dan berganding bahu memastikan anak-anak muda memanfaatkan penggunaan telefon bimbit agar wawasan untuk mencapai kemajuan di masa hadapan dapat direalisasikan dengan jayanya.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Berikan saya lirik lagu negeri Selangor.
Lirik lagu negeri Selangor adalah seperti berikut: Duli Yang Maha Mulia Selamat di atas takhta Allah lanjutkan usia Tuanku Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku Bahagia selama-lamanya Aman dan sentosa Duli Yang Maha Mulia
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'membuka tembelang'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud membocorkan rahsia. Contoh ayat: Si Hamid telah membuka tembelang dengan mengatakan Si Guna yang mencuri kambing ku rupaya.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Jawab soalan berikut: Bagaimanakah nak pupuk perpaduan?
Jawapan: Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat, antaranya melalui: 1. Amalan rumah terbuka 2. Program dan aktiviti bersama 3. Pendidikan dan latihan tentang toleransi dan menerima perbezaan 4. Promosi dan penyebaran maklumat tentang kepentingan perpaduan 5. Menggalakkan dialog dan komunikasi yang terbuka antara kaum
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "belah hati"? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan. Contoh ayat: Usahlah berbelah hati untuk meninggalkan keluarga demi mencari masa depan yang lebih baik.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai berkelahi dalam kapuk"?
Ia bermaksud sesuatu perkara yang tidak mudah diselesaikan.
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Berikan saya jawapan untuk soalan teka-teki ini: Anda perlu jumpa dia jika makan apa tahi apa juga.
Jawapannya ialah doktor.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Berikan ayat contoh untuk peribahasa "abu Jahal".
Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah tema kemerdekaan negara Malaysia yang ke-61? A) Negaraku sehati sejiwa B) Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta C) Malaysiaku berdaulat, tanah tumpahnya darahku D) Sayangi Malaysiaku
Jawapannya ialah D) Sayangi Malaysiaku
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'ibarat beban belum lepas dari bahu'?
Ia bermaksud belum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan).
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Emak membeli seekor ikan dengan harga RM 7 dan sesikat pisang dengan harga RM 3.50, berapakah baki yang tinggal jika dia bayar RM20 kepada pekedai?
RM7+RM3.50=RM10.50 Jumlah yang perlu dibayar ialah RM10.50. RM20-RM10.50=9.50 Jadi, baki yang pekedai perlu pulangkan kepadanya ialah RM9.50
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai ulat nangka terhempas ke batu"?
Ia bermaksud orang yang jahat itu tidak berasa serik oleh kesusahan daripada kejahatannya.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai ayam naik ke surau"?
Bertamu ke rumah orang tetapi tidak dijamu
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'mati-mati mandi biar basah'?
Ia bermaksud kalau membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh jalan
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Jawab soalan yang rumit ini: American Eagle Outfitters, Inc. adalah pembekal pakaian dan aksesori Amerika, yang mempunyai pejabat di Kejiranan Southside Works di Pittsburgh, Pennsylvania, tahun berapakh ia ditubuhkan oleh saudara Jerry dan Mark Silverman sebagai anak syarikat Retail Ventures, Inc.?
Tahun 1977
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Ada leher, kepalanya dipasangkan, sentiasa diambil dan diletak balik oleh manusia, apakah itu?
Jawapannya ialah botol. Botol mempunyai leher yang selalunya dipegang dan kepalanya dipasang untuk menutupnya. Botol sering diambil dan diletakkan balik selepas habis digunakan.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'kerbau jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang'?
Ia bermaksud isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Siapakah Anita Sarawak? Apakah yang dia terkenal sebagai?
Anita Sarawak (lahir 23 Mac 1952) atau Ithnaini binte Mohd Taib merupakan seorang penyanyi kelahiran Singapura berketurunan Melayu (walaupun kampung halaman asalnya kesemuanya yang terletak di Malaysia seperti di Temerloh, Pahang, iaitu kampung sebelah bapanya, Dato' S. Roomai Noor dan juga Kuching, Sarawak serta Georgetown, Pulau Pinang, iaitu kampung sebelah ibunya, Siput Sarawak), dan pernah menerima anugerah dari "Asian Entertainment Establishment" kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan. Selain daripada banyak anugerah piring emas yang diterimanya, Anita pernah juga dipilih sebagai 'Dewi Utama' (The Top Diva) di Asia. Beliau juga adalah salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain M. Nasir dan Allahyarhamah Sharifah Aini (1953 - 2014). Dilahirkan oleh seorang penerbit filem dan pelakon terkenal dan ibunda yang merupakan seniwati filem Melayu yang masyhur iaitu Allahyarham S. Roomai Noor dan Allahyarhamah Siput Sarawak. Ibubapanya berpisah apabila Anita berusia sembilan bulan. Dia merupakan anak tunggal hasil perkahwinan Roomai Noor dan Siput Sarawak, mempunyai seorang kakak iaitu Allahyarhamah Murni Sarawak (1946 - 2016) dan 15 adik beradik angkat, termasuk pelakon dan bekas model terkemuka Noor Kumalasari. Anita memulakan kerjayanya sebagai penyanyi sewaktu dia berumur lima belas tahun di Singapura. Ibundanya selalu mengiringinya. Akhirnya, Anita ditemui oleh EMI Records dan mencapai satu tempoh yang amat berjaya, mencatatkan satu kejayaan demi satu kejayaan dengan nyanyian solonya. Dia telah banyak kali menerima anugerah piring emas. Setelah mencapai kemasyhuran di Asia, pada 1985 Anita meninggalkan Singapura untuk menuju ke Amerika Syarikat dan mengikat kontrak dengan Caesar's Palace di Las Vegas, sebuah hotel dan kasino yang termasyhur di dunia. Tanpa dirancang, kerjayanya di sana berlangsung selama hampir 20 tahun, satu rekod di Las Vegas. Popularitinya disebabkan oleh usahanya dalam sentiasa mengubah gaya persembahan. Selain daripada mengimbangkan persembahan lagu-lagu klasik dan lagu-lagu sezaman, Anita juga terpaksa untuk sering menukar pemain-pemain muzik dalam pancaragamnya, American Dream, sesuatu tindakan yang amat dikesalinya. Bagaimanapun, Anita dibantu oleh pengarah muzik, Nate Wingfield, yang mempunyai reputasi yang dapat menarik pemain-pemain terbaik dalam dunia muzik. Selepas hampir 20 tahun di luar negeri, Anita kemudian memutuskan pulang ke Singapura dan menetap di Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjaya sebagai penghibur. Sebelum menerima tawaran menjadi hos TV di Malaysia, Anita banyak mengacarakan rancangan-rancangan hiburan Inggeris dan Melayu di Mediacorp TV & SURIA CHANNEL di Singapura antaranya seperti : -Phua Chu Kang (Penampilan khas) -Speak of a Diva -Bersama Anita -Mahligai Kita Bila ditanyai saatnya yang amat berbangga, Anita telah menujukan kepada empat peristiwa dalam kehidupannya, iaitu: -sewaktu dipilih sebagai 'Dewi Utama' (The Top Diva) di Asia; -sewaktu menerima anugerah dari Asian Entertainment Establishment kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan; -mengendalikan rancangan temu bualnya di Astro; serta -kontrak perakamannya dengan KRU. Kini, Anita mempunyai sitkom sendiri dan ingin menumpukan masanya dalam bidang filem. Selain daripada persembahan-persembahannya di hadapan penonton, dia amat sibuk dengan kerja amal. Bagaimanapun, Anita juga telah melancarkan barang kemas sendiri yang digelarkan "Anita Sarawak, Koleksi Cinta". Anita sudah menghasilkan banyak album EP dan LP dari 1969 dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Dalam tahun 1975 , Anita berduet dengan Ismail Haron, dan membentuk pasangan duet yang ideal ketika itu. Maka lahirlah album Ismail & Anita. Judul dan lagu-lagu di bawah ini adalah seglintir sahaja. Pada tahun 2008, Anita telah diberi Anugerah OXCEL (The Oxford Centre for Leadership) Lifetime Achievement Award di OXCEL International Conference. Anugerah itu mengiktiraf kejayaan sebagai professional yang berjaya bukan sahaja di Asia tetapi juga di Las Vegas, USA.
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bahaya rugi"?
Ia bermaksud kemungkinan mengalami risiko atau kerugian.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud peribahasa 'diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat ? Nyatakan satu contoh ayat bagi peribahasa tersebut.
Ia bermaksud diam-diam seorang yang berakal akan berfikir tetapi diam-diam orang yang bodoh tidak berguna. Contoh ayat: Amir diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat kerana selama dia menyepikan diri, dia sebenarnya melanjutkan pelajaran di universiti.
Standard Malay
zsm
re-annotations
98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. "________ anyaman bakul rotan yang dihasilkan oleh gadis itu."
Jawapannya ialah halus sekali.
Standard Malay
zsm
re-annotations
98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Kepentingan Menjaga Kesihatan dan Kebersihan.
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai masalah kesihatan dan penyakit berjangkit yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat domestik dan antarabangsa. Polemik ini boleh dikurangkan dengan mengamalkan dua perkara asas iaitu menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Amalan ini mungkin dipandang remeh oleh sesetengah orang tetapi ia merupakan kunci utama dalam memastikan kelansungan hidup seseorang pada ketika ini. Kita sering kali digalakkan untuk bersenam, bersukan, membasuh tangan dan bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar. Oleh itu, wajar untuk kita mengetahui apakah kepentingan mengamalkan aktiviti tersebut demi menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Salah satu kepentingan memastikan kesihatan dan kebersihan diri berada pada tahap yang tinggi kerana ia dapat meningkatkan produktiviti kehidupan seseorang. Apabila kita dikurniakan kesihatan yang baik, kita mampu melakukan kerja-kerja yang secara langsung dan tidak langsung membantu setiap makhluk dimuka bumi ini. Pelajar sekolah dapat memberikan fokus pada pelajaran mereka dan pekerja professional boleh menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas masing-masing. Setiap pekerjaan berfungsi dengan baik seperti mana kitaran ekologi yang berlaku dengan semula jadi. Justeru, kesihatan dan kebersihan diri yang baik dapat menjamin kemajuan dalam setiap perkara untuk dikecapi. Di samping itu, menghindari penyakit berjangkit dan masalah kesihatan juga merupakan kepentingan dalam menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Tamsilnya, apabila seseorang itu aktif bersukan, kekuatan sistem kardiovaskular individu tersebut akan bertambah kuat dan dapat menghindar daripada serangan jantung. Selain itu, amalan membasuh tangan menggunakan sabun selama 20 saat juga adalah penting agar kita tidak membawa bakteria atau virus yang mungkin dibawa oleh kita tanpa disedari. Amalan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar juga dapat membantu mencegah pembiakan nyamuk aedes dan sisa lain yang mampu menjadi punca kepada penyakit-penyakit berjangkit. Kesannya, masyarakat dapat hidup dengan sejahtera tanpa merisaukan maslah kesihatan atau penyakit berjangkit. Pada waktu yang sama, amalan menjaga kesihatan dan kebersihan diri adalah penting bagi memupuk sikap disiplin dalam setiap individu. Hal ini demikian kerana, apabila individu tersebut ingin melaksanakan aktiviti seperti bersukan, mereka perlu mematuhi peraturan dan etika dalam aktiviti tersebut. Sebagai contoh, sukan olahraga dimana atlet perlu mengikuti jadual latihan dan konsisten untuk menjaga kekuatan fizikal dan mental sebelum menyertai kejohanan tertentu. Selain itu, dari sudut kebersihan, amalan memberus gigi di waktu pagi telah pun menjadi rutin harian semua manusia. Secara tidak langsung, perkara di atas telah membuatkan kita untuk lebih berdisiplin berbanding dahulu hasil daripada usaha untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Seterusnya, penjagaan kesihatan dan kebersihan diri penting kerana ia dapat menonjolkan imej dan perwatakan yang menarik seseorang individu. Jika anda perlu menemuduga calon pekerja anda, apakah kriteria yang anda utamakan terlebih dahulu? Sudah semestinya calon yang mempunyai perwatakan menarik beserta pakaian yang rapi dan imej yang kemas. Mutakhir ini, pelbagai produk kesihatan yang boleh membantu kita untuk mendapatkan imej yang menarik di samping baik untuk kesihatan. Contohnya, penggunaan gel rambut dapat membantu golongan lelaki merapikan rambut mereka dengan kemas agar ia kelihatan elok di mata setiap orang yang memerhati. Natijahnya, apabila imej dan perwatakan yang menarik hasill daripada penjagaan kesihatan dan kebersihan diri, ia akan memudahkan kita untuk bergaul dengan orang ramai serta diterima oleh masyarakat. Intihannya, menjaga kesihatan dan kebersihan diri adalah penting seperti yang telah dihuraikan di atas. Setiap pihak mempunyai peranan dalam memastikan kesihatan dan kebersihan diri, keluarga dan masyarakat berada pada tahap yang baik. Hasil usaha ini dapat menjadikan masyarakat kita sentiasa dihormati dan disanjung tinggi. Oleh itu, amalan menjaga kesihatan dan kebersihan perlu disemai dan dipupuk kepada setiap generasi agar ia menjadi budaya contoh manusia sejagat. Sejajar dengan kata-kata hikmat, ” Negara bersih, rakyat sihat; Badan sihat, otak cergas”.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'kelik-kelik dalam baju, musuh dalam selimut'?
Ia bermaksud musuh berhampiran dengan kita yang boleh menyusahkan (merosakkan) kita
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang."?
Maksudnya adalah hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'hutang darah'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud menuntut bela atas sesuatu kejadian. Contoh ayat: Ismail berhutang darah denganku, kerana dia telah menyebabkan kematian adikku, kata Ehsan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Berikan saya jawapan untuk soalan teka-teki ini: Lelaki yang gagah berani menyelamatkan dunia digelar sebagai?
Jawapannya ialah wira
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Namakan filem yang diarahkan oleh Yasmin Ahmad.
Yasmin Ahmad ialah pengarah untuk filem berikut: Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'bermain lawak'?Apakah maksud 'bermain mata'?
Ia bermaksud tidak jujurIa bermaksud mengenyitkan sebelah mata.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'lunak disudu, keras ditakik'?
Ia bermaksud yang mahu menurut kata diperlakukan dengan lemah lembut, yang menentang digagahi
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Siapakah Ning Baizura? Jelaskan dalam ayat-ayat yang tidak melebihi 150 patah perkataan.
Ning Baizura (lahir 28 Jun 1975) dengan nama penuh Ning Baizura Sheikh Hamzah ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.Dilahirkan di Kajang, Selangor, beliau memulakan kerjaya muzik pada usia 17 tahun setelah memenangi tempat ketiga di pertandingan Voices of Asia yang berlangsung di Kazakhstan. Beliau menandatangani kontrak bersama pelbagai label rakaman termasuk Sony Music dan telah menerbitkan sebanyak 12 album studio. Dikenali sebagai penyanyi bersuara soprano dan kehebatan vokalnya yang versatil dan unik,antara lagu-lagu yang menjulang nama Ning ialah "Curiga", "Kau dan Aku", "Asmara", "Kembali", "Selagi Ada... (Cinta)", "Awan Yang Terpilu" dan "Bukan Wanita Sempurna". Selain bidang muzik, Ning juga berkecimpung dalam bidang lakonan. Antara filem-filem lakonannya ialah "Gemilang" (1997), "Maria Mariana II" (1998), "Mimpi Moon" (2001), "Lady Boss" (2005) dan "Diva" (2007). Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam industri muzik dan lakonan, termasuk Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
dalam banyak-banyak rumput, rumput apa lembu n kambing xmakan?
mesin rumput
Standard Malay
zsm
original-annotations
4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699
Soalan saya ialah: Terdapat 672 belon (hijau, biru, kuning, atau merah dalam sama rata). Belon-belon dibahagi mengikut warna dan kemudian Anya mengambil separuh daripada belon kuning. Berapakah belon yang dibawa oleh Anya?
672 / 4 = 168 belon. 168 * (1 / 2) = 84 belon. Anya mengambil 84 belon.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Setiap negara juga mempunyai benda ini.
Jawapan: bendera
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
_________ waktu malam di kampung datuk , kedengaran cengkerik bersahutsahutan.
pada
Standard Malay
zsm
original-annotations
4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699
Jawab soalan berikut. apakah asal-usul kebanyakan tarian klasik india?
teks Sanskrit Natya Shastra
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Jika penuh ia menyelam, jika kosong ia bergantung. Dijumpai di tandas.
Jawapan: gayung.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah faedah halia?
Halia merupakan jenis rempah ratus yang mempunyai pelbagai komponen dalam mencegah penyakit. Halia telah digunakan sejak zaman purba dan merupakan ubat bagi masalah loya, kembung dan ketidakselesaan badan. Ia turut digunakan untuk merawat mual pagi dan mual oleh proses kemoterapi. Halia juga telah dikaji sebagai ejen pengurusan berat badan yang berpotensi meningkatkan rasa kenyang. Orang yang mengamalkan satu sudu teh halia setiap hari selama 11 hari mengalami penurunan sebanyak 25 peratus dalam kesakitan otot yang berkaitan dengan senaman berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "abu angin"?
Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Jepun.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Ivy, Mirrah dan Dewi merupakan __ saya semasa menuntut di Universiti Putra Malaysia dahulu. Pilihan: A) kakak-kakak B) rakan-rakan C) guru-guru D) jiran-jiran
Jawapan yang betul ialah B) rakan-rakan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Siapakah pelakon-pelakon dalam filem Crouching Tiger, Hidden Dragon?
Chow Yun-fat, Michelle Yeoh, Zhang Ziyi dan Chang Chen
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut"?
Dalam kerja yang tidak menguntungkan diajak bersama, apabila untung diketepikan
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud peribahasa "banyak makan garam"?
Ia bermaksud banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan.
Standard Malay
zsm
re-annotations
a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893
Tunjukkan resipi rendang telur yang lengkap.
Rendang telur adalah variasi dari masakan tradisional rendang yang berasal dari Minangkabau, Indonesia, dan juga sangat popular di Malaysia. Biasanya, rendang dibuat dengan daging seperti daging lembu, ayam, atau kambing, tetapi dalam versi rendang telur, telur digunakan sebagai bahan utama. Di bawah adalah resipi untuk masakan rendang telur. Bahan-bahan kisar: 1 inci halia 1 inci lengkuas 1 inci kunyit hidup 10 tangkai cili kering (potong dan rebus) 10 biji cili api (kurangkan cili atau tambah ikut selera) 5 biji buah keras 4 batang serai 5 biji bawang putih 2 biji bawang besar Bahan-bahan lain: 2 sudu besar kerisik 1 kotak santan kara Daun limau purut beberapa helai Daun kunyit dihiris 1 keping asam 1 kiub ikan bilis Cara-cara memasak: 1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak. 2. Masukkan bilis, santan, kerisik dan asam keping. 3. Tambah garam dan kiub ikan bilis. Masak lagi hingga terbit minyak. 4. Masukkan daun limau dan daun kunyit. 5. Apabila daun sudah layu, masukkan telur. Kacau sebentar dan tutup api. 6. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Tunjukkan resipi untuk roti jala dengan langkah-langkah yang terperinci.
Bahan: 2 cawan tepung gandum, 2 cawan air, 1 biji telur, ½ cawan santan atau susu, ½ sudu kecil garam, ¼ sudu kecil serbuk kunyit atau sedikit pewarna kuning, 2 sudu besar minyak masak, Minyak masak untuk sapuan, 1 biji botol plastik (botol air mineral / minuman berkarbonat dsb.) Cara penyediaan: 1. Buat 2-3 lubang kecil (pinhole) pada penutup botol plastik menggunakan paku yang dipanaskan Cara memasak: 1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga adunan sebati, licin dan tiada ketulan. Adunan hendaklah sedikit cair - ia hendaklah mengalir dalam satu aliran yang tidak putus (tidak menitis) bila dituang sedikit. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala. 2. Tapis adunan dan tuang ke dalam botol. 3. Panaskan ceper atau kuali non-stick menggunakan api sederhana. Celup tisu dalam minyak dan sapukan pada permukaan kuali. 4. Pegang botol adunan menegak dengan muncung menghala ke permukaan kuali. Pancutkan adunan ke atas kuali sambil membuat gerakan membulat dari luar ke dalam untuk membentuk kepingan "jala" yang bulat bergaris pusat kira-kira 6 inci. 5. Angkat bila roti jala bertukar warna (selepas 1 minit). Tidak perlu memasak kedua-dua belah. 6. Ulangi langkah 4-5 sehingga habis adunan. Sesekali sapu minyak pada kuali. 7. Gulung atau lipat roti jala sebelum dihidangkan
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bawa tempurung"? Berikan satu contoh ayat.
Maksudnya ialah meminta sedekah. Contohnya, kita masih gagah dan kuat, kita tidak perlu bawa tempurung.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Ayat 1: Maria Maria Vittoria Rossa Argento (lahir 20 September, 1975 di Aria Asia Argento) adalah seorang pelakon Itali, penyanyi, model, aktivis dan pengarah. Ayat 2: Maria Vittoria Rossa Argento (lahir Aria Asia Argento; 20 September 1975) ialah seorang pelakon, penyanyi, model, aktivis dan pengarah Itali. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama? Ya atau tidak?
Ya, betul
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'cekel berhabis, lapuk berteduh'?
Ia bermaksud terlampau sangat kikir tidak ada faedahnya, akhirnya harta akan habis jua
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Jawab soalan teka-teki ini: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je.
Standard Malay
zsm
original-annotations
a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893
Jawab soalan teka-teki ini: Siapa yang berperang di udara?
Jawapannya lalah tentera udara.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga'?
Ia bermaksud tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak orang
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Siapakah Reshmonu? Terangkan dalam ayat-ayat yang tidak melebihi 250 patah perkataan.
Reshmonu, dengan nama penuh Hiresh Haridas (lahir 26 Mei 1976) ialah seorang penyanyi dan komposer dari Malaysia yang lebih menumpu kepada lagu berbahasa Inggeris. Beliau dikenali dengan lagu-lagu seperti Walk Away, Cintaku Pergi, Hey Waley dan Superfine, serta juga penampilan gaya rambutnya yang unik. Artis berbangsa India suku Malayalam ini juga menjadi seorang bapa pada tahun 2005. Reshomnu mula-mula menghasilkan album sulungnya, Monumental pada tahun 2003 di bawah label Sony BMG. Semua lagu dalam album ini berbahasa Inggeris dan menampilkan single sulungnya Walk Away dan It's You That Matters. Album ini mengambil masa empat tahun untuk disiapkan dan hasilnya disambut baik oleh pengulas muzik lalu menyebabkan artis ini meraih tujuh pencalonan di AIM pada tahun 2004, tiga daripadanya dalam genggaman beliau (Persembahan Vokal Lelaki Terbaik, Artis Inggeris Baru Terbaik, Rakaman Album Terbaik). Lagu It's You That Matters pernah dialih bahasa ke bahasa Mandarin oleh Evonne Hsu, dengan tajuk 我要輕輕為你唱首歌 ("Kuhendak Bisikkan Lagu Kepadamu"). Pada tahun 2005, Reshmonu mengeluarkan semula album sulungnya itu dengan besertakan beberapa perubahan dan pempakejan yang baru. Kali ini, Monumental: the Journey Continues menampilkan beberapa lagu baru seperti Cintaku Pergi (versi bahasa Melayu bagi Walk Away) dan Hey Waley. Pada tahun 2006, Reshmonu beralih ke naungan Universal Music untuk menghasilkan album barunya, Superfine. Album ini dilancarkan di sebuah parti pada 31 Januari 2007. antara single-single yang pernah keluar dari album ini ke corong radio termasuk Superfine dan The Way That Makes You Move. Pada pertengahan tahun 2007, Reshmonu menyertai Ikon Malaysia.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Soalan: Bilakah Malaysia mencapai kemederdekaan dari penjajahan British?
31 Ogos 1957
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'biar ditelan buaya jangan, dipagut ikan kecil'?
Ia bermaksud biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Adakah air batu bermaksud ais?
Ya
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Langkah Mengatasi Masalah Pembuangan Sampah.
Sejak akhir-akhir ini, pelbagai peristiwa yang melibatkan pencemaran alam sekitar berlaku dalam negara kita. Sikap sesetengah pihak mengambil mudah perkara seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai akan memusnahkan keseimbangan ekosistem yang kita nikmati hari ini. Seperti peribahasa Melayu, bagai melepaskan batuk di tangga. Mungkin perkara seperti ini berlaku kerana kurangnya didikan tetapi, pucuk pangkalnya adalah setiap sampah atau sisa pembuangan wajib dibuang dengan cara yang betul. Peningkatan jumlah penduduk dalam negara telah menyumbang kepada kadar pertumbuhan penduduk sekaligus menambah sisa pembuangan dan sampah. Oleh itu, mari kita lihat langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi menangani masalah pembuangan sampah. Langkah pertama adalah dengan menguatkuasakan larangan penggunaan plastik secara menyeluruh di seluruh negara. Untuk pengetahuan anda, plastik merupakan penyumbang utama sisa-sisa sampah di dunia kerana ia memerlukan berpuluh tahun untuk dikompos atau mereput. Tambahan pula, plastik lazimnya digunakan hanya sekali dan kemudian tidak mempunyai fungsi dan dibuang merata-rata. Akibatnya sisa plastik sudah menjadi ancaman kepada hidupan laut dek kerana termakan atau lemas daripada kekurangan oksigen hasil daripada pengumpulan sampah dipermukaan laut. Justeru, langkah untuk mengharamkan penggunaan plastik bakal memberi hikmah bukan sahaja kepada kita tetapi hidupan alam yang lain. Selain itu, langkah yang boleh dilakukan bagi menangani masalah pembuangan sampah adalah dengan mengamalkan kitar semula. Kitar semula ialah proses bahan buangan untuk menghasilkan barangan baharu supaya boleh digunakan lagi. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, membangun penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara dan pencemaran air serta mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Antara bahan yang boleh dikitar semula adalah kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Dengan peningkatan kuantiti penduduk dunia secara amnya, sumber bahan mentah sudah pasti semakin berkurangan. Maka kita hendaklah sedar dan mula bersikap minimalis atau bersederhana dalam kehidupan dan berbelanja secara berhemat bagi mengelakkan pembaziran. Di samping itu, setiap anggota masyarakat perlu sedar dan bijak berbelanja dalam membeli barang keperluan. Elakkan membeli barang yang dipakai buang hanya setelah menggunakannya beberapa kali sahaja. Kita sudah mencapai tahap di mana sumber bahan mentah semakin terhad. Banyak produk yang mesra alam telah dihasilkan seperti beg, kasut dan juga peralatan elektronik. Tetapi disebabkan kos yang tinggi dalam penghasilan barang mesra alam, ramai diantara kita enggan untuk melabur demi kelansungan alam sekitar. Apa yang ingin disampaikan adalah kita perlu berfikiran kritis dan menilai diantara keperluan dan kehendak. Perkara asas ini sedikit sebanyak akan membentuk gaya kebolehan setiap individu dalam merancang kehidupan masing-masing. Seterusnya mengurangkan pembaziran dan sisa pembuangan sampah berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Akhir sekali, langkah yang boleh dilakukan di peringkat kerajaan pula adalah dengan membantu agensi pengurusan sampah. Pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya menjadi jambatan diantara penduduk dan agensi pengurusan sampah di kawasan masing-masing. PBT wajar menjalankan pemantauan berkala pada setiap bulan untuk melihat keperluan penduduk dalam menguruskan pembuang sisa sampah. Dengan kerjasama yang baik dengan agensi pengurusan sampah, sudah pasti tong-tong sampah dan jadual pengurusan dapat diselaraskan dengan keperluan penduduk sekitar. Antara langkah yang telah dilakukan dan bernas untuk dikekalkan adalah penyediaan tong sampah besar pada hari perayaan dimana selalunya banyak pembersihan dan sisa terhasil pada waktu tersebut. Oleh itu, setiap anggota msyarakat perlu bertanggungjawab memastikan sisa sampah yang dihasilkan dibuang secara betul. Demikian adalah langkah-langkah yang wajar dilaksana bagi menjamin pembuangan sampah dalam negara kita diurus dengan baik. Langkah bijak yang diambil hari ini tidak memberikan manfaat kepada kita secara langsung tetapi memberikan peluang kepada generasi akan datang menikmati sumber yang kita nikmati selama ini. Dengan pengurusan yang betul pasti isu pembuangan sampah yang berisiko tinggi terutamanya dalam penularan kes denggi dan lain-lain dapat diselesaikan. Pendekatan dasar-dasar kerajaan yang memastikan alam sekitar terjamin perlu diangkat dan masyarakat menjadi pelaksana dalam menangani isu pembuangan sampah. Semoga minda masyarakat kita sejajar dengan kecekapan pengurusan infrastuktur negara yang diiktiraf sebagai infrastruktur kelas pertama.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'lain sakit, lain diubat, lain luka, lain dibebat'?
Ia bermaksud jawab yang bersalahan dengan soalan (lain yang diminta, lain yang diberikan)
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "ayam berinduk, sirih berjunjung"?
Setiap yang lemah harus dibantu dan dilindungi
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri'?
Ia bermaksud tidak dapat menerima pelajaran atau nasihat yang diberikan
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'mandi sampat'?
Ia bermaksud upacara memandikan pengantin pada hari ketiga selepas nikah
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Rumah Helang berjaya __________ rumah-rumah sukan yang lain.
mendahului
Standard Malay
zsm
original-annotations
4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699
Apakah maksud "zaman tuk nadur berkajang kain"?
Ia bermaksud aman yang lampau; sudah lama sekali.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Siapakah kuasa luar yang mula-mula bertempat di tanah melayu? A.Belanda B.Portugal C.British D.Komunis
B.Portugal
Standard Malay
zsm
original-annotations
bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd
Ayah membeli empat _______ nasi lemak untuk kami bersarapan.
bungkus
Standard Malay
zsm
original-annotations
4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699
Apakah soalan untuk ayat berikut: "Ada bukti saintifik bahawa peneroka di Jamestown telah beralih ke kanibalisme semasa kebuluran. "? Topiknya ialah Waktu Kelaparan.
"Apa yang berlaku semasa kebuluran di Jamestown?"
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Di manakah terletaknya Selangor?
Selangor merupakan salah satu negeri dari tiga belas negeri yang membentukkan Malaysia. Ia terletak di tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'cari muka'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran. Contoh ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai ayam mati di atas padi"?
Ia bermaksud miskin di tempat makmur.
Standard Malay
zsm
re-annotations
98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c
Petikan: Usaha membasmi kemiskinan tegar menjadi agenda utama kerajaan menjelang 2010. Untuk meringankan beban rakyat, usaha diambil dengan memperuntukkan RM214 juta bagi pelaksanaan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat untuk tujuan pembasmian kemiskinan. Langkah ini juga akan memastikan agenda masyarakat penyayang terus diamalkan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi pertama khusus untuk meningkatkan pemilikan rumah oleh rakyat. Oleh itu, bagi merangsang sektor perumahan kerajaan mencadangkan supaya pembeli diberi pelepasan cukai atas faedah pinjaman. Kerajaan juga telah membantu rakyat dengan menambah baik infrastruktur awam. Dalam hal ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta untuk menambah baik infrastruktur yang rosak serta menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih pelbagai kemudahan dan prasarana awam. Bon Simpanan Kerajaan telah diterbitkan untuk menjanakan pendapatan rakyat. Bon ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk memperoleh pendapatan tambahan. Bon ini dibuka kepada setiap rakyat berusia 21 tahun ke atas dengan nilai minimum pelaburan sebanyak RM1,000. Selain itu, kerajaan menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar seperti bekalan elektrik dan air terutama di Sabah dan Sarawak. Usaha ini akan meningkatkan ekonomi rakyat melalui pengambilan kontraktor kecil dan pekerja tempatan di kawasan luar bandar. Di samping itu, pelbagai program dan projek dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak seperti pembesaran Lapangan Terbang Sibu, Sarawak dan Projek Sistem Penghantaran Elektrik Kota Kinabalu, Sabah. Kini, terdapat beberapa program mikrokredit tanpa cagaran disediakan oleh pelbagai pihak seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, AgroBank dan TEKUN. Program ini bertujuan untuk membantu peniaga kecil di bandar dan luar bandar. Kaedah lain yang dilaksanakan adalah dengan memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik seperti warga emas, golongan kurang upaya dan ibu tunggal. Bantuan yang diberikan adalah seperti program jaringan keselamatan sosial, bantuan kewangan dan bilangan tenaga kerja, meningkatkan kemudahan pusat penjagaan warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambahkan kemudahan pusat asuhan kanak-kanak. Bagi mengurangkan tanggungan orang ramai, kerajaan mengambil langkah pengecualian cukai yang diberikan atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan. Langkah ini diambil bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan. Di samping itu, kerajaan menggalakkan pihak bank untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan. Kesimpulannya, kerajaan yakin usaha yang dirangka dan dilaksanakan adalah komprehensif dan menyeluruh untuk menghindarkan ekonomi negara daripada terjerumus dalam kancah kemelesetan yang mendalam sehingga memberi kesan kepada rakyatnya. Dengan landasan kukuh yang telah kita bina, kita yakin dapat mencipta kejayaan lebih besar. Berdasarkan petikan di atas, apakah maksud rangkai kata membasmi kemiskinan tegar?
Maksud rangkai kata membasmi kemiskinan tegar ialah menghapuskan/membanteras/memerangi/mengatasikedaifan/kepapaan/kemelaratan hidup/ketidakupayaan ekonomi yang melampau/sukar diatasi/diubah.
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Apakah maksud "bawa mulut"? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud suka menceritakan keburukan orang lain. Contohnya, Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Juliana gemar memakai pakaian yang berwarna __. Pilihan: A) nipis-nipis B) segar-segar C) mahal-mahal D) garang-garang
Jawapan yang betul ialah D) garang-garang
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai pelanduk di dalam cerang"?
Ia bermaksud gelisah kerana ketakutan (kesusahan).
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Tulis satu karangan yang membincangkan ciri-ciri anak yang cemerlang dari segi akhlak baik dan moral tinggi.
Mutakhir ini, pelbagai masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita sehingga menjadi polemik utama di media massa. Kemulut ini kebanyakannya berlaku dalam kalangan remaja yang merupakan bakal tunjang negara. Situasi yang perlu diambil serius oleh ibu dan bapa khususnya untuk memastikan anak-anak mereka tidak terjebak denagn perkara yang sisa-sia. Namun begitu, anak-anak juga mempunyai tanggungjawab kepada ibu dan bapa untuk menjadi yang terbaik. Mereka telah melakukan banyak pengorbanan dan jasa untuk membesarkan dan menjaga kebajikan kita. Persis kata peribahasa, bagai menatang minyak yang penuh. Oleh yang demikian, mari kita bincangkan apakah ciri-ciri anak yang baik supaya setiap di antara kita melaksanakan tanggungjawab kepada ibu dan bapa dengan baik. Ciri utama untuk menjadi anak yang cemerlang adalah dengan menghormati dan menyayangi ahli keluarga. Dalam mendepani era modenisasi ini, anak-anak mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan juga media sosial hingga menyebabkan cara mereka berkomunikasi tidak mempunyai sopan dan santunnya. Situasi ini lazim berlaku dalam kalangan remaja yang lebih gemar untuk meluangkan masa bersama rakan berbanding ahli keluarga. Sebagai seorang anak, kita seharusnya menghormati ibu dan bapa serta ahli keluarga yang lain dengan berkomunikasi dengan penuh sopan. Contohnya, memberikan salam terlebih dahulu apabila memulakan hantaran mesej di tekefon. Kita juga boleh menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka dengan bertanya khabar secara kerap, menyambut hari kelahiran mereka dan memberikan hadiah pada masa-masa tertentu. Jika anak-anak menghormati dan menyayangi ibu serta bapa dengan penuh komited, hubungan silaturrahim pasti akan kukuh bagai inai dan kuku. Selain itu, tindakan untuk membantu ibu dan bapa melakukan kerja-kerja di rumah juga adalah salah satu ciri anak yang cemerlang. Ibu dan bapa kita berhempas pulas bekerja siang dan malam untuk memastikan segala kebajikan dan keperluan kita terjamin. Bahkan ada di antara ibu dan bapa yang melakukan dua hingga tiga kerja untuk menampung makan dan minum anak di rumah. Oleh sebab yang demikian, anak-anak seharusnya membantu mereka dalam menyelesaikan kerja-kerja rumah seperti menjemur dan melipat pakaian. Sikap ringan tulang dalam kalangan anak-anak sukar untuk kita temui pada hari ini tetapi jika mereka dididik dengan baik, pasti tiada masalah untuk mereka membantu menyiapkan kerja-kerja rumah. Lambat-laun, setiap anak-anak perlu berdikari dan melakukan tugas yang sama selepas menjangkau alam dewasa dan perkahwinan. Maka, tidak mustahil dan sewajarnya anak-anak membantu ibu dan bapa melakukan kerja-kerja rumah sebagai tanggungjawab seorang anak dan manusia. Pada masa yang sama, anak yang berjaya adalah sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam pelajaran atau kerjaya. Setiap ibu dan bapa mempunyai impian untuk melihat anak mereka berjaya di setiap peringkat kehidupan. Justeru, kita sebagai anak-anak mempunyai misi untuk memberikan yang terbaik dalam setiap aspek kehidupan kita agar impian mereka tertunai. Tamsilnya, mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Bagi yang bekerjaya pula, mampu untuk menampung kehidupan diri dan tidak menyusahkan ibu dan bapa adalah salah satu kejayaan menjadi seorang dewasa. Lebih baik lagi apabila kita mampu untuk memberikan wang dan menyara kehidupan ibu dan bapa setelah mereka berpencen. Ciri-ciri hanya akan diperoleh jika kita sebagai anak mempunyai iltizam dan disiplin yang kuat untuk membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa kita. Jelasnya, mereka yang berusaha untuk cemerlang dalam kehidupan adalah ciri-ciri anak yang terbaik. Akhir sekali, sentiasa bersikap jujur dan meluahkan perasaan dengan rasional adalah ciri-ciri anak yang cemerlang. Hal ini kerana, ibu dan bapalah merupakan insan yang sepatutnya kita sebagai anak meluahkan perasaan tentang perkara yang berlaku dalam hidup kita. Namun, norma masyarakat hari ini yang sibuk bekerjaya telah menyebabkan anak-anak lebih gemar untuk meluahkan perasaan bersama rakan sebaya atau sosial media. Perkara ini memerlukan kerjasama daripada kedua-dua pihak iaitu ibu, bapa dan anak-anak untuk mencari runag dan kesefahaman supaya boleh berkongsi masalah bersama. Sebagai anak pula, kita hendaklah berkongsi masalah dengan jujur dan menerima nasihat yang diberikan oleh ibu dan bapa kita. Bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih. Izharnya, bersikap jujur dan berkongsi masalah dengan rasional kepada ibu dan bapa menjadikan seseorang itu anak yang cemerlang dan disayangi oleh ibu bapa. Secara tuntas, banyak ciri sebagai seorang anak yang cemerlang telah dibincangkan. Ibu dan bapa memainkan peranan yang penting untuk menjadi tauladan dan membentuk generasi yang bakal memimpin negara pada masa akan datang. Anak-anak ibarat kain putih dan kita sebagai ahli keluarga dan masyarakat yang bertangungjawab untuk mencorakkannya. Perkara yang berkaitan budaya dan adat ini hendaklah dipupuk dengan cara yang lebih relevan pada masa kini iaitu melalui media massa dan bukan sahaja di sekolah. Pihak berkuasa perlu memperkasa media dan hiburan yang mempengaruhi minda masyarakat dengan nilai-nilai murni yang akhirnya akan membentuk generasi muda yang kaya dengan jati diri serta berminda kelas pertama.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah air bakat?
Air yang berkisar(berolak) atau pusaran air. Ia merupakan satu peribahasa Melayu.
Standard Malay
zsm
re-annotations
bf8729c51556d171563e271498df4cc07267857a6f7ea75866f3bec51fec869e
Apakah resipi untuk Cornflakes Coklat sebagai biskut raya? Tunjukkan langkah-langkah terperinci.
Bahan-bahan : 250g coklat masakan brand apa sahaja, Sekotak cornflakes, 2 sudu butter, Papercup. Cara-cara : 1. Mula-mula cairkan coklat dan butter. 2. Kemudian tuang coklat ke dalam cornflakes. Gaul rata . 3. Masukkan dalam papercup. 4. Akhir sekali, hias ikut citarasa masing-masing. 5. Tunggu coklat keras baru masukkan ke dalam bekas.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Berikan resipi untuk nasi impit sambal kelapa dengan langkah-langkah yang terperinci.
Bahan: 200 gm beras, 3 liter air, 1 biji kelapa parut isi putih, 2 ekor ikan selayang / selar, 2 keping asam gelugor,7 biji bawang merah kecil, 1 cm halia ditumbuk, 3 batang serai, 2 keping gula melaka / nise, Garam secukup rasa Cara penyediaan: 1. Siang ikan dan bersihkan. 2. Potong bawang dan serai, racik gula melaka kecil-kecil supaya senang ditumbuk. Cara Masak Nasi Impit: 1. Basuh beras dan tuskan. 2. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan beras. Kacau sekali-sekala, biarkan beras hancur dan pekat. 3. Tuangkan ke dalam bekas / loyang. Ratakan ketika masih panas. 4. Letak penutup ke atas permukaan nasi. Tindih dengan objek berat (contohnya lesung) untuk memampatkan nasi. 5. Biarkan nasi sejuk dan mengeras. Cara Buat Sambal Kelapa: 1. Rebus ikan dengan asam gelugor sehingga masak. Kemudian asingkan isi ikan, buang tulang. 2. Sagai (goreng tanpa minyak) kelapa parut sehingga perang. 3. Tumbuk kelapa goreng menggunakan lesung hingga lumat. Keluarkan dan ketepikan.4. Tumbuk pula serai, halia, garam dan bawang merah. Bila dah lumat masukkan gula melaka dan teruskan menumbuk. Bila gula melaka hancur, masukkan isi ikan. Tumbuk hingga semua lumat. 5. Gaulkan bahan-bahan ini dengan kelapa tumbuk hingga sebati. 6. Kemudian ambil sedikit dan tumbuk perlahan sehingga semua bahan bercampur mesra. Lakukan beberapa kali sehingga semua sambal habis ditumbuk. Kalau tak mahu tumbuk, boleh kisar menggunakan blender kering sehingga separa lumat. Cara Hidang: 1. Potong nasi impit yang sudah sejuk mengikut bentuk yang disukai. 2. Letakkan nasi di dalam bekas hidangan. Letakkan sambal di atas nasi. 3. Sedia untuk dinikmati
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah asal-usul angpau?
Tiadanya sumber bertulis jelas yang menyatakan tarikh angpau julung kali digunakan. Ketika zaman Dinasti Qing, para warga tua menguntai syiling dengan benang merah. Benda ini dipanggil yāsuì qián dan dipercayai melindungi orang tua daripada keuzuran dan kematian. Tradisi ini berubah menjadi sampul merah moden setelah mesin percetakan semakin laris di China setelah penubuhan Republik China pada tahun 1911.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud Elok arak di hari panas?
Maksudnya adalah orang yang bersuka-cita kerana mencapai tujuan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd
Apakah maksud "berbulan madu"? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Maksudnya adalah pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin. Contoh ayat: Pasangan pengantin baru itu bercadang untuk berbulan madu di Langkawi.
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Apakah maksud hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang?
Maksudnya adalah orang yang tidak mempunyai perasaan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd
Apakah maksud 'buku lima'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud penumbuk. Contoh ayat: Yunus naik marah lalu menunjukkan buku limanya ke arah Amran.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai nangka masak gugur"?
Maksudnya ialah bunyi jatuh orang yang gemuk.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'jangan memanah ke langit'?
Ia bermaksud jangan menderhaka kepada negeri atau pemerintah kerana ia akan membinasakan diri sendiri
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud 'bersandar di lemang hangat'?
Ia bermaksud berlindung kepada orang yang zalim akan binasalah akhirnya
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "banyak lemak"?
Ia bermaksud kelakuan yang mengada-ngada.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "berarak ke tebing"?
Ia bermaksud orang yang berlumba-lumba melakukan sesuatu yang mendatangkan kecelakaan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5