url
stringlengths
38
41
headline
stringlengths
4
150
content
sequence
https://www.utusansarawak.com.my/?p=9133
Fokus utama Sarawak
[ "KUCHING: Isu penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang kini diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negeri Sarawak (MKNS) kerana Kerajaan Sarawak memandang serius masalah tersebut dan komited dalam menanganinya.", "Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata perkara ini seperti yang dipersetujui oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga merupakan pengerusi MKNS.", "“Mesyuarat Kabinet MKNS telah diadakan dan salah satu kertas kerja yang telah dibentangkan adalah mengenai isu penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.", "“Sarawak meletakkan isu ini sebagai salah satu fokus utama kerana ia boleh mengganggu keselamatan negara.", "“Daripada segi kerajaan, kita meletakkan di bawah MKNS seperti yang telah dipersetujui oleh Kabinet Negeri dan kementeriaan saya akan bertanggungjawab daripada segi pengurusan pentadbiran,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada sidang media Laporan Berkala One Stop Committee (OSC) bagi menangani isu dadah dan penyalahgunaan Sarawak bertempat di Baitul Makmur di sini, semalam.", "Menurutnya, pemindahan masalah tersebut dengan diletakkan dibawah MKNS adalah kerana ia masalah kritikal yang mempengaruhi generasi muda dan turut menular ke luar bandar termasuk pelajar.", "“Oleh itu, perkara itu telah menjadi ancaman kepada keselamatan kita dan ia akan lebih mudah untuk pihak Kerajaan Negeri memantau serta menyalurkan dana untuk menangani penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.", "“Dadah tidak boleh dilihat sebagai masalah sosial semata-mata kerana ia mempengaruhi kesihatan sosial, tetapi itu juga harus dilihat sebagai ancaman terhadap keselamatan kita, “tegasnya.", "Turut hadir Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak Wan Madihi Wan Salleh, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak ACP Jasmirol Jamaluddin, Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial (MPS) Dr. Zufar Yadi Brendan Abdullah.", "Oleh Zarina Abdullah", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=7229
Kerajaan sekat kemasukan pelarian
[ "PEKAN: Kerajaan tegas dengan pendirian untuk menyekat kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Beliau berkata, kerajaan juga masih kekal dengan pendirian bahawa penyelesaian terbaik adalah untuk menghantar mereka pulang dengan Kementerian Luar telah diminta untuk berbincang mencari jalan bagi merealisasikan perkara itu.", "“Kita juga minta Kementerian Luar untuk berbincang dengan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana banyak negara di dunia yang bercakap tentang kemanusian, namun tidak menerima mereka.", "Jika benar mereka memperjuangkan isu kemanusiaan, saya cabar mereka untuk ambil Rohingya di Malaysia kerana mereka ini banyak mempersoalkan dan mengkritik kita,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Ramah Mesra di Felda Chini 3 di sini semalam.", "Ismail Sabri juga tidak menolak kemungkinan layanan baik Malaysia sebelum ini menyebabkan negara ini menjadi pilihan pendatang Rohingya.", "Beliau berkata, masalah pendatang Rohingya yang dianggarkan seramai 200,000 orang di negara ini akan selesai jika semua negara maju yang lantang mengkritik Malaysia mengambil ‘serba sedikit’ pelarian itu untuk dibawa ke negara masing-masing.", "“Kita beri layanan yang baik daripada aspek kemanusian, malah kita antara yang terbaik di dunia. Jika ada bencana di negara lain, kita yang pantas menghulurkan sumbangan dan bantuan.", "Namun jangan disebabkan kita bersikap baik, seluruh dunia menolak isu Rohingnya ini kepada Malaysia untuk diselesaikan,” katanya.", "Selain itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan memberi jaminan kerajaan akan terus memperketatkan sempadan negara termasuk di ‘laluan tikus’ yang menjadi laluan masuk pendatang asing tanpa izin bagi memastikan Malaysia tidak terus menjadi lokasi tumpuan warga asing. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=33934
Penipuan dalam talian catat aduan tertinggi KPDNHEP
[ "MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kanan) bersama Pengarah Negara Meta Malaysia Nicole Tan ketika ditemu bual mengenai kes penipuan melibatkan kategori transaksi dalam talian baru-baru ini. • Foto BERNAMA", "KUALA LUMPUR: Semenjak negara dilanda pandemik COVID-19, sektor e-dagang yang semakin berkembang luas dengan kecenderungan pengguna menggunakan transaksi dalam talian, secara tidak langsung mengundang kewujudan banyak ‘scammer’ menggunakan taktik dan helah mengeksploitasi teknologi untuk melakukan penipuan terhadap mangsanya.", "Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sebahagian besar kes penipuan melibatkan kategori transaksi dalam talian selain laporan penipuan berkaitan barang tiruan, perkhidmatan dan harga mengelirukan.", "“Justeru, scam (penipuan) dalam konteks KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) adalah lebih kepada penipuan pembelian barangan mahupun perkhidmatan dalam talian dari segi harga mahupun barang itu sendiri, barang yang dipesan tidak sampai, iklan mengelirukan dan sebagainya,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Bernama.", "Nanta berkata, KPDNHEP menerima 15,957 aduan daripada pengguna bagi tempoh 1 JanUARI hingga 31 Julai tahun ini dan daripada jumlah itu, penipuan transaksi dalam talian mencatat aduan tertinggi dengan 4,760 kes, harga mengelirukan (4,187) dan perkhidmatan mengelirukan (3,289).", "“Daripada keseluruhan aduan, tiga negeri yang menerima aduan tertinggi ialah Selangor dengan 4,611 aduan, Kuala Lumpur (3,601) dan Johor (1,272),” katanya.", "Beliau berkata menurut laporan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 2020 hingga Mei 2022, sebanyak 71,833 kes scam dilaporkan melibatkan kerugian dan kehilangan mencecah RM5.2 bilion dengan 68 peratus daripada jumlah itu merupakan ‘scammer’ dalam talian.", "“KPDNHEP menerima  4,018 aduan berkenaan scam dalam talian dari tahun 2020 hingga 17 FebRUARI 2022 melibatkan kerugian dan kehilangan berjumlah RM21.7 juta,” katanya.", "Melihat kepada trend penipuan (scammer) yang meningkat saban tahun, beliau berkata KPDNHEP mengambil langkah proaktif dengan menggandakan usaha untuk menyedarkan masyarakat berhubung taktik pemerdayaan yang digunakan sindiket penipuan berkenaan.", "Beliau berkata KPDNHEP melaksanakan pelbagai program advokasi kepenggunaan selain mendedahkan masyarakat berhubung teknik-teknik penipuan yang dilakukan, literasi kewangan, perniagaan tidak wujud, deposit yang tinggi, terima mesej menangi hadiah atau peraduan tapi perlu bayar terlebih dahulu dan menerima untung tidak munasabah.", "Nanta berkata, Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP mempunyai peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 berkaitan perdagangan elektronik (online) iaitu Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urusniaga Perdagangan Elektronik) 2012 untuk menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya terdapat perlanggaran ke atas undang-undang berkaitan.", "“Peraturan itu mewajibkan peniaga mendedahkan lapan maklumat utama iaitu nama peniaga, nombor pendaftaran perniagaan, e-mel serta nombor telefon, perihal ciri utama barang/perkhidmatan, harga barang termasuk kos penghantaran, kaedah pembayaran, terma/syarat dan anggaran masa penghantaran,” katanya.", "Beliau berkata maklumat itu perlu didedahkan oleh peniaga bagi memudahkan pengguna membuat pilihan, mendapatkan maklumat tambahan dan berkomunikasi dengan peniaga supaya pengguna tidak rasa diperdaya selain memudahkan tindakan oleh KPDNHEP sekiranya pengguna ingin mengemukakan aduan.", "Nanta berkata KPDNHEP akan meningkatkan kerjasama dengan PDRM, CyberSecurity Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Persatuan Pengguna supaya taktik jahat ‘scammer’ dapat disebar-luaskan melalui pelbagai medium supaya sampai kepada masyarakat termasuk di luar bandar dan pedalaman.", "“Pengguna bijak adalah pengguna yang bermaklumat, sentiasa kemaskinikan diri dengan teknologi dan teknik-teknik baharu yang diguna oleh scammer selain mereka yang tidak gelojoh dan tamak untuk cepat kaya menggunakan jalan pintas,” katanya. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=26196
Pindaan definisi pribumi
[ "KUCHING: Cadangan untuk mengemaskini definisi Anak Negeri Sarawak dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dibuat pindaan untuk menggambarkan kepelbagaian bangsa masyarakat di negeri ini.", "Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berpendapat bahawa, ia adalah satu cadangan yang baik di mana Perlembagaan Persekutuan itu banyak yang perlu dibuat pindaan.", "“Harapan saya, dengan adanya menteri yang melihat kepada perkara berkenaan dengan perlembagaan di pusat supaya dapat memperhalusi terutama sekali dengan hak-hak negeri yang perlu banyak dipinda.", "“Kenapa ia tidak diatur dahulu, saya pun kurang pasti tetapi ia perlu diatur supaya ia dapat menunjukkan apa yang betul dengan butiran-butiran berkenaan ataupun persetujuan yang telah dipersetujui apabila kita menubuhkan Malaysia,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai definisi Anak Negeri Sarawak dalam Perlembagaan Malaysia selalu menjadi perhatian negeri kerana definisi semasa tidak tepat menggambarkan pelbagai bangsa penduduk asalnya oleh Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.", "Ditanya apakah signifikannya kepada rakyat Sarawak sekirannya definisi itu diubah, beliau berkata, ia adalah satu pengiktirafan kepada bangsa-bangsa tertentu di negeri ini.", "“Janganlah kalau dahulu kita anggap sebagai hanya lain-lain sahaja, sekurang-kurangnya ia diperhalusi supaya sesuatu bangsa itu menyerlah,", "“Saya percaya tidak ada bangsa yang dianggap sebagai bangsa lain-lain sahaja, kalau isi borang lain-lain,” ujarnya.", "Katanya lagi, dengan adanya pengiktirafan sedemikian ia akan membuatkan sesuatu bangsa itu dihormati.", "Oleh JEAKQLEYN YACHO", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21373
Pemansuhan syarat i-Sinar permudahkan proses pengeluaran daripada Akaun 1
[ "KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar untuk menambah baik inisiatif tersebut selepas mengambil kira maklum balas awam, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.", "Beliau berkata, keputusan itu dibuat atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.", "Katanya, langkah itu diharap dapat membantu ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.", "“Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki sedia ada.", "“Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.", "Tengku Zafrul berkata, bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.", "“Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000,” katanya.", "Katanya bagi ahli yang mempunyai lebih daripada RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka.", "“Bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000,” katanya.", "Beliau berkata, berikutan perubahan yang perlu dilakukan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar Online, KWSP memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pembaharuan ini.", "“Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP dan kerajaan amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan sistem ini dilaksanakan,” katanya.", "Beliau turut menasihati ahli untuk merujuk maklumat sahih daripada KWSP melalui saluran komunikasi rasminya dan sentiasa berwaspada dengan maklumat yang tidak sahih dan bertujuan untuk menipu atau mengelirukan ahli. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23530
Permohonan bernilai RM12.86 bilion di bawah PSU 1.0 diluluskan
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM12.86 bilion di bawah Program Subsidi Upah 1.0 (PSU 1.0) setakat 23 April yang telah memberi manfaat kepada seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja.", "Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bagi PSU 2.0, kerajaan telah meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM1.17 bilion setakat 23 April yang telah memberi manfaat kepada seramai 73,567 majikan dan mengekalkan penggajian 635,748 pekerja.", "Di bawah program Subsidi Pengangkutan Awam MY30 pula, setakat 23 April katanya, sebanyak RM127.74 juta telah disalurkan bagi langganan 751,414 pas bulanan pengangkutan awam tanpa had yang disediakan khusus untuk warganegara Malaysia.", "“Seperti yang diumumkan di bawah Belanjawan 2021, inisiatif ini dilanjutkan ke tahun 2021 bagi terus menggalakkan mobiliti dan mengurangkan beban kos pengangkutan awam untuk rakyat,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-52 yang dikeluarkan semalam.", "Bagi pembiayaan sektor pelancongan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), beliau berkata setakat 23 April, sebanyak 321 daripada 644 permohonan bagi pembiayaan ini telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM63.9 juta.", "Bagi program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan, Tengku Zafrul berkata setakat 23 April, seramai 132,403 pekerja telah berjaya mendapat pekerjaan melalui program ini.", "“Antara industri dan sektor utama yang mengambil pekerja termasuklah pembuatan serta perdagangan borong dan runcit,” katanya.- Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=39003
DUN: Ekonomi digital pemacu ekonomi 
[ "KUCHING: Kerajaan Sarawak percaya ekonomi digital yang digarap boleh bertindak sebagai pemacu baharu pertumbuhan ekonomi, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.", "Premier Sarawak berkata, pelancaran inisiatif Ekonomi Digital Negeri telah meningkatkan transformasi digital negeri dalam sektor ekonomi utama termasuk pertanian, pembuatan, pelancongan, e-dagang, perkhidmatan dan kerajaan digital.", "“Pada 2023 nanti, kira-kira RM48 juta akan disediakan di bawah Pembiayaan Alternatif untuk  Projek Bandar Pintar di Kuching dan Miri. ", "“Kesemua ini akan merangkumi pemasangan kamera keselamatan di lokasi strategik, pemasangan lampu isyarat pintar, menaik taraf sistem pengangkutan, dan mempromosikan konsep bangunan hijau (GBI).", "“Pusat Operasi Bersepadu Sarawak (SIOC), bandar pintar itu turut dilaksanakan sebagai pusat pemantauan dan kawalan berpusat,” katanya ketika membentang usul Belanjawan Sarawak 2023 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.", "Selain itu, katanya, penggunaan ‘Internet of Things’ (IoT) dijangka akan meningkatkan produktiviti dan hasil, meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan pergantungan kepada buruh manual terutamanya dalam sektor pertanian dan pembuatan. ", "Dalam pada itu, Perkhidmatan Kerajaan Negeri Digital akan memperuntukkan RM25 juta pada 2023 untuk pelaksanaan pelbagai projek digital. ", "“Semua ini adalah termasuk Sistem Pengurusan Perkhidmatan Bersepadu, Projek Pembangunan dan Peningkatan ICT untuk Tanah dan Ukur, Pendigitalan Bekalan Air iaitu Sistem Bil Air Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) dan Sistem e-Perolehan Negeri,” katanya. ", "Oleh itu, kata Abang Johari, kerajaan negeri akan melaksanakan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 baharu untuk melonjakkan ekonomi digital. ", "“Rangka Tindakan ini akan meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan awam kami, mewujudkan peluang perniagaan baharu, menyediakan akses kepada pasaran global, menjana pekerjaan, dan meningkatkan kesejahteraan sosial,” katanya. ", "Sepanjang lima tahun kebelakangan ini, kata beliau, Sarawak telah menghasilkan beberapa hasil yang berjaya dalam transformasi digitalnya, antaranya adalah SPayGlobal, yang menjadi platform utama untuk perniagaan, kerajaan negeri dan urus niaga sektor swasta. ", "Menara telekomunikasi SMART300 yang menyediakan sambungan internet berkelajuan tinggi di luar bandar Sarawak, turut dilaksanakan. ", "Malah Perkampungan Digital dan sebelas Hab Inovasi di seluruh negeri memberi manfaat kepada 108 syarikat permulaan tempatan.", "Oleh NICKELYSON LAKUN ", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=41938
Tangki air bertingkat atasi masalah tekanan air rendah di Ulu Sungai Merah
[ "SIBU: Cadangan pembinaan tangki air bertingkat di Ulu Sungai Merah  sudah diluluskan dan ia dijangka menangani masalah tekanan air rendah di situ.", "Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II, Michael Tiang Ming Tee berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai tekanan air rendah daripada penduduk yang tinggal di kawasan Ulu Sungai Merah.  ", "“Masalah ini mungkin disebabkan oleh banyak rumah di kawasan tersebut. Dengan ada tangki air bertingkat ini, saya percaya ia akan memudahkan kehidupan penduduk di kawasan terbabit,” katanya.", "Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata demikian ketika berucap pada majlis kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sibu, di sini hari ini.", "Beliau juga menyatakan bahawa projek menghubungkan Jalan Ulu Sungai Merah dan Jalan Oya sepanjang 7.8 kilometer telah diluluskan dan akan bermula tahun depan.", "Katanya, projek pada tahun ini akan memberikan tumpuan kepada kerja-kerja melebarkan jalan.", "Dalam perkembangan lain, Tiang berkata, sekolah menengah adalah tempat memperkenalkan pelajar kepada mata pelajaran yang lebih maju dan khusus.", "“Sekolah menengah merupakan tempat untuk pelajar mengembangkan kemahiran sosial dan kemahiran komunikasi. Kemahiran itu diperlukan apabila mereka memasuki pengajian tinggi dan alam pekerjaan,” katanya.", "Atas sebab itu, katanya, amat penting bagi pelajar untuk meneroka minat dan bakat mereka.", "“Sarawak memerlukan lebih ramai anak muda yang mempunyai pelbagai bakat dan kemahiran untuk maju dan mencapai impian menjadi negeri maju menjelang 2030.", "“Saya percaya banyak peluang untuk golongan muda yang bukan sahaja dalam pendidikan, malah dalam pelbagai bidang yang mereka ingin ceburi,” katanya.", "Oleh AKUN GIMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=2561
Pekerja Mesir merusuh, tuntut dihantar pulang
[ "KUWAIT: Pihak berkuasa hari ini menyuraikan rusuhan oleh pekerja warga Mesir yang menuntut dihantar pulang, ketika dunia menghadapi ancaman pandemik Covid-19.", "Rusuhan seumpamanya jarang sekali berlaku di negara Teluk yang melaksanakan undang-undang secara tegas itu, yang mana terdapat sejumlah besar pekerja warga asing.", "Pasukan keselamatan mematahkan rusuhan dan kekecohan di kawasan perumahan warga asing serta menahan sejumlah suspek, mengikut laporan Kuwait News Agency (KUNA).", "Semalam, KUNA memetik Duta Mesir ke Kuwait, Tareq al-Qooni, sebagai berkata warga Mesir di kem tahanan imigresen akan dihantar pulang minggu ini.", "“Penerbangan pertama dikhususkan bagi wanita dan kanak-kanak yang kini ditempatkan di kawasan perumahan khas,” katanya.", "Kuwait pula sebelum ini bersetuju membenarkan warga asing yang melanggar undang-undang imigresen untuk meninggalkan negara Teluk itu tanpa perlu membayar denda atau tambang kapal terbang.", "Jutaan warga asing di serata negara Teluk kini menghadapi ketidaktentuan kerana krisis Covid-19 berikutan ramai yang jatuh sakit atau tiada pekerjaan, tidak dibayar gaji dan dan menjadi majikan mangsa tidak berperikemanusiaan.", "Kuwait setakat ini merekodkan lebih 5,000 kes jangkitan virus itu termasuk 40 kematian. – AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=43945
Adat Kelabit dirangka semula
[ "BARIO: Adat Kelabit 2008 digubal semula untuk memastikan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalamnya kekal relevan.  ", "Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata, tidak dinafikan terdapat peruntukan-peruntukan di dalam Adat yang sudah tidak relevan pada zaman sekarang. ", "“Sebagai contoh, ‘quantum of fine’ di mana dalam buku Adet Kelabit 2008, 1 ‘ilung bao’ hanyalah bersamaan RM1.00. ", "“Jika dahulu nilai ini memang besar, tapi pada 2023, ini tidak lagi relevan,” katanya pada majlis Penangguhan Seminar Adat Kelabit 2008 (Pendrafan Semula/ Pindaan Adat) di sini, kelmarin. ", "Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu menambah adat bukan sahaja sebahagian daripada budaya dan tradisi, tapi ia juga merupakan identiti dan cara hidup masyarakat yang masih diguna pakai sehingga ke hari ini.", "“Adat Bumiputera Sabah dan Sarawak diiktiraf di dalam Perlembagaan Malaysia, jika tidak digunakan mana mungkin kita akan berada di sini pada petang ini,” tambahnya. ", "Beberapa cabaran telah dikenal pasti sepanjang dua hari program ini berlangsung termasuklah perubahan cara hidup penduduk yang berpindah dari Ulu ke Bandar, pemegang adat yang terdiri daripada Ketua Masyarakat dan ketua Kaum (KMKK) tinggal di bandar dan tidak berpengalaman dalam menghakimi perbicaraan berbangkit dan perubahan peranan KMKK apabila Projek Naik Taraf Mahkamah Bumiputera untuk setaraf dengan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah dijalankan. ", "Namun begitu, hal ini tidak mematahkan semangat KMKK Kawasan Bario untuk menilai satu per satu seksyen di dalam buku Adat bagi memastikan setiap seksyen masih relevan termasuk seksyen yang jarang digunakan.", "Datuk Gerawat Gala dalam pada itu mengucapkan syabas kepada peserta program di atas ketelitian mereka melaksanakannya. ", "“Input yang tuan puan berikan ini nanti sudah semestinya sangat berguna kepada Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) untuk mereka menganalisa dan menyusun semula Adat Kelabit 2008 agar lebih komprehensif,” katanya. ", "Jelas beliau lagi, program ini tidak akan berhenti di sini kerana akan ada program susulan termasuk pegawai dari MAIS yang akan melawat kampung-kampung bagi menjalankan kajian terperinci dan melakukan pemerhatian.", "Beliau berharap, KMKK akan memberikan kerjasama dan layanan yang sewajarnya kepada MAIS agar proses pendrafan semula Adat Kelabit 2008 ini berjalan dengan lancar. ", "Hadir sama Ketua Majlis Adat Istiadat Sarawak Datu Ronnie Edward, Ketua Seksyen Penyelidikan Etnik Orang Ulu Dr Ipoi Datan dan Pegawai Tadbir Menguasa di Pejabat Daerah Kecil Bario Richard Usah. ", "– UKAS", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=716
3000 bungkusan makanan untuk Betong
[ "BETONG: Sejumlah 3000 bungkusan bantuan bekalan makanan diagihkan kepada\npenduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban susulan Perintah\nKawalan Pergerakan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.", "Penerima yang mendapat bungkusan bantuan bekalan makanan semalam adalah\npenduduk dari 94 rumah panjang, penduduk Melayu dan Cina di Spaoh serta\npenjawat awam di kawasan Bakit Saban.", "Penghantaran bekalan makanan diselaras oleh Setiausah Politik Ketua\nMenteri, Dr Richard Rapu, yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar\nDouglas Uggah.", "Turut membantu beliau kakitangan Pusat Khidmat ADUN Bukit Saban dan yang\nlain.", "Terdahulu, Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat mewakili Uggah\ndalam satu majlis simbolik bagi menyerahkan bantuan bekalan makanan untuk\nBahagian Betong.", "Majlis ringkas diadakan di Rumah Rehat Betong.", "Bantuan tersebut adalah untuk penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri\nSaribas, Layar, Bukit Saban, Krian, Kalaka, Kabong, Beting Maro, Batang Lupar\ndan Lingga.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23753
PETRONAS umum penemuan gas kedua di perairan cetek Balingian
[ "KUALA LUMPUR: Petronas Nasional Bhd (PETRONAS) mengumumkan penemuan gas di telaga cari gali ‘wildcat’ Kulintang-1, Blok SK438 yang terletak di perairan cetek daerah kecil Balingian, kira-kira 230 kilometer dari pesisir Miri, Sarawak.", "Telaga ‘wildcat’ bermaksud yang belum terbukti wujudnya minyak atau dieksploitasi sepenuhnya dan tidak mempunyai rekod pengeluaran kukuh atau telah dieksploitasikan sepenuhnya sebelum itu sebagai tapak pengeluaran minyak dan gas.", "Telaga Kulintang-1 berjaya digerudi sehingga kedalaman 2,238 meter pada April 2021.", "Gas itu ditemui dalam takungan batu pasir era Oligosen hingga Pertengahan Miosen yang belum dinilaikan sepenuhnya sebelum ini, menurut PETRONAS dalam kenyataan pada Rabu.", "PTTEP HK Offshore Ltd merupakan pengendali bagi Blok SK438 dengan kepentingan penyertaan sebanyak 80 peratus manakala Petronas Carigali Sdn Bhd memiliki baki 20 peratus.", "Kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) bagi blok itu diberikan pada Mac 2018 susulan Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) 2017.", "Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia PETRONAS, Mohamed Firouz Asnan berkata, kejayaan telaga Kulintang-1 menandakan penemuan gas kedua dalam Daerah Balingian tahun ini.", "“Hasil memberangsangkan ini membuktikan potensi seterusnya bagi gas asli yang mengandungi peratusan kecil atau tiada langsung kandungan hidrogen sulfida di daerah ini, terutama dalam keadaan geologi Oligosen yang lebih dalam,” katanya.", "Beliau berkata, penemuan gas itu boleh menjana perolehan menerusi infrastruktur sedia ada bagi memenuhi permintaan pelanggan gas domestik, serta Kompleks LNG PETRONAS di Bintulu, Sarawak.", "Pada Mac tahun ini, PETRONAS mengumumkan satu penemuan minyak dan gas baharu di telaga cari gali ‘wildcat’ Sirung-1 dalam Blok SK405B, juga terletak dalam perairan cetek Balingian.", "Bagi MBR 2021 yang sedang dilaksanakan, PETRONAS menawarkan 13 peluang baharu di lembangan prolifik Malaysia, termasuk beberapa blok dalam Balingian.", "MBR 2021 turut disertakan terma fiskal dan bukan fiskal yang ditambah baik.", "Inisiatif tersebut merupakan sebahagian usaha berterusan PETRONAS untuk berkembang bersama-sama rakan kongsinya di Malaysia.- Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=34838
Perlu beralih kepada sumber boleh diperbaharui lebih besar
[ "SULTAN Perak, Sultan Nazrin Shah menyampaikan titah baginda pada Sidang Kemuncak Kelestarian Bumi Cooler di Kuala Lumpur, semalam.• Foto BERNAMA", "KUALA LUMPUR: Malaysia  perlu menyesuaikan mekanisme trajektori pertumbuhan ekonominya bagi memastikan ia menghormati batas planetan, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.", "Baginda bertitah daripada mengurangkan penggunaan tenaga, Malaysia perlu beralih daripada bahan api fosil yang tidak mampan dan merosakkan ke arah penggunaan sumber yang boleh diperbaharui yang jauh lebih besar.", "“Sekiranya sumber berkenaan dimanfaatkan dengan berkesan, penggunaan tenaga tidak perlu dicatu. Begitu juga kaedah pengeluaran makanan semasa sama ada tanaman, ternakan atau ikan boleh disesuaikan supaya ia mampan dan regeneratif dan bukannya merosakkan.", "“Kemajuan teknologi akan banyak membantu kita dalam usaha ini, seperti penggunaan dron untuk memudahkan pengagihan baja yang lebih tepat atau peningkatan kapasiti bateri untuk memudahkan penyimpanan tenaga… Pertumbuhan ekonomi boleh dan mesti diteruskan tetapi ia perlu dikurangkan daripada penggunaan sumber semula jadi yang terhad dan terlalu bergantung kepada ekosistem rapuh,” kata Sultan Nazrin ketika berucap pada sidang kemuncak The Cooler Earth Sustainability Summit di sini semalam..", "Bagaimanapun, baginda bertitah peralihan itu tidak memerlukan Malaysia untuk meninggalkan pertumbuhan ekonomi sama sekali atau pertukaran antara pertumbuhan dan kemampanan kerana pertukaran sedemikian secara tidak adil akan menghalang pembangunan selanjutnya bagi banyak orang, termasuk mereka yang masih belum mencapai tahap kesejahteraan yang paling asas.", "Sultan Nazrin bertitah usaha ke arah kelestarian memerlukan tadbir urus alam sekitar yang lebih baik, oleh itu penyelarasan kawal selia dan pentadbiran yang lebih baik perlu dibangunkan antara agensi yang menguruskan hal ehwal alam sekitar.", "“Kita perlu melaksanakan pendekatan berasaskan ekosistem yang merangkumi semua pihak berkepentingan dan sentiasa meletakkan rangkuman sosial dan ekonomi yang luas di tengah-tengah strategi kemampanan kita.", "“Pembangunan inklusif, mengikut definisi mesti merangkumi keperluan kedua-dua generasi semasa dan akan datang. Pilihan yang dibuat sekarang akan meninggalkan kesan yang berkekalan bagi masa depan negara,” titah baginda.", "Sultan Nazrin bertitah peralihan kepada dunia yang lebih baik mesti menjadi nyata dan tidak sekadar menjadi bualan di bibir, oleh itu dasar dan insentif mesti disesuaikan untuk memastikan pertumbuhan berterusan, tetapi dengan cara yang mampan dan inklusif.", "Sidang kemuncak Cooler Earth Sustainability Summit, bertemakan Facilitating a Just Transition yang berlangsung selama lima hari bermula semalam, bertujuan membolehkan semua pihak berkepentingan membincangkan cabaran dan pelan tindakan segera yang diperlukan untuk membentuk masa depan yang lebih mampan.", "Tema tahun ini mencerminkan tindakan global yang mempercepatkan terhadap iklim berikutan COP26 (Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) di Glasgow, di samping memastikan untuk menyediakan penyelesaian iklim dan rangka tindakan pembangunan sosial yang lebih inklusif, saksama dan adil. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=12049
Bertoleransi, bekerjasama hadapi cabaran Covid-19
[ "MIRI : Rakyat diseru sentiasa bersatu hati dalam memelihara perpaduan negara menerusi sikap toleransi dan bekerjasama antara satu dengan yang lain lebih-lebih lagi ketika menghadapi cabaran Covid-19.", "Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Sebastian Ting berkata, pada tahun ini, seluruh rakyat Malaysia meraikan sambutan Bulan Kebangsaan dalam suasana yang sedikit berbeza berbanding tahun sebelumnya memandangkan negara  masih dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP)akibat pandemik Covid-19 yang nampaknya belum berakhir lagi.", "“Meskipun perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika kini,  tidaklah juga ia menghalang kita sebagai rakyat Malaysia untuk menzahirkan rasa cintakan negara kita dalam menyemarakkan semangat patriotisme sempena Bulan Kebangsaan.", "“Jika kita sayangkan negara,seharusnya kita menzahirkan rasa kecintaan kita kepada negara dengan membantu usaha kerajaan mengekang wabak Covid-19 ini dengan mematuhi segala arahan PKPP yang telah ditetapkan.", "“Elakkan dari mudah terpengaruh dengan golongan yang tidak bertanggungjawab yang suka mencari kontroversi seperti menularkan berita palsu dan sewajarnya kita bersikap positif atas usaha kerajaan baik di peringkat negeri mahupun pusat untuk mengawal penularan wabak ini,” katanya pada majlis perasmian Program Merdeka @ Komuniti di Dewan Jamek Masjid Miri di sini, semalam.", "Teks ucapan beliau dibacakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii.", "Program itu dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Daerah Miri.", "Ting berkata, penganjuran program bersifat kemasyarakatan dan patriotik bersesuaian dengan amalan SOP semasa PKPP seperti pada hari ini merupakan inisiatif tepat JAPEN dalam membangkitkan suasana menyambut Bulan Kebangsaan di kalangan masyarakat.", "“Seperti yang kita sedia maklum,tema sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini adalah Malaysia Prihatin.", "“Pemilihan ini selari dengan keadaan semasa negara yang memerangi Pandemik Covid-19.", "“Perkataan Malaysia menggambarkan seluruh rakyat Malaysia yang turut sama memerangi wabak tersebut manakala perkataan Prihatin pula merupakan inisiatif-inisiatif kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi,bagi menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia,” katanya.", "Beliau turut mengingatkan rakyat supaya jangan pentingkan diri dan perlu menjaga amalan kesihatan kendiri seperti memakai pelitup muka,sentiasa membasuh tangan, menjaga jarak fizikal dan mengelak bersentuhan ketika bersosial bagi membantu mencegah penularan wabak.", "Bermula pada pertengahan Julai lalu hingga pertengahan September ini kelak, Jabatan Penerangan mengambil insiatif menganjurkan beberapa program kenegaraan  seperti Info On Wheels Merdeka, Merdeka @ Komuniti dan Merdeka @ Kelab Malaysiaku.", "Oleh Liong Chai Ling", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=3305
Ramai penduduk terputus hubungan
[ "ADI SAFARMAN", "BETONG: Pembetung yang tersumbat dengan pokok besar selain tekanan kuat hujan yang melanda menyebabkan Jalan Nanga Buai Melanjan, Padeh, runtuh pagi semalam.", "Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, PBK I Henry Jugah berkata, kejadian berlaku jam 6.40 pagi selepas ia disedari penduduk kampung berhampiran.", "“Pembetung di bawah jalan berkenaan mengalirkan air dari Sungai Sibau.", "“Akibat tersumbat dengan pokok, air sungai berkenaan melimpah dan tekanan air semakin kuat disebabkan hujan lebat menyebabkan jalan itu runtuh,” katanya pada kenyataan kepada media semalam.", "Menurut Henry, jalan itu terputus sejauh kira-kira 20 meter dan mendap sedalam kira-kira sembilan meter.", "Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong memaklumkan jalan berkenaan akan dibaik pulih serta merta.", "“Kejadian juga tidak membabitkan kehilangan harta benda dan nyawa.", "“Bagaimanapun, penduduk berhampiran masih boleh melalui Sungai Sibau dan keluar di Stesen Pertanian Betong,” kata Henry.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=20119
Sampel asteroid tiba di bumi
[ "SYDNEY: Kapsul mengandungi sampel yang diperoleh daripada asteroid purba digelar Ryugu yang dijatuhkan kapal angkasa Hayabusa-2 milik Jepun pada ketinggian kira-kira 220,000 kilometer akhirnya mendarat di kawasan gurun di selatan Australia semalam.", "Ia sekali gus menandakan misi yang dilancarkan pada Disember 2014 telah berakhir.", "Kapsul tersebut memasuki atmosfera pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan di Jepun) dan turut menghasilkan bebola api seperti tahi bintang.", "Sampel seberat tidak lebih 0.1 gram itu diharap akan memberi penjelasan tentang asal-usul kehidupan dan pembentukan alam semesta.", "Agensi angkasa Jepun (JAXA) turut mengesahkan penemuan sampel itu dengan bantuan suar yang dipancarkan kapsul itu sejurus ia memasuki atmosfera selepas berpisah dengan Hayabusa-2 semalam.", "Difahamkan, saintis akan melakukan analisis awal termasuk memeriksa jika berlaku sebarang pelepasan gas sebelum ia dihantar ke Jepun.", "Separuh daripada sampel itu juga akan dikongsi bersama Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dan pertubuhan antarabangsa lain manakala bakinya disimpan untuk kajian akan datang. – AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23447
Pembaharuan cukai cetus protes berdarah
[ "BOGOTA: Penunjuk perasaan menggesa demonstrasi besar-besaran setelah 19 orang maut dan lebih dari 800 cedera dalam pertempuran selama lima hari demonstrasi menentang cadangan pembaharuan cukai kerajaan pada Isnin lalu.", "Pejabat ombudsman hak asasi manusia Colombia mengatakan 18 orang awam dan seorang polis maut dalam keganasan semasa tunjuk perasaan yang bermula di seluruh negara pada 28 April lalu, sementara 846 orang termasuk 306 orang awam cedera.", "Pihak berkuasa menahan 431 orang dan kerajaan mengerahkan tentera di bandar yang paling teruk terjejas.", "Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga menuduh polis menembak orang awam.", "Pada Ahad lalu, Presiden Ivan Duque memerintahkan cadangan pembaharuan cukai ditarik daripada Kongres yang mana ia sedang diperdebatkan sekali gus mencetuskan rusuhan.", "Sementara itu, Menteri kewangan Colombia, Alberto Carrasquilla mengundurkan diri dengan mengatakan dalam sebuah kenyataan bahawa kehadirannya yang berterusan akan menyulitkan untuk membangun konsensus yang diperlukan dengan cepat dan cekap untuk cadangan reformasi baharu pada Isnin lalu.", "Carrasquilla dengan cepat digantikan ahli ekonomi, Jose Manuel Restrepo yang sebelumnya merupakan Menteri Perdagangan.", "Walaupun penarikan Rang Undang-Undang (RUU) itu yang dikatakan oleh para penunjuk perasaan akan membuat Colombia menjadi lebih miskin lebih-lebih lagi ketika wabak Covid-19 melanda, manakala sebuah kumpulan payung yang dikenali sebagai Jawatankuasa Rusuhan Nasional meminta demonstrasi baharu pada hari ini (5 Mei).", "“Orang-orang di jalanan menuntut lebih banyak daripada penarikan reformasi cukai,” katanya dalam satu kenyataan.", "Duque yang mengalami penurunan sokongan hingga 33 peratus menggelar ‘vandalisme’ penunjuk perasaan ketika negara itu berdepan gelombang pandemik kedua yang memudaratkan.", "Bagaimanapun, puluhan orang keluar di jalanan pada Isnin lalu melakukan tunjuk perasaan di ibu kota Bogota, kota barat laut Medellin, Cali di barat daya dan Barranquilla di utara.", "Sebilangan besar demonstrasi yang bermula sejak 28 April lalu lalu bermula secara damai sebelum terjadi pertembungan antara penunjuk perasaan dan pasukan awam.", "Menteri Pertahanan Diego Molano mendakwa kekerasan itu direncanakan, diatur, dibiayai oleh pembangkang Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) dan anggota Tentera Pembebasan Nasional (ELN).", "Terdahulu, FARC pemberontak kiri menandatangani perjanjian damai dengan pemerintah pada 2016 untuk mengakhiri konflik lebih dari setengah abad menjadikan ELN sebagai kumpulan gerila terakhir di negara ini. -AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=38985
DUN: Perlindungan sosial, 10 program jaringan keselamatan 
[ "KUCHING: Kerajaan Sarawak komited untuk memperkukuh perkhidmatan sosial dan meningkatkan perlindungan sosial dengan terus melaksanakan 10 program jaringan keselamatan.", "Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata program itu bagi membolehkan rakyat di negeri ini berhadapan dengan kesusahan hidup.", "“Menerusi program-program ini, RM52 juta akan disediakan untuk bantuan kebajikan seperti Bantuan Am dan Bantuan Bencana, manakala RM21 juta disediakan untuk Program Air Percuma.", "“Selain itu, RM15 juta untuk Bantuan Penjagaan Selepas Bersalin, RM12 juta untuk Kad Emas Kenyalang (KGC) sebagai bantuan ihsan kematian untuk 4,000 waris warga emas berumur 60 tahun ke atas dan RM10 juta untuk Kumpulan Wang Wakaf Sarawak.", "“Sementara itu, RM10 juga disediakan untuk bantuan kewangan bagi caj sambungan elektrik, RM 4.2 juta sebagai Geran Khas untuk Kasih Suri Keluarga Malaysia, RM3.75 juta untuk Program Memperkasa Isi Rumah Berpendapatan Rendah (e-Life).", "“RM3.5 juta disediakan untuk program kesedaran dan intervensi untuk program kesejahteraan masyarakat manakala RM2 juta untuk Bantuan Pesakit Buah Pinggang (BPBP) bagi membantu pesakit buah pinggang,” katanya ketike membantang usul Belanjawan Sarawak 2023 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.", "Menurut Abang Johari, selain menyediakan bantuan kewangan itu, kerajaan negeri juga akan menyediakan peruntukan untuk menubuhkan pusat-pusat komuniti yang kurang bernasib baik.", "Justeru, RM500,000 diperuntukkan bagi penubuhan Pusat Selamat untuk gelandangan dan komuniti terlantar di Bintulu dan Miri serta sebuah pusat perlindungan transit untuk memberi bantuan dan perlindungan dalam kalangan individu dan keluarga yang terlibat dalam masalah sosial.", "Selain itu, RM500,000 untuk kerja-kerja awal penubuhan Pusat Komuniti Keperluan Khas (SNCC) yang berfungsi dengan baik dan sehenti untuk komuniti berkeperluan khas.", "Sementara itu, RM2.2 juta untuk menubuhkan Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk isu sosial, masalah dan campur tangan untuk keluarga yang kurang bernasib baik.", "Oleh RYNNA SHA’ERRA", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=12684
‘Sia Sitok Sarawak’ tawar pakej pelancongan menarik
[ "KUCHING: Kempen pelancongan intra negeri ‘Sia Sitok Sarawak’ menghidangkan tawaran menarik untuk pakej percutian kepada golongan barisan hadapan yang berjuang memerangi Covid-19 selama ini.", "Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kempen yang dilancarkannya semalam akan mengutamakan penyertaan daripada golongan pejuang itu sebagai penghargaan atas usaha keras mereka selama ini.", "“Kempen ini pertama kali akan dibuka kepada pejuang barisan depan dan pekerja bantuan Sarawak Covid-19 seperti kakitangan perubatan, polis, tentera, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC), RELA, APMM dan lain-lain yang layak untuk diberi keutamaan sebagai penghargaan atas kerja keras mereka, meletakkan nyawa mereka untuk membantu membendung penyebaran wabak itu,” katanya.", "Abdul Karim berkata demikian semasa melancarkan Kempen Sia Sitok Sarawak 2020 di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.", "Pada masa sama, Abdul Karim memberitahu kempen ini juga ditawarkan kepada semua rakyat Sarawak dan bukan rakyat Sarawak yang tinggal di negeri ini tetapi dengan izin kerja untuk menikmati produk pelancongan yang menarik dengan harga ‘durian runtuh’.", "“Saya sangat gembira untuk mengumumkan pelancaran Kempen Sia Sitok yang dirancang dengan rapi oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dengan Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF),” ujarnya.", "Tambah Abdul Karim, kempen berkenaan menawarkan pelbagai pakej menarik untuk mengunjungi sebanyak 30 destinasi di seluruh Sarawak dengan potongan harga sehingga 50 peratus agar mampu menghidupkan kembali industri tempatan.", "“Kerajaan negeri memberi subsidi kepada pakej yang ditawarkan hanya untuk rakyat Sarawak sebagai insentif agar mereka menyokong industri pelancongan tempatan,” jelasnya.", "Justeru itu, Abdul Karim mendedahkan kempen Sia Sitok Sarawak itu mengikut perancangan hanya bermula dari 15 Julai hingga 15 Oktober namun berikutan pandemik ia terpaksa bermula sekarang dan akan dilanjutkan sehingga Disember nanti.", "“Kempen ini merangkumi lawatan, dan aktiviti menarik di Kuching, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Mulu yang merangkumi lawatan sehari dan lawatan semalam serta perjalanan beberapa hari termasuk penginapan dan makanan,“Berikutan perjalanan antara zon telah dibenarkan, saya percaya ini adalah masa yang paling sesuai untuk anda dan keluarga merancang perjalanan singkat di sekitar Sarawak, melawat tempat yang tidak pernah anda terokai sebelumnya untuk mencipta kenangan bersama,” jelasnya.", "Menerusi kempen ini, Abdul Karim mengakui bakal merangsang ekonomi pemain industri tempatan sekali gus melonjak ekonomi Sarawak pasca Covid-19.", "Abdul Karim mengakui fenomena pandemik yang kini dalam kawalan, kementeriannya sudah memulakan langkah untuk memulakan semula industri pelancongan di Sarawak dengan memfokuskan kepada pelancongan domestik.", "Untuk maklumat lebih lanjut, layari https://sarawak.travel/explore-all dan untuk tempahan, lawati https://siasitoksarawak.rezgo.com/.", "Oleh Diyana Samsuddin", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=6117
Tiada kes positif dilaporkan semalam
[ "KUCHING : Sarawak tidak mencatatkan sebarang kes baharu positif Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak kekal sebanyak 557 kes.", "Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, terdapat satu kes baharu yang telah sembuh dan discaj dari Hospital Umum Sarawak (HUS).", "“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah sembuh dan discaj seramai 534 orang atau 95.87 peratus.", "“Sementara itu, seramai 18 orang yang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan lapan kes masih menunggu ujian makmal,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini semalam.", "Menurut Uggah, seramai 98 orang di bawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin, menjadikan jumlah keseluruhan PUS di 15 buah hotel adalah seramai 679 orang.", "Manakala seramai 16,051 PUS pula telah tamat menjalani tempoh kuarantin.", "Semalam, sebanyak 18 lokasi operasi nyahcemar telah dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menjadikan bilangan kumulatif di Sarawak adalah sebanyak 1,045 lokasi.", "Sementara itu, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah menjalankan operasi nyahcemar di 36 lokasi.", "Oleh Sheila Zaidi", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23161
Jupiter ranum di laman Peter Wee
[ "MENIKMATI buah anggur segar tanpa perlu membeli dari pusat-pusat membeli-belah adalah satu kepuasan bagi seorang wartawan akhbar Sin Chew Daily.", "Peter Wee,50, kini mampu tersenyum selepas usahanya menanam tumbuhan itu kini menjadi dan mengeluarkan buah yang segar, manis dan sihat untuk keluarganya.", "Beliau telah lama mempelajari teknik penanaman anggur dan menanam pelbagai jenis anggur di sekitar kawasan rumahnya di Jalan Tebu, Teku.", "“Antaranya ialah anggur Isabella Madu (anggur hitam), IAC (anggur hijau), Seedless, Alphonso, Kyoho, anggur kuning, Belgia/Riparia/Shine Muscat /Red Master,” jelasnya kepada pemberita hari ini.", "Peter  mula menanam 10 anak pokok anggur jenis Jupiter sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, selain 11 anak pokok anggur Jing Xiu.", "“Anggur Jupiter adalah mahal, dalam pasaran kini setiap anak pokok anggur tersebut mencecah RM100 hingga RM150. Saya membeli anak pokok anggur ini dari Kuching, Sabah dan Semenanjung Malaysia,” ujarnya.", "Katanya, tanaman anggur jenis Jupiter paling cepat mengeluarkan bunga dalam tempoh setengah tahun dan paling lambat satu tahun ataupun satu dua bulan.", "“Ia bergantung kepada penjagaan kita, jika kita pandai menjaganya ia akan cepat membesar, sihat dan cepat mengeluarkan bunga. Tanam anggur banyak teknik mesti dipelajari, ada orang tidak pandai tanam dan jaga sampai dua hingga tiga tahun pun tidak keluar bunga.", "“Anggur Jupiter keluar bunga dan buah paling cepat dalam dua hingga tiga bulan dan paling lambat masak dalam 120 hari,” ujarnya.", "Peter memberitahu, aspek penjagaan, pembajaan dan penyiraman memainkan peranan penting untuk menjadikan buah anggur yang ditanam menjadi manis.", "“Jika mahu buah lebih manis, semasa buahnya dalam proses menukar warna, kita bagi baja manis.", "“Ataupun bagi buah anggur lambat masak dengan menutup buahnya dengan kertas untuk mengelakkan daripada terkena cahaya matahari. Sebab jika terkena cahaya matahari, buah anggur akan cepat masak,” ujarnya lagi.", "Katanya, mula-mula tanam anggur untuk tujuan kegunaan keluarga sahaja, tapi kini ramai pelanggan mencari untuk membeli anak pokok anggur.", "“Ada juga yang hendak membeli buah anggur daripada saya. Tapi buat masa ini, buah anggur belum dapat jual kerana untuk kegunaan keluarga pun masih belum mencukupi.", "“Tunggu saya sudah tanam banyak suatu hari nanti kemungkinan bolehlah menjual buahnya,” ujar beliau.", "Dari tahun lepas, katanya, ramai orang ingin datang ke rumahnya untuk melawat dan belajar teknik penanaman anggur, tapi beliau terpaksa menolak berikutan negara ini masih berdepan cabaran pandemik Covid-19.", "“Jabatan Pertanian dahulu pernah memberitahu ingin membantu saya membina rumah hijau, tapi hingga sekarang masih belum, mungkin mereka sedang mencari cara untuk membantu, selain  cabaran Covid-19.", "“Selain minat, tanaman anggur ini bagaikan aktiviti senaman dan baik untuk kesihatan. Saya tanam anggur kerana ingin makan anggur segar dan lebih sihat,” kata beliau.", "Oleh AKUN GIMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23636
Agong, Raja Permaisuri Agong berkenan tunai solat hajat
[ "KUALA LUMPUR:  Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan solat sunat hajat di Istana Negara semalam bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin. ", "Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di Surau Utama Istana Negara pada 7.30 malam, diiringi Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin. ", "Solat sunat hajat itu dipimpin oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara Mohd Zuhairee Mohd Yatim dan disertai 40 anggota jemaah yang terdiri daripada pegawai serta petugas Istana Negara.", "Solat sunat berkenaan, selepas solat Maghrib berjemaah, dilaksanakan mengikut garis panduan ketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuklah penjarakan fizikal serta pemakaian pelitup muka ketika solat. ", "Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menitahkan masjid dan surau seluruh negara, serta rakyat di kediaman sendiri, untuk mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat bagi memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara kesejahteraan rakyat Palestin daripada niat jahat rejim Israel.", "— Bernama ", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23964
Teruja kembali beraksi
[ "PEMAIN Chonbori FC Junior Eldstal, gembira untuk kembali menyertai Harimau Malaya, selepas hampir lima tahun tidak menyarung jersi pasukan kebangsaan sejak 2016.", "Pemain kelahiran Malaysia-Sweden mengakui, yang beliau amat gembira kerana berpeluang bermain dan berharap dapat menikmatinya dalam kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).", "“Hampir lima tahun saya tidak bermain bersama pasukan kebangsaan. Ia satu perasaan yang bagus untuk kembali.", "“Tempoh hari jurulatih Tan Chen Hoe beri saya bercakap di hadapan pemain, untuk berikan motivasi kepada mereka bagaimana saya berjaya kembali selepas berehat dua tahun, dan dapat bermain untuk kejohanan kelayakan ini, yang merupakan satu saat yang istimewa untuk saya,” katanya dalam sidang media secara maya semalam.", "Kali terakhir Junior yang pernah alami kecederaan ‘slip-disk’ bermain untuk pasukan kebangsaan ialah pada Jun 2016, ketika Harimau Malaya seri 1-1 ketika bertemu Fiji dalam perlawanan persahabatan.", "Bekas pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, beliau telah lihat banyak perubahan dan cara diambil dalam pasukan Harimau Malaya masa kini, berbanding ketika bermain dahulu, dan memuji kemahiran pengurusan Cheng Hoe dan hubungan baik sama ada di atas dan di luar padang.", "“Sebelum ini beliau (Cheng Hoe) cuma penolong jurulatih kepada bekas jurulatih Datuk K. Rajagobal. Saya tidak pernah ikuti kepimpinan beliau sebelum ini, dan saya dapat lihat yang Cheng Hoe suka kepada permainan menyerang,” katanya.", "Pemain berusia 29 tahun ini berkata, Cheng Hoe sering mengingatkan pemain untuk tidak takut dengan pasukan lain, dan tidak hanya menunggu tetapi cuba menyerang, terutamanya pada pertemuan persahabatan menentang Bahrain, dan perlawanan kelayakan ini.", "Sementara itu, pemain tengah yang juga boleh bermain di pertahanan berkata, terpulang kepada jurulatih untuk menyenaraikan beliau dalam kesebelasan utama, bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Mohd Shahrul Mohd Saad yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan lutut, dan Brendan Gan yang digantung dalam perlawanan menentang UAE.", "Sementara itu, Junior memberitahu yang beliau suka meluangkan masa dengan pemain muda seperti Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk) dan Arif Aiman Mohd Hanapi dari JDT, dan berkongsi petuanya terutamanya skil kepimpinan bagi membantu kedua mereka untuk cemerlang di masa hadapan.", "“Saya selalu duduk dengan Luqman dan Arif Aiman ketika makan tengah hari dan makan malam, dan memberitahu mereka mengenai kepimpinan dan cara yang betul untuk menjaga tubuh mereka,” katanya.", "Malaysia akan menentang Bahrain dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bahrain dai Riffa pada Jumaat, sebelum bertemu UAE pada 3 Jun, Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) bagi menamatkan perlawanan Kumpulan G untuk kejohanan kelayakan itu.-Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=12752
Kerajaan sedia kongsi langkah rangsangan bersasar
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan bersikap terbuka mengenai langkah rangsangan bersasar sekiranya situasi memerlukan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.", "Beliau berkata buat masa ini tiada sebarang rancangan untuk mewujudkan pakej rangsangan yang lain.", "“Kerajaan akan memantau situasi ekonomi dan sekiranya perlu kita akan menyediakan lebih banyak bantuan bersasar,” katanya dalam wawancara bersama Bernama dan TV3.", "Pada masa ini, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), yang dijangka menyumbang lebih tiga peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2020, masih dijalankan dan pelaksanaannya dipantau rapat.", "“Bagaimanapun, jika ada segmen masyarakat tertentu yang memerlukan bantuan, kita akan terus memberikannya. Kementerian ini dan Kabinet kerap turun padang untuk memahami apa yang sedang berlaku, seandainya memang ada keperluan untuk membantu rakyat, kita akan bersedia,” katanya.", "Tengku Zafrul berkata masih terdapat ruang untuk inisiatif bersasar.“Seperti yang saya katakan sebelum ini, rancangan untuk menaikkan had hutang statutori Malaysia kepada 60 peratus daripada KDNK berbanding 55 peratus merupakan sebahagian suntikan langsung kerajaan bernilai RM45 bilion ke dalam PRIHATIN serta PENJANA, dan menjelang akhir tahun ini nisbah hutang akan sedikit melebihi 55 peratus.", "“Ini bermakna masih ada ruang untuk sebarang rangsangan bersasar sekiranya perlu,” katanya.", "Beliau berkata kerajaan mahu memastikan defisit belanjawan dihadkan di antara 5.8 peratus dengan 6.0 peratus.", "Pakej PRIHATIN dan PENJANA keseluruhannya bernilai RM295 bilion, dengan RM45 bilion merupakan dalam bentuk suntikan fiskal langsung oleh kerajaan.", "Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata menaikkan paras hutang semasa krisis bukan sesuatu yang baharu memandangkan Malaysia pernah mengambil tindakan yang sama sebelum ini.", "Sebagai rekod, nisbah hutang kepada KDNK Malaysia adalah 80.7 peratus pada 1990 sebelum turun kepada 31.8 peratus pada 1997.", "Ia kemudian meningkat kepada 41.4 peratus pada 2001 dan seterusnya naik kepada 52.8 peratus pada 2009, sebelum nisbah itu kekal di atas paras 50 peratus bagi tempoh 2009 hingga 2018.", "“Peningkatan itu bersifat sementara dan BNM serta kerajaan mempunyai kapasiti. Kadar faedah kita telah dikurangkan jadi pinjaman kini lebih murah, jadi nisbah pembayaran balik hutang juga akan berkurangan,” katanya pada Khamis lepas semasa taklimat untuk kalangan editor kanan.", "Beliau berkata Malaysia tidak pernah mengalami kesulitan untuk membayar balik hutangnya yang sebahagian besar adalah dalam denominasi ringgit.", "Mengenai Belanjawan 2021, Tengku Zafrul berkata Kementerian Kewangan (MoF) giat mengadakan libat urus dengan perniagaan, rakyat serta pertubuhan bukan kerajaan.", "“Perbincangan itu setakat ini adalah mengenai langkah bagi mengubah model perniagaan dalam menghadapi cabaran akibat pandemik COVID-19. Antara bidang penting untuk negara melangkah maju ialah modal insan dan teknologi,” katanya.", "Belanjawan 2021, yang dijadualkan dibentangkan di Parlimen pada 6 Nov ini, menyasarkan usaha merancakkan kembali ekonomi di samping memulihkan keyakinan pelabur dan pengguna dalam usaha memacu ekonomi.", "BNM telah menyemak unjuran pertumbuhan KDNK 2020 Malaysia kepada -5.5 hingga -3.5 peratus berbanding -2.0 hingga 0.5 peratus sebelum ini.", "Ia juga menjangkakan ekonomi Malaysia mencatatkan pemulihan setelah mengalami impak buruk Covid-19 dan merekodkan pertumbuhan 5.5 peratus hingga 8.0 peratus pada 2021.- Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=3107
BBP Sarikei jalankan operasi sanitasi bas
[ "EARL ANEK", "SARIKEI: Seramai 36 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tiba di Dewan Suarah Sarikei pada malam kelmarin dan awal pagi semalam.", "Kesemua pelajar tersebut dihantar balik menggunakan dua buah bas dari Kuching.", "Dari jumlah tersebut, 19 pelajar tiba di Dewan Suarah Sarikei menggunakan sebuah bas pada jam 10 malam kelmarin dan 17 pelajar lagi pada jam 1.30 pagi semalam.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, pihak bomba menjalankan operasi sanitasi bas tersebut setibanya di Dewan Suarah Sarikei.", "“Bas pertama tiba pada jam 10 malam dan operasi sanitasi dilakukan di dalam bas, ruang tempat barang, papan pemuka bas dan tempat menyimpan barang di bawah dan di bahagian luar bas.", "“Seramai empat anggota bomba bertugas menjalankan operasi sanitasi yang diketuai PBK II Bakar Ujang,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, pagi semalam.Tambahnya, bas kedua yang tiba pada jam 1.30 pagi semalam turut disanitasi setibanya di Dewan Suarah Sarikei.", "Agensi penguatkuasa yang turut berada di Dewan Suarah Sarikei ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PDRM, RELA, kakitangan pejabat daerah dan kakitangan Dewan Suarah Sarikei.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=3784
Beri perhatian pembangunan di Sarawak
[ "KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu kerajaan terus menggiatkan usaha dan inisiatif bagi merapatkan jurang pembangunan dan ekonomi antara negeri dan wilayah.", "Usaha berkenaan merangkumi peningkatan mobiliti rakyat dengan menambah baik rangkaian dan infrastruktur asas serta sistem pengangkutan.", "Seri Paduka bertitah bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan merapatkan jurang pembangunan di Sabah dan Sarawak, kerajaan mengambil langkah menerusi pelaksanaan projek infrastruktur kritikal di kedua-dua negeri berkenaan.", "“Beta berharap rakyat di Sabah dan Sarawak akan dapat menikmati jaringan perhubungan dan kemudahan yang berkualiti dan lebih baik,” titah Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat, semalam.", "Selain pembangunan infrastruktur di kedua-kedua negeri itu, Seri Paduka bertitah kerajaan perlu turut memberi perhatian terhadap kawasan pedalaman di Semenanjung terutamanya di penempatan masyarakat Orang Asli.", "Merujuk data terkini yang menunjukkan lebih dua pertiga rakyat Malaysia tinggal di bandar, Al-Sultan Abdullah bertitah kesejahteraan masyarakat khususnya golongan B40 dan M40 serta belia di bandar perlu dipertingkatkan meliputi usaha pemilikan rumah menerusi dasar perumahan mampu milik dan skim sewa milik.", "“Sebagai kerajaan yang prihatin, kos sara hidup rakyat akan terus ditangani dengan sebaik mungkin,” titah Seri Paduka.", "Menyentuh tentang iltizam kerajaan untuk meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan yang saksama kepada rakyat, Seri Paduka bertitah perkhidmatan kesihatan akan diperkasa dengan menjurus kepada pencegahan dan perawatan secara holistik kepada masyarakat luar bandar, Orang Asli serta peribumi di Sabah dan Sarawak.– BERNAMA", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=28917
Sembilan persatuan,terima geran MRP
[ "KUCHING: Sebanyak sembilan persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM220,000.", "Simbolik penyerahan geran telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di pejabatnya di Wisma Sumber Alam, semalam.", "Menurut Datuk Amar Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar II, beliau menerima peruntukan tambahan daripada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memandangkan masih banyak pemohonan diterima.", "“ Ketua Menteri memberi peruntukan tambahan kepada saya dan sepatutnya geran ini dilepaskan tahun lepas.", "“Menjalankan kegiatan-kegiatan sosial dan juga untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk ahli-ahli mereka,” jelasnya.", "Antara persatuan dan NGO yang menerima geran tersebut ialah Kelab Sukan dan Rekreasi MINTRED, Kelab Kebajikan Sosial dan Rekreasi MUDeNR, Kelab Sosial dan Sukan, Jabatan Tanah dan Survei, Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian, Persatuan Sukan Petanque Bahagian Kuching, Persatuan Taekwando Negeri Sarawak, Kelab JPJ Kuching dan Samarahan (KUSMA), Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak dan Surau An-Nur JPJ Negeri Sarawak.", "Oleh NUR AIN OTSMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=11841
Putra Sabah tidak bertanding PRN Sabah
[ "KUALA LUMPUR: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Sabah tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah nanti, kata Pengerusi dan Ketua Penyelaras Putra negeri Jeffrus Maimin Rijan.", "Menurutnya, walaupun ada pemimpin bahagian yang sedia bertanding, namun mesyuarat perhubungan parti berkenaan yang diadakan Sabtu lepas di Kota Kinabalu dengan dihadiri oleh 18 ketua bahagian, telah memutuskan perkara itu demi strategi masa depan Putra Sabah.", "“Bertanding adalah untuk menang dan bukan untuk kalah. Untuk menang mesti cukup syarat-syaratnya. Bertanding sekadar menguji pengaruh bukanlah langkah yang bijak.", "“Ia memberi impak yang tidak baik dari segi persepsi rakyat, manakala kekalahan adalah kerana persediaan yang belum mantap untuk sebuah parti yang baharu lahir,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. ", "Katanya, Putra Sabah turut mengambil ketetapan untuk bersikap berkecuali serta tidak akan menyokong parti politik yang bertanding, selain pimpinan Putra juga tidak dibenarkan menggunakan nama dan jawatan dalam parti itu untuk membantu kempen mana-mana calon pada PRN itu nanti.", "Beliau berkata, Putra Sabah seiring dengan Putra Pusat iaitu untuk memberi tumpuan kepada pengukuhan penubuhan struktur organisasi Putra peringkat bahagian, cawangan dan sayap bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=31858
Manah leka, enda ngemediska pending ninga
[ "PENULIS nasit bendar bisi awak betemu sereta berandau enggau penulis leka lagu, pemain gitar sereta penanyi Isa Lee apin lama.", "Chukup andal ati meh ninga pengajar nya ke ngembuan degree dalam musik udah bisi ngerikut lagu benama Tuai Pengerindu. Chukup manah leka iya laban orang ngaga leka iya endang sigi tebilang baka pengajar Jimbun Tawai enggau Harolds Unsie enggau Isa Lee empu. Puji besai ngagai pengajar Isa Lee.", "Taja pia, agi mayuh bala peninga mengkang enda puas ati ninga leka tauka lirik dalam sekeda lagu artis rekoding bukai. Lebuh berandau mayuh bala ari Saratok, Sibu enggau Kanowit dulu ari tu, mayuh sida madah agi mayuh penanyi baru (aku enggai nyebut nama) endang sebarang embal, tauka seneka ati ngaga leka. Lirik lagu bakanya patut digaga manah agi awakka nyamai, ngena sereta nyemetak didinga.", "ENDA BEDULIKA RETI", "Asal iya setimbal, munyi ti ngena aja, laban mayuh peninga nadai entu bedulika reti enggau pengena leka lagu nya. Mayuh ga lagu ngena jaku tauka leka diambi ari jaku Melayu tajapan endang bisi jaku nya empu dalam jaku Iban. Ambika banding leka tauka lirik baka ‘syurga’ patut iya ‘serega’, ‘dunia’ patut iya ‘dunya’, jaku ‘cinta’ nadai dalam jaku Iban tang tau ngena ‘penyayau’ tauka ‘pengerindu’. Nadai mega jaku kitai Iban baka ‘paling’ tang bisi dikena sekeda penanyi dalam leka lagu sida. Mayuh agi leka bukai dikena awakka setimbal lalu kena ngenyukupka sada lagu siti-siti.", "Laban nadai orang tauka kuasa nyemetak ditaga kena meresa, napis lalu nentu pengena enggau pemetul leka lagu, nya alai lebuh lagu nya dirikot sereta dipasang ba radio tauka dimain peninga, dia deh sekeda leka lagu nya berupai enda ngena, enda betul dikena sereta enda manah reti tauka ngemai reti ti negatif.", "Jauh dulu ari penulis bisi berandau enggau penanyi ke begelar Mama Rock, iya nya Rosiana Urai, ke mega tukay studio rekoding Urai Productions di Sibu.", "NUMBAS PENGENA", "Urai madah, bisi sekeda lagu Iban baru diatu ngemai reti ti numbas iya pengena, iya nya tau dikumbai kitai ‘negatif’ taja pan jaku dikena nya nadai salah.", "“Ambika banding, bisi leka lagu ti madah indu nya enggai pulai puang, enggai pulai nadai utai ulih. Reti nya bisi negatif, laban indu nya enda tau enda bulih utai…lalu nama utai nya, kitai empu nemu nyagam reti nya,” ku Urai bejaku enggau penulis sereta madahka diri, taja pan ukai bansa Iban, tang mereti bendar pasal jaku Iban.", "“Leka lagu kitai enda patut nyilup reti ti enda manah, laban taja pan leka jaku nya setimbal, tang ukai reti semua jaku nya ngena magang, lalu kami penanyi kala mega dikompelin tauka dibantah ulih bala peninga laban ngena leka lagu ti ngemai reti ti enda manah, iya nya reti ti negatif,” ku Urai ke lama udah tebilang enggau mayuh lagu, nyengkaum Lauk Kitai, Agi Bisi Tedai Pengerindu sereta enggau mayuh lagu bukai kelimpah ari ke nyapu menang semua kategori lagu Orang Ulu ba semekih Dayak Music Awards (Dama) 2008 ba Hotel Crowne Plaza Riverside, enggau Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2010 di BCCK suba.", "Iya mega bisi dikangau merindang bala mayuh ba pengerami renggat penudi AMD 2012 di Unimas. Taun 2016 ba pengerami ke sebaka Urai nadai dipeda enggau. Nya meh taun penudi AMD diatur.", "“Kekadang ukai salah penanyi tang penyalah tauka penyaru orang ke ngaga leka lagu nya, laban komposer lirik ke ngaga lagu, ukai penanyi. Bala kami penanyi mina belagu aja,” ku Urai taja pan madah iya empu mayuh ngaga leka lagu ka iya empu enggau sekeda penanyi bukai, kelebih agi penanyi Orang Ulu.", "SETUJU PENEMU", "Penemu Urai tu mega disetuju penanyi veteran Datin Senorita Linang lebuh ditanya penulis senentang penemu diri apin lama.", "Tuai Gerempung Artis enggau Pemusik Dayak (DAMA) Datuk Snowdan Lawan ke mega nyadi Sapit Menteri Lumba enggau Main mega sama setuju enggau penemu seduai nya tadi.", "“Leka lagu ti enda manah reti tauka negatif tau ngemaruhka lagu Iban. Bala penanyi patut nyeliahka diri ari ngena leka ti bakanya. Mayuh jaku ti manah patut dikena ari ti ngena leka negatif, leka mai reti kurang meruan,” ku Snowdan lebuh ditanya Sada Sarawak penemu iya empu dulu ari tu.", "Kelimpah ari nya Snowdan mega bisi ditanya senentang ulah nyelak tiru tauka ‘chelak tiru’ dalam industri musik Dayak, kelebih agi musik Iban.", "“Agi mayuh bendar orang ke ngaga salin VCD tauka CD ari original enggau nadai pemendar laban sida keran deka ngulihka untung jampat sereta ungkup ka sida empu aja.", "“Pekara tu ukai mina ngemai pengerusak ngagai industri tang nadai ulih ngenataika untung ti chukup ngagai bala penanyi ke ngelamatu udah bebendar ngemansangka diri,” ku Snowdan.", "“Ngambika industri musik Dayak terus maju sereta meri penguntung ngagai artis, ulah nyelak rumpak patut diketuka diatu,” ku Snowdan ti mega Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Balai Ringin.", "NAGANG ULAH CHELAK RUMPAK", "Sebedau tu Sada Sarawak kala mantaika ripot pasal sekeda bala artis Iban ke sama sepenemu enggau Snowdan dalam pekara nyelak rumpak tu.", "Penanyi enggau tukay studio rekoding lagu Iban Jennarino Jeraki bisi betemu enggau Sada Sarawak dulu ari tu, mega madah ulah nyelak tiru VCD album lagu Iban siti penanggul besai dalam dagang industri musik Iban. Pengawa orang ke mina berundingka diri empu deka ngambi untung jampat nya balat bendar ngerusak dagang nyual album VCD lagu Iban.", "Jennarino ke begulai enggau indai tuai iya Jenny Tan (JT) sama ngempu Golden Pearl Recording Studio (GPRS) di Kuching ditu madah sida keran bendar deka ngemunaska ulah orang ke bakanya, tang nadai tentu jalai laban ukai siku dua aja.", "“Diatu dagang kami berupai bendar surut bebanding enggau dua tiga taun ke udah. Enti suba, kami senang aja nyual siti album ngagai lima enam ribu, diatu ngagai tiga ribu siti album pan pedis,” ku iya lebuh betemu enggau Sada Sarawak dulu ari tu.", "Penemu tu mega disetuju siku agi penanyi enggau tukay studio rekoding ari Sibu, iya nya Cikgu Lembat Imban ti dikelala agi enggau nama Embat Lala, iya nya orang ti ngempu Panggau Buluh Pengerindu (PBP) Studio Productions. ", "Iya ngarapka Tuai DAMA Snowdan enggau bala komiti lengkas mutarka sekeda pekara ti nekul pemansang industri musik Dayak.", "Kerekai musik kitai Dayak diatu, ku Embat, sigi udah meraka garis menua ngagai Brunei, Semenanjung lalu anang nyebut agi ngagai Kalimantan laban bala Dayak di menua nya endang udah maju dalam industri musik sida kelimpah ari ke bisi lebih ari lapan juta raban bansa Dayak di Kalimantan Barat.", "“Nya alai nadai kebuah bala artis kitai enda ulih idup senang lantang ari untung ulih sida ari musik enggau lagu sida enti penyakit riman nyelak tiru tu ulih diputarka,” ku Embat lebuh berandau enggau penulis dulu ari tu.", "Ngambika bala pemacha nemu, DAMA udah mujur deregister dalam taun 2010 suba lalu udah ngatur empat iti AMD, iya nya dalam taun 2010, 2012 2014 enggau taun 2016 suba. Enti nitihka ba taun 2018 suba endang seiti agi AMD tang bisi penanggul mimit ngujungka iya enda nyadi. Lalu kenyau ari pun taun 2020 tu tadi tegal Kubit (Covid-19) pengawa nya lalu tejanggal, enda ulih diatur.", "Ba maya ke diatu bala mayuh agi benung nganti AMD ke diatur baru laban kitai udah manggai ba renggat endemik ti ulih endur ngatur mayuh bengkah pengerami bebala mayuh baka sebedau kubit suba. Taja pia, kitai meseti nitihka SOP kena nyaga pengerai diri enggau enggi orang bukai mega.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=43068
Keseimbangan perwakilan, meritokrasi  dalam pengambilan penjawat awam
[ "KUCHING: Sejak akhir-akhir ini terdapat gesaan untuk mewujudkan sistem kuota berdasarkan etnik bagi pengambilan penjawat awam.Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, pengambilan penjawat awam juga perlu mengambil kira meritokrasi.“Perlu adanya keseimbangan kedua-duanya – perwakilan adil bagi semua rakyat Sarawak dalam perkhidmatan awam dan pengambilan berdasarkan merit.“Apa yang ingin kita tekankan di sini ialah pengambilan penjawat awam bukan sekadar perlu memenuhi kuota tertentu tetapi perlu berdasarkan kemampuan individu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara itu selepas menghadiri Karnival Kesihatan Sarawak HEAR di Farley Kuching di sini, semalam.Sebelum ini beliau telah membangkitkan perkara ini sejak 2018 di mana Sarawak harus diwakili bukan sahaja dalam Perkhidmatan Awam Negeri (SSC) tetapi dalam semua sektor kerana rakyat Sarawak turut terlibat dalam pembinaan negara dan negara.“Bagaimanapun di Sarawak hal ini berkembang dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah melakukan banyak perubahan.“Sebab itu kita telah melantik Datuk Hii Chang Kee sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sarawak Datuk Richard Wee dilantik sebagai Ahli Lembaga Yayasan Sarawak.“…Dan semua ini sedang giat dilakukan oleh Premier Sarawak,” ujarnya.Pada Januari, Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi menyambut baik saranan Perdana Menteri untuk menambah baik skim gaji penjawat awam Sarawak, dengan mencadangkan kepada Kerajaan Sarawak untuk mewujudkan sistem kuota berdasarkan kumpulan etnik bagi pengambilan penjawat awam.Jelas Ahli Parlimen Kapit itu, selalunya hanya sebilangan kecil orang bukan Melayu yang diambil dalam perkhidmatan awam.Oleh Azreen Keria ", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=15761
Rambau Nikah Melah Pinang:Jaku Nanyaka Pejalai
[ "Tusun kelima", "AMAT ga kitai tu udah betemu mua betapak mukaBaka ke udah bekelala,Tang laban kitai tu udah basaKumbai orang, sama sereta tebalan bungah.", "Tang mih kebuah kami ke datai tuTentu lah agi girau, ngeregau ati kita serumahSeagi-agi kita apin nemu pesu enggau tuju kami ke datai tu.", "Nya alai baka nya ku jaku tu, menyadi.", "Nya alai selemai ke udai, lama ke udahSekumbang terang di penyarang arung rumah tuPasang gitang, tungkun lampu ditunu pasang mejah;Dia aku tak kesal di jungkal kelah-kelahDada tak berasa ukai mudahDalam berendam kandang gundahAti terunti serimbai tussah.", "Tak kenyau ari mit ke lelachit gamal megahSampai ke besai ke jejangai sigat manahSekali ga aku menya udah, unggalDipanjah sida kerubung karung mengenahEnggau anak puchungKumbai orang duyung jayau rajahKe nembpuah ngaba bau.", "Ke menya, unggalEnti maya agi kena batak niang Rekaya BiakNya baru jaku kitai beansak-ansakBaru betemu duduk betapak,Nya baru sida bebatakNiti awak batang jalai.", "Tang jaku kitai segajiPenemu kitai seatiSedada setapa jariParang endang mengkang ari belakang mulai ke daieBejaku tukang tau landik siru pandai mereti,Nya baru manah, punggal.Tang ukai rari anak lelakiSemina enda tau enda beuji-ujiNiti sentali jalai penyemerai.", "Tang anak mega kitai tu riput takut rawan,Laban tu nadai bejuluk bukaiTu bejuluk, kumbai orang, lingkuk miga betegamEndang ga ke bakaBejaku karung didinga nuan.Kati ku enda baka nya—Nuan jaguk manuk jelayan;Aku tuntung enseribanTang enda mega tu bengat tanBepupuh belaban besehari-sehari", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=45686
Bob Yusof lancar single Iban di Kafe Parimpan
[ "KUCHING: Sambutan Gawai Dayak tahun ini akan lebih bermakna apabila Bob Yusof atau nama sebenarnya Yusrizan Usap melancarkan single pertama Iban pada 24 Mei ini.", "Pelancaran yang dinanti-nantikan itu akan diadakan dengan acara penuh istimewa, terbuka kepada orang ramai di Kafe Parimpan di sini bermula 3.00 petang.", "Sebelum muncul dengan single Iban, Bob merupakan naib juara program realiti Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), bermakna anak jati kelahiran Limbang ini mempunyai vokal yang hebat.", "Pelancaran single Iban pertamanya menandakan peristiwa penting dalam kerjaya seninya, kerana beliau berhasrat untuk muncul dengan warisan budaya masyarakat Sarawak yang kaya dengan pelbagai kaum.", "Menurut jurucakap penganjur, pelancaran tersebut menjanjikan suasana yang meriah kerana mereka yang hadir akan dapat menyaksikan persembahan Bob menerusi single Iban baharunya.", "“Bob mengalu-alukan orang ramai terutama peminatnya untuk hadir ke pelancaran single Iban pertamanya sekali gus menjadi sebahagian dalam majlis tersebut.", "“Dengan bakat dan dedikasinya, beliau bercita-cita untuk merapatkan jurang budaya dan memberi inspirasi untuk warisan budaya masyarakat Iban,” katanya.", "Pastikan anda hadir pada 24 Mei ini dan berhiburlah bersama Bob di Kafe Parimpan, 3.00 petang sambil berkumpul meraikan sambutan Gawai Dayak.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=14928
Jangan mainkan isu agama, kaum di Sarawak
[ "KUCHING: Sentimen keagamaan dan perkauman jangan dimainkan di Sarawak, tegas Dato’ Sri Fadillah Yusof.", "Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata kepimpinan GPS meletakkan kesaksamaan keagamaan di kalangan rakyat adalah perhatian utama.", "“Sebab (ini) kita di Sarawak pertama kali dari dahulu hingga sekarang dapat hidup dalam keadaan harmoni,” katanya yang juga Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majilis Penyerahan Projek RTP Membina Laluan Susur Gajah di SK Tan Sri Datuk Hj Mohamed di Taman Malihah di sini semalam.", "Menurut Fadillah, keharmonian Sarawak terpelihara hingga kerajaan Sarawak mewujudkan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sebagai inisatif membela dan membantu agama-agama lain selain Islam di negeri ini.", "“Diketuai oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas (Timbalan Ketua Menteri) (UNIFOR) itu untuk melihat kepentingan agama-agama lain termasuk kebajikan dan kepentingan mereka dijaga,” tegasnya.", "Justeru itu, apabila ada kenyataan daripada Ahli Parlimen (Ahli Parlimen Pasir Putih – PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh) yang berpendapat mengundi GPS adalah serupa mengundi PAS, Fadillah menjelaskan, kenyataan itu hanyalah kenyataan dan pandangan peribadi Nik Muhammad Zawawi.", "“Itu adalah pandangan individu dan bukan pandangan parti sekali pun dan kita (menegaskan kepada pihak itu) jangan bawa isu ini ke Sarawak,“Sebab Sarawak kita kena kekalkan, kita hormat antara satu sama lain, kita saling menolong antara satu sama lain.", "“Kita dapat hidup dalam keadaan harmonis, jadi jangan mainkan isu perkauman isu keagamaan di negeri sarawak,” tegasnya mengakui lagi pandangan itu tidak mendatangkan keuntungan kepada mana-mana pihak.Apa yang mustahak bagi rakyat negeri ini, Fadillah meminta rakyat perlu bersatu dalam memastikan kerukunan kehidupan dan perpaduan dikekalkan menandangkan ia adalag tunjuang utama Sarawak.", "Sementara itu, Fadillah membidas pendapat mengenai ada pihak menyamakan GPS bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) adalah bersama PAS.", "“Apa beza DAP dahulu bekerjasama dengan PAS? sebab itu dulu kita katakan walaupun kita kerajaan persekutuan apa dikatakan perikatan nasional plus GPS kita bukan sebahagian daripada PN,” tegasnya lagi.“GPS adalah GPS. Perjuangan GPS jelas meletakkan keutamaan negeri sarawak, hak Sarawak akan kita perjuangkan dan termasuk hak kebebasan agama untuk menjaga keharmonian dan kestabilan.", "“Itu yang kita kekalkan, kita dah buktikan di Sarawak dengan penubuhan UNIFOR itu adalah satu wadah dan pembuktian bahawa sarawak (dipimpin oleh GPS) adalah berlainan dengan apa yang berlaku di semenanjung,” ujarnya.", "Perbezaan Sarawak dan semenanjung Malaysia akui Fadillah menyebabkan Sarawak memisahkan diri daripada Malaysia Barat itu dari segi politik.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=41271
Polis rampas senapang, peluru dan dadah, lelaki 42 tahun ditahan
[ "LAWAS: Polis merampas selaras senapang beserta peluru selain sejumlah dadah berikutan penahanan seorang lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tang Sango A Lawas, Selasa lalu.", "Ketika serbuan pada jam 5.30 pagi itu, polis menahan suspek berusia 42 tahun dan menemukan selaras senapang, 12 butir peluru  serta dadah jenis syabu seberat 5.40 gram bernilai RM540.", "Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Sila Kadong berkata hasil ujian awal saringan air kencing yang dibuat ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine/Amphetamine.", "“Hasil semakan kes lampau juga mendapati suspek mempunyai kes lampau berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata suspek kemudiannya ditangkap dibawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 8(a)Akta Senjatapi 1960.", "“Suspek  direman selama dua  hari bermula Selasa bagi membantu siasatan,”katanya.", "Oleh ADENG EDRUS", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=41070
Majikan perlu buat bayaran levi sebelum kenal pasti pekerja asing
[ "PUTRAJAYA: Majikan yang memperoleh kelulusan bersyarat daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk menggajikan pekerja asing di bawah Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing perlu membuat bayaran levi di Jabatan Imigresen sebelum mengenal pasti pekerja asing di negara sumber.", "Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu adalah antara prosedur yang ditetapkan untuk menggajikan pekerja asing menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing yang berkuat kuasa bermula Januari hingga 31 Mac ini.", "“Dengan dokumen kelulusan bersyarat itu, majikan boleh membuat bayaran levi di Jabatan Imigresen Malaysia. Majikan kemudiannya boleh mengenal pasti pekerja asing di negara sumber untuk menjalani saringan kesihatan sebagai prasyarat sebelum pelepasan ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Melalui pelan itu, majikan dibenarkan untuk menggaji pekerja asing dari 15 negara sumber berdasarkan kepada kemampuan dan keperluan sebenar majikan, dan dikecualikan daripada melalui prasyarat kelayakan penggajian serta kelayakan kuota.", "Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Jan lepas bersetuju mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing itu sebagai langkah memenuhi keperluan tenaga kerja asing, selain melaksanakan semula Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.", "Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar hari ini berkata, kerajaan akan melaksanakan program Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing bagi lima sektor dan subsektor kritikal iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (restoran sahaja).", "Saifuddin Nasution berkata selepas proses pembayaran levi itu, majikan perlu melengkapkan permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR), permohonan Single Entry Visa di luar negara, proses imigresen di pintu masuk antarabangsa, saringan kesihatan pekerja asing dalam negara dan pengeluaran pas lawatan kerja sementara (PLKS).", "“Selepas pengeluaran PLKS, majikan akan diberi tempoh maksimum enam bulan untuk mematuhi prasyarat yang dikecualikan di peringkat awal seperti pematuhan kepada undang-undang perburuhan dan kriteria kelayakan kuota di bawah KSM serta syarat minimum penggajian di bawah Agensi Kawal Selia,” katanya.", "Bagi memastikan pematuhan terhadap prasyarat berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, Saifuddin Nasution berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama KSM akan memperkasakan penguatkuasaan naziran dan inspektorat dalam urusan pengurusan pekerja asing.", "“Sekiranya didapati majikan melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa, majikan boleh dikenakan tindakan selaras dengan akta-akta yang berkenaan.", "“Elemen penguatkuasaan naziran dan inspektorat secara bersepadu ini adalah bagi mengimbangi elemen keselamatan dalam kepentingan kita untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.", "Mengenai program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang dilaksanakan semula selama setahun, Saifuddin Nasution berkata permohonan program itu boleh dibuat melalui laman web Jabatan Imigresen Malaysia di pautan www.imi.gov.my.", "Beliau berkata lawatan ke tiga negara sumber utama iaitu Indonesia, Bangladesh dan Nepal akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perihal keselamatan pekerja asing serta berunding berkenaan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=9719
Pembentukan modal tetap kasar susut 2.1 peratus
[ "KUALA LUMPUR: Pembentukan Modal Tetap Kasar (PMTK) Malaysia, komponen kedua terbesar dalam Keluaran Dalam  Negara Kasar (KDNK) dengan sumbangan sebanyak 23.1 peratus daripada keseluruhan ekonomi, susut pada 2.1 peratus daripada 1.4 peratus pada tahun sebelumnya.", "Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzie Mahidin berkata, ini berikutan prestasi perlahan sektor pembuatan, perlombongan dan pengkuarian serta pembinaan.", "Sektor perkhidmatan dan pertanian bagaimanapun mencatatkan pertumbuhan positif.", "“PMTK Malaysia pada harga semasa merekodkan RM346.8 bilion manakala PMTK pada harga malar berjumlah RM328.4 bilion,” katanya dalam satu kenyataan semalam.", "Beliau berkata pertumbuhan sektor perkhidmatan adalah perlahan iaitu 1.5 peratus (2018: 5.5 peratus) disebabkan oleh kemerosotan dalam kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan.", "“Sebaliknya, pengangkutan dan penyimpanan serta maklumat dan komunikasi susut 0.4 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya.", "Mohd Uzir berkata PMTK bagi sektor pembuatan menguncup sebanyak kepada 10.1 peratus daripada 2.6 peratus disebabkan oleh penurunan sebanyak 16.9 peratus bagi produk petroleum, kimia, getah dan plastik.", "Menurutnya, produk elektrik, elektronik dan optikal dan peralatan pengangkutan turut memperlahankan prestasi keseluruhan sektor pembuatan yang menyusut 6.8 peratus.", "“Produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka dan produk tekstil dan kayu turut masing-masing menyusut 7.4 peratus dan 7.6 peratus,” katanya.", "Beliau berkata PMTK bagi sektor perlombongan dan pengkuarian bertambah baik kepada negatif 9.1 peratus daripada pertumbuhan negatif 11.0 peratus pada tahun sebelumnya manakala sektor pembinaan menyusut 1.4 peratus berbanding 4.3 peratus pada 2018.", "Sebaliknya beliau berkata sektor pertanian mencatat pertumbuhan 0.2 peratus berbanding -1.8 peratus sebelumnya, berikutan pertumbuhan positif dalam ternakan dan perikanan sebanyak 5.3 peratus.", "Mohd Uzir berkata struktur kekal sebagai penyumbang terbesar kepada PMTK mengikut jenis-jenis aset dengan sumbangan 58.5 peratus dan merosot 0.6 peratus.", "Perolehan aset tetap bagi peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan lain-lain jentera dan peralatan serta aset lain masing-masing menyusut sebanyak 4.0 peratus dan 5.4 peratus.", "“Sektor swasta yang menyumbang 72.8 peratus merupakan pendorong utama pelaburan Malaysia dengan pertumbuhan 1.6 peratus.", "“Namun begitu, sektor awam merekodkan sumbangan lebih kecil pada 27.2 peratus pada 2019.", "Mohd Uzir berkata, aktiviti perkhidmatan dan pembuatan menjadi pemacu utama PMTK bagi sektor swasta. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13622
Video tular: Penunggang tiada lesen
[ "SIBU: Seorang penunggang motosikal yang videonya tular kerana ditendang oleh anggota polis cawangan trafik Sibu didapati melakukan beberapa kesalahan trafik termasuk tiada memiliki lesen memandu.", "Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, selain dari menunggang motosikal tanpa lesen, cukai jalan motosikal juga tamat tempoh.", "“Penunggang motosikal itu juga akan dikenakan tindakan saman kerana menunggang melawan arus trafik dan melakukan pengubahsuaian ekzos.", "“Bagaimanapun, penunggang motosikal terbabit mengakui kesalahannya dan tidak mahu membuat laporan polis mengenai kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.", "Dalam pada itu, Stanley memberitahu, pihaknya akan membuat siasatan dalaman terhadap anggota polis trafik yang terlibat dalam insiden terbabit.", "Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan mempunyai lesen memandu yang sah.", "“Tindakan membuat pusingan ‘U’ boleh menimbulkan pelbagai andaian seperti seseorang penjenayah yang baharu melakukan jenayah dan melarikan diri daripada ditangkap.", "“Anggota trafik tersebut bertugas bersama dua yang lain telah bertindak secara spontan,” ujarnya.", "Sementara itu, satu video telah tular di media sosial semalam yang mana kelihatan seorang anggota polis trafik menendang sebuah motosikal yang membuat pusingan ‘U’ untuk melarikan diri dari dibuat pemeriksaan.", "“Siasatan mendapati kejadian berlaku di Jalan Temple, Sibu sekitar 12.15 tengah hari semalam (24 Ogos),” jelasnya.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=22770
1,700 KIR terima bantuan Kasih Ramadan
[ "KUCHING: Seramai 1,700 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada 3,381 keluarga telah menerima bantuan daripada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) melalui Program Kasih Ramadan.", "Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Mohd Nailie berkata, ia bertujuan untuk meringankan beban penerima semasa bulan Ramadan ini.", "“Program Kasih Ramadan ini adalah satu usaha Tabung Baitulmal Sarawak menghantar bantuan kepada mereka yang dalam senarai kita iaitu daripada keluarga yang boleh dikatakan daif yang di dalam bantuan saraan hidup kita setiap bulan.", "“TBS menghantar bantuan ini pada awal bulan Ramadan untuk memudahkan mereka supaya dapat turut serta melaksanakan ibadah puasa dan pada masa yang sama mengambil input baru daripada penerima.", "“Bukan itu sahaja, melalui penghantaran bantuan ini, kita juga dapat mencari penyelesaian yang lebih baik lagi dalam membantu mereka,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada Program Kasih Ramadan Tabung Baitulmal Sarawak, di Ummah Distribution Centre ( UDC ), Medan Hamidah, semalam.", "Mengulas lanjut, beliau berkata program tersebut akan dilaksanakan di seluruh Sarawak melalui cawangan-cawangan TBS di setiap bahagian.", "“Untuk hari ini (semalam), kumpulan kami di Kuching akan bergerak ke beberapa buah tempat untuk menyampaikan bantuan kepada beberapa buah rumah yang ada di dalam senarai.", "“Kita akan mulakan program ini di Kuching dahulu dan seterusnya ke beberapa cawangan TBS di setiap bahagian dan ianya dijalankan secara serentak,” ujarnya.", "Oleh JEAKQLEYN YACHO", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=33510
Kebakaran hutan: Perancis berjaga-jaga
[ "API MARAK… Anggota bomba melakukan operasi memadamkan kebakaran hutan di Louchats, barat daya Perancis. • Foto AFP", "PARIS: Perancis berada dalam keadaan berjaga-jaga semalam ketika kemuncak gelombang haba melanda negara itu, manakala kebakaran hutan yang marak di bahagian barat daya Eropah tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.", "Peramal meletakkan 15 jabatan Perancis dalam keadaan berjaga-jaga tertinggi untuk suhu melampau kerana negara jiran Britain bersedia untuk mencatat rekod haba baharu minggu ini.", "Gelombang haba adalah yang kedua melanda bahagian barat daya Eropah dalam beberapa minggu dan api yang membakar di Perancis, Greece, Portugal dan Sepanyol memusnahkan ribuan hektar tanah dan memaksa ribuan penduduk dan pelancong melarikan diri.", "Para saintis menyalahkan perubahan iklim dan meramalkan episod cuaca ekstrem yang lebih kerap dan sengit seperti gelombang panas dan kemarau.", "Menurut peramal, Olivier Proust, suhu di hutan Landes Perancis yang terletak di wilayah barat daya Aquitaine dijangka melebihi 42 darjah celsius pada Isnin (semalam).", "“Sementara itu, gelombang haba boleh mencatatkan suhu setinggi 40 darjah celsius di Brittany sekali gus menjadi rekod untuk wilayah itu,” kata pakar.", "Di wilayah Gironde barat daya, anggota bomba pada hujung minggu lalu terus berjuang untuk mengawal kebakaran hutan yang ‘memakan’ hampir 11,000 hektar (27,000 ekar) sejak Selasa minggu lalu.", "Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Sepanyol melaporkan sekitar 20 kebakaran hutan masih marak di luar kawalan di bahagian berlainan negara dari selatan ke Galicia yang mana kebakaran itu memusnahkan sekitar 4,500 hektar tanah.", "Kebakaran itu turut mengorbankan beberapa orang awam dan anggota kecemasan sejak minggu lalu dan terbaharu melibatkanseorang anggota bomba yang meninggal dunia pada Ahad lalu ketika memadamkan kebakaran di barat laut Sepanyol.", "Ribuan penduduk dipindahkan", "Kebakaran hutan di Perancis memaksa lebih 16,000 penduduk dan pelancong dipindahkan. Tujuh pusat perlindungan kecemasan disediakan untuk mangsa yang dipindahkan.", "Kementerian Dalam Negeri Perancis mengumumkan akan menghantar tambahan tiga pesawat pemadam kebakaran, 200 anggota bomba dan lebih banyak trak.", "“Di beberapa kawasan barat daya, ia akan menjadi malapetaka haba,” kata Ahli Meteorologi, Francois Gourand.", "Gereja kecil, sebuah hospital bersejarah di tenggara bandar Lyon, Grand Hotel Dieu, menawarkan perlindungan kepada pelancong pada Ahad lalu termasuk Jean-Marc, 51, yang berkunjung dari Alsace.", "“Kami kembali untuk mengagumi tempat itu, tetapi kami tidak boleh pergi, di luar terlalu panas,” ujarnya.", "Pelumba basikal Perancis, Mikael Cherel, mengambil bahagian dalam peringkat ke-15 Tour de France antara Rodez dan Carcassonne di selatan Perancis pada Ahad lalu menggambarkan keadaan yang sangat sukar.", "Bahaya di UK", "Di Sepanyol, anggota bomba berjaya menstabilkan kebakaran hutan yang memusnahkan 2,000 hektar hutan dan semak di wilayah selatan Andalusia, kata Pemimpin Wilayah, Juan Manuel Moreno.", "Kebakaran bermula pada Jumaat lalu di banjaran gunung Mijas di pedalaman dari bandar pantai selatan Malaga dan ia mendorong pemindahan kira-kira 3,000 orang.", "Kira-kira 2,000 orang pulang ke rumah dan kini api berjaya dikawal, Moreno berkata, baki mangsa yang dipindahkan mungkin melakukan perkara yang sama.", "Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez dijangka melawat wilayah timur Extremadura yang dilanda kebakaran teruk pada Isnin lalu yang mana beberapa kebakaran marak selama beberapa hari.", "Di Portugal, hampir seluruh negara kekal dalam keadaan berjaga-jaga terhadap kebakaran hutan walaupun suhu turun sedikit, selepas mencecah 47 darjah celsius, rekod tertinggi pada Julai ini.", "Hanya satu kebakaran besar yang marak pada Ahad lalu di bahagian utara yang telah membunuh dua orang, mencederakan 60 orang dan memusnahkan antara 12,000 dan 15,000 hektar tanah di Portugal.", "Di United Kingdom, pejabat cuaca mengeluarkan ‘amaran merah’ buat pertama kalinya untuk kepanasan melampau, memberi amaran terdapat risiko berbahaya kepada kehidupan.", "Pejabat Met berkata, suhu di selatan England boleh melebihi 40 darjah celsius pada Isnin atau Selasa buat kali pertama, menyebabkan beberapa sekolah akan ditutup pada minggu ini", "Suhu dijangka mencapai 38 darjah celsius di beberapa bahagian di Belanda pada hari ini (Selasa). -AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=14946
Promosi warisan budaya Teochew purba
[ "KUCHING: Upacara menjelang usia iaitu ‘Angkat Bujang dan Angkat Dara’ 2020 yang dianjurkan oleh Persatuan Teochew Kuching mempromosikan warisan budaya Teochew yang berusia ribuan tahun dalam masyarakat pelbagai etnik di Sarawak.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How berkata, masyarakat Cina adalah kelompok asal yang pelbagai dan setiap orang Cina mempunyai warisan budaya.", "“Salah satu ciri warisan budaya adalah bahawa ia kaya dengan nilai pendidikan positif yang bernilai dari segi warisan dan pengembangan dari generasi ke generasi dalam masyarakat Cina.", "“Oleh itu, kita harus mendorong kumpulan berbangsa Cina yang berbeza untuk berkomunikasi secara aktif antara satu sama lain, saling menghargai, dan belajar bersama mengenai budaya asli dari pelbagai bangsa, dan mengintegrasikan budaya pelbagai bangsa Cina ke dalam pendidikan sosial, sehingga anak-anak Cina berpeluang untuk belajar lebih banyak.", "“Ini merupakan intipati budaya yang pelbagai dan akan membantu masyarakat Cina untuk memupuk generasi baru yang mempunyai kemampuan dan integriti politik,” katanya ketika berucap di acara Angkat Bujang dan Angkat Dara di kuil Carpenter Street, di sini, semalam.", "Beliau memberitahu, inovasi dan pengembangan memberikan contoh yang baik, dan fakta membuktikan bahawa upacara dewasa ‘Angkat Bujang dan Angkat Dara’ semakin berjaya, menunjukkan bahawa pendidikan dan promosi budaya tradisional Cina masih mempunyai daya hidup dalam masyarakat era baharu.", "“Majoriti kumpulan Cina mengenali dan menegaskan upacara dewasa ‘Angkat Bujang dan Angkat Dara’.", "“Ini bermaksud bahawa budaya tradisional Cina lain yang semakin hilang juga mempunyai potensi pendidikan untuk transformasi dan pertumbuhan semula,” ujarnya.", "Sementara itu, See berkata, antara 29 peserta itu bukan hanya kanak-kanak yang berasal dari Teochew, tetapi juga kanak-kanak yang berasal dari bukan Teochew.", "“Ini menunjukkan bahawa para peserta upacara dewasa ‘Angkat Bujang dan Angkat Dara’ Teochew tidak lagi terhad,” katanya.", "Beliau memberitahu, penduduk asli Teochew kini menarik semakin banyak kumpulan Cina yang bukan berasal dari penduduk asli Teochew untuk mengalami kemakmuran dan persekitaran bersama tanpa mengira tempat asalnya.", "Ia sekali gus memberikan pengalaman dan pendidikan berharga yang akan dibawa oleh upacara dewasa ‘Angkat Bujang dan Angkat Dara’ kepada masyarakat tentang nilainya.", "Oleh Cheryl Law", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=11853
34 tembu belajar Seni Kuntau Pukulan 7
[ "MIRI: Bisi 34 iku penyereta udah belajar Seni Kuntau Pukulan 7 ke diatur ba Kampung Tulang, Lutong ditu.", "Pengudah belajar pengelama dua minggu sereta tembu kena Hari Lima ke udah, latih kuntau nya diatur Persatuan Seni Kuntau Pukulan 7 Miri.", "Kuntau ukai semina siti ari chara dikena ngetanka diri tang mega ulih dikena nitihka chara pengidup bepengerai sereta ngasuh seiku orang bisi displin.", "Semua penyereta udah nerima setipikit nyereta ke disuaka Menteri Pengangkut Datuk Lee Kim Shin maya pengerami nutup latih nya.", "Lebuh bejaku maya pengerami nya Lee nangkan bala penyereta ngambika seruran nyaga pengerai enggau pengelikun diri empu lebih agi maya timpuh Atur Nyaga Pejalai Nyuman (PKPP).", "“Titihka prosedur operasyen standard (SOP) baka ke udah ditetapka baka nentuka takah tauka penyauh fizikal, kena penutut mulut enggau idung sereta seruran masu jari,” ku iya.", "Sama bisi enggau maya pengerami nya Chairman Persatuan Seni Kuntau Pukulan 7 Miri, Mathew Kunsoi.", "Oleh Liong Chai Ling", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=8847
Jerita: Ditebak Sengkilu Diri-Empu
[ "TUSUN KETIGA", "“NUAN tu jelu pachal. Sedak jelu idup nadai guna! Besai gamal ngapa, tang nadai untak kena berunding! Nya kebuah nuan enda nemu bebasaka pengidup orang bukai,” ku Menaul. “Peda ulih mata nuan dih, telu enggau sarang aku nya abis ditabanka kayu peris tu rebah. Aku-empu seninjik enda mati diperembam kayu peris nya tumbang dichabut nuan. Nya aku ngumbai nuan nadai untak! Enti nuan bisi untak kena berunding, tentu nuan enda bechabutka rumah aku baka tu.” Abis tepambur liur Menaul bai iya bejaku, runtu ati pedis. Enti selama leka mata iya dipeda perenching kuning, tang jam nya nyau mali mirah baka buah kundung bubur mansau, empa pemedis ati iya.", "            Jam nya mega, Ular Belalang ke dalam idung Gajah abis pedis nambahka pemedis mata iya, puas tepangka bai Gajah nya ke nyipat-nyipatka belalai iya sebarang alai. Keleju-leju baru Ular Belalang tepansutka diri ari lubang idung Gajah. Nya baru Gajah ulih beseput lantang. Nya baru iya lalu bejaku nyaut Menaul.", "            “Lapa nuan tak beguai bejaku nganu munyi nya!” ku perak Gajah. “Kati mata nuan udah besut enda meda perut buntas Ular Belalang ke baru pansut ari lubang idung aku nya! Nuan lap, tak nganu orang sebarang-barang! Bai kitu ka pala nuan nya, aku ngekah, meda aka penyai untakkk!!” ku Gajah nganu menaul. Lalu semburka iya liur ari belalai iya ngagai mua Menaul. Lutu tubuh Menaul. Menaul enda berani agi nimbal Gajah, semuti mata iya tak betik-betik ngapa.", "            Menaul nyau beratika Ular Belalang ke mansutka diri ari idung Gajah. Ular Belalang nya nejuika diri ba atas rau, natka pemedis tubuh enggau mata-mata. Menaul nyau enda tetatka ati diri-empu agi ke deka nganu ular nya.", "            “Pemadu ga nuan tu! Pemeli tak enda dibagi enggau orang bukai! Nama utai pajuh nuan tak tama ke dalam lubang idung orang! Tu baka nyah, ukai semuti nuan aja ke tusah! Aku ke enda nemu ulu ili tu, nadai besangkut-paut enggau hal kita, ke kena tusah. Ke tu aku enggai rugi pechuma! Enggai aku enda ngiga adat!” pia ku Menaul nganu Ular Belalang.", "            “Tak ni ku diri mih! Tang penemu ke ngemeli enggi nuan nuan nya enda aruh dipansutka Menaul palui! Nadai jalai nuan ulih ngutuk, ulih ngeransi aku munyi nya. Kebuah aku ke baka tu ulah beduduk ari penyai ulah Kuche. Ukai aku bisi pengawa-ngawa mina tak bejalai-jalai mansa sarang Kuche, tang tak datai iya lalu ngachuk mata aku kedua-dua piak enggau duri nibung. Nya kebuah aku enda tepedaka uing pejalai diri agi. Ari nya aku tak tetamaka lubang idung Gajah ke dipelabaka lubang aku-empu. Anang-anang mata aku tu jung buta ila. Enti mata aku tu jung enda meda, aku enggai enda nuntut pati nyawa ari Kuche,” ku iya nyaut Menaul. Mayuh mega jelu, burung enggai utai idup ke bukai bela bisi begau kia ke.", "Ninga munyi nya, Menaul pan lalu ngasuh Kejira madahka Kuche. Sebentar lepas nya, Kuche pan datai. Udah datai Kuche, Menaul lalu madahka penusah diri ke bepun ari penyalah pengawa Kuche.", "            “Nyebut enggi diri-empu aja,” ku Menaul, “datai ke serangan abis rusak, datai ke telu abis pechah, datai ke rumah aku abis rebah ketegal penyalah ulah nuan ke nanchum mata Belalang enggau duri nibung. Nama pendiau baka enggi nuan nya bah, ti enda pendiau orang gila!”", "Ninga Menaul tak ada medil munyi nya, Kuche lalu ngansak semak-sesemak, lalu bejaku.", "            “Dinga manah ka jaku aku ulih kita mayuh. Baka mata Belalang ke tepantang ngagai duri nibung nya endang bepun ari iya ke deka mantuk aku dalam sarang. Enda nemu chara bukai aku ngelindung diri ari pantuk iya, jadi beterabaika pelepah nibung ke bejerembun duri lah aku. Lebuh iya ngua mantuk, nyilat lah aku ngena pelepah nibung. Nyangka tak lebuh nya mata iya tepantang ngagai duri nibung ti ba pelepah ti dikena aku nerabai diri.", "            Burung Empitu lalu nyelepak bejaku, mansutka pemedis ati diri ngagai Ular Belalang. Ku iya, “Ukai semuti enggi nuan, wai Kuche, enggi aku pen silik mih telu diempa perut charik Belalang nya. Uji telu diri-empu rujak nih! Nya tak telu enggi orang ke disiding nuan!”", "            “Engku pan baka enggi seduai nya mih wai Kuche, wai Empitu,” selit Burung Toktarau, “anangka mayuh, sigi pen nadai mih agi tinggal. Silik lalu dipajuh lintan dibebal Belalang bansat nya! Nadai guna idup nih, enti enda tegigaka pemakai ke diri-empu! Nya nyah! Enda pansut penulah nuan ketegal idup menchuri!”", "            Belalang nadai nyaut seleka mukut, enda nibas seleka beras. Tembu tak nejui lepui-lepui. Enda engkebut, enda inggut.", "            Kuche lalu betunjan baru bejaku. Ku iya, “Nyadi nuan baka nya ga, Menaul, enda patut nuan ngenyampat nya lupa, laban tak baru ensanus aku bedawaka penusah diri ke dichuri Belalang telu ngagai nuan. Hal ke didawa aku nya, ku nuan, pekara mit. Tang, ku aku, madah ngagai nuan hal ke mit enti enda diadu sereta diperuruska tumu, tau nyadi besai. Tu mih gaya iya lebuh nyau nyadi besai. Nuan burung besai, ukai mina besai tubuh tang mega besai kuasa, lalu dikandalka kami tau ngaduka laya entara kami burung ke bekeremit tu.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13390
PN alukan penyertaan parti lain
[ "TANJUNG MALIM: Perikatan Nasional (PN) mengalu-alukan penyertaan parti lain untuk menjadi sebahagian daripada gabungan itu demi memastikan kerajaan pada masa kini lebih stabil.", "Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang secara rasmi mengumumkan menyertai parti Bersatu semalam, berkata kestabilan kerajaan amat penting untuk memastikan keutuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.", "Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata setakat ini terdapat lima parti yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sebagai gabungan PN termasuk Bersatu dan PAS, namun tidak menyatakan tiga lagi parti lain.", "“Ada lima parti semuanya dan ada parti komponen dalam Barisan Nasional (BN)…gabungan BN bukannya BN secara keseluruhan,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di pekan Slim River di sini, semalam. ", "Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah. ", "Pada 19 Ogos lepas, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan parti itu akan menyertai PN bersama Bersatu.", "Sementara itu, Mohamed Azmin berkata kerajaan PN berjaya menyelesaikan banyak krisis sama ada berkaitan ekonomi, politik serta kesihatan dan mahu rakyat menerima hakikat bahawa pentadbiran Muhyiddin adalah yang terbaik di dunia kerana berjaya menguruskan pelbagai isu.", "Terdahulu, ketika berucap pada majlis Sembang Santai Sahabat Berjaya Amanah Ikhtiar Malaysia di sini, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak meminta pengundi di DUN Slim supaya tidak membuang masa dengan mengundi calon Bebas pada hari pengundian, 29 Ogos ini.", "PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Mohd Zaidi Aziz dan dua calon Bebas iaitu bekas guru, S. Santharasekaran dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, mewakili Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang dalam proses pendaftaran.– Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13638
PCM minta SPRM siasat 101 projek diluluskan PH
[ "PUTRAJAYA: Parti Cinta Malaysia (PCM) semalam membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berkenaan pendedahan 101 projek perolehan bernilai RM6.61 bilion yang ditawarkan secara rundingan terus oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).", "Naib Presiden PCM R. Muralitharan berkata, SPRM perlu menjalankan siasatan salah laku dan salah guna kuasa oleh bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana rundingan terus itu diluluskan oleh Kementerian Kewangan.", "SPRM juga digesa menyiasat prosedur kelulusan dan kelayakan syarikat terbabit dalam melaksanakan projek berkenaan, katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM, di sini semalam.", "Isnin lepas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan di Dewan Rakyat mengenai 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus yang diluluskan oleh PH sepanjang 22 bulan mentadbir negara.", "Jurucakap SPRM ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.- Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=19685
PKPB dilanjutkan di Kuching
[ "KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Daerah Kuching yang dijadualkan tamat semalam, dilanjutkan selama lima hari lagi sehingga 27 November ini.", "Pemangku Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Tan Sri Jemut Masing berkata, perkara berkenaan diputuskan selepas meneliti beberapa isu yang telah di bincangkan.", "“Ini kerana, Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Daerah Kuching dalam tempoh 14 hari yang lepas masih terdapat 58 kes positif tempatan di Daerah Kuching.", "“Taburan kes-kes jangkitan ini tidak tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja. Oleh demikian setelah penilaian risiko, maka tempoh PKPB di Daerah Kuching dilanjutkan sehingga 27 November ini (Jumaat).", "“Sekiranya dalam tempoh lanjutan PKPB ini, JPBNS mendapati bahawa tiada lagi keperluan untuk penguatkuasaan, ia boleh dipendekkan pada bila-bila masa,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini, semalam.", "Menurutnya lagi, tatacara kemasukan dan tempoh kuarantin selama 14 hari masuk ke Sarawak dilanjutkan sehingga diberitahu kemudian.", "“Pergerakan keluar dan masuk merentasi Daerah Kuching tidak dibenarkan kecuali untuk tugas rasmi dan tujuan bekerja.", "“Surat dan pas kerja daripada Ketua Jabatan ataupun majikan adalah memadai manakala bagi kes kecemasan adalah dibenarkan tetapi perlu memohon permit dari Polis Diraja Malaysia,” jelasnya.", "Sementara itu, JPBNS turut memaklumkan bahawa, pembukaan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) di Zon Merah dan Zon Kuning dibenarkan beroperasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak (KKWKPK).", "“Pihak Pengusaha TASKA dan TADIKA hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pematuhan SOP yang ditetapkan.", "“Bagi tujuan rekod dan pemantauan, pihak TASKA dan TADIKA wajib memaklumkan kepada KKWKPK sebelum memulakan operasi,” ujarnya.Manakala bilangan penumpang dalam kenderaan persendirian bilangan penumpang dalam kenderaan persendirian adalah mengikut kapasiti kenderaan dan tidak lagi terhad kepada tiga orang sahaja.", "Oleh Jeakqleyn Yacho", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13961
Sukar lupakan detik rakan dibunuh Komunis
[ "BATU PAHAT: Peristiwa menyaksikan  rakan seangkatan dibunuh di depan mata serta kekejaman lain seperti membakar rumah dan menyeksa penduduk kampung oleh pengganas komunis antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan seorang veteran tentera, Nordin Hussin, 88.", "Kejadian sekitar 1954 hingga 1958 tersebut  meninggalkan kesan mendalam kepadanya yang ketika itu  bertugas sebagai penjaga stor Unit Artileri  di Kem Yishun, Singapura.", "“Banyak kekejaman pengganas komunis ini berlaku di depan mata saya, selain melihat rakan-rakan dibunuh, mereka membakar rumah penduduk, membakar bas dan tidak terkecuali  menyeksa penduduk kampung.” katanya kepada pemberita semalam.", "Beliau ditemui pada  program Ziarah Veteran ATM bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-63 kelolaan  Hospital Pakar KPJ Johor dan Pasaraya Econsave, di Senggarang  di sini.", "Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Johor  Mohd Azhar Abdullah berkata, program berkenaan merupakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat bagi  menghargai jasa pejuang negara.", "Menerusi program itu pihaknya menyampaikan sumbangan  barangan keperluan harian dan beberapa alat bantuan sokongan kesihatan iaitu kerusi roda, tongkat serta pakej kesihatan bernilai  RM600 kepada tiga  veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  di Kluang dan Batu Pahat termasuk Nordin.", "Dua lagi veteran tentera yang menerima bantuan itu ialah  bekas Pegawai Waran 1  Ahmad Adnan, 77, yang berkhidmat dengan  Batalion 10 Rejimen Renjer Diraja dan Koperal Ahmad Sapuan Yakub, 77, yang bertugas di Kor Kejuruteraan ATM. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=31259
Tetapkan harga siling tiket penerbangan
[ "JAWAB MEDIA… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Ahmad Luqman Mohd Azmi dan Roslan Ismail ketika ditemui media selepas menyambut ketibaan penerbangan sulung Firefly dari Pulau Pinang ke Kuching, semalam.", "KUCHING: Kerajaan perlu menetapkan siling ke atas harga tiket penerbangan antara Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah untuk menangani isu harga tiket penerbangan mahal apabila tibanya musim perayaan.", "Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, buat masa ini, tiada harga siling ditetapkan.", "Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa melihat isu kenaikan harga tiket penerbangan secara mendalam dan telah berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk mencari penyelesaian.", "“Mesti ada harga siling, kerana ia tidak boleh kalau dari Kuala Lumpur ke Kuching sehingga RM2,000 hingga RM3,000 itu memang tidak munasabah, ia perlu dilihat dari pelbagai sudut agar ia memberi situasi menang-menang kepada masyarakat dan syarikat penerbangan.", "“Perbincangan kita berterusan tetapi kita kena praktikal juga, jika harga tiket murah dan sesetengah penerbangan hanya mempunyai 20 atau 30 penumpang maka operator akan rugi.", "“Tetapi daripada apa yang saya lihat, ia (harga) belum lagi ke harga itu malah harga tiket masih dalam kadar ratusan ringgit,” katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan penerbangan sulung Firefly dari Pulau Pinang ke Kuching, semalam.", "Mengenai kenaikan harga tiket penerbangan, Karim berkata orang ramai perlu bijak membeli tiket penerbangan untuk mengelak daripada membayar tiket penerbangan yang mahal dengan membeli tiket dengan lebih awal.", "“Jangan beli tiket penerbangan pada saat akhir yang mana semua orang nak balik pada masa yang sama, mestilah harganya lebih tinggi.", "“Misalnya di Semenanjung tidak ada Gawai, mungkin sebelum Gawai penerbangan akan ditambah dari Johor ke Kuching,” katanya.", "Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata, orang ramai perlu menempah tiket lebih awal sebelum tibanya musim perayaan.", "“Kalau tempah awal, kita boleh tambah penerbangan tapi kalau tempah dua atau tiga hari sebelum perayaan, memang tidak sempat dan baki kerusi yang ada akan melonjak harga sehingga RM2,000 atau RM3,000 kerana semua orang berebut kerusi.", "“Selain itu, isu harga tiket sering timbul setiap tahun dan hanya melibatkan baki satu atau dua kerusi dalam sesebuah penerbangan. Bila tidak ada kerusi lagi, harga itu terus pergi harga siling,” katanya.", "", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=29446
Guru dan Politik
[ "KEPUTUSAN membenarkan semua guru sekolah dibenarkan berpolitik diumumkan oleh Perdana Menteri tersebut telah dibincangkan dalam kabinet dan dipersetujui atas prinsip menghormati demokrasi kerana sebelum ini golongan guru dilarang untuk aktif berpolitik. • Gambar Hiasan.", "SEMUA guru sekolah di seluruh negara dan petugas KEMAS telah dibenarkan untuk berpolitik berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ini merupakan keputusan bersejarah kerana sebelum ini guru tidak dibenarkan  terlibat dalam politik secara aktif.", "Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 9 tahun 2010, dihadkan kepada guru gred DG41 hingga DG48 dibenarkan aktif berpolitik. Namun begitu, penyertaan tersebut perlu mendapatkan kebenaran rasmi daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan dan ini melibatkan pula beberapa syarat ditetapkan sesuai dengan kedudukan sebagai penjawat awam.", "Keputusan membenarkan semua guru sekolah dibenarkan berpolitik diumumkan oleh Perdana Menteri tersebut telah dibincangkan dalam kabinet dan dipersetujui atas prinsip menghormati demokrasi kerana sebelum ini golongan guru dilarang untuk aktif berpolitik.  Sebenarnya dalam sejarah politik negara, guru dan politik tidak dapat dipisahkan kerana rata-rata pejuang nasionalisme merupakan guru-guru di sekolah selain golongan wartawan dan penulis. Namun selepas kemerdekaan sedikit demi sedikit kebebasan golongan tersebut dalam berpolitik dihadkan  dengan alasan bagi memastikan sistem pendidikan bebas daripada pengaruh politik.", "Pada masa yang sama, peranan guru dalam mendidik anak bangsa  sangat penting dan dibimbangi profesion guru dicampuri dengan sentimen politik kepartian dan ini boleh menjejaskan  keharmonian di sekolah, jabatan pendidikan daerah, negeri dan negara. Tambahan pula tugas hakiki guru sangat besar dalam kehidupan harian pelajar, guru dan sekolah.", "Sudah pasti terdapat perbezaan di antara guru yang mempunyai hubungan politik yang kuat dengan parti yang memerintah negara dengan guru yang tidak terlibat dalam politik, atau pun guru terlibat dengan politik pembangkang. Hal inilah dibimbangi mempengaruhi mutu, amalan dan keadilan sistem pendidikan negara.  Dalam konteks pemisahan, jelas dalam sistem pendidikan dan politik bagi memastikan tidak ada unsur-unsur yang menjejaskan mutu sistem pendidikan negara maka sudah lama masyarakat di negara ini diyakinkan bahawa guru perlu lebih fokus di sekolah dalam menjalankan tugas mereka sebagai pendidik dalam mendidik anak bangsa adalah satu keutamaan negara. ", "Rasional", "Terdapat beberapa rasional keputusan kerajaan pimpinan Ismail Sabri  dari kerajaan Perikatan Nasional membenarkan penyertaan golongan dalam politik. Sudah tentu langkah ini dikaitkan dengan situasi politik kepartian yang membentuk blok Perikatan Nasional yang diketahui tidak mempunyai majoriti yang besar dalam menjamin kestabilan politik dan mengekalkan kedudukan dalam konteks landskap politik masa depan mereka. Parti politik ini terdiri daripada parti politik yang sudah lama dalam sejarah negara yang terkenal dengan penyertaan golongan guru dalam politik puluhan tahun dahulu, khususnya parti UMNO dan parti PAS.", "Peranan guru dan parti parti UMNO sangat sinonim suatu masa dahulu dan golongan guru memainkan peranan dalam menstabilkan politik, mengukuhkan kedudukan parti di peringkat akar umbi dan menjadi tulang belakang kepada kekuatan parti. Namun selepas era Dasar Ekonomi Baharu, sedikit demi sedikit peranan guru semakin kurang akibat kemasukan atau penyertaan golongan peniaga dalam politik yang mulai mengambil alih kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian. Apabila golongan peniaga mulai terlibat dalam politik kepartian lama-kelamaan budaya politik wang mulai muncul dan menghakis budaya politik lama.", "Dengan kata lain, langkah ini dipercayai dapat mengimbangkan kembali pengaruh golongan guru dalam memastikan tadbir urus parti mempunyai ciri-ciri luhur, beretika dan kembali kepada asas perjuangan lama. Golongan guru juga dapat menyatukan  para guru, persatuan ibu-bapa untuk memastikan roh perjuangan parti tidak terlalu ditentukan faktor politik wang dan kekuasaan golongan peniaga dalam menentukan hala tuju kepimpinan dan masa depan politik.", "Langkah ini juga dapat mampu menggerakkan kekuatan politik konservatif UMNO dan PAS manakala parti seperti Bersatu yang merupakan serpihan parti UMNO juga dapat menampung kekuatan dengan adanya penyertaan golongan guru yang lebih ramai. Berdasarkan statistik guru pada tahun 2020 terdapat 236,993 guru di sekolah rendah dan 179,750 guru di sekolah menengah. Hal ini bermakna terdapat  416, 743 guru di seluruh negara dan ini dijangka akan dimanfaatkan oleh parti-parti berteraskan etnik utama negara kerana populasi majoriti yang mereka ada. Dijangka dalam tempoh terdekat angka ini mencecah setengah juta dan angka ini merupakan jumlah yang besar yang mampu memperkuatkan parti-parti utama negara dan mampu mengukuhkan kedudukan  mereka dalam landskap politik negara.", "Pengimbang Undi 18", "Tindakan kerajaan membenarkan penyertaan guru terlibat aktif dalam politik dapat dikaitkan usaha untuk mengimbangkan undi 18 tahun yang sudah dikuatkuasakan.  Terdapat 1.2 juta pengundi  pengundi berumur 18-20 tahun di negara berdasarkan statistik penghujung tahun 2021. Hal ini bermakna dengan jumlah sedemikian adalah diyakini apabila penglibatan guru dalam politik dibenarkan untuk berpolitik aktif bermakna, golongan guru tersebut dipercayai dapat membimbing dan memberikan panduan kepada bakal pengundi muda negara. Unsur-unsur teori politik dan politik praktis sudah mulai didekati kepada pelajar peringkat awal.", "Dari segi manfaatnya, peranan guru boleh meningkatkan literasi politik dan dapat membantu pelajar melengkapkan pengetahuan mengenai demokrasi, pentingnya undi dan hak sebagai warga, pengetahuan mengenai dasar dan sistem dalam politik dan kesemua ini mampu menyumbang kepada proses menyuburkan demokrasi  dalam masyarakat.", "Namun kebimbangan utama ialah pengaruh ideologi politik dalam kalangan guru tersebar kepada bakal  pengundi 18 tahun  dan  dibimbangi suasana tidak menjadi tidak seimbang dari segi pengaruh politik kepartian. Sudah pasti semua ibu bapa mahukan anak mereka bebas daripada pengaruh daripada mana-mana parti politik  dan mahu anak mereka mendapat pendidikan politik yang lebih luas dan bukan sekadar fokus kepada parti politik kepartian yang sempit yang membawa kepada usaha menyerap ideologi kepartian tertentu dan ini tidak memberikan ruang kepada pelajar mengenai politik yang lebih luas agar dapat dinilai secara kritis kesemua aspek.", "Pertembungan Ideologi", "Yang dibimbangi ialah apabila tidak terkawal, ia boleh mencetuskan konflik apabila pertembungan ideologi politik di sekolah dan menyebabkan isu dipindah keluar ke sekolah lain akibat perbezaan politik.  Sudah pasti, kita tidak mahu berlakunya isu guru ada ‘kabel politik yang besar’ sehingga mampu memindahkan pengetua ke sekolah lain akibat perbezaan politik. Atau, tidak mahu berlakunya situasi, pengetua pindahkan guru akibat perbezaan ideologi politik. Kesemua ini bukanlah amalan baik untuk sistem pendidikan negara.", "Justeru, perlu ada panduan jelas agar semua pihak guru, sekolah, pentadbir, pelajar mendapat manfaat yang lebih dan mengelak daripada menimbulkan isu dan kontroversi pada masa akan datang. Walaupun langkah ini baik untuk demokrasi dan mampu mengubah landskap politik negeri dan negara namun perlu diperhalusi segala prosedur bagi memastikan ketelusan peraturan dan institusi tidak terlalu terlibat dalam politik kepartian kerana jika kurang terkawal akan mengakibatkan sistem pendirikan negara akan terjejas.", "Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi ialah penganalisis sosiopolitik dan sosiobudaya di Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau juga ialah felo penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL)", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=194
Komuniti maritim semakin patuh
[ "LANGKAWI: Pemantauan berterusan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis menyaksikan komuniti maritim semakin mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak COVID-19 yang dilaksanakan sejak Rabu.", "Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata pada awal pelaksanaan perintah itu, pihaknya mengesan ada pengusaha bot pelancongan masih menjalankan aktiviti mereka namun hasil pemantauan berterusan,jumlahnya semakin berkurangan.", "Beliau berkata Jabatan Perikanan Malaysia telah mengeluarkan arahan bahawa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, aktiviti memancing di laut dan aktiviti persendirian atau hobi yang bukan bertujuan untuk mendapatkan bekalanmakanan serta memasarkannya kepada rakyat adalah tidak dibenarkan.", "“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Maritim Malaysia bertindak melaksanakan pengawasan melibatkan kumpulan sasar maritim seperti nelayan, pengusaha perkhidmatan pengangkutan laut, kapal perdaganganserta kapal layar. Pemantauan dilaksanakan menerusi rondaan aset laut, udara serta dibantu dengan Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Maritim Malaysia.", "“Berdasarkan operasi yang dilaksanakan semalam di sekitar perairan Langkawi seperti di Selat Melaka dan Selat Cincin, pemantauan tidak menemukan sebarang aktiviti yang dilarang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya kepada Bernama di sini semalam.", "Zulinda berkata sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Maritim Malaysia Kedah dan Perlis mengatur gerak dua aset bagi melaksanakan operasi dengan kekuatan 30 anggota. “Operasi bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan 24 jam sehari. Di samping itu, Maritim Malaysia Kedah dan Perlis tetap melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan serta Op Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) di Zon Maritim Malaysia (sekiranya perlu),” katanya.– Bernama ", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27701
PETRONAS anugerah kontrak FEED bagi Projek LNG berdekatan Pantai Sabah
[ "KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) menganugerahkah dua kontrak Reka Bentuk Kejuruteraan Front End (FEED) kepada konsortium JGC Corporation-Samsung Heavy Industries dan juga SAIPEM Spa.", "Langkah itu merupakan sebahagian daripada pertandingan reka bentuk dwi FEED antarabangsa bagi projek gas asli cecair (LNG) berdekatan pantai di Sabah, kata PETRONAS dalam satu kenyataan semalam.", "Projek itu dengan kapasiti minimum 2.0 juta tan setahun (MTPA), merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.", "“Pertandingan reka bentuk FEED itu dijangka berlangsung selama 10 bulan dengan Keputusan Pelaburan Akhir (FID) dirancang pada akhir 2022.", "“Tertakluk kepada FID, kontraktor yang memenangi kontrak FEED akan dipindahkan ke fasa Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pengoperasian.", "“Loji LNG berdekatan pantai itu dijangka sedia untuk dimulakan pada akhir 2026,” katanya.", "Menurut PETRONAS, reka bentuk dan pembinaan loji berdekatan pantai dijangka lebih mudah dan selepas siap kelak berpotensi dapat meningkatkan masa pengeluaran kerana ia terletak di kawasan teluk yang terlindung berbanding kemudahan LNG terapung luar pantai di laut terbuka.", "Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas dan Tenaga Baharu PETRONAS, Adnan Zainal Abidin berkata, kumpulan itu terus menyediakan akses yang lebih baik kepada sumber tenaga lebih bersih seperti gas asli.", "“Pembangunan loji LNG berdekatan pantai pertama Sabah itu mencerminkan kepakaran teknologi kami yang mana kami terus menginovasikan penyelesaian moden untuk menjana keuntungan daripada sumber gas dengan cara yang dioptimumkan dan mesra alam,” katanya.", "Selepas siap kelak, loji LNG berdekatan pantai itu dijangka meningkatkan pengeluaran LNG PETRONAS daripada kemudahan LNG terapung daripada 2.7 MTPA kepada 4.7 MTPA.", "Ketika ini, PETRONAS mengendalikan dua kemudahan LNG terapung, PFLNG SATU dan PFLNG DUA, masing-masing di lapangan gas luar pantai Kebabangan dan Rotan.- Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=3587
Tambang bas ditetapkan RM1
[ "MIRI: Kementerian Pengangkutan Sarawak semalam mengumumkan kadar rata tambang perkhidmatan awam bagi bas henti-henti di empat bandar utama di negeri ini kini ditetapkan pada RM1.", "Menterinya, Datuk Lee Kim Shin berkata, syarikat bas di bandar raya Kuching dan Miri, bandar Sibu dan Sarikei yang diisytiharkan zon hijau dan kuning pandemik Covid-19 kini boleh beroperasi dengan kadar tambang RM1 itu.", "Menurutnya, tiga syarikat bas di bandar raya Miri iaitu Miri City Bus Sdn Bhd, Miri Belait Transport Co. Bhd dan Miri Transport Co. Bhd akan memulaksan operasi dengan kadar tambang RM1 itu pada 18 Mei ini.", "“Pelaksanaan tambang kadar rata RM1 telah tertangguh berikutan pandemik Covid-19. Namun, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri baru-baru ini telah memberi kebenaran kepada syarikat-syarikat bas di zon hijau dan kuning meneruskan operasi mereka.", "“Dengan kebenaran itu syarikat-syarikat bas di Miri, Sibu, Sarikei dan kini Kuching yang telah diisytiharkan sebagai zon kuning boleh memulakan operasi masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan semalam.", "Lee berkata, semua syarikat bas yang ingin memulakan operasi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengelakkan terdedah dengan penularan pandemik Covid-19 di samping memaklumkan jadual serta laluan kepada orang ramai melalui media massa.", "Katanya, kajian yang dibuat kementeriannya sebelum ini mendapati perkhidmatan bas henti-henti di negeri ini merekodkan penurunan jumlah penumpang dan antara alasannya ialah persaingan sengit daripada perkhidmatan awam lain seperti van dan e-hailing.", "“Bagi menangani cabaran dihadapi syarikat bas dan membantu pengguna khususnya daripada kalangan kumpulan pendapatan rendah, Kementerian Pengangkutan Sarawak telah mengemukakan cadangan pelaksanaan tambang kadar rata RM1 di Sarawak,” jelasnya.", "Beliau berkata, cadangan itu merupakan manifestasi kerajaan negeri Sarawak untuk membantu syarikat bas meningkatkan perkhidmatan dan menjaga kepentingan golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada bas untuk memenuhi keperluan mobiliti mereka.", "Katanya, objektif utama pelaksanaan itu adalah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam seperti bas selain memberi peluang kepada syarikat-syarikat bas meningkatkan perkhidmatan dan membantu mengurangkan kesesakan trafik di bandar negeri ini. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=11461
Warganegara Malaysia wajib isi borang pengisytiharan kesihatan
[ "KUCHING: Warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang masuk ke Sarawak, tidak perlu memohon dan mengisi borang EnterSarawak.", "Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata walau bagaimanapun Borang Pengisytiharan Kesihatan (E-Health Declaration Form) masih wajib diisi.", "“Bagi warganegara asing dan warganegara Malaysia yang tiba atau transit dari luar negara, mereka masih perlu memohon dan mengisi borang EnterSarawak dan Borang PengisytiharanKesihatan (E-Health Declaration Form),” katanya bagi tatacara kemasukan ke Sarawak dalam laporan harian Covid -19 di Sarawak, semalam.", "Beliau menambah bagi tatacara kuarantin di Sarawak (kuarantin di Hotel), semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang masuk ke Sarawak yang destinasi terakhir mereka di kawasan pedalaman dan jauh dari Klinik Kesihatan yang menyediakan kemudahan untuk mengambil sampel COVID-19, akan dikuarantin di hotel.", "“Sampel akan diambil pada hari ke-2 dan sekiranya keputusan adalah negatif, barulah mereka dibenarkan balik ke rumah masing-masing,” katanya.", "Beliau berkata bagi penumpang yang transit, mereka akan dikuarantin di destinasi terakhir mereka.", "“Semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang masuk ke Sarawak yang destinasi terakhir mereka di kawasan bandar (Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas) dimana kawasan tersebut ada menyediakan Klinik Kesihatan untuk mengambil sampel Covid -19, mereka akan dipasang “wristband” dan dibenarkan balik ke rumah masing-masing.", "“Sampel Covid -19 akan diambil pada hari ke-2 di lokasi Klinik Kesihatan yang berhampiran.", "“Sekiranya keputusan adalah negatif, mereka tidak perlu menyambung baki kuarantin,” jelasnya.", "Katanya, bagi lapangan terbang yang ada menyediakan pusat saringan, sampel Covid -19 akan diambil terus, setibanya di lapangan terbang.", "“Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah membentangkan Garis Panduan (SOP) pembukaan pusat hiburan (karaoke berbilik sahaja) yang dibenarkan untuk beroperasi.", "“Manakala pusat karaoke terbuka tidak dibenarkan beroperasi. Arahan ini berkuatkuasa pada 15 Ogos 2020,” katanya.", "Oleh Alexandra Lorna", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=17464
Tuai Selipi Tuai Dipejah; Tuai Rurus Tuai Ditunggah
[ "TUSUN 1", "Madamka penyarut Ringin enggau Gerama", "Kenyau ari iya nyadi Tuai baru, ngambi alih ari Burung Kejakuh, Burung Kung Kapung lalu belabuh besai bendar pengiruh ti enda putus-putus emparu laya nembiak redak ke dipegai diri-empu. Penyarut nya betumbuh ketegal berebutka pengidup enggau pendiau. Penyarut nya enda ulih diseliahka iya enda diemparu laban endang “Adat ridun nyungkang sembuak.” Sigi tanggung pengawa Tuai mutarka laya enggau kerik indu nembiak sereta enggau nembiak redak ke dipegai diri-empu. Apa-apa penusah, penanggul sekalika penyarut ti nuntung sida, dia nembiak redak mesti mai kes nya nunga Tuai, ngambika minta tulung iya mutar, awakka pekara nya terus padam lalu enda nyadi pekara besai ti tau pulaika dendam, tauka penyarut besai. Enda patut sekali-kali, ku penemu Tuai Kung Kapung, ngelakka laya ke mit seketa-keta enda diatur laban laya ti mit tau nyadi laya ti besai, indah ketegal machis sebatang siti menua tau kemebun!", "Hari siti, urung anchau jembui, tekenyit bini Kung Kapung ti benung kenuh-kenuh nyembui leka nyeli bangkit ti deka ditusuk iya ke marik. Peda iya datai seraban gerama. Siku ari sida nya dipeda iya jauh besai agi ari sida bukai. Iya nya dijangka iya tentu tuai raban gerama nya. Iya lalu ngangauka Kung Kapung.", "“Oh, sulu, peda nuan dih pemayuh bala gerama. Nyin nya, ngenying bekeringkap,” sapa bini Kung Kapung.", "Ninga sapa bini iya, Kung Kapung pen lalu pansut. Meda bala gerama, iya lalu ngelaluka sida duduk.", "Jam Kung Kapung baru deka berandau enggau bala gerama, peda datai ga bala ringin. Mayuh bendar bala ringin, ngenying bekelutap niki ari ai. Sida ringin, sebaka enggau bala gerama tadi ga, besai bendar raban. Bisi lelaki, bisi indu. Bisi mit, bisi besai. Ari bala sida nya bisi siku ke nyengala besai agi gamal ari sida bukai. Kung Kapung nyangka iya ke besai nya tentu Tuai sida ringin.", "Kebuah Penatai Gerama Enggau Ringin", "Meda penatai kedua-dua bengkah raban tak gesah-gesah, Kung Kapung nyangka sida tentu bisi kebuah ti besai deka dibai nunga iya. Nya alai, nadai hari mantaika randau bukai, dia Kung Kapung lalu nanya. Ku iya, “Ka ngangau enda ulih kangau enggau tempalau auh nyawa; ka mesan enda ulih pesan laban nadai kaban mai berita. Nya alai, lalu tusui dia ulih diri, kebuah kita sebuat tu ke datai beraban-raban besai baka tu.”", "Ada jampat ringin ke besai gamal nya mantaika dawa diri.", "“Enggai laun madahka diri. Aku tu Penghulu raban kami ringin tu. Raban aku tu ti bisi chakah deka didawa ngagai nuan, Tuai. Ukai semuti bechakah kami tu, Tuai. Belaya kami tu!”", "“Belaya pen ukai mih tu, Tuai,” ku timbal Penghulu Gerama, “selalu ka bebunuh kami tu!” Mata iya ngenying denggar-denggar baka buah emperekak mansau.", "“Ya lapa penemu kita tak sama kasar ari sepiak sepiak munyi nya?” tanya Kung Kapung, betati deka nukuka pun laya bala ringin enggau gerama.", "Belaya Ketegal Pemakai", "“Badu enda kasar mih didinga nuan, Tuai. Kami tu ga besai bendar pekara dikecharutka. Kami sebala tu nanka kuasa diri-empu, laban tak semua buah tegelam sengili Sungai Ranyai Ngeledi tu enda disadik bala ringin jai nya agi empa kami baka selama. Ukai nya perut charik ringin nya ke nanam tegelam di sekayu ai tu, endang tegelam tumbuh diri,” pia ku tusui Penghulu Gerama, ke bejaku ngarika bala iya.", "“Sigi amat. Nya tegeran ti diteritka kami ringin. Tang kebuah kami ke nagang sida agi beridup makai buah tegelam ba dunya ditu, laban anak kami ke tama bubu anak mensia ke beumpanka buah tegelam, bengat mayuh bendar udah mati dipekerit, dipegigitka bala gerama keparat nya!” ku timbal Penghulu Ringin. Lalu dientisingka iya ngeli diri ke tajam gerenyam baka dabung penyayat. Sumit iya nyau getak-getak bai iya bejaku, runtu pedis ati.", "“Kami ga bebalas,” ku bala gerama ngenying serengking bejaku nimbal Penghulu Ringin. “Bini anak kami nadai tau ditejuka turun kediri kia-kia enti enda diuluka kami ke lelaki. Kengka bini anak kami ke turun kediri begigaka pengidup, nadai siku agi tepulaika diri. Abis mati dipetangkapka, diperempaka bala ringin ngelusu nya.” Penghulu Gerama nyau kinda-kinda bejalai surut mansang, betul-betul gaya ke ngiga orang deka dilaban berekak.", "“Kati enti nuan dih Tuai nulung kami emparu laya tu, laban enggai nyadi kami tu terus belaya, terus bemunsuh sepemanjai umur. Kami dua bansa tu tetap enda teaturka penyarut enggau pangan diri,” ku pinta Penghulu Ringin, mansutka penemu ti bisi ngayanka ati ti sedia deka bebaik enggau bala gerama.", "“Kami bansa gerama tu pen nya mih penemu, Tuai Kung Kapung. Nya kebuah kami tak ngemeranika diri mai penyarut tu ngagai nuan. Sebulih-bulih kami pinta atur nuan, laban enggai nyadi kami dua raban bansa tu diau besaruk enti tak majak belaya baka tu,” pia ku Penghulu Gerama, mesuka ati diri ke enggai terus belaya enggau raban bansa ringin.", "Ninga nya, Tuai Kung Kapung bekira madamka penyarut bala ringin enggau bala gerama. Nyau kelama baru Iya bejaku.", "Atur Laya Tuai Kung Kapung", "“Aku tu semuti Tuai. Ukai penghulu. Nya alai kerik kita tu pedis mimit aku deka ngatur, laban munyi ku jaku orang ke tuai: “Perau panjai mar diputar; duku besai mar dikedar; tali merundai mar ditikal.” Tang laban kita ke ari sepiak-sepiak sama pinta atur, enda ga aku ngelebuka kita. Au, ngena kengka anak penemu diri ga aku ngatur kita ngichaka kita ulih diau dalam pemaik enggau pemereti ati.", "“Macham pemakai ti bisi ba sengulu enggau sengili Batang Ranyai Ngeledi tu enda patut diklelayaka sapa-sapa kitai ke mangkang dunya tu. Enda tau betagangka pangan ngambi. Enda tau mentin pangan makai. Sapa pas sapa bagas mih ngiga pemakai ke diri empu enggau diri sebilik. Kita gerama tau begiga tau ngempa. Lalu kita ringin pen tau bejalai tau makai. Kita anang sekali-kali enchukir, telah agi ngemediska pangan, laban kitai bisi adat, bisi undang-undang nyaga. Laya enggau dengki enda tau dikeingatka. Kita mesti segulai sejalai enggau pangan dalam pengidup enggau pengawa. Kita mesti begempung nanka pengelikun enggau pemaik ba genturung pendiau kita-empu dia. Langgar munsuh ti datai ari ai, Unggal Penghulu Gerama, raban nuan nyaga. Serang ari tebing, Unggal Penghulu Ringin, kita sebala nyatup. Ingatka berarika lalau orang tuai ke nyebut: beledung ai ketegal betekat; sepenemu kitai orang idup ketegal bepekat; seguali sejalai ketegal beradat!”", "Oleh Pinsil Saratok", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=32332
Tsitsipas teruskan kemaraan
[ "STEFANOS Tsitsipas kembali daripada ambang kekalahan untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis ketika Roland Garros sekali lagi dibayangi oleh krisis yang melanda Wimbledon.", "Pilihan keempat dan naib juara 2021 Tsitsipas menewaskan pemain nombor 66 dunia Lorenzo Musetti 5-7, 4-6, 6-2, 6-3, 6-2 dalam perlawanan yang berakhir awal semalam.", "Bintang Greece, Tsitsipas menang apabila Musetti yang berusia 20 tahun merosot daripada ambang kemenangan terkenal di Paris untuk tahun kedua berturut-turut.", "Tsitsipas menyertai kejohanan itu selepas berjaya mempertahankan gelaran Monte Carlo dan menjadi naib juara di Madrid.", "Pemain nombor dua dunia Daniil Medvedev turut mara ke pusingan kedua tetapi tidak dapat lari daripada bayangan Wimbledon, kejohanan Grand Slam di mana dia telah diisytiharkan sebagai persona non grata.", "Medvedev menewaskan pemain pemain ranking ke-103 dari Argentina, Facundo Bagnis 6-2, 6-2, 6-2.", "Satu tempat yang dia tidak akan pergi, bagaimanapun, ialah Kelab All England bulan depan selepas Wimbledon mengharamkan semua pemain Rusia dan Belarus sebagai tindak balas kepada pencerobohan Ukraine.", "ATP dan WTA bertindak balas dengan melucutkan mata ranking kejohanan paling berprestij sukan itu.", "Sehari selepas bekas pemain nombor satu dunia, Naomi Osaka mendedahkan dia cenderung untuk tidak bermain di Wimbledon manakala juara bertahan Novak Djokovic berkata dia akan bermain walaupun kehilangan 2,000 mata, kontroversi itu tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.", "Pemain dari Rusia, Andrey Rublev, pemain nombor tujuh dunia, menyifatkan suasana kejohanan sebagai “toksik” selepas menewaskan pemain dari Korea Selatan, Kwon Soon-woo 6-7 (5/7), 6-3, 6-2, 6-4 dalam aksi pembukaan Roland Garros.", "Sementara itu, Jo-Wilfried Tsonga, bekas naib juara Terbuka Australia dan pemain nombor lima dunia, mengucapkan selamat tinggal yang penuh emosi kepada tenis selepas tewas dalam pusingan pertama kepada Casper Ruud.", "Pemain dari Perancis berusia 37 tahun itu tewasn 6-7 (6/8), 7-6 (7/4), 6-2, 7-6 (7/0) kepada pemain pilihan kelapan dari Norway itu.", "Di tempat lain, Holger Rune berusia 19 tahun dari Denmark menandakan penampilan pertama dalam undian utamanya dengan menewaskan pemain pilihan ke-14 Shapovalov 6-3, 6-1, 7-6 (7/4) yang melakukan 53 kesilapan.", "Pilihan ketiga dari Sepanyol, Paula Badosa, layak ke suku akhir tahun lalu, mara ke pusingan kedua dengan kemenangan 6-2, 6-0 ke atas pemain wildcard Perancis, Fiona Ferro.", "Simona Halep, juara 2018, menewaskan pemain Jerman, Nastasja Schunk, pemain bertuah berusia 18 tahun, yang layak menerusi pusingan kelayakan 6-4, 1-6, 6-1. – AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=19410
39 anak S’wak tiba di tanah air
[ "MIRI: Seramai 76 pekerja anak Sarawak menjadi mangsa anak kapal yang terkandas di Kapal Bigfoot 1 di Romania yang dikerah bekerja tanpa gaji lebih tiga bulan kini mulai pulang ke tanah air meniaki dua pesawat yang berasingan semalam.", "Timbalan Presiden Persatuan Pekerja Minyak dan Gas Sarawak (SOGWA) Keroana Johny Weiss mengesahkan perkara terbabit ketika dihubungi mengenai kejadian itu semalam.", "Katanya, rakyat Sarawak yang bekerja tanpa gaji turut mendapat ugutan daripada pihak syarikat kapal itu kerana mereka telah membuat aduan dan meminta perlindungan daripada kedutaan Malaysia di sana.", "“Hampir semua pekerja tidak dibayar gaji seperti yang dijanjikan di dalam kontrak dan ada yang sudah dibayar namun hanya sehingga bulan September.", "“Apabila mereka membuat bantahan pada 5 November dan meminta dibayar gaji, namun pihak pengurusan kapal berdalih dan enggan memberi kerjasama malah memaksa kami terus bekerja,” jelasnya.", "Tambahnya, pada 7 November lepas mereka telah mendapat bantuan daripada kedutaan besar Malaysia, kesemua mereka berjaya keluar dari kapal dan ditempatkan di hotel di sana.", "Pada 8 November lepas iaitu seramai 39 anak Sarawak telah meninggalkan Romania bertolak ke Malaysia dan tiba di Malaysia pada 9 November pada jam 2.55 petang menaiki pesawat Qatar Airlines.", "Seramai 28 orang telah kuarantin di Kuala Lumpur sehingga 22 November dan akan balik Miri pada hari yang sama, katanya lagi.", "Katanya, semalam (10 November) seramai lima anak Sarawak telah tiba di Kuching.", "“Pada hari yang sama (semalam) terdapat dua kumpulan seramai 43 anak Sarawak akan tiba di KLIA dan kesemua mereka akan dikuarantin di Kuala Lumpur selama 14 hari.", "“Kumpulan tersebut telah menaiki Qatar Airlines dan Turkish Airlines untuk pulang ke Malaysia,” katanya.", "Pihak SOGWA membantu dalam urusan berinteraksi dengan pihak Kerajaan Sarawak untuk mendapatkan maklumat terkini tentang bantuan yang disalurkan kepada anak-anak Sarawak yang tertindas ini.", "“Saya sendiri telah berhubung dengan pihak NADMA dan bertanyakan kos kuarantin dan ujian saringan sekirannya tiba di KLIA.", "“Kita juga ada berinteraksi dengan pihak Rumah Sarawak iaitu Awang Supian Awang Daud (Pegawai Perhubungan Sarawak) mengenai ketibaan 43 anak Sarawak di KLIA pada hari ini (semalam) dan memastikan tiada yang tercicir kelak,” jelasnya lagi.", "Justeru itu, pihak SOGWA sangat berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak terutama kepada Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, NADMA (diwakili Adeline Peter), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Senator Rita Insol yang terlibat bertanggungjawab membantu memberi maklumat tentang persediaan setibanya anak Sarawak di KLIA.", "Oleh Adum Liu", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=16494
Penghormatan terakhir Wira Negara
[ "KUCHING: Suasana suram menyelubungi Dewan Suarah Kuching apabila ahli keluarga, orang ramai dan orang kenamaan hadir memberi penghormatan terakhir kepada jasad mendiang pahlawan negara Datuk Sarjan (B) Awang Raweng yang juga bekas anggota Iban Tracker, di sini semalam.", "Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion berkata, jasad mendiang disambut secara rasmi oleh pegawai tentera bersama beliau sendiri selaku wakil Kerajaan Sarawak pada 12.00 tengah hari.", "Menurutnya, jasad mendiang akan diberi penghormatan terakhir mengikut upacara pengebumian negeri dan adat istiadat ketenteraan.", "Katanya, upacara penghormataan terakhir semalam dibuka kepada orang ramai dan orang kenamaan bermula 1.30 petang.", "“Jasad mendiang yang tiba dari Sri Aman ini ditempatkan di Dewan Suarah Kuching bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.", "“Upacara penghormatan terakhir esok (21 September) akan bermula 8.00 pagi hingga 11.00 pagi sebelum beredar ke Makam Pahlawan untuk pengebumian,” ujarnya.", "Jaul berkata, mendiang merupakan seorang pejuang yang sangat berani dan mengorbankan keselamatan dirinya sendiri demi negara sepanjang pekhidmatannya sebagai Iban Tracker.", "“Atas pengorbanan dan jasanya ini, Kerajaan Sarawak akan membincangkan bantuan lain yang diperlukan oleh waris mendiang sebagai mengenang jasa mendiang,” ujarnya.", "Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing dan mantan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.", "Antara yang turut serta menyambut ketibaan jasad mendiang Awang adalah Panglima Tentera 3 Briged, Jeneral Dato Azhar Ahmad dan mantan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Stephen Mundaw yang juga Penasihat Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).", "Oleh Akmal Adib Yusup", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=11159
PKPD di empat mukim di Kedah
[ " KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di empat mukim di negeri Kedah bermula semalam hingga 30 Ogos, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.", "Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat susulan 11 kes baharu COVID-19 yang berpunca daripada kluster PUI Sivagangga.", "Memperincikan perkara itu, beliau berkata empat kawasan terbabit ialah Restoran Nasi Kandar Salleh di pekan Napoh, Kampung Pida Satu di Megat Dewa, Kampung Bendang Dalam Mukim Binjal di Kubang Pasu dan Kampung Ulu Sanai di Padang Terap yang kesemuanya terletak dalam radius satu kilometer dari restoran tersebut.", "“Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini meluluskan permohonan kerajaan negeri Kedah untuk melaksanakan PKPD secara pentadbiran di kawasan-kawasan tersebut.", "“Pelaksanaan PKPD secara pentadbiran akan mengguna pakai Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan penutupan beberapa jalan utama ke kawasan sekitar,” katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan di bangunan Parlimen di sini, semalam.", "Menurut laporan media, sehingga Ahad lepas, sebanyak 313 individu daripada kluster tersebut telah disaring dengan 20 dikesan positif Covid -19 sementara 280 individu negatif, manakala bakinya masih menunggu keputusan ujian.", "Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata Kementerian Kesihatan akan menjalankan ujian saringan ke atas kira-kira 7,000 penduduk di kawasan terlibat.", "Menurutnya, selain tadika, masjid serta rumah ibadat turut ditutup bagi aktiviti keagamaan termasuk solat Jumaat.", "“Kebebasan bergerak mungkin boleh disekat jika kes meningkat seperti yang berlaku di Kedah dan perkara sama mungkin boleh berlaku di tempat lain. Justeru itu, rakyat perlu patuh SOP dan setiap larangan agar perkara seumpama ini tidak berlaku di tempat lain,” katanya.– Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=15818
Caruman i-SURI: KKWKPK, KWSP jalin kerjasama
[ "KUCHING: Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KKWKPK) bersama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sarawak mengadakan perbincangan berkaitan cadangan sumbangan kerajaan untuk pembiayaan caruman i-SURI.", "i-Suri khusus bagi isteri kepada Ketua Isi Rumah (IKIR) dan Ketua Isi Rumah Wanita (KIRW) di Sarawak yang berdaftar dalam Pengkalan Data Kemiskinan Nasional (ekasih).", "Menurut menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah kalangan suri rumah boleh menyertai i-SURI dan membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan atau RM60 setahun bagi melayakkan mereka menerima insentif daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM480.", "Sehingga Jun 2020, 66,120 IKIR dan KIRW di Sarawak berdaftar dengan ekasih dan layak untuk mencarum dalam i-SURI, katanya semasa melancarkan platform iSarawakCare di sini semalam.", "“Daripada jumlah tersebut, 25,813 orang mendaftar sebagai ahli KWSP dan i-SURI tetapi hanya 7,538 sahaja yang mencarum.", "“Kita sedia maklum sebilangan IKIR dan KIRW yang berdaftar tidak berkeupayaan untuk membuat caruman penuh RM60 setahun. Disebabkan itu, mereka terlepas peluang untuk mendapatkan manfaat yang ditawarkan oleh KWSP,” katanya.", "Sehubungan itu, kertas cadangan telah dikemukakan oleh kementerian untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada Kabinet Negeri.", "“Sekirannya kertas cadangan ini lulus, sumbangan Kerajaan Negeri ini dapat memastikan semua IKIR dan KIRW dapat membuat caruman minimum tahunan yang akan melayakkan mereka menerima insentif penuh,” tegas beliau.", "Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kementeriannya juga mengambil maklum i-Saraan merupakan skim simpanan yang boleh memanfaatkan lebih ramai golongan yang tidak berkemampuan atau berpendapatan rendah termasuklah suri rumah.", "“Manfaat yang boleh diperolehi oleh pencarum di bawah i-Saraan adalah seperti menerima insentif khas sebanyak 15% yang tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun serta boleh juga membuat pengeluaran mengikut syarat yang ditetapkan dan mendapat dividen tahunan.", "‘Kita berharap dapat mengemukakan cadangan i-Saraan kepada Kerajaan Sarawak untuk mempertimbangkan kertas cadangan ini bagi meneruskan usaha sama demi kesejahteraan golongan yang kurang berkemampuan sebagai tabung bagi kegunaan mereka pada hari tua,”katanya.", "Turut hadir Setiausaha Tetap, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan komuniti, Wanita, keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dr Sa’adiah Abdul Samat, Pemangku Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Mohd Guntor Rajeee dan Ketua Negeri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sarawak, Halim Boweng.", "Oleh Jeakqleyn Yacho", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=39380
JPJ Sarawak laksana penguatkuasaan ke atas lori
[ "KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menggunakan kemudahan peralatan timbang mudah alih di sekitar Jalan Bau-Kuching bagi melaksanakan penguatkuasaan ke atas lori yang membawa muatan melebihi jumlah ditetapkan.", "Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Dr. Jerip Susil, ini susulan ketiadaan stesen penimbang secara statik di kawasan tersebut.", "“Setakat ini, JPJ Malaysia belum ada perancangan untuk membina stesen penimbang secara statik di Jalan Bau-Kuching.", "“Walau bagaimanapun, penguatkuasaan terhadap lori-lori yang membawa lebih muatan dilaksanakan secara berterusan di situ menggunakan kemudahan peralatan timbang mudah alih oleh Penguatkuasa JPJ Sarawak,” katanya semasa menjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Jumaat.", "Timbalan Menteri Pengangkutan itu menambah, Sarawak mempunyai tiga stesen penimbang secara statik pada masa ini iaitu di Serian, Sibu dan Miri.", "“Manakala, JPJ melaksanakan penguatkuasaan mudah alih di kawasan-kawasan lain khususnya Kuching, Lundu, Samarahan dan Mukah,” ujarnya.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=8655
Penyokong rancang boikot aksi final Piala Perancis
[ "PENYOKONG Saint Etienne merancang untuk memboikot final Piala Perancis bertemu Paris Saint-Germain (PSG) sebagai tanda protes jumlah terhad penonton dibenarkan masuk stadium dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.", "Aksi final akan berlangsung di Stade de France di Paris yang mampu memuatkan seramai 80,000 penyokong pada satu-satu masa yang dijadualkan 24 Julai depan.", "Bagaimanapun di bawah peraturan kerajaan, hanya 5,000 penonton dibenarkan menyaksikan perlawanan di stadium.", "“Berdasarkan persetujuan bersama kelab, tempat duduk yang disediakan untuk kami akan kekal dikosongkan,” kata satu kenyataan yang mewakili lima kumpulan penyokong.", "“Sebanyak 900 tempat duduk untuk penyokong dan kami memutuskan tidak ada sesiapa pun daripada lima kumpulan penyokong ini akan memberi sokongan kepada kelab di Paris.", "“Ia akan menjadi tanggungjawab setiap barisan pemain untuk menggalas tugas mewakili rakyat dan bandar Saint Etienne,” kata kenyataan itu.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=29500
JANGAN PANDANG RINGAN PENINGKATAN KES COVID-19
[ "PENINGKATAN bilangan kes Covid-19 melepasi angka 100 yang dicatatkan sejak dua tiga hari kebelakangan ini membimbangkan.", "Angka semalam mencatatkan peningkatan sehingga 184, dan dikaitkan dengan kluster komuniti baharu sempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).", "Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kluster terbaharu dikesan dari sebuah kediaman di Kampung Semeba di Kuching yang melibatkan 17 kes (termasuk kes indeks).", "Beberapa individu yang kembali ke Kuching dari Kuala Lumpur pada 31 Januari lepas, telah dikesan melalui skrining individu-individu yang bersimptom di kemudahan-kemudahan kesihatan pada 5 Februari dan mereka mengesahkan telah mengadakan makan bersama pada 1 Februari.", "Catatan 129 kes yang dikesan lebih awal pada 8 Februari sudah mengembalikan keadaan seperti yang pernah berlaku pada kali terakhirnya pada 28 Januari 2021, apabila bilangan mencapai 158.", "Walaupun kes kali ini merupakan varian Omicron yang dikatakan kurang kesan jangkitannya, namun peningkatan angka itu perlu diambil berat oleh kita semua.", "Benar, kebanyakan kes daripada 129 itu lebih melibatkan Kategori 1 (tiada simptom) dan Kategori 2 (bersimptom sederhana), namun ini bukan bermakna kita harus abaikannya begitu sahaja.", "Langkah-langkah memastikan pemakaian pelitup muka di tempat awam, menjarakkan dampingan fizikal, mensanitasikan tangan selalu serta mengurangkan berkumpul beramai-ramai masih perlu diamalkan.", "Apa yang perlu kita hiraukan adalah, masih ada yang terkena varian Omicron ini dalam Kategori 3 (jangkitan paru-paru), Kategori 4 (jangkitan paru-paru memerlukan bantuan oksigen) dan Kategori 5 (jangkitan paru-paru memerlukan ventilator).", "Kadar kebolehjangkitan (Rt) Malaysia adalah 1.32, manakala Rt bagi negeri-negeri pula, kadar kita di Sarawak ialah 1.48 berada di tempat kedua selepas Sabah dan Perlis (yang mencatat 1.54), manakala Terengganu 1.36.", "Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin, gelombang Omicron dijangka memuncak sehingga penghujung Mac tahun ini.", "Malah, beliau menyarankan sebagai langkah mengelak jangkitan terus melonjak, majikan membenarkan pekerja mereka untuk bekerja dari rumah, atau menggunakan sistem giliran semula sehingga keadaan kembali pulih.", "Pemilik restauran diminta bertegas memastikan pelanggan mereka membuktikan status MySejahtera mereka sebelum dibenarkan untuk diterima masuk.", "Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti UNIMAS, Profesor Dr. David Perera sudah mengesahkan bahawa varian Omicron telah dikesan daripada data pengawasan rapi sebagai varian yang dominan mengambil alih tempat varian Delta pada kadar 78 peratus seperti yang terbukti dari tempoh 3 Januari hingga 26 Januari tahun ini.", "Sampel yang diperolehi dari Kuching, Samarahan, Sibu, Kapit, Mukah dan Miri mendapati majoriti varisan Omicron adalah dari baka BA.1.1. Cuma ujian mengenai varian yang didapati di Kapit adalah dari baka B.2.", "Lindungi diri, lindungi semua!", "", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=35448
Dua warga emas bernasib baik
[ "KUCHING: Dua warga emas tersepit apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Batu Kawa pagi tadi.Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 9.23 pagi.Apabila sampai dilokasi kejadian, Komander Operasi, Awang Saifull Awang Nusi memberitahu, kedua-dua mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dari kenderaan itu sebelum ketibaan anggota Bomba dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut.“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.Mangsa perempuan dikenali sebagai Ten Kee Moi berusia 68 tahun manakala lelaki, Bong Vui Kuet berusia 66 tahun.Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.54 pagi.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=12362
Auckland lanjutkan sekatan pergerakan
[ "WELLINGTON: New Zealand melanjutkan tempoh sekatan pergerakannya hari ini di bandar terbesarnya, Auckland untuk sekurang-kurangnya 12 hari lagi.", "Perdana Menteri, Jacinda Ardern, mengumumkan ketika pihak berkuasa bergelut dengan wabak Covid-19 yang semakin berkembang.", "“Kabinet bersetuju untuk mengekalkan sekatan itu dengan menambah 12 hari lagi, menjadikan tempoh keseluruhan ialah dua minggu,” kata Ardern.- AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=14774
Allianz perkenalkan semula ‘Smart Home Cover’
[ "KUALA LUMPUR: Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd (Allianz General) baru-baru telah memperkenalkan semula “Smart Home Cover”, insurans rumah modular yang telah dipertingkatkan kepada komponen ‘HomeFix’.", "Ketua Pegawai Jualan Allianz General, Horst Habbig (gambar) dalam satu persidangan media maya semasa e-pelancaran melalui laman Facebook Allianz Malaysia baru-baru ini berkata, Smart Home Cover memiliki pelbagai komponen yang boleh disesuaikan dengan keperluan pemegang polisi seperti khidmat penyahjangkitan rumah.", "“Smart Home Cover kami bertujuan menangani semua isu insurans perumahan, terutama dalam masa yang tidak menentu seperti pandemik Covid-19.", "“Polisi Smart Home Cover meliputi pembasmian kuman di rumah jika ada anggota keluarga yang didiagnosis dengan virus,” katanya.", "Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan bahawa ia telah menjual lebih daripada 130,000 polisi Smart Home Cover sejak Julai 2017.", "Sekarang ini, polisi tersebut telah diperkenalkan semula dengan perlindungan yang lebih baik, yang kemudahannya merangkumi pembaikan rumah, kawalan serangga perosak dan perkhidmatan penyahjangkitan.", "Smart Home Cover mempunyai lima komponen, iaitu ‘Pemilik Rumah’ (bangunan), ‘Isi Rumah’, ‘Perlindungan Pinjaman Pajakan’, ‘Insurans Tuan Rumah ‘ dan ‘HomeFix’.", "Komponen ‘HomeFix’ akan membolehkan pemegang polisi mencari perkhidmatan dengan menggunakan rakan Allianz seperti Recommend.my dan Kaodim.com untuk khidmat kontraktor bagi pembaikan segera, termasuk kerja-kerja paip dan baik pulih penyaman udara, sekali setahun.", "“Modul HomeFix ini menawarkan tiga opsyen berharga antara RM50 dan RM100 setahun, bergantung kepada pelan yang anda ambil,” kata Horst.", "Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Zakri Khir berkata, Smart Home Cover yang telah dipertingkatkan bukan sahaja menyediakan pemilik rumah perlindungan daripada kerosakan, tetapi turut menawarkan elemen penggunaan yang akan memberi manfaat kepada mereka.", "“Adalah penting bagi anda mendapatkan polisi insurans rumah yang benar-benar menepati keperluan. Polisi Smart Home Cover sekarang ini adalah lebih fleksibel dan dilengkapi dengan komponen ketara yang membolehkan pelanggan kami merasai kelebihan mempunyai polisi insurans rumah,” katanya.", "“Komponen HomeFix yang dipertingkatkan, akan memudahkan pelanggan kami untuk mendapatkan pembaikan atau perkhidmatan tanpa perlu mengeluarkan wang tunai. Ia adalah mudah dan cepat,” kata Zakri.- Bernama", "", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=39058
Balak tidak bertuan banjiri perairan Batu Luking, Kanowit
[ "SIBU: Lebih kurang 70 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz dengan tiada tanda hak milik dan tanda tukul Jabatan Hutan Sarawak ditemui dihanyutkan di perairan Batu Luking, Kanowit, semalam.", "Kayu balak itu ditemui oleh sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sibu dalam tugasan Ops Pensura.", "Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili, bertindak atas maklumat aduan awam berkaitan aktiviti kayu balak rakit tersebut sekitar 10.00 pagi, sepasukan pegawai dan anggota pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sibu telah bergerak menuju ke lokasi berkenaan.", "“Bila sampai ke lokasi tersebut, sepasukan pegawai dan anggota pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sibu telah menemui lebih kurang 70 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz, dengan tiada tanda hak milik dan tiada tanda tukul Jabatan Hutan Sarawak.", "“Kesemua kayu balak rakit berkenaan disyaki diperolehi secara haram,” katanya.", "Beliau menambah, anggaran nilai keseluruhan rampasan lebih kurang RM136,500.", "“Kesemua kayu balak rampasan diserahkan kepada Pegawai Perhutanan Bahagian Kanowit untuk tindakan lanjut,” katanya.", "Zulkipli mengatakan bahawa laporan rampasan tersebut adalah di bawah Ordinan Perhutanan 2015 oleh pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sibu, Sarawak.", "Oleh RAIHAN OMERA KAUSAR", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=3585
Covid-19: Kumulatif kematian 113 kes
[ "PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat pertambahan satu kematian akibat Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia sebanyak 113 kes.", "“Kes kematian ke-113 (kes ke-6856) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau mempunyai sejarah penyakit barah dan darah tinggi. Beliau merupakan seorang kakitangan perubatan KKM di Sabah (namun bercuti sakit disebabkan barah).", "“Beliau dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas pada 5 Mei 2020 disebabkan kesihatan beliau yang semakin merosot. Beliau didapati positif Covid-19 dan disahkan meninggal dunia pada 7 Mei 2020 jam 1.30 petang,” katanya.", "Beliau juga berkata selain warga emas, kanak-kanak dan bayi merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 maka golongan itu perlu dilindungi agar mereka tidak mudah terdedah dan dijangkiti wabak tersebut.", "“Sehingga 16 Mei (semalam), terdapat 317 kes positif Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Daripada jumlah itu, 112 kes (35 peratus) adalah kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah, dan 22 kes (7 peratus) adalah bayi kurang daripada 1 tahun,” katanya.", "Dr Noor Hisham berkata setakat ini, tiada kes kematian positif Covid-19 dicatatkan dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun.", "Selangor mencatat bilangan kes positif Covid-19 tertinggi dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun iaitu 77 kes diikuti Negeri Sembilan (48), Johor (46), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28) serta Sabah (26).", "Beliau juga berkata setakat ini, tiada penyakit Kawasaki dijumpai dalam kalangan kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19.", "Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata kanak-kanak mendapat jangkitan Covid-19 daripada orang dewasa yang berada di sekeliling mereka.", "“Kita kena pastikan pulang sahaja ke rumah, jangan sentuh kanak-kanak dulu, mandi atau cuci tangan atau gunakan pensanitasi tangan sebab kita terdedah kepada virus yang ada dalam masyarakat. KKM juga bimbang semasa musim perayaan, kita mungkin membawa virus pulang ke kampung dan menjangkiti golongan yang berisiko,” katanya.", "Justeru itu, beliau berkata adalah penting bagi masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan KKM seperti mengamalkan jarak sosial, cuci tangan, elakkan perhimpunan awam dan patuh kepada 3C (tempat sesak, tempat tertutup dan bercakap jarak dekat).", "“Ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga yang lebih tua memainkan peranan penting dalam memberi pendidikan berkaitan kebersihan diri kepada kanak-kanak agar mereka dapat mengamalkan tahap kebersihan tinggi, sentiasa mencuci tangan dengan air dan sabun serta sangat digalakkan memakai penutup hidung dan mulut di kawasan umum,” katanya.– BERNAMA", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=26366
MA63 LANDASAN PEMBANGUNAN EKONOMI
[ "KUCHING: Pembangunan perancangan ekonomi di Malaysia mesti berdasarkan wilayah-wilayah iaitu Sarawak, Sabah, dan Semenanjung Malaysia yang mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).", "Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, hal ini kerana struktur ekonomi masing-masing dari tiga wilayah tersebut berbeza. ", "“Sebenarnya pembangunan perancangan ekonomi hendaklah kita asaskan kepada wilayah, yang merangkumi, Wilayah Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.", "“Disebabkan saiz Sarawak yang besar dan juga struktur ekonomi kita berlainan dengan Semenanjung Malaysia, Sarawak berasaskan kepada sumber dan juga keunikan yang ada pada kita, jadi pendekatan kita adalah berlainan.", "“Sebab itulah saya kata ia ada hubung kait dengan MA63 kerana di dalam MA63 ada dinyatakan tiga wilayah berkenaan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang, semalam.", "Beliau turut menggambarkan pendekatan semasa yang mana pembangunan berdasarkan negeri-negeri sebagai ‘cara lama’.", "“Anda lihat, Baram sama besarnya dengan negeri Pahang . Bagaimana mungkin struktur dan perancangan ekonomi sama sahaja. Jadi, pendekatan mesti diubah,” tegasnya.", "Turut hadir Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Amar Michael Manyin Jawong, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri merangkap pengerusi Biro Pendidikan PBB N8 Satok Abdul Samat Gani serta Timbalan Ketua Cawangan PBB N8 Satok Dato Ibrahim Baki.", "Oleh NUR AIN OTSMAN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21911
Projek bekalan air di Gedong siap akhir tahun ini
[ "SIMUNJAN: Kerajaan Sarawak akan mempercepatkan projek bekalan air paip di kawasan Gedong yang dijangka akan siap pada akhir tahun ini.Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan akan berusaha untuk memastikan projek-projek berkenaan siap dalam tempoh yang telah ditetapkan untuk kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan.", "“Kini kita sedang sibuk membangunkan saluran air paip dan projek ini juga sedang berjalan dengan baik.", "“Saya telah diberi taklimat (penerangan) berkenaan dengan projek ini bahawa ia akan dijangka siap pada akhir tahun ini dan banyak lagi tempat-tempat yang mana saluran air ini telah siap.", "“Kita mendoakan semoga perjalanan projek di kawasan ini berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan norma baharu disebabkan oleh wabak pandemik Covid-19 ini,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Jiwa Murni (PJM) di Balai Raya Gedong, di sini, semalam.", "Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Noraden Majais berkata, Program Jiwa Murni tersebut adalah yang kedua kali diadakan di Gedong di mana program pertamanya diadakan pada tujuh tahun yang lalu.", "Katanya, Sebanyak 21 Program Jiwa Murni (PJM) telah Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong kali ini malah ada sedang dan akan disiapkan hingga hujung bulan dan ia juga termasuk kampung Lubok Punggor dan kampung Lubok Bunting.", "“Selain itu, terdapat tiga projek naik taraf titi ke rumah-rumah, satu titi ke tapak perkuburan, mengecat masjid Gedong dan 16 baik pulih rumah.“Saya juga difahamkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan PJM yang serupa kepada DUN Sadong Jaya dan DUN Simunjan,” katanya.", "Ujarnya, Kerajaan Sarawak melalui wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah melaksanakan projek membaik pulih bagi rumah rumah rakyat yang perlu dibantu termasuk rumah panjang.", "“Namun begitu, disebabkan jumlah yang perlu di bantu terlalu banyak ia tidak dapat dilaksanakan sekali gus dan tidak dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat.", "“Program ini baru dimulakan dalam dua tahun yang lepas dibawah kerajaan pimpinan ketua menteri Abang Johari memandangkan Program RUMAH PPRT telah ditarik balik oleh kerajaan persekekutuan sejak 3 tahun yang lalu,” katanya.", "Oleh JEAKQLEYN YACHO", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=11421
Misi lahirkan cendekiawan diteruskan
[ "KUCHING: Bidang pendidikan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai sentiasa ditingkatkan dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai golongan cendekiawan.", "Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, kewujudan Badan Muafakat Pendidikan Pantai Damai sejak enam tahun lepas antara usaha untuk memantapkan bidang pendidikan.", "Menurutnya, dengan adanya badan tersebut, bidang pendidikan di Pantai Damai dapat diseragam dan meningkatkan interaksi antara pengurusan sekolah.", "“Sejak badan ini diwujudkan, mudah untuk pengetua dan guru besar berinteraksi antara satu sama lain.", "“Ia penting bagi memastikan pengurusan sekolah dapat memantapkan pengajian dan pembelajaran (P&P) dan dapat merujuk kepada sekolah yang cemerlang,” katanya selepas Mesyuarat Bersama Badan Muafakat Pendidikan Pantai Damai dan Biro Pendidikan DUN N.4 Pantai Damai di SMK Tun Abang Haji Openg di sini semalam.", "Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, fungsi badan tersebut juga ditambahbaik dengan membuka ruang kepada pengurusan sekolah untuk memainkan peranan lebih aktif.", "“Ini bermakna pengurusan sekolah akan diberi kuasa untuk melaksana apa sahaja program yang memberi manfaat kepada bidang pendidikan,” ujarnya.", "Menurutnya lagi, bidang pendidikan merupakan agenda penting yang diperjuangkannya sejak mula-mula menjadi wakil rakyat.", "“Kita memperjuangkan usaha melahirkan seorang graduan dalam setiap keluarga,” jelasnya.", "Hadir sama Pengerusi Badan Muafakat Pendidikan Pantai Damai, Affida Helmi dan Pengerusi Biro Pendidikan DUN N.4 Pantai Damai, Siti Suhaila Majdi.", "Oleh Diyana Samsuddin", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=41442
Tidak perlu ragu untuk dapatkan dos penggalak – Pakar
[ "KUALA LUMPUR: Masyarakat tidak perlu berasa ragu untuk mengambil dos penggalak khususnya dos penggalak kedua bagi melindungi diri mereka daripada terdedah daripada bahaya jangkitan COVID-19.", "Menurut pakar-pakar kesihatan, pengambilan dos penggalak sedia ada iaitu daripada jenis monovalen masih lagi relevan dan merupakan antara instrumen yang berkesan bagi mencegah penularan wabak itu terutama terhadap golongan yang berisiko.  ", "Bagi Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Jabatan Perubatan Fakulti Perubatan Universiti Malaya Prof Madya Dr Sharifah Faridah Syed Omar berkata dos penggalak masih mempunyai peranan, walaupun ia tidak dapat mengelak jangkitan sebaik dahulu.", "“Apabila kita mengambil dos penggalak, antibodi badan akan meningkat walaupun bukan pada tahap yang kita kehendaki. Namun tidak dinafikan, ia (antibodi) juga akan turun dengan cepat, tetapi sekurang-kurangnya, dalam masa yang singkat itu ia mampu melindungi kita daripada terkena jangkitan.", "“Jadi dos penggalak ini masih mampu memberi perlindungan selain dapat mengurangkan penularan yang terlalu cepat,” katanya ketika dihubungi Bernama. ", "Sebelum ini Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menyarankan orang ramai yang telah menerima dos penggalak pertama melebihi tempoh enam bulan, supaya mendapatkan dos penggalak kedua serta tidak menunggu vaksin bivalen.", "Mengulas lanjut Dr Sharifah berkata masyarakat juga perlu memastikan sumber maklumat berkenaan dos penggalak diperoleh daripada sumber yang sahih terutama berkenaan kesan sampingan bagi mengelakkan kekeliruan dan seterusnya menimbulkan ketakutan dan kegusaran.", " “Apa-apa rawatan atau ubat yang ada sekarang, semua ada kesan sampingan. Yang membezakannya sama ada kesan sampingan itu serius atau tidak serta berapa kerap kita mendapat kesan sampingan setelah mengambil sesuatu rawatan atau sesuatu ubat.", "Berdasarkan data di laman web KKMNOW setakat 11.59 malam semalam, sejumlah 16,296,721 atau 49.9 peratus daripada populasi negara ini telah mengambil dos penggalak pertama dan hanya 757,464 atau 2.3 peratus dari populasi sama memilih mendapatkan dos penggalak kedua. ", "Sementara itu, Pakar Perunding Kanan Pediatrik Datuk Dr Amar Singh HSS berpendapat perbincangan mengenai keperluan dos penggalak COVID-19 sepatutnya mengambil kira keseimbangan risiko dan faedah kepada rakyat.", "“Keputusan untuk mendapatkan penggalak patut mengambil kira beberapa isu seperti pendedahan risiko, sejauh mana perlindungan tempat kerja anda atau ketika berjumpa orang lain dalam masyarakat, umur, kondisi kesihatan dan sikap anda sebelum ini terhadap vaksin.", "“Oleh itu keputusan untuk mendapatkan penggalak adalah pilihan individu. Jika anda sudah berumur, mempunyai risiko terdedah dan komorbiditi kesihatan, lebih baik mendapatkan (dos) penggalak,” katanya.", "Senada dengan Dr Amar, Felo Akademi Sains Malaysia Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman mencadangkan agar mereka yang dikategorikan sebagai kumpulan berisiko tinggi untuk mengalami jangkitan serius dan kematian supaya mengambil dos penggalak.", "“Saya sendiri telah mengambil kedua-dua dos penggalak… dengan perubahan varian baru yang kelihatan mudah menjangkiti walaupun tidak mendatangkan gejala berat, dos penggalak amat perlu,” katanya. – Bernama.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=3194
PBTPay normal baharu pembayaran cukai taksiran
[ "PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semalam melancarkan portal PBTPay yang membolehkan semakan dan transaksi cukai taksiran kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dijalankan secara dalam talian.  ", "Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, melalui PBTPay yang membolehkan rakyat menyesuaikan diri dengan normal baharu, pembayar cukai taksiran tidak perlu lagi hadir ke kaunter bayaran PBT selain boleh membuat pembayaran di luar waktu pejabat.", "Sebagai permulaan katanya, PBTPay hanya melibatkan 46 PBT sahaja dan antara PBT tersenarai ialah Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Bandaraya Alor Setar dan Majlis Perbandaran Kangar.", "“Kita jangka semua PBT akan tersenarai di portal PBTPay secara berperingkat menjelang hujung tahun ini,” katanya    kepada pemberita selepas melancarkan PBTPay https://pbtpay.kpkt.gov.my.   di KPKT di sini semalam.", "Menurut Zuraida, antara kelebihan portal PBTPay ialah mereka yang mempunyai hartanah di PBT berlainan di beberapa negeri boleh membayar cukai taksiran di satu portal itu sahaja.", "Beliau berkata, kemudahan PBTPay akan diperluaskan   dengan memasukkan lain-lain modul pembayaran seperti kompaun, lesen dan lain-lain sistem di KPKT yang menggunakan kaedah pembayaran secara bersepadu. – BERNAMA", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=10465
Pasar Satok kluster terbaharu
[ "KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu dilaporkan di negeri semalam, iaitu Kluster Pasar Satok.", "Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, mengesahkan ia adalah melibatkan Pasar Kubah Ria di Satok.", "“Kluster ini telah dikesan setelah empat kes baharu hasil aktiviti saringan aktif melibatkan para peniaga di pasar besar.", "“Pada 25 dan 26 Julai lalu, saringan aktif Covid-19 telah dijalankan di pasar ini melibatkan seramai 229 orang,” katanya.", "Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata demikian pada sidang media perkembangan Covid-19 bertempat di Dewan Undangan Negeri Lama, di sini, semalam", "“Daripada jumlah yang disaring tersebut, seramai empat orang telah didapati positif ujian rT-PCR COVID-19 pada 27 Julai 2020.", "“Kesemua kes tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala dan indeks kes kepada kluster ini dan kontak kepada kes-kes masih dalam siasatan,” jelasnya.", "Bercakap mengenai kluster yang masih aktif, beliau berkata jumlah kluster yang masih aktif di Sarawak ialah sebanyak 10 kluster dengan sembilan kluster dilaporkan di Daerah Kuching dan satu di Daerah Bintulu.", "“Setakat hari ini, terdapat 10 kluster yang masih aktif iaitu Kluster Syarikat Kejuruteraaan (penambahan satu kes menjadikan jumlah lapan kes), Kluster Mambong (penambahan satu kes menjadikan jumlah enam kes) dan Kluster Pusat Perubatan (kekal tiga kes).", "“Sementara itu Kluster Jupiter kekal dengan tiga kes, Kluster Pasar Stutong (kekal tujuh kes, Kluster Jeti Kuching (kekal dua kes), Kluster Sentosa (penambahan sembilan kes menjadikan jumlah 30 kes), Kluster PUI Melbourne (penambahan satu kes menjadikan jumlah tiga kes), Kluster Syarikat Pembinaan Kuching (kekal dua kes) dan Kluster Pasar Satok (empat kes),” jelasnya.", "Uggah turut memaklumkan bahawa satu kes baru yang telah sembuh dan discaj dari hospital semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah sembuh dan discaj sebanyak 564 orang atau 83.56 peratus.", "“Seramai 92 orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital dan jumlah kematian 19 orang atau 2.81peratus.", "“Hari ini sebanyak 39 orang yang disyaki (PUI) baru dilaporkan dan tiga kes masih menunggu ujian makmal,” tambahnya.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=45892
Rempuhan stadium ragut satu nyawa, 30 cedera
[ "DAR ES SALAAM: Seorang peminat bola sepak maut dan 30 yang lain cedera dalam insiden rempuhan di Stadium Benjamin Mkapa di Dar es Salaam, Tanzania pada Ahad.", "Menurut laporan Xinhua, rempuhan itu berlaku apabila peminat bola sepak berasak-asak untuk masuk ke dalam stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir pusingan pertama Piala Konfederasi CAF antara Tanzania dan Algeria.", "Menteri Kesihatan Ummy Mwalimu mengesahkan insiden tersebut.", "Pasukan belia Algeria memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-1 dan pusingan akhir kedua akan diadakan di Algiers. – Bernama-Xinhua", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=42473
Kompleks UNIFOR dijangka siap tahun depan
[ "KUCHING: Proses pembinaan kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bernilai RM70 juta di Jalan Ong Tiang Swee dijangka siap pada 2024.", "Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Penguang Manggil berkata, proses pembinaan kompleks berkenaan berjalan dengan lancar.", "“Berdasarkan kontrak, pembinaan kompleks berkenaan mengambil masa selama dua tahun sahaja.", "“Kini, projek berkenaan berjalan lancar dan dijangka siap pada penghujung tahun depan,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika sidang media Sesi Penyampaian Cek Bantuan Dana-Dana Sekolah Mubaligh Bagi Tahun 2022-Keuskupan Agung Roman Katolik Kuching di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.", "Untuk makluman, kerja-kerja pembinaan kompleks berkenaan yang setinggi 10 tingkat di atas tapak seluas 1.2 hektar telah bermula sejak Oktober 2021 yang turut dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.", "Terdahulu, Penguang telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Dana-Dana Sekolah Mubaligh Bagi Tahun 2022-Keuskupan Agung Roman Katolik Kuching dengan jumlah keseluruhan RM3.7 juta di Wisma Bapa Malaysia.", "Oleh NICKELYSON LAKUN", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=43720
Peruntukan belanjawan 11 kementerian diluluskan
[ "KUALA LUMPUR: Peruntukan belanjawan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu keenam mesyuarat Dewan Rakyat.", "Ia melibatkan Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Kerja Raya; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Kesihatan.", "Selain itu ialah Kementerian Sumber Manusia; Kementerian Pengangkutan; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Komunikasi dan Digital serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.", "Dewan Rakyat turut meluluskan usul penubuhan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Parlimen ke-15 baharu yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.", "Ia melibatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi; Kesihatan; Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian; Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi serta Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia.", "Selain itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat; Alam Sekitar, Sains dan Perladangan; Keselamatan; Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa serta Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.", "Kesemua jawatankuasa pilihan khas itu berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang dalam pentadbiran kementerian.", "Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul memaklumkan sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-15 diawalkan kepada 22 Mei hingga 15 Jun ini, berbanding jadual asal pada 12 hingga 27 Jun.", "Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Majlis telah bersetuju dengan pindaan itu selaras dengan Peraturan 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.", "Johari berkata, ia susulan permintaan beliau kepada Perdana Menteri berikutan ramai Ahli Dewan Rakyat akan menunaikan ibadah haji ke Makkah pada tahun ini yang memerlukan persiapan sewajarnya.", "– Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=34044
NOVEL: ENSERA WAT BUJANG SUGI
[ "Tusun Ke-9", "NANYA ENDU SEDINANG", "NYA alai jaku sida iya bedau putus laban apin nanya Endu Sedinang. Nya alai tak lalu angkat Indai Bangau Mantai lalu niki ke sadau Endu Sedinang Dara Bagau, diau di panggau biau ribut kemarau maya nebang. Iya niki ke berangin tinggi ke kediri-diri nadai nenjang. Dia iya meda Sedinang duduk degi-degi petangan ujung jari iya benung negika menyeti bali tengkebang. Iya duduk dugau-dugau, ujung tunjuk indu iya nyelaku punggang kumbu muau ke bebuah ngambi likau nabau melelenang. Iya benung nyulam enggau jadam benang gudang, benung gawa nyubak enggau bulu landak sesetak tengelang labang.", "Meda Indai Bangau Mantai, Sedinang lalu ngetu gawa. Dia seduai lalu berimbai kerigai rusuk marang. ", "“Au dih aka, nama dih chap surat kirum raja? Nama dih abar putar berita? Nama kebuah nuan kitu, nama kereja?” ku Sedinang.", "“Au adi. Aku datai ditu nadai panjai jaku. Nya alai lemai kemari Ibu Indai Rimbu seduai Aya Apai Rimbu bisi datai ari menua sida iya di Tuchung Biau Balai, Ke Dedinggai nadai nenjang, di Batang Buluh Balau ke Belai Lega Langkang. Seduai iya udah ditanya sida apai pejalai. Seduai iya ke nemuai ngagai penyarai rumah lantang kitai, seduai iya minta bini; nanya nuan ke bini Sugi enggau iya serasi betambak singkang,” ku Indai Bangau Mantai.", "“Au mih kau aka. Enda mih aku aka. Enda aku muai jaku sida apai, enti sida iya ngasuh, aku nguai ngagai menua orang,” kemah ku jaku Endu Sedinang nyaut enggau tekup dabung jarang.", "“Enti nuan deka adi, nuan deka dibai sida iya pulai ke bejalai nyurung mansang enti hari udah tawas teringkas siang,” ku Indai Bangau Mantai.", "“Barang iya mih, anang ga Sugi ngayahka aku beduan ngayahka orang. Enti iya ka nupi aku, ba pengawa jai sama enggau lantang, aku ka,” pia ku Endu Sedinang.", "ENDU SEDINANG SETUJU", "Nya mih naka jaku Indai Bangau Mantai.  Iya lalu pulai ke bilik pansut ke ruai. Nya alai iya madahka Sedinang nadai jaku. Dia orang mayuh lalu betempap jari magang-magang. Orang tak nying begau munyi ke mulau bala nyerang. Sida sama ketawa gaga di sekayu peretang rumah raya, ninga jaku nyau sama balat besenentang.", "Nya alai hari pan nyau lama malam udah kelam sabung petang. Orang mayuh nyau pulai ngagai bilik diri empu dalam ngeruang. Sida Aya Apai Rimbu pan lalu nindukka diri kelemumuk ngedang belakang. Tak enda berasai dih alai hari tawas teringkas siang. Tak lalu niki Indai Bangau Mantai ngagai Endu Dara Sedinang ngasuh iya begari sereta besikap serangkap genap chukup magang; ngasuh iya ngaduka perengka diri ke dara chukup semua nadai ketimpang.", "Nya alai Sedinang pan lalu begari masukka beringin kain keberaya ke bebuah manah gaya penarah jera tupai kendawang. Iya masukka kain teruba iya ngebat ke nyingkat nanchang jempulang. Nya kain teruba iya gawa mangku tangga ridan pengerang, anak kain kumbu Brunei enggi Sedinang Dara Pandai, peda bebuah manah amai, bekaki tau bejalai, bejari landik megai, benyawa pandai ngumbai, ngangauka mengandai tangkai menimang. Tempap Sedinang serungap rawai dagang lalu pelingka iya sengkiling ringgit wang. Udah nya, araka iya tumpa penanggam tapa jari ngengkang sambil lengan kanan iya tanggam ripan gelang gudang. Dilepika iya sekali sanggul lintang lalu lepi sekali sanggul gantung baka tangkung burung kenyalang. Peda sanggul silai Sedinang tak baka pemansai laka disingkang. Entakka iya tisir pirak bekegetak baka gerejak tiang empang. Bedimbu Sedinang ngelalaika tusu ngelampu kembang lalu beselampai Sedinang Dara Lengunai enggau menyeti bali belulai, manah urai pantak kechendai tabur mau magang. Udah nya, aduka Sedinang mua tampak enggi iya baka pandang senayak bulan mansang. Idung manchung enggi iya baka puchung ke tebantun tensang. Nyau aduka iya kuyu gemu baka telu manuk indu kepayang mekang.", "ENDU SEDINANG NITIHKA PEMULAI ENTUA", "Nya mih naka kelulu gaya perengka Endu Sedinang ke genap nadai penimpang. Endu Dara Sedinang pan pulai nyereta Ibu enggau Aya Apai Rimbu. Nya baru tak suma ga iya nyingkangka bulang ujung kudung, iya ngejangka gerunggang papan guntung di baruh penjuang tulang perabung, baruh kurung rumah nyementang. Suma keledanja nyingkang Sedinang Dara Pandai bejalai ngejangka meligai panggau besai iya ke dedinggai nadai nenjang.", "Tunjan iya tangga papan numpu sengkan guchi beluyang. Indik iya bilik baik baka tasik ngumbang Rajang, bilik besai baka Brunei ke seberai Nanga Limbang. Dia Ibu Indai Rimbu pan lalu malik enggau jebulik mata nentang. Dia Ibu Indai Rimbu nyau enda nyamai diau baka kena pulau bala nyerang. Iya tak nyau peluh ngum baka ke mangkang unggun pandang bedilang. Iya tak nyau kasak-kasak baka pekaban ikan juak mabuk anak tubai tengang. Iya tak nyau getar-getar baka ngunggar ampuh pasang meda pemajik Endu Dara Sedinang ke tak nadai endur mantah, nadai endur mejah. Tak naka pemajik mensia mansang. Dia Sedinang pan lalu duduk enggau Ibu Indai Rimbu besaruk denjang seringgang, duduk berimbai enggau mentua iya empu di kerigai rusuk marang.", "Sida tiga pan nyau beati deka bejalai belundai nyurung mansang, tak nyau tebuka bedaru pintu bandir tapang. Indik sida tempuan nyapan baka sampan ban dagang lalu niti sentali rumah panjang ke nyau datai ba ruai sida Bujang Paku Lawang, Pemantang Chapin Timbau, Pat Bulat Pengeruang Tukau. Dia sida meda iya gali lading-lading baka tinting maring muang. Iya ke tinduk nyadai di panggau tengah ruai, kereban mikai udai lama ditebang. Dia iya tak lalu ngebakka bungkur iya enggau selanggur bali tengkebang lalu bejaku iya munyi tu enggau Endu Dara Sedinang.", "BUJANG PAKU LAWANG NANYA ENDU SEDINANG", "“Oh kini nuan Sedinang, perengka nuan enda jena baka, baka ke maya mansang ngabang? Kini penemuai nuan Sedinang belundai nyurung mansang?", "“Au dih Sedinang wai, enti nuan beambai, dih Sedinang, anang ga nuan lama ninggalka rumah panjai balat jementang. Enti nuan belakika Bujang Sugi, sepi asai nuan Sedinang. Nya orang ke endang berani mutus garang,” kemah ku Bujang Paku Lawang.", "Dia Sedinang tak enda nyaut enggau mulut dabung jerantang, tak enda malik nikal ke belakang. Sida tiga tak mupuk bejalai betunda-udi sama nyingkang. Nya alai datai sida di pala tangga nurun ke tanah menalan manah enggi sida alai matahka rakah sabang seluang.  Kejang sida ari nya, sida niti sentali jalai ulang lalu datai di pendai masai alai mandi sekali besungga undang. Sida nyemerai tebing seberai nyemerang tebing seberang lalu terus nengah kampung baung nadai dinga ensung nyumbuh bujang, kampung sunyi nadai dinga buie buau orang. Bukit tait turun tiki, sungai diulu sungai diili. Nya alai bejalai sida sepagi-pagi nyerumba matahari ke gemeri tampak terang, panas ke belebas mandang lumpang. Dia sida tiga tak sama ikak lelak tulang. Aya Apai Rimbu tak lalu mai ngetu tengeju lama lengang. Pantap iya engkubung ambi ke pelasar, pantap iya menua ambi ke panggal.", "Dia sida lalu ngetu tengeju lelak tulang. Dia Aya Apai Rimbu nyau sinu di leku kandang dada lebuh nentang menantu iya, Endu Sedinang Dara Melisa ke tak nyau lelak ikak gaya laban iya ke enda kala bejalai di menua kampung puang. Dia tak sinu di leku kandang kamai Aya Apai Rimbu, Raja Besai, meda Sedinang Dara Pandai, tak lelak ikak bejalai ke belundai nyurung mansang. Dia tak lalu muchau Aya Apai Rimbu munyi Melanau nimbau bangkung, nyau bejaku munyi Sebaru tunsang ujung lalu besangin munyi Beketan Palin ngulihka lilin madu ranggung. Aya Apai Rimbu lalu nyampi munyi Menani manang Chelung laban iya, enti jalai panjai iya tau ngasuh nya pandak, enti menua jauh iya tau ngasuh nya semak.", "NYAMBUT PENATAI ENDU SEDINANG", "Kejangka sida tiga ari nya, manggai di Bukit Nimung Engkabung Burung Lelayang Rangkang, di Tuchung Biru Nakung Ke Labuh Begempung Ninggalka Idang. Nya ga bukit seberai pendai sida Apai Rimbu, masai alai mandi sekali besungga undang. Nya pendai tengah sida Apai Rimbu, udah dipanjah enggau rajah minyak pemandang. Datai sida di pendai, sida lalu mandi bepari isi bebuai peluh langkang. Tembu mandi, sida pan lalu begari, masukka perengka enda jena baka, baka maya nurun ngabang. Udah masukka gari manah ke deduah puji orang, Aya Apai Rimbu dulu lalu Sedinang tengah. Tak bejalai lubah sida baka nipah ke rebah puak laut. Tak suma nyingkang nyurung pejalai Sedinang Dara Lempung baka nibung ke berayung puputka ribut. Tak bejalai ringang-ringang Endu Dara Sedinang baka pasang besegang mudik anyut.", "Nya alai udah datai di menalan sida lalu niki ke rumah.  Dinga gu-gu orang sekayu punggang peretang rumah merundu munyi empangu ngambat kalu bulan mansang.  Dinga tak rami richah rimai orang sekayu punggang rumah panjai munyi ke begawai ngidang pengabang. Sida begau laban meda Sedinang baru datai belundai nyurung mansang. Dia dinding ke nyau beseling abis dipekerumbak. Pintu abis tekebu lalu tesilak. Sida ke kait nyau pandai bejalai bekejengkak. Sida ke buta lalu menchelak. Pia mega, sida ke ngandung lalu beranak.", "Maya nya, tudah Semanjan tak bedau nyabak di awak selangka dada  diau di panggau ke begurau tuntun mata, di berangin tinggi enggi iya kediri-diri remba-remba, masai baruh kurung perabung rumah raya, enggi sida iya enda jena baka, baka ke nyentuk di singka niga lantang. Orang mayuh pan begau magang-magang. Dia bala sida ke bujang nyau bekesetak mengkelak. Sida bujang biak nyau mandam geladak papan simbang.", "“Naka mih pemajik bini Sugi Endu Sedinang,” kemah ku jaku bujang mayuh.", "Oleh JANTAN UMBAT", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=42251
Kerajaan cari jalan penyelesaian kurangkan beban rakyat tanpa pengeluaran KWSP
[ "KUALA SELANGOR: Kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian bagi membantu mengurangkan beban rakyat yang menghadapi masalah kewangan tanpa perlu mereka mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).", "Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana pencarum sudah beberapa kali membuat pengeluaran KWSP sebelum ini, dan keadaan ini pastinya menyebabkan simpanan untuk persaraan mereka semakin berkurangan.", "“Banyak yang telah dikeluarkan (simpanan KWSP) sebelum ini. Jadi ada yang tinggal RM10,000, RM5,000. Mereka yang nak keluarkan wang itu kena fikir apa pilihan yang ada.", "“(Misalnya) pencen empat tahun lagi, apa nak jadi? katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Syarahan Ulung Kursi Siddiq Fadzil di Universiti Selangor, Kampus Bestari Jaya di sini, semalam.", "Anwar berkata demikian ketika ditanya sama ada pengeluaran KWSP akan turut dipertimbangkan dalam Belanjawan 2023.", "Beliau berkata, kerajaan perlu membuat pertimbangan terhadap kebenaran bagi pengeluaran KWSP itu untuk mengelak rakyat terbeban selepas bersara kelak.", "Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata tumpuan Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini, adalah mengenai usaha untuk menangani masalah defisit negara, isu pendigitalan, keselamatan makanan dan kos sara hidup rakyat.", "“…yang lain akan saya umumkan semasa (pembentangan) belanjawan itu nanti,” katanya.", "Berhubung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang didakwa terkilan kerana tidak diundang menghadiri mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada Selasa lepas, Anwar berkata mesyuarat itu hanya melibatkan parti-parti yang mengasaskan Kerajaan Perpaduan.", "“Sebenarnya, mesyuarat itu adalah mesyuarat dalam kalangan parti-parti yang mengasaskan Kerajaan Perpaduan…yang lain (mesyuarat bersama parti lain yang menyokong Kerajaan Perpaduan) akan dibawa dalam jawatankuasa,” katanya. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=45749
Regata Baram Marudi ditunda
[ "MARUDI: Regata Baram Marudi yang telah dijadualkan pada 24 hingga 27 Ogos 2023 telah ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.", "Pegawai Daerah Marudi Belayong Pok menerusi kenyataan hari ini berkata, penundaan tarikh Regata Baram berkenaan disebabkan oleh hal-hal yang tidak dapat dielakkan oleh pihak jawatankuasa penganjur.", "Susulan penundaan, pihak Majlis Daerah Marudi memohon maaf atas segala kesulitan dan kerjasama daripada semua pihak berhubung perkara tersebut.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=18169
Hotel AS hilang lima juta pekerjaan sejak Februari
[ "NEW YORK: Industri perho- telan di Amerika Syarikat (AS) menyaksikan kehilangan li- ma juta pekerjaan sejak Fe- bruari, kesan daripada Co- vid-19 yang turut meragut hampir 210,000 nyawa di ne- gara ini, lapor agensi berita Xinhua, memetik statistik terkini.", "Kadar penginapan bilik hotel pada Ogos di AS adalah 48.6 peratus, turun 31.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dan kadar-nya terus menurun kepada 48.5 peratus pada minggu kedua September, kata STR, badan swasta yang menyediakan penanda aras data, analisis dan pandangan pa- saran untuk sektor hospitaliti global.", "Sementara itu, menurut Per- tubuhan Hotel Mewah Anta- rabangsa (ALHI), hanya 38 pe- ratus orang di AS yang bercadang untuk bercuti pada 2020, berbanding 70 peratus pada tahun kebiasaan.", "Kira-kira tiga per empat hotel di Amerika sedia untuk memberhentikan lebih banyak kakitangan semasa pandemik, sekiranya tiada sebarang bantuan lagi daripada pemerintah dalam waktu terdekat, kata ALHI.", "Sesuai dengan kadar pe- nginapan dan tahap pen- dapatan saat ini, dua pertiga hotel di AS hanya mampu ber- tahan selama enam bulan beroperasi tanpa bantuan baharu dari kerajaan, tambahnya.", "Pangkalan data banci STR untuk tahun berakhir 2015 menunjukkan kira-kira 5 juta bilik hotel di lebih dari- pada 52,000 hartanah di AS. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=20878
Agong titah semua pihak ketepi perbezaan, perangi Covid-19
[ "KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan, supaya rakyat mengetepikan perbezaan politik, bangsa dan agama, bagi memerangi Covid-19 yang berterusan mencatatkan kes positif harian empat angka, sejak hujung tahun lepas.", "Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda yakin, dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, negara mampu untuk sekali lagi melandaikan lekuk kes jangkitan Covid-19, sekali gus meringankan beban dipikul petugas barisan hadapan.", "Menurutnya baginda menzahirkan kegusaran, melihat peningkatan keperluan rawatan rapi dan penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) khususnya di Lembah Klang, yang mencatatkan kenaikan mendadak kes-kes positif.", "“Berikutan peningkatan keperluan rawatan rapi dan penggunaan katil ICU ini, pesakit-pesakit jangkitan Covid-19 yang kritikal, terpaksa ditempatkan di hospital-hospital kerajaan yang lain, dan ini boleh menjejaskan rawatan pesakit-pesakit bukan Covid-19 yang lain,” titah Al Sultan Abdullah menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Negara, semalam.", "Isnin lepas negara merekodkan sebanyak 3,306 kes jangkitan Covid-19 baharu, manakala 15 hospital Covid-19 dilaporkan mencatatkan kadar penggunaan katil Covid-19 (bukan ICU) melebihi 70 peratus.", "Dalam pada itu, Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa dukacita terhadap rakyat yang masih tidak peka dalam tindak-tanduk harian mereka, khususnya terhadap pematuhan disiplin amalan kebiasaan baharu dan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak ini.", "“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menyeru seluruh rakyat menzahirkan solidariti dan sokongan padu kepada para petugas barisan hadapan, dengan bersama-sama berganding bahu berdisiplin mematuhi semua perintah yang ditetapkan kerajaan dan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.", "Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah turut mengajak rakyat untuk bersama mendoakan agar petugas barisan hadapan sentiasa dilindungi, segala usaha dilakukan semua pihak dalam memerangi Covid-19 diberkati dan berjaya, serta negara sentiasa dilindungi dan bebas dari wabak ini dengan segera.", "Menurut Ahmad Fadil, Seri Paduka Baginda amat memahami cabaran besar diharungi wira dan wirawati petugas barisan hadapan ketika ini, dan berharap mereka terus cekal dan tabah dalam memerangi gelombang ketiga penularan wabak Covid-19.", "“Al-Sultan Abdullah amat menyanjung tinggi pengorbanan dicurahkan petugas barisan hadapan demi keselamatan diri rakyat dalam memikul tanggungjawab membendung wabak Covid-19 dan merawat pesakit-pesakit wabak yang boleh meragut nyawa ini.", "“Justeru, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar semangat kental dan juang tinggi dipamerkan mereka, sebagai benteng utama negara sejak bermulanya penularan wabak ini awal tahun lalu turut dihargai seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya, usaha gigih petugas barisan hadapan sewajarnya dipuji dan terus dihargai,” katanya. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21775
Kerajaan mahu lindungi rakyat
[ "LAWAS: Kerajaan mahu melindungi rakyat daripada pandemik Covid-19 yang kini telah meragut lebih dua juta nyawa di seluruh dunia.", "Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasanmenyaran penduduk Sarawak khususnya di Daerah Limbang dan Lawas segera mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin secara dalam talian di aplikasi mysejahtera atau secara manual.", "Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak memaklumkan program vaksinasi bagi Daerah Limbang dan Lawas akan bermula pada 6 dan 7 Mac ini.", "Bagi Daerah Lawas, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Malaysia yang juga Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong akan mendahului senarai penerima suntikan vaksin di Lawas pada 7 Mac ini.", "Manakala 6 Mac pula ialah vaksinasi bagi Daerah Limbang yang akan diketuai Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota dan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Haji Hasbi Habibollah selaku Ahli Parlimen Limbang.", "Ini melibatkan semua petugas barisan hadapan bagi Daerah Limbang dan Lawas.", "Awang Tengah turut berkongsi pengalaman selaku rakyat Sarawak terawal menerima suntikan vaksin Covid-19 bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg baru-baru ini.", "“Mula-mula memang rasa gementar juga, tetapi selepas menerima suntikan, alhamdulillah semuanya baik dan tidak menyakitkan.Saya ini sering menerima suntikan gout yang mana jauh lebih sakit daripada suntikan vaksin Covid-19. Apapun tidak ada kesan sampingan yang serius cuma pada hari kedua terasa letih dan mengantuk,” tambahnya.", "ADUN Bukit Sari itu melakukan lawatan kerja singkat ke beberapa kawasan di Lawas yang melibatkan kawasan Merapok, Trusn dan Ulu Batang Trusan.", "Turut sama mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri KPLB Dato Henry Sum Agong, Timbalan Residen Bahagian Limbang Haji Sebi Haji Abang, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan ketua jabatan kerajaan Bahagian Limbang.", "Oleh ADENG EDRUS", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=2507
Anak buaya berkeliaran di jalan raya
[ "MIRI: Pengguna jalan raya di Lutong di sini terkejut apabila menemui seekor anak buaya berkeliaran di tengah jalan raya berkenaan,semalam.", "Dalam kejadian kira-kira 10.00 malam itu, anak buaya itu dipercayai dari sungai berhampiran sebelum sesat dan berkeliaran di tengah jalan raya sebelum disedari pengguna jalan raya.", "Terkejut dengan kehadiran sang bedal itu, pengguna berkenaan segera menghubungi pihak bomba untuk menangkap buaya berkenaan.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Terry Robson berkata, sepasukan anggotanya dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima aduan tersebut. ", "“Setibanya di lokasi, anggota kami mendapati seekor buaya sepanjang lebih satu meter itu masih berada di jalan raya. ", "“Pasukan kami menggunakan penjerut untuk menangkap buaya tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini. ", "Katanya, buaya tersebut kemudian dilepaskan semula ke sungai berdekatan. ", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=35529
CETUS KEMUSNAHAN BESAR
[ "MOSCOW: Sekurang-kurangnya 13 orang, termasuk tiga kanak-kanak, terbunuh selepas sebuah pesawat tentera Rusia terhempas ke kawasan perumahan Yeysk, sebuah bandar di barat daya Rusia berhampiran sempadan Ukraine, kata pihak berkuasa Moscow pada Selasa ketika operasi mencari berakhir.", "Kementerian situasi kecemasan berkata dalam satu kenyataan bahawa penyelamat telah menyelesaikan pencarian runtuhan, dan menemui 10 lagi mayat, selepas mengumumkan tiga kematian sebelum ini.", "“Secara keseluruhan, 13 orang maut, termasuk tiga kanak-kanak, manakala 19 orang cedera,” menurut kementerian itu, seperti dipetik oleh agensi berita Rusia.", "Sukhoi Su-34 terhempas pada petang Isnin, menyebabkan kebakaran besar yang melanda sebuah bangunan sembilan tingkat yang didiami oleh 600 penghuni.", "Presiden Rusia Vladimir Putin dimaklumkan mengenai kebakaran itu dan mengarahkan “semua bantuan yang diperlukan diberikan kepada mangsa akibat insiden pesawat tentera,” kata Kremlin kepada agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan.", "“Di tapak nahas Sukhoi Su-34, di halaman kawasan perumahan, bahan api pesawat itu terbakar,” kata kementerian pertahanan. Imej di media sosial menunjukkan sebuah blok kediaman era Soviet yang dilalap api.", "Kebakaran merebak di lima tingkat bangunan itu, meliputi 2,000 meter persegi (21,500 kaki persegi), kata kementerian situasi kecemasan.", "Kementerian pertahanan berkata juruterbang pesawat itu dapat melepaskan diri.", "Pesawat itu terhempas selepas berlepas untuk menjalankan penerbangan latihan dari lapangan terbang tentera Daerah Tentera Selatan, katanya.", "Ia menambah bahawa jet tentera itu telah rosak selepas “salah satu enjinnya terbakar semasa berlepas.” – AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23283
Benak gamit perhatian orang ramai
[ "ENGKILILI: Ketibaan air pasang raja setinggi 6.5 meter telah membolehkan ombak besar atau lebih dikenali sebagai benak menyelusuri sepanjang Sungai Batang Lupar seawal pagi semalam.", "Sudah tentunya kehadiran benak telah mewujudkan suasana pemandangan yang menarik di kawasan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar hingga ia menggamit perhatian orang ramai di Bandar Simanggang untuk menyaksikan fenomena tersebut dari lokasi itu.", "Bagaimanapun kehadiran fenomena benak ini sebenarnya bukan sahaja boleh disaksikan oleh orang ramai yang berada berdekatan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar dalam bandar tersebut.", "Ini kerana penduduk yang tinggal berdekatan sungai juga boleh menyaksikan kehadiran fenomena benak apabila air pasang raja mula bergerak dari kawasan muara hingga ke hulu Sungai Batang Lupar.", "“Kami, penduduk Rumah Panjang Langkang Ulu di sini juga mampu menyaksikan fenonema benak ketika berlangsung air pasang raja di Sungai Batang Lupar,” kata seorang penghuni di situ yang enggan namanya didedahkan di sini.", "Jelas beliau, keadaan kewujudan pantai pasir dan dasar sungai yang cetek berdekatan pengkalan sungai rumah panjang mereka membolehkan fenomena benak itu berlaku ketika berlangsung air pasang raja.", "“Apabila bunyi deruan ombak mula kedengaran di kawasan hulu, anak muda yang kebetulan berada berdekatan pengkalan sungai akan mula bersedia dengan telefon pintar masing-masing untuk merakam kejadian fenomena alam itu di sini.", "“Dengan ketinggian mencecah paras hampir satu meter, gelombang benak berkenaan akan menyelusuri sungai pengkalan kami sebelum ia menghempas kawasan tebing dan hilang beransur-ansur di lokasi seterusnya,” kata beliau.", "Penjawat awam itu berkata pemandangan suasana ketibaan benak berdekatan sungai di rumah panjang mereka tidak dikongsi di media sosial selama ini kerana publisiti mengenai fenomena itu sering ditonjolkan di Taman Tebingan Sungai Batang Lupar.", "“Justeru, sebagai penghuni Langkang Ulu maka adalah menjadi kebanggaan kami untuk memiliki daya tarikan benak yang tersendiri di sini walaupun ia tidak sehebat benak yang menyelusuri Sungai Batang Lupar di Bandar Simanggang,” kata beliau.", "Oleh VALENTINE NGUMBANG", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13347
Sistem saliran Tanjung Sebekut dinaik taraf
[ "SPAOH: Sistem Saliran Tanjung Sebekut di sini akan dinaik taraf dengan kos RM5 juta, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.", "Projek itu akan ditender dalam masa terdekat, katanya ketika menjelaskan komponen latihan peningkatan kepada anggota Skim Tanjung Sebukut di sini, semalam.", "Turut hadir Pegawai Saliran dan Pengairan Bahagian Betong, Bartholomew Emily Ayu, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Dr. Richard Rapu dan Pengerusi Skim Tanjung Sebukut, Abang Hendi Abang Zaini dan Setiausahanya, Abdul Karim Jawi.", "“Kerajaan akan menyediakan kemudahan bagi pesawah padi di daerah ini dengan mesin untuk membantu dalam penuaian,” katanya sambil memberitahu Kerajaan Sarawak kini meningkatkan infrastruktur jalan, saliran dan pengairan dan ahli jawatankuasa akan terlibat dalam memantau kerja naik taraf.", "Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban menegaskan, tender untuk pembinaan pasar baharu Spaoh bernilai RM5 juta akan ditutup pada Rabu ini.", "“Pasar ini akan menjadi bangunan dua tingkat. Tingkat atas terdiri daripada kedai makan, manakala di tingkat bawah meliputi keseluruhan pasar.", "“Ini merupakan satu lagi manifestasi berterusan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membawa kemudahan moden dan lebih baik di kawasan luar bandar negeri ini.", "Menurut Setiausaha Majlis Daerah Betong, Charlie Keling, penyerahan kawasan pembinaan itu kepada kontraktor yang berjaya dijangka dilakukan pada pertengahan September depan.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=44590
Wahab menyumbang kepada masyarakat kampung sempena Ramadan
[ "DARO: Bekas Ahli Parlimen Igan, Dato Sri Wahab Dolah terus komited untuk memberi sumbangan kepada masyarakat kampung sempena Ramadan bagi menyantuni komuniti setempat.", "Pengerusi Permodalan ASSAR Sdn Bhd itu menaja daging untuk penduduk di Pulau Bruit baru-baru ini.", "Beliau turut menyumbang buah kurma untuk setiap keluarga membabitkan lebih 7,000 ketua isi rumah di kawasan Parlimen Igan yang akan diagihkan esok.", "Kaedah pengagihan daging pula berbeza iaitu orang kampung bergotong-royong memasak daging dan kemudian diedarkan ke setiap ketua isi rumah untuk berbuka puasa di kampung Betanak, Kampung Penibong dan Penuai.", "Wahab berkata, daripada memberi daging 1/2 atau 1 kilogram kepada setiap ketua isi rumah, adalah lebih baik memberi dan mengedarkan masakan yang sudah siap bagi memudahkan penerima terutama kalangan asnaf, anak yatim dan ibu tunggal.", "Menurutnya, amalan bersedekah itu adalah tanda kesyukuran atas rezeki yang Allah beri ‘kerana dalam rezeki saya, ada rezeki orang lain.’", "“Tanda kesyukuran ini ada tiga cara. Pertama dalam jiwa berasa kesyukuran dengan melaksanakan ibadah.", "“Kedua, dengan ucapan syukur Alhamdulillah dan ketiga perbuatan iaitu menghulurkan atau mengembalikan hak orang lain atas rezeki yang kita peroleh.", "“Saya rasa lebih tenang dan gembira setiap kali menghulur sumbangan,” katanya yang setiap tahun turut mengadakan sumbangan seumpama itu di Kampung Tian sejak dahulu.", "Wahab berkata, bayangkan di Madinah dan Tanah Haram Makkah, orang ramai berebut-rebut memberi sedekah terutama pada Ramadan.", "Katanya, amalan bersedekah dalam bulan puasa terutama memberi makanan untuk orang berbuka adalah amalan yang perlu digalakkan.", "Sementara itu, Wahab turut menyumbang RM5,000 untuk setiap masjid dan RM3,000 untuk setiap surau termasuk surau sekolah di kawasan Parlimen Igan.", "“Jumlahnya kira-kira RM190,000. Ini bertujuan menampung kos operasi tempat ibadah yang meningkat pada Ramadan dengan pelbagai aktiviti keagamaan,” katanya.", "Majlis penyampaian sumbangan itu diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Tian, baru-baru ini yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=6543
China dakwa warga Kanada curi rahsia negara
[ "BEIJING: Pemerintah China secara rasmi mendakwa dua warga Kanada yang ditahan lebih 18 bulan lalu atas tuduhan mengintip, kata pegawai hari ini di tengah-tengah ketegangan diplomatik antara Beijing dan Ottawa.", "Penahanan bekas diplomat, Micheal Kovrig dan ahli perniagaan Michael Spavor dipercayai sebagai tindak balas terhadap tindakan Kanada menahan eksekutif kanan gergasi telekomunikasi China, Huawei iaitu Meng Wanzhou pada 1 Disember 2018.", "Pejabat pendakwa raya utama China dalam satu kenyataan semalam berkata, ia telah memulakan tindakan pendakwaan terhadap Kovrig dan Spavor atas tuduhan jenayah berkaitan risikan dan mencuri rahsia negara.", "Pada awalnya, kedua-duanya dituduh terbabit dalam aktiviti yang membahayakan keselamatan China iaitu frasa yang sering digunakan Beijing dalam isu berkaitan pengintipan.", "Tuduhan mengintip boleh mengakibatkan Kovrig dan Spavor dijatuhi hukuman penjara yang lebih lama.", "Pendakwaan itu dibuat beberapa minggu selepas keputusan utama dalam kes Wanzhou di mana hakim Kanada memutuskan bahawa proses untuk mengekstradisinya ke Amerika Syarikat (AS) akan diteruskan.", "Wanzhou diberkas di Vancouver atas permohonan AS yang menuduhnya melanggar sekatan terhadap Iran.", "Penahanan Wanzhou serta tindakan Beijing menjadikan Kovrig dan Spavior sebagai ‘cagaran’ turut merosakkan perdagangan antara kedua-dua negara.", "China juga telah menyekat eksport pertanian Kanada yang bernilai berbilion dolar. – AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=46432
Mesir memumiakan jerung baham pelancong Rusia
[ "ANKARA: Mesir dalam usaha untuk memumiakan jerung tenggiri (tiger shark) yang membaham seorang pelancong Rusia di bandar Hurghada, dekat Laut Merah pada Khamis lepas.", "Haiwan itu kemudian berjaya ditangkap dan dibawa ke darat.", "Sebahagian anggota badan pelancong berusia 28 tahun itu ditemukan dalam perut haiwan itu, manakala selebihnya dijumpai oleh nelayan.", "Bangkai jerung tenggiri itu telah diserahkan kepada penyelidik di Institut Sains Marin untuk diawet sebelum dipamerkan di muzium, menurut Agensi Anadolu memetik akhbar tempatan Shorouk.", "“Jerung tenggiri, haiwan kedua paling berbahaya kepada manusia selepas jerung putih.", "“Haiwan itu boleh ditemukan di Laut Merah dalam jumlah yang kecil. Bagaimanapun, jerung itu dikatakan memburu di sekitar pantai dan boleh menangkap mangsanya pada kedalaman kurang dua meter,” kata pakar di Institut Sains Marin, Ashraf Seddik.", "Sementara itu, ketua institut berkenaan Ahmed Wahballah berkata, jerung itu akan dipamerkan di Muzium Institut Saintifik. ", "Pada 2022, dua pelancong Eropah terbunuh diserang haiwan itu berhampiran Hurghada manakala pada 2020, seorang budak lelaki Ukraine kudung tangan dan seorang pemandu pelancong Mesir kudung sebelah kaki akibat diserang jerung.", "Seorang pelancong Czech, pelancong Jerman serta pelancong dari Eropah turut maut akibat dibaham jerung masing-masing pada 2018, 2015, 2010. – Bernama-Agensi Anadolu", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=25995
Kafe konsep 2D, raih jualan puluhan ribu
[ "TUMPAT: Pengalaman bekerja sebagai barista sambilan di sebuah cawangan kafe popular di Kuala Lumpur lima tahun lepas telah mendorong Ismail Mohamad, 24, memendam hasrat untuk menceburi bidang perniagaan dalam industri makanan dan minuman (F&B).", "Kini, bekas kakitangan di sebuah syarikat penerbangan tempatan itu berjaya merealisasikan impiannya, dengan mengusahakan Movilion Coffee House (Movilion) yang mempunyai dua cawangan, masing-masing terletak di Pasir Pekan di sini dan Kota Bharu yang berkonsepkan hiasan dalaman dua dimensi (2D).", "“Trend anak muda sekarang yang suka mengambil gambar dan berkongsi di media sosial memberi idea kepada saya untuk membuka kafe ini, malah pekerjaan sebelum ini yang berpeluang melawati negara luar juga memberi inspirasi kepada saya membuka kafe konsep 2D yang pertama di Kelantan,” katanya kepada Bernama.", "Uniknya Movilion ini, dinding dan lantainya ‘dicat’ warna putih-hitam dengan lukisan 2D yang mempamerkan pelbagai suasana di beberapa bahagian tempat makan antaranya gambaran seorang wanita sedang menikmati minuman di restoran.", "Berkongsi cerita, anak jati Kota Bharu ini yang gemar menjelajah ke ‘tempat orang’ telah melawat ke 25 negara termasuk Korea, yang memberi ilham kepadanya untuk membuka kafe berkonsepkan 2D itu.", "“Pertama kali saya bercuti ke negara berkenaan pada 2018 dan semasa melawat bandar Incheon dan Seoul, saya ternampak dan kagum dengan sebuah kafe di situ yang menggunakan hiasan dalaman 2D bertemakan suasana dan budaya Korea zaman dahulu.", "“Maka, saya terdetik untuk mengusahakan kafe seumpama itu memandangkan tiada lagi kafe berkonsepkan 2D di Kelantan. Justeru, saya mengambil peluang ini supaya perniagaan saya tampak berbeza berbanding pengusaha kafe tempatan yang lain,” katanya.", "Selain menyediakan minuman kopi, Movilion juga menjual pelbagai juadah ala barat antaranya pasta dan ‘chicken grill’, termasuk pencuci mulut seperti aiskrim berperisa ‘cheesecake’ dan menu istimewanya ‘waffle with ice cream’ yang menjadi jualan terlaris ketika ini. Kesemua makanan dan minuman itu adalah resipinya sendiri.", "Mengulas lanjut, Ismail mula mengusahakan kafenya selepas hilang pekerjaan sebagai seorang kakitangan khidmat pelanggan di syarikat penerbangan tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, susulan sektor itu terjejas oleh pandemik Covid-19.", "“Hampir empat tahun saya bekerja dalam industri penerbangan dan sememangnya amat meminati kerja saya sebelum ini, tetapi rezeki terhenti pada Januari lalu kerana terpaksa diberhentikan. Jadi, saya ambil keputusan untuk pulang dan tinggal bersama ibu bapa di Bachok.", "“Kemudian, saya memulakan perniagaan (Movilion) pada awal Februari lepas dengan menggunakan duit simpanan sendiri sebagai modal, selain turut dibantu dua orang kakak, Nurul Izzah, 32, dan Fauzah, 29, yang juga rakan kongsi serta penasihat syarikat,” katanya yang memegang saham Movilion sebanyak 51 peratus.", "Ismail mengakui pada permulaan perniagaan beliau, ia tidak memberangsangkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak membenarkan kedai makan beroperasi seperti biasa, bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.", "Namun, dengan semangat tidak mudah putus asa, Ismail berkata, beliau terus mempromosikan Movilion melalui media sosial serta menggunakan perkhidmatan ‘e-hailing’ untuk melonjakkan jualan perniagaannya, dan ternyata kaedah itu membuahkan hasil sehingga kafenya semakin dikenali penduduk tempatan sejak Jun lepas.", "Malah, anak kelima daripada enam beradik ini, sekarang ini mampu ‘tersenyum lebar’ apabila jualan makanan serta minuman ala barat di kafenya, sudah mencecah antara RM50,000 hingga RM70,000 sebulan dan hasil jualan semakin meingkat selepas kerajaan membenarkan ‘dine-in’ di kedai makan.", "Mengakhiri perbualan, Ismail yang merupakan pemegang Diploma Pengurusan Penerbangan di Kolej Cybernatic di Kuala Lumpur, buat masa ini fokus untuk memperkukuhkan lagi dua cawangan Movilion yang sedia ada, sebelum memperluaskan perniagaannya di daerah lain.", "“Insya-Allah, pada masa akan datang, saya akan membuka lagi cawangan yang baharu sekali gus dapat meningkatkan peluang pekerjaan kepada anak muda tempatan,” katanya yang kini menggajikan seramai lapan pekerja.- Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21410
Sarawak United perlu stadium di Lembah Klang
[ "SARAWAK United memerlukan bantuan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi memilih stadium di sekitar Lembah Klang untuk dijadikan sebagai stadium tuan rumah.", "Menurut Presiden Sarawak FA, Datuk Posa Majais, ini bagi memudahkan perlawanan liga untuk pasukan lawan menentang Sarawak United ketika Sarawak masih sibuk mengekang penularan Covid-19.", "“Dengan Sarawak kini merupakan kawasan zon merah semestinya akan menyukarkan pasukan lawan untuk bertandang ke sini kerana perlu menjalani proses kuarantin terlebih dahulu.", "“Keadaan ini pasti akan menyebabkan pihak lawan akan menolak untuk bermain di sini ekoran perlu mengikuti prosedur wajib tersebut,” katanya.", "Tambah Posa lagi, Kerajaan Sarawak kini dilihat tidak akan mengugurkan sekatan perjalanan dalam masa terdekat dengan pengumuman lanjutan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sehingga 1 Mac.", "“Kita akan menghantar Rayuan kepada pihak MFL dan kita akan melihat jadual perlawanan dahulu sebelum membuat pengumuman rasmi,” katanya lagi.", "Sarawak United dilihat bakal mencabar kedudukan liga primier setelah membawa masuk jurulatih berpengalaman B. Sathianathan dan beberapa pemain ternama tanah air dan import.", "Oleh ASYRAF HALIM ", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=36266
PRU-15 peluang terbaik tamatkan era pembangkang di Sibu
[ "SIBU: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menawarkan peluang terbaik buat Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menamatkan era pembangkang di kawasan Parlimen Sibu.", "Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Disember lepas, GPS akan berjaya kali ini.", "Beliau berkata, kecuali Bawang Assan, GPS telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka dan Pelawan di bawah kerusi Parlimen Sibu, justeru mengikut perkiraannya GPS berpeluang untuk menang kali ini.", "“Berdasarkan ini dan pastinya semangat tinggi semua parti komponen untuk menamatkan era pembangkang di Sibu, saya berpendapat kami akan berjaya melakukannya kali ini,” katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Jentera Wanita PBB Zon 7 & 8 di sini, hari ini.", "Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan melaporkan Ketua Cawangan Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) Nangka, Chua Beng Seng menyuarakan keyakinan pilihan raya umum kali ini akan menamatkan 12 tahun penguasaan pembangkang di Parlimen Sibu.", "Keyakinan beliau adalah berdasarkan kejayaan parti itu memenangi semula kerusi DUN Pelawan dan Bukit Assek pada PRN sebelum ini dan cawangan Nangka, Bawang Assan dan Pelawan parti itu akan berdiri teguh di belakang calon mereka bagi memastikan kemenangan.", "Chua juga dilaporkan berkata, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Clarence Ting Ing Horh adalah taruhan terbaik GPS untuk merampas kerusi Sibu.", "Sementara itu, meskipun ramalan memberangsangkan tersebut, Ketua Pergerakan Wanita GPS Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, beliau dan sayap wanitanya tidak akan leka dan berjanji untuk bekerja keras serta memastikan tiada kesilapan dilakukan, bagi memastikan kejayaan menjadi milik GPS.", "Selain pendekatan tradisional iaitu berjumpa pengundi secara bersemuka, Wanita GPS akan turut memanfaatkan saluran dalam talian untuk meyakinkan pengundi lama dan baharu.", "“Kami tidak akan bergerak sebagai Wanita PBB, PRS, SUPP atau PDP tetapi sebagai satu GPS dalam pilihan raya ini,” tambahnya.", "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU-15 pada 19 Novomber, penamaan calon (5 November) dan pengundian awal pada 15 November. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=22340
202,722 mohon Kenyalang Gold Card
[ "KUCHING: Seramai 202,722 telah memohon Kenyalang Gold Card (KGC) iaitu mewakili 64.35 peratus daripada jumlah keseluruhan warga emas di seluruh Sarawak.", "Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, populasi warga emas di Malaysia menjelang 2030 adalah dianggarkan 14 peratus yang berusia 60 tahun ke atas.", "“Manakala di Sarawak dianggarkan mempunyai 16 peratus iaitu bersamaan dengan 526,000 orang tua menjelang 2030.", "“Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) setakat 26 Mac 2021,  seramai 202,722 pemohon KGC setakat hari ini (semalam) ialah mewakili 64.35 peratus daripada jumlah keseluruhan warga emas di Sarawak (315, 000 orang),” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kenyalang Gold Card (KGC), Bantuan Ihsan Kematian (BIK), Bantuan Khas pesakit Buah Pinggang dan penghargaan kepada Rakan Strategik KGC di Hotel Waterfront.", "Mengulas lanjut, Fatimah memberitahu Kenyalang Gold Card (KGC) turut dilengkapi dengan Bantuan Ihsan Kematian (BIK).", "Katanya, pemberian BIK kepada pemegang KGC yang meninggal adalah inisiatif Kerajaan Sarawak membantu meringankan beban keluarga bagi menanggung kos pengebumian.", "“Bagi 2020 terdapat 1,862 permohonan BIK yang telah diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak. Setakat 1 Januari 2021 sehingga 26 Mac 2021, sebanyak sebanyak 973 permohonan BIK telah diterima.", "“Ini menjadikan keseluruhan permohonan BIK bagi 2020 dan sehingga 26 Mac 2021 adalah sebanyak 2,835 dengan peruntukan RM6.9 juta,” ujarnya.", "Oleh JEAKQLEYN YACHO", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13806
Bolt positif Covid-19
[ "Ejen raja pecut Jamaica, Usain Bolt (gambar) mengesahkan pada Selasa bahawa pemenang pingat emas Olimpik sebanyak lapan kali itu disahkan positif covid-19.", "“Ujian Covid-19 positif, tetapi Usain tidak menunjukkan sebarang gejala,” kata Ricky Simms kepada saluran berita Amerika CNN menerusi e-mel.", "Kenyataan Simms mengesahkan laporan sebelumnya oleh media Jamaica  mengenai pelari pecut yang itu bersara itu positif hanya beberapa hari selepas dia menyambut ulang tahunnya yang ke-34 dengan pesta mewah ditengah penularan Pendemik tersebut.", "Pada Isnin, Bolt mengumumkan di Instagram bahawa dia menjalani kuaranti sendiri, sementara menunggu keputusan ujian yang dia lakukan pada Sabtu.", "Bagaimanapun, Bolt tidak mengesahkan keputusan ujiannya, namum dia menggesa sesiapa  yang mempunyai kontak dekat atau ada bersentuhan dengannya untuk menjalani kuarantin.", "“Saya melakukan ujian pada hari Sabtu sebelum meninggalkan (Jamaica) kerana saya mempunyai urusan,” kata Bolt dalam sebuah video yang disiarkan di Twitter. “Saya berusaha untuk bertanggungjawab jadi saya akan terus berada dalam proses kuarantin.", "“Juga, saya tidak mengalami sebarang gejala, saya akan kuanantikan diri saya sendiri dan menunggu pengesahan untuk mengetahui apakah prosedurnya dan melihat bagaimana saya boleh melakukan proses itu sendiri daripada Kementerian Kesihatan.", "“Sehingga itu, saya akan menghubungi rakan-rakan saya dan memberitahu mereka apabila mereka bersentuhan dengan saya agar bertenang,menjalani kuanranti dan sentiasa selamat” kata Bolt.", "Perdana Menteri Jamaica Andrew Holness pada Isnin mengatakan bahawa polis sedang menyiasat keadaan sekitar pesta ulang tahun Bolt.", "“Terdapat laporan mengenai aktiviti yang berkaitan dengan Usain Bolt,” kata Holness pada sidang media maya.", "“Semua perkara ini sedang disiasat secara menyeluruh dan polis akan memberikan laporan mengenai hal-hal ini dalam waktu terdekat.”", "Bolt kali terakhir bertanding di peringkat antarabangsa pada Kejohanan Dunia 2017 di London. Dia dan pasangannya Kasi Bennet menyambut kelahiran anak perempuan mereka pada Mei lepas. -AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=14823
SUPP calonkan Bong, Jong di Padungan
[ "KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kuching mengusulkan dua nama sebagai calon yang berpotensi untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan pada pilihan raya negeri akan datang.", "Pengerusinya, Datuk Lily Yong berkata, dua calon terbabit iaitu Bong Lian Huan dan Jong Yean Pin diperkenalkan kepada khalayak ramai semasa menyerahkan bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini semalam.", "“Ini adalah permulaan walaupun persiapan telah berjalan sejak dua tahun lalu. Tetapi hari ini akan menjadi simbolik susulan penyerahan bendera GPS daripada SUPP cawangan Kuching,” katanya.", "“Kami mahukan mereka mulai hari ini dan seterusnya berada di lapangan untuk melakukan segala-galanya sebagai calon yang berpotensi. Sudah tentu keputusan akhir masih bergantung kepada pucuk kepimpinan GPS,” ujarnya.", "Ditanya banyak pihak dikhabarkan akan meletakkan calon untuk bertanding di kerusi Padungan pada pilihan raya negeri akan datang, Yong berkata, seperti difahami, Padungan tidak pernah menjadi kerusi ‘tenang’, sama ada dalam pilihan raya negeri atau parlimen.", "“Ia tidak pernah ‘sunyi’ dan dapat difahami kerana Padungan terletak di tengah-tengah ibu kota Sarawak dan tidak mengejutkan,” katanya", "“Namun, itu tidak menjadi masalah dan saya tidak fikir kita harus leka walaupun Wong King Wei telah keluar daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP),” katanya.", "Beliau memberitahu, yang paling penting adalah bersikap ikhlas dalam menjalankan tugas dan bersuara untuk rakyat untuk memenangi hati mereka, katanya.", "Tambah Yong, sebenarnya Bong Lian Huan dan Jong  Yean Pin sudah mengelilingi Padungan pada hari-hari tertentu dalam seminggu membantu rakyat memohon Kenyalang Gold Card (KGC) dan menyelesaikan masalah mereka.", "Oleh Cheryl Law", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=12444
Halba tambah keenakan rasa makanan
[ "HALBA mungkin asing bagi sesetengah orang, selain ditambah ke dalam masakan untuk menambah keenakan hidangan, tidak ramai yang tahu mengenai manfaatnya dari sudut kesihatan.", "Halba adalah sejenis pokok rempah yang mempunyai daun berwarna hijau muda dan bunga putih yang kecil manakala pohon halba tumbuh kira-kira dua hingga tiga kaki tinggi, dan pod bijinya mengandungi 10 hingga 20 biji yang kecil yang rata, berwarna kuning-coklat, berasa pedas dan bersifat aromatik.", "Fenugreek atau halba yang berbentuk butiran kecil berwarna coklat banyak digunakan dalam bahan menu berempah dan kebiasaannya digunakan sebagai rempah dalam pelbagai masakan terutama yang berasal dari Timur Tengah.", "Selain itu, negara seperti India, Pakistan dan Sri Lanka juga sering menggunakan halba dalam rempah masakan mereka seperti kari dan gulai, tidak kurang di Malaysia, beberapa makanan seperti nasi dagang turut menjadikan halba antara bahan dalam hidangan.", "Kebiasaannya, halba pada masakan digunakan selepas disangai atau digoreng tanpa minyak dan dimasukkan ke dalam masakann kerana ia memberikan aroma yang enak.", "Banyak kebaikan halba pada kesihatan seperti daun digunakan sebagai herba dan biji pula digunakan sebagai rempah, biji ini mempunyai rasa yang agak pahit, mirip dengan saderi, sirap mapel atau gula yang terbakar, dan sering digunakan untuk membuat ubat.", "Selain masakan, penggunaan biji halba termasuk dalam ramuan jamu di Indonesia, selain jamu yang diminum, ada juga menjadikan halba salah satu bahan untuk berendam atau digunakan dengan dijadikan pes yang digunakan keatas permukaan kulit untuk membantu menyembuhkan keradangan.", "Kebaikan halba untuk kesihatan", "Walaupun saiz agak kecil, tetapi ia kaya dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan manusia antaranya menggalakkan pengeluaran susu yang mana Penyelidikan dalam Journal of Alternative and Complementary Medicine, New York, berjaya menyimpulkan bahawa dengan pengambilan teh halba untuk diet boleh membantu golongan ibu dalam meningkatkan pengeluaran susu.", "Halba juga mengurangkan simptom menopaus kerana mengandungi diosgenin dan isoflavon estrogenik, yang sama dengan hormon seks wanita, estrogen.", "Kehilangan estrogen boleh menyebabkan gejala menopaus oleh itu, dengan memakan halba boleh membantu mengurangkan simptom menopaus seperti perubahan mood, kemurungan, kekejangan, dan rasa lapar yang tidak normal.", "Penyelidikan yang diterbitkan dalam The British Journal of Nutrition menunjukkan bahawa penggunaan kebaikan halba mempunyai keberkesanan dalam membantu mengurangkan tahap kolesterol LDL (buruk) dengan ketara, yang boleh menghalang pelbagai keadaan seperti aterosklerosis, serangan jantung, dan strok.", " Ia adalah sumber serat yang kaya, yang menghancurkan kolesterol yang berlebihan daripada arteri dan saluran darah badan.", "Selain itu, kebaikan halba yang lain adalah mempunyai ciri-ciri anti karsinogenik, terutamanya berkaitan dengan kanser payudara dan pencegahan kanser kolon kerana steroid diosgenin yang terdapat dalam herba ini telah dikaitkan secara khusus dengan pencegahan kanser kolon.", "Dalam beberapa kajian lain, halba telah didapati menunjukkan kesan antikanser dan juga boleh membantu menggalakkan apoptosis atau kematian sel yang telah diprogram.", "Selain itu, teh halba juga dikatakan dapat mengurangkan ketagihan rokok dan dadah malah baik untuk mengurangkan penyakit anemia, caranya adalah dengan merebus biji halba dan air rebusannya ditambah madu yang diminum sebagai minuman teh.", "Banyak khasiat lain halba yang diamalkan nenek moyang kita dulu untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan.", "Antara khasiat halba dipercayai dapat melancarkan haid, melegakan sakit kepala atau migrain, membuang angin, buasir, senggugut, merangsang rahim, mengurangkan berat badan, mengawal kencing manis serta mengurangkan radang kulit.", "Oleh Zarina Abdullah", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=44089
Tiga angkasawan akan terbang mengelilingi Bulan tahun depan
[ "HOUSTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) akan mendedahkan nama angkasawan yang akan terbang mengelilingi Bulan tahun depan hari ini, membabitkan tiga warga Amerika Syarikat dan seorang Kanada.", "Kesemua mereka yang terpilih itu akan terbang mengelilingi Bulan tahun depan, sebagai permulaan untuk mengembalikan manusia ke permukaan bulan buat kali pertama sejak setengah abad lalu.", "Misi yang dikenali sebagai Artemis II itu dijadualkan dilaksanakan pada November 2024 dengan membabitkan empat kru untuk mengelilingi Bulan namun tidak membuat sebarang pendaratan di sana.", "Sebagai sebahagian daripada program Artemis, NASA menyasarkan untuk menghantar angkasawan ke Bulan pada 2025 iaitu lebih lima dekad selepas misi bersejarah Apollo berakhir pada 1972.", "Pentadbir NASA, Bill Nelson ketika Sidang Kemuncak What’s Next yang dihoskan oleh Axios memaklumkan, beliau menjangkakan misi kru ke Marikh akan diadakan menjelang 2040.", "Katanya, empat anggota kru Artemis II akan diumumkan pada satu acara pada 10:00 pagi (waktu tempatan) di Pusat Angkasa Johnson di Houston.", "Misi Artemis II selama 10 hari itu akan menguji roket Sistem Pelancaran Angkasa NASA yang berkuasa serta sistem sokongan hidup di atas kapal angkasa Orion.", "Misi Artemis yang pertama selesai pada Disember dengan kapsul Orion yang tidak berkru kembali dengan selamat ke Bumi selepas perjalanan selama 25 hari mengelilingi Bulan.", "Semasa perjalanan mengelilingi satelit bumi yang mengorbit dan belakang, Orion mencatatkan log jauh lebih dari satu juta batu (1.6 juta kilometer) dan pergi lebih jauh dari Bumi dan daripada mana-mana kapal angkasa yang boleh dihuni sebelumnya.", "Ketika ditanya sama ada NASA boleh mematuhi jadual pendaratan angkasawan pada akhir 2025, Nelson berkata angkasa adalah kawasan yang sukar.", "“Anda perlu menunggu sehingga anda tahu bahawa ia aman, kerana anda tinggal di pinggir. Jadi saya tidak begitu mementingkan masa,” katanya.", "“Kami tidak akan melancarkan sehingga ia tepat pada masanya, membabitkan hanya 12 orang dan kesemuanya adalah lelaki berkulit putih untuk menjejakkan kaki ke Bulan,” katanya. – AFP", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=45838
Jalan ditutup sempena DBKU Criterium Race 2.0
[ "KUCHING: Beberapa jalan di bandar raya ini akan ditutup sementara sempena DBKU Criterium Race 2.0 pada 28 Mei ini.", "Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penutupan jalan-jalan berkenaan bagi memberi laluan kepada peserta DBKU Criterium Race 2.0.", "Antara jalan terlibat ialah Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, Jalan Astana laluan jalan yang masuk MASJA, Bulatan Datuk Menteri Abang Haji Mohd Zen Haji Salleh, bulatan kecil jalan masuk ke Masjid Jamek, lampu isyarat berdekatan Bulatan Datuk Menteri Abang Haji Mohd Zen Haji Salleh dan jalan belakang Kampung Tunku RPR Fasa 2.", "Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihati merancang perjalanan masing-masing dan mematuhi tanda isyarat kawalan lalu lintas selain arahan daripada DBKU dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas pada hari tersebut. ", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=41561
Hemat Kata, Sarat Makna
[ "Oleh: Rosani Hiplee", "APABILA melihat pada bentuk sesebuah hasil sajak atau puisi moden, tampak mudah dan ringkas penciptaannya. Karya sajak, lazimnya diolah dalam larik ungkapan kata dari rangkap ke rangkap yang sederhana panjangnya. Oleh itu, penulisan sesebuah sajak pun ditanggapi senang dan menyenangkan. Tapi apakah benar, sesiapa pun boleh menulis sajak dengan mudah tanpa perlu menggunakan patah kata yang berjela seperti penulisan cerpen apalagi novel? Secara literalnya, kaedah menulis sajak suatu yang subjektif tetapi sajak masih mempunyai hakikatnya yang khusus. Rachmat Djoko Pradopo membahagikan hakikat puisi kepada tiga aspek seperti berikut;", "Puisi adalah karya seni sastera. Puisi merupakan salah satu bentuk karya sastera. Rene Wellek dan Warren mengemukakan bahawa paling baik kita memandang kesusasteraan sebagai karya yang di dalamnya fungsi estetiknya dominan, iaitu fungsi seninya berkuasa. Tanpa fungsi seni itu karya kebahasaan tidak dapat disebut karya (seni) sastera, sementara itu kita dapat mengenal adanya unsur–unsur estetik (keindahan), misalnya gaya bahasa dan komposisi puisi sebagai karya sastera, maka fungsi estetiknya dominan dan di dalamnya ada unsur–unsur estetiknya. Unsur keindahan ini merupakan unsur–unsur kepuitisannya.", "Menulis sajak itu merupakan aktiviti pemadatan. Dalam puisi tidak semua peristiwa itu diceritakan, yang dikemukakan dalam puisi itu hanyalah inti masalah, peristiwa, atau inti cerita yang dikemukakan dalam puisi adalah esensi rasa. Jadi, puisi itu merupakan ekspresi esensi puisi kerana puisi itu mampat dan padat, maka penyair memilih kata dengan akurat. Untuk pemadatan ini, kadang–kadang kata yang diambil inti dasarnya. Imbuhan, awalan, dan akhiran sering dihilangkan.", "Kiasan merupakan salah satu ekspresi atau pengucapan tidak langsung. Apakah ekspresi tidak langsung itu merupakan hakikat puisi? Hal ini dijelaskan sebagai yang dikemukakan oleh Michael Riffaterre bahawa sepanjang waktu, dari waktu ke waktu puisi itu selalu berubah. Perubahan itu disebabkan oleh evolusi selera dan perubahan konsep estetik akan tetapi, satu hal yang tidak berubah, iaitu puisi itu mengucapkan sesuatu itu secara tidak langsung. Ucapan tidak langsung itu ialah menyatakan sesuatu hal dengan erti yang lain. Ketidaklangsungan ekspresi ini menurut Riffaterre disebabkan oleh tiga hal, iaitu penggantian erti (displacing of meaning), penyimpangan atau pemencongan erti (distorting of meaning), dan penciptaan erti (creating of meaning).", "Penyair Indonesia, Hasan Aspahani pernah berkata bahawa “Puisi yang sekadar indah-indah tapi hampa makna hanya akan menjadi deretan kalimat klise. Puisi yang baik ialah ruang yang lapang dan juga gerbang yang mengundang siapa saja untuk datang bersenang. Seberapa lapang ruang dalam puisi kita? Ini juga tantangan terbesar dalam menulis puisi.”", "Oleh itu, penulisan sajak bukanlah sekadar sebuah ungkapan berangkap tapi juga mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Sebuah penciptaan sajak yang baik memiliki keterampilan pada pemilihan kata yang hemat dan sarat makna. Kekuatan sesebuah sajak turut diskalakan dengan keseimbangan nilai rasa dan pemikiran penulis yang utuh, komunikatif dan autentik.", "Oleh itu, syabas kepada penulis baharu seperti Askhairunisa Alwi, Lt Kol (Dr) Mohd Fadzly bin Hj. Miswan dan Siti Hajar Ramli kerana sajak mereka telah disiarkan dalam ruangan Wadah Bahasa dan Sastera (WBS) pada hari Khamis yang lepas. Semoga sajak-sajak mereka akan terus malar dan kekar dalam media persuratan.", "Inspirasi atau dorongan menulis sajak bagi setiap individu itu berbeza, bergantung pada suasana perasaan dan resam pemikiran masing-masing. Penulis yang diusik oleh sesuatu yang bergetaran dalam jiwanya, pasti akan berusaha mengungkapkannya sehingga dirinya menemukan katarsis yang ingin dicapai. Namun yang penting ialah penulis harus arif dalam menyurat apa-apa yang menyirat dalam dirinya agar kekal harmonis dan indah apabila dikhalayakkan.", "Sajak “Bukan Cuma Kopi” oleh Askhairunisa Alwi bertemakan makrifat kehidupan. Sajak ini menarik kerana walaupun sebagai penulis pemula, beliau berani mengungkapkan falsafah kehidupannya lewat minuman kopi. Dalam rangkap awal sajak, penulis telah mengajak pembaca untuk memahami sifat kehidupan yang diperinya lewat rasa minuman kopi. Misalnya dalam rangkap berikut;", "Aroma kopi pertamaku tidak begitu harum sehingga", "Menjadikan hidung ku pipih menghidunya", "Rasanya pula teramat pahit sehingga", "Membuatkan usus kecilku perih", "Sampai bertahun-tahun aku memutuskan", "untuk tidak meminum kopi lagi", "Sehingga masa pun berlalu pergi.", "(rangkap 1 dan 2, sajak “Bukan Cuma Kopi”)", "Menerusi rangkap akhir sajak pula, penulis mentamsilkan bahawa hakikat kehidupan bukanlah sepenuhnya pada tempoh ceritanya, tapi pengalaman yang pernah ditempuhi itulah yang telah memberi nilai atau makna kehidupan yang sebenar. Misalnya;", "Namun ternyata", "Nafas dan dadaku", "Tersekat dan senak", "Senak dalam angan-angan", "hakikat sebenarnya", "Pahit itu", "BUKAN CUMA KOPI.", "(rangkap 5 dan 6, sajak “Bukan Cuma Kopi”)", "Sajak ini berbentuk bebas dan dibina dalam enam rangkap yang sederhana panjangnya. Gaya bahasa sajak ini juga biasa dan kata-kata yang dipilih pun mudah difahami. Oleh itu, pemilihan kata dalam sajak ini masih memerlukan penelitian kerana penggunaan unsur-unsur persajakan seperti simile, perlambangan, personifikasi, metafora dan lain-lainnya kurang dimanfaatkan bagi memperkukuh keintelektualan tamsilan. Apabila menulis sajak, sebaik-baiknya elakkan penggunaan ayat penyata dan kelewahan kata. Dalam sajak berbentuk prosa pun, elemen tersebut dielakkan kerana kesannya boleh mengurangi keindahan dalam ungkapan sajak. Misalnya, dalam baris-baris sajak berikut;", "Aroma kopi pertamaku tidak begitu harum sehingga", "Menjadikan hidung ku pipih menghidunya", "Rasanya pula teramat pahit sehingga", "Membuatkan usus kecilku perih", "Ungkapan kata dalam rangkap pertama tersebut masih boleh dihematkan dengan maknanya yang lebih sarat. Sekadar saranan, rangkap tersebut ditulis begini;", "Aroma kopi pertama", "begitu tidak harum", "pipih hidung menghidu", "pahitnya terasa amat", "usus kecil jadi perih.", "Penggunaan huruf besar bagi kata “PAHIT” pada rangkap keempat dan rangkap keenam “BUKAN CUMA KOPI” tidak perlu. Sebaik-baiknya, kata-kata tersebut menggunakan huruf kecil sahaja kerana dalam penulisan sajak, penggunaan huruf besar bukan bermaksud penegasan. Unsur penegasan dalam sajak merupakan penggunaan kata yang sama sebanyak tiga kali secara berulang kali. Walau bagaimanapun, sajak ini mempunyai falsafah yang menarik tentang kehidupan. Kopi dan kehidupan juga sememangnya mempunyai pertautan citra tamsilan yang autentik pada masa kini.", "            Sajak “Insinuasi Tuhan” oleh Lt Kol (Dr) Mohd Fadzly bin Hj. Miswan bertemakan keagamaan. Pada keseluruhannya, penulis membicarakan tentang kurniaan Allah SWT kepada para hamba-Nya daripada tiada kepada ada tanpa sedikit pun cela. Namun, segala nikmat tersebut telah dicurangi dengan angkuhnya. Misalnya;", "Ar- Rahman lihat kamu kehausan,", "Lalu dikurniakan telaga Zam Zam,", "Basahi tekakmu dengan Bismillah,", "Air kencing syaitan jua pilihanmu.", "Ar- Rahim lihat kamu kelaparan,", "Lalu dikurniakan Az-Zaitun, At–Tinn,", "Alasi perutmu dengan Bismillah,", "Hidangan haram jua pilihanmu.", "Al -Basir lihat kamu kegelapan,", "Lalu diciptakan mentari sinari siang,", "Rembulan hiasi malam,", "Tak tentu masa, maksiat jua permainanmu.", "As- Samad lihat kamu kesesatan,", "Lalu dihadiahkan Al Quran sebagai jalan,", "Sunnah sebagai kenderaan,", "Sesat di simpang bersiur jua pilihanmu,", "(rangkap 1-4, sajak “Insinuasi Tuhan”)", "Manakala dalam baris-baris sajak seterusnya, penulis menjelaskan imbalan Allah SWT terhadap segala perbuatan hamba yang kufur nikmat-Nya. Misalnya;", "Lalu Al -Aziz mendabik dambaannya,", "Tsunami menggulung lautan,", "Taufan menggegar awanan,", "Gempa meranap daratan,", "Gunung dan bukit jadi runtuhan,", "Penyakit aneh jadi ancaman,", "Menghukum lalainya insan", "Pada wayang dunia penuh adegan", "Bersinopsiskan penipuan", " (rangkap 5, sajak “Insinuasi Tuhan”)", "Pada dua rangkap akhir sajak, penulis lanjut mempersoalkan kemampuan hamba-hamba yang kufur nikmat Allah SWT apabila segala amalan jahat mereka dipertanyakan kelak. Misalnya;", "Al – A’lim bertanya pada usiamu setakat separuh abad cuma,", "Apa kamu kerjakan?", "Apakah kamu paksikan?", "Terungkapkah kalammu pada kalimah?", "Tertudingkah telunjukmu?", "Tuhanmu itu Al–Malik di Yaumul Hisab", "Layakkah kamu menerima gunung Rahmatnya….", "Dengan segala apa yang diperlakukan,", "Pada setiap inci tubuhmu, bersintuk di sumur dosa.", "Hingga busa-busa sesal,lesap daripada kamus taubatmu", "Hanya berpaksi pada kiblat kesesatan.", "(rangkap 6-7, sajak “Insinuasi Tuhan”)", "Pemilihan kata dalam sajak ini agak langsung bagi mengungkapkan persoalan demi persoalan yang mahu ditampilkan. Sajak ini juga berbentuk bebas dan dibina daripada tujuh buah rangkap yang agak panjang. Gaya bahasa sajak bersahaja dan masih memerlukan penelitian yang lebih rinci agar penyampaian ungkapannya lebih terampil bagi mengungkapkan persoalan-persoalan ketauhidan tersebut. Oleh yang demikian, penggunaan unsur-unsur persajakan seperti metafora, pencitraan, personifikasi dan lain-lainnya masih perlu diolah dengan lebih magis bagi memaknakan hemat kata yang lebih sarat.", "Sesungguhnya, sajak ini menguliti tema dan persoalan yang amat serius dengan suasana kehidupan manusia pada akhir zaman ini. Oleh itu, cukup sesuai apabila penulis memilih penggunaan Asmaul Husna bagi menjelaskan keperluan dan kekhilafan hamba-hamba-Nya. Cuma apabila penulis memilih judul “Insinuasi Tuhan”, sepertinya ada yang mengganggu perkaitan judul ini dengan kemolekan, kemuliaan dan ketinggian Asmaul Husna. Insinuasi bermaksud tuduhan yang tersembunyi (tidak langsung), ucapan yang tidak secara langsung ditujukan kepada seseorang untuk menghina. Selepas difahami makna kata insinuasi tersebut, maka gabungan kalimat insinuasi Tuhan seolah-olah memberi makna tuduhan tersembunyi Tuhan, sedangkan Allah SWT tidak menyembunyikan tuduhan atau ditujukan kepada seseorang untuk menghina di sebalik kejadian yang tidak baik. Oleh itu, penulis disarankan untuk memurnikan pemilihan kata yang lebih sesuai dan berhemah agar nada kritisnya lebih manusiawi dan tidak terlalu menghukum.", "Terakhirnya ialah sajak “Mimpi” oleh Siti Hajar Ramli, sebuah sajak yang bertemakan monolog diri tentang mimpi yang dialami. Pada awal rangkap sajak, penulis menceritakan kejadian sebuah mimpi yang dialaminya. Misalnya;", "Kala hujan mendendangkan lagu di langitKala sejuk terasa menyebar menyelubungiHadir mimpi indah diiringi peritLantas mata terbuka meratapiApakah mimpi akan jadi realiti?", "(rangkap 1, sajak “Mimpi”)", "Pada rangkap akhir sajak, penulis seolah-olah merasakan mimpinya bakal menjadi kejadian benar tapi penulis menolak kenyataan mimpinya itu. Misalnya;", "Katanya mimpi hanya mainan minda", "Lantas mengapa hari redupnya terasa", "Ku ingati mimpi, ku bayangi diri", "Mendoakan mimpi hanyalah mimpi.", "(rangkap 2, “Mimpi”)", "Bentuk sajak ini bebas dan dibina daripada dua buah rangkap sederhana bagi menyatakan tamsilan peribadi penulis. Gaya bahasanya biasa dan masih memerlukan penelitian semula agar pemilihan kata sajak lebih kukuh pemaknaannya. Pemilihan kata sajak mudah difahami tapi olahan maknanya kurang sarat hingga sedikit sulit untuk dikhalayakkan. Sebaik-baiknya, penulis berusaha memanipulasi dan mendominasi kata yang lebih komunikatif pada persoalan dan naratif dalam sajak ini. Oleh sebab itu, sangat digalakkan agar penulis mahu membaca sajak-sajak penulis mapan yang diminati agar penulis dapat menemukan proses pengolahan sajak yang lebih hemat kata, sarat makna. Pentafsiran sajak ini juga agak tertutup kerana persoalan yang diolah agak terkatup maknanya. Penulis kurang memanfaatkan unsur persajakan dengan baik. Misalnya dalam kata bergaris dalam rangkap berikut:", "Kala hujan mendendangkan lagu di langit", "Kala sejuk terasa menyebar menyelubungi", "Sebagai saranan, baris kata bergaris tersebut ditulis begini;", "Kala hujan menitiskan syahdu di langit hati", "Kala dingin memeluk rindu di bumi sepi", "Kala angan menghangat ingatan di gubuk diri", "Apabila menggunakan unsur pengulangan kata “kala” sebagai penegasan, maka kata “kala” perlu diulangi sebanyak tiga kali pada rangkap yang sama. Kata “mendendangkan” digugurkan kerana tidak sesuai dijalinkan dengan sifat hujan di langit, kecuali jika dinyatakan air hujan jatuh menitik di atas tanah atau sesuatu yang boleh mengeluarkan bunyi. Manakala kata “langit” perlu dijalinkan dengan kata sifat bagi membentuk penggunaan metafora yang boleh memberikan makna yang lebih sarat. Dalam sajak ini, penulis perlu memberikan sebuah naratif yang lebih jelas bagi memperkembangkan makna falsafah mimpi dalam sajak berkenaan. Sekurang-kurangnya apabila memerikan sebuah cerita, pembaca dapat berkongsi rasa dengan apa-apa yang penulis mahu kongsikan. Sesungguhnya sajak yang terlalu peribadi sifatnya akan memulaukan penulis daripada khalayaknya.", "Semoga penulis dapat memahami maksud teguran dan saranan yang disampaikan dengan berlapang rasa dan tanggapan. Rumusnya, ketiga-tiga buah ini mempunyai keelokan tamsilannya apabila dinilai daripada skala pengalaman penulisan masing-masing. Sebagai penulis baharu, harus perlu banyak belajar dengan mengeksplorasi karya penulis tersohor, dan mengembangkan kemampuan dalam menata kata dan meniti makna. Mudah-mudahan dengan demikian akan memperkaya kosa kata dan memperkukuh gaya pengolahan sajak penulis dengan sendirinya.", "Sesungguhnya, bakat tinta dan minat Askhairunisa Alwi, Lt Kol (Dr) Mohd Fadzly bin Hj. Miswan dan Siti Hajar Ramli dalam genre sajak ini harus diberi ruang dan peluang yang lebih terbuka. Justeru masing-masing berkebolehan dalam memperlihatkan nilai kepenyairan diri. Cuma mereka harus lebih memahami proses pemilihan kata dan ungkapan makna dalam menulis sajak agar olahannya kelak lebih komunikatif dan versatil. Mudah-mudahan sikap positif teguh menjejaki diri ke jalan kritik yang lebih membina dan terbuka. Syabas dan sukses, selalu!", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=30677
BARA YANG MASIH MENGHANGAT
[ "BIARPUN Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 (PRN-15) telah berlalu dan keputusannya telah diketahui umum, namun, bara pascapilihan raya masih menghadirkan kehangatan dalam arena perdebatan.  Masyarakat umu dipaparkan dengan pelbagai aksi dan reaksi individu tertentu.  Kenyataan yang sama ada bernada angkuh, terburu-buru, provokatif, sensasi, menyindir, sederhana, bersahaja mahupun penuh reda.", "            Andai dikutip satu persatu daripada kenyataan yang dilontarkan oleh individu yang dianggap berwibawa, berkaliber, berwawasan dan berpengetahuan, agak sukar untuk menerima atau mempercayainya.  Malah, sebahagian daripada kenyataan berkenaan tidak memperlihatkan kedalaman upaya untuk merasionalkan butiran yang dilontarkan.  Malah, masih terkesan “gamitan” emosi yang memaparkan roman keegoan.", "            Desakan sesetengah pihak agar Parlimen dibubarkan sejurus kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 (PRN-15) dianggap sebagai salah satu gesaan yang tidak wajar.  Malah, Ketua Pemuda UMNO Kubang Krian, Shamsul Fadhel Mohd Aziz, berasa terkilan dengan tindakan khalayak yang menggesa agar Parlimen dibubar dan ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.  Beliau menyifatkan tindakan berkenaan kurang wajar dan disifatkan amat “biadap”.  Tidak dapat ditepis kemungkinan bahawa gesaan tersebut “dipacu” oleh keyakinan bahawa kemenangan yang diperoleh pada PRN Melaka dan Johor berupa petanda bahawa BN dan UMNO khususnya, diterima kembali oleh rakyat.  Malah, perkara serupa pernah dilontarkan bahawa UMNO berpendapat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) wajar diadakan dalam masa terdekat berikutan momentum yang baik selepas memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka lalu.", "            Keyakinan yang dihadirkan oleh buaian emosi, tidak mewajarkan pelontaran gesaan sedemikian.  Kemenangan yang diperoleh wajar dilihat dari pelbagai sudut, di samping meramal kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi.  Dalam catitan sejarah, telah terakam beberapa peristiwa atau insiden memaparkan sikap keyakinan yang “melampau”, sering membawa padah. ", "Perlu diambil ingatan bahawa terjemahan sokongan di satu atau dua buah negeri tidak dapat dijadikan asas mewakili sokongan sebenar rakyat seluruh negara.  Dalam konteks PRN-15 Johor, jumlah peratusan rakyat yang turun mengundi harus turut diambil kira.  Peratusan yang yang rendah wajar dikaji untuk mengetahui sebab-musababnya. Adakah faktor kebimbangan akan penularan jangkitan Covid-19 berupa sebab utama kurangnya jumlah rakyat Johor turun mengundi? Atau mungkinkah hal sedemikian itu berupa suatu tindakan “protes” atau terjemahan kemualan rakyat dengan senario politik semasa, khususnya di Tanah Seberang yang kian haru-biru?", "            Di samping hal sedemikian, terdengar juga gesaan atau “desakan” agar pemimpin parti-parti yang kalah, sudah pastinya, mengundur diri secara terhormat atas kegagalan mengemudi jentera parti sehingga mengalami kekalahan.  Andai gesaan tersebut terbit dari kalangan ahli parti yang sama, hal sedemikian masih boleh diterima.  Namun, andai terbit daripada ahli parti yang berlainan, hal sedemikian sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai persepsi, dan malah teori konspirasi.  Apa tidaknya, bagi situasi lebih kronik yang melibatkan pucuk kepimpinan sendiri, tidak kedengaran gesaan sedemikian dilontarkan atas dasar menjaga kepentingan parti.  Malah, sokongan padu “yang tidak berbelah bahagi” tetap diberikan walaupun jelas berlaku kesalahan yang besar impaknya, bukan sahaja terhadap imej parti, malah negara secara umumnya.", "            Gesaan sebegini tidak lebih daripada penyingkapan sikap ketidaktelusan, ketidakselarasan serta ketidakikhlasan pihak yang melontarkan gesaan.  Perbuatan yang terlalu mudah mengundang tindak balas ibarat “pulang paku buah keras”.  Mentaliti atau cara pemikiran tanpa mengambil kira situasi kiri, kanan, hadapan dan belakang sebeginilah yang sering memerangkap pengamal politik dalam “pusaran” polemik siasah yang mampu melemaskan, di samping menoktahkan kerjaya politik seseorang.", "            Budaya kebertanggungjawaban atau akuantabiliti dalam kalangan masyarakat di negara ini khususnya, masih jauh keciciran dalam soal yang melibatkan kepemimpinan.  Untuk “menyerap” budaya sedemikian dengan bermodelkan negara Jepun, masih terlalu rumit.  Masyarakat Jepun terdidik dalam iklim pembudayaan nilai kebertanggungjawaban pada peringkat awal lagi.  Nilai yang melekat kejap dalam nubari. ", "Kuasa bukan dlihat sebagai suatu elemen primer yang harus dijadikan “rebutan” sekiranya tidak wujud keyakinan akan keupayaan untuk “mengawal” diri dalam penanggungjawaban untuk memimpin dan mentadbir kehidupan masyarakat, di samping memacu pembangunan dan kemajuan negara.  Suatu kriteria yang digandingkan dengan ilmu pengetahuan yang bukan sahaja mendalam, akan tetapi meluas dan “menjauh” capaiannya. Nilai kebertnaggungjawaban dan akauntabiliti inilah yang diterjemah dalam amalan budaya zaman dahulu yang disebut sebagai seppuku atau hara-kiri.  Amalan yang berlandaskan konsep lebih baik mati daripada menanggung malu serta penyiksaan.  Namun, amalan berkenaan telah “diharamkan” dan diterjemah dalam bentuk yang lebih pragmatik, iaitu, mengundur diri secara terhormat dan ikhlas.", "Mentaliti yang dipaparkan oleh kebanyakan pengamal politik negara, khususnya sewaktu pra dan pascapilihan raya, memperlihatkan satu trend yang membimbangkan.  Lakaran imej sentimen yang berwarnakan emosi dendam, benci, provokasi, konspirasi dan sebagainya berupa peragaan yang kurang manis untuk tatapan masyarakat umum, terutama sekali generasi muda yang kini sudah mendapat restu atau “lesen” dar segi perundangan untuk terlibat secara langsung dalam arena politik.  Suatu legasi yang tidak ingin diwariskan sebagai budaya dalam corak dan cara bersiasah.", "Pascapilihan raya berupa fasa penting bagi parti yang telah diberikan mandat oleh rakyat untuk memimpin.  Fasa “pembuktian” janji dan ikrar mentadbir urus jentera kerajaan negeri mahupun negara dipenuhi selaras dengan “kepercayaan” bukti sokongan rakyat.  Fasa pascapilihan raya bukan berupa pembukaan arena untuk bertikam lidah dan menuding jari, akan tetapi fasa untuk melaraskan hala tuju membangun dan mensejahterakan negeri dan rakyat.  Fasa polemik kepartian sudah berakhir.  Buka minda, lapangkan dada, nyahkan perseteruan dan bersangka baiklah. ", "Pemberi mandat telah menunaikan kewajipan dan mengharapkan yang diberikan mandat memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Tidak mustahil apa-apa juga kemenangan yang diperoleh berupa “ujian”  terencana sebagai menilai keikhlasan dan kebertanggungjawaban bagi penentuan aras penanda dalam arena pemilihan yang akan datang, khususnya Pilihan Raya Umum ke-14. Fikir-fikirkan.", "Lindungi diri, lindungi bangsa, lindungi negara!", "\nSee author's posts\n" ]
https://www.utusansarawak.com.my/?p=4380
187 kes positif baharu
[ "PUTRAJAYA: Sebanyak 187 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di Malaysia semalam, dengan sebahagian besarnya membabitkan individu bukan warganegara.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan tujuh warganegara Malaysia dan tiga pemastautin tetap atau pasangan kepada warganegara Malaysia, manakala 177 kes, adalah penularan tempatan.", "“Daripada 177 kes penularan tempatan, 173 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 155 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, dan 13 kes daripada Kluster Pengawal Keselamatan Cheras.", "“Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah empat kes sahaja,” katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan Covid-19 di sini semalam.", "Dr. Noor Hisham berkata, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 7,604 kes, dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,448 kes.", "“Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Sehingga kini, seramai lapan kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, lima kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.", "Katanya tiada kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan semalam, dengan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal 115 atau 1.51 peratus, daripada jumlah keseluruhan kes.", "Beliau berkata, terdapat 62 kes pulih semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih sepenuhnya daripada wabak itu dan discaj dari wad ialah 6,041 kes atau 79.4 peratus, daripada jumlah keseluruhan kes. – Bernama", "\nSee author's posts\n" ]