url
stringlengths 38
41
| headline
stringlengths 4
150
| content
sequence |
---|---|---|
https://www.utusansarawak.com.my/?p=45338 | Rabies: DUN Batu Kitang rekod 2 kes ragut nyawa | [
"KUCHING: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang setakat ini merekodkan dua kes rabies yang meragut nyawa baru-baru ini.",
"Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang, kes direkodkan di Kampung Bumbok dan satu lagi kes adalah dari Kampung Tematu.",
"Katanya, dua kes pada tahun ini melibatkan mangsa berumur 50 dan 24 tahun itu yang dilaporkan meninggal dunia baru-baru ini. ",
"“Sebab itulah pentingnya mendapatkan rawatan segera selepas terkena gigitan anjing, sejurus selepas terkena gigitan, basuh luka kesan gigitan secepat mungkin dan terus ke hospital atau klinik terdekat untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya.",
"Beliau juga menyatakan bahawa dengan dua kes yang direkodkan tersebut, ini bermakna wabak Rabies sudah merebak luas.",
"“Oleh itu, kita mesti sentiasa berhati-hati dan peka akan kawasan sekeliling, sekiranya nampak anjing liar di tempat awam, elakkan untuk menghampiri mereka kerana mereka mungkin akan mengigit,” katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis ramah tamah Aidilfitri Kampung Haji Baki di Dewan Serbaguna Kampung Haji Baki di sini, hari ini.",
"Pada majlis tersebut, Lo Khere Chiang turut menyumbang RM3,000 kepada Masjid Kampung Haji Baki, Kampung Haji Baki Blok A, Kampung Haji Baki Blok B DAN Kampung Haji Baki Blok C.",
"Seramai lebih kurang 1,000 pengunjung yang hadir memeriahkan majlis ramah tamah tersebut.",
"Majlis tersebut merupakan anjuran 16 badan bukan kerajaan (NGO) dari Kampung Haji Baki seperti Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dan Persatuan Ibu Tunggal. ",
"Oleh SHAHRUL QAIZAT",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=25766 | Mullah Baradar ketuai pemerintahan Taliban | [
"KABUL: Pengasas bersama Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar atau dikenali sebagai Mullah Baradar yang mengetuai pejabat politik gerakan itu disebut bakal memimpin pemerintahan baharu di Afghanistan, menurut tiga sumber pada Jumaat ketike pertempuran sengit sedang berlaku di kubu kuat penentang di Lembah Panjshir.",
"Gerakan berkenaan turut menamakan Mullah Mohammad Yaqoob yang merupakan anak kepada pengasas kumpulan itu, Mullah Omar dan Sher Mohammad Abbas Stanekzai untuk memegang jawatan kanan di bawah kepimpinan tersebut.",
"Pada Rabu, rangkaian berita ToloNews melaporkan Pemimpin Agung, Hibatullah Akhundzada akan memegang tampuk pemerintahan sama ada dilantik sebagai presiden atau perdana menteri.",
"Menurut jurucakap gerakan itu, kerajaan baharu ‘lebih toleransi’ adalah berdasarkan model pemerintahan Iran yang akan diumumkan dalam masa terdekat.",
"Dalam perkembangan lain, Kesatuan Eropah (EU) memaklumkan ia akan ‘menjalinkan hubungan’ dengan pemerintah baharu di Afghanistan bagi memindahkan rakyat tempatan yang berhasrat untuk meninggalkan negara itu ketika kumpulan Taliban kini sedang merancang untuk menubuhkan kerajaan.",
"Pengumuman itu dibuat Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell selepas mesyuarat para menteri luar blok berkenaan di Slovenia pada Jumaat.",
"“Ia tidak bermaksud ‘pengiktirafan’ kepada kerajaan baharu itu sebaliknya adalah ‘hubungan operasi’. Ia bagaimanapun bergantung kepada tingkah laku pemerintah baharu tersebut.",
"“Taliban juga perlu menzahirkan komitmen mereka sebelum ini untuk membenarkan rakyat asing dan warga tempatan yang ‘berisiko’ meninggalkan Kabul,” jelasnya.",
"Sementara itu, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) juga menyatakan ia cuba kekal berhubung dengan Taliban untuk memindahkan lebih ramai warga Afghanistan selepas lapangan terbang di Kabul dijangka beroperasi semula dalam tempoh beberapa hari akan datang. – AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=22149 | 203,133 penduduk Sibu daftar divaksin | [
"SIBU: Seramai 203,133 orang atau 81 peratus penduduk di Bahagian Sibu telah mendaftar untuk menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19.",
"Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee berkata, JPBBS pada masa ini sedang berusaha untuk menggalakkan baki 19 peratus penduduk untuk mendaftar menerima vaksin Covid-19.",
"“81 peratus daripada 203,133 orang di Bahagian Sibu, yang disarankan untuk menerima vaksin telah didaftarkan melalui aplikasi MySejahtera serta di pejabat daerah dan klinik kesihatan.",
"“Baki 19 peratus, mungkin mereka akan mendaftar (untuk program ini) nanti, atau mungkin masih mengamalkan sikap tunggu dan lihat.",
"“Walaupun begitu, kami akan menghubungi mereka kerana kami ingin mencapai 100 peratus untuk pendaftaran tidak lama lagi,” katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah menerima dos vaksin keduanya di Klinik Kesihatan Lanang, semalam.",
"Dengan jumlah tersebut, beliau percaya ini sebagai langkah ke arah yang tepat untuk mengekang penularan Covid-19 di Bahagian Sibu.",
"Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu turut mendedahkan bahawa tujuh premis di sini telah dikenal pasti untuk program vaksinasi besar-besaran untuk orang ramai, yang diharapkan akan bermula dari bulan April hingga Ogos.",
"“Lokasi utama adalah di Stadium Tertutup Sibu yang dapat menampung sekitar 3,000 orang pada satu-satu masa,” katanya.",
"Dr Annuar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka telah menerima vaksinasi dos pertama pada 27 Februari lalu.",
"Bersama beliau menerima dos kedua vaksin di Klinik Kesihatan Lanang adalah Senator Robert Lau, Pengerusi JPBBS dan Residen Bahagian Sibu Charles Siaw, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting, dan Pegawai Daerah Sibu Suhaili Mohamed.",
"Oleh NURZILLA MOHAMAD",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=31751 | Rundingan masih berlangsung | [
"PERASMIAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang dan tetamu kehormat lain melakukan upacara gimik memotong kek pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri N.26 Gedong di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.• Foto ANDRE OLIVEIRO",
"KUCHING: Rundingan dengan Kerajaan Persekutuan masih berlangsung bagi mencari formula yang sesuai berkaitan pemberian geran khas tahunan kepada Sarawak, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.",
"Tegasnya, kedudukan Sabah dan Sarawak dalam pemberian khas di bawah perkara 112D Perlembagaan Persekutuan adalah berbeza yang mana Sabah telah bersetuju Kerajaan Persekutuan meningkatkan pembayaran bantuan pemberian khas sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi 2022.",
"Sambil menegaskan, jumlah geran khas untuk Sarawak juga tidak seharusnya ditetapkan sebaliknya diberi berdasarkan hasil pendapatan tahunan Kerajaan Persekutuan.",
"“Prinsip saya seperti ini, yang pertamanya adalah jika negara berada dalam keadaan baik, ia mesti dikongsi, tetapi kita harus mempunyai formula tertentu.",
"“Sabah adalah Sabah, kita Sarawak berbeza… kita mesti berdasarkan prinsip tertentu, you sik boleh berik macam you berik manok, jika negara tidak berjalan dengan baik, masalah itu kita kongsi bersama.",
"“Inilah prinsipnya, sebab kita tidak mahu jika mereka buat duit, tetapi mereka tidak mahu berkongsi dengan kita,” tegasnya.",
"Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri N.26 Gedong di sebuah hotel terkenal di sini, semalam.",
"Pada 22 November tahun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata perjanjian yang lebih baik untuk kedua-dua negeri sedang dibincangkan dengan kerajaan menerusi Jawatankuasa Perundingan Bersama (JCC) mengenai Geran Khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.",
"Abang Johari menegaskan bahawa Kerajaan Sarawak amat praktikal dan pragmatik mengenai isu tersebut dan mengambil berat tentang kedudukan kewangan kerajaan persekutuan.",
"“Ia mesti berdasarkan formula, jika hasil pendapatan kurang, gerannya akan kurang.",
"“Anda tidak boleh menetapkannya seperti itu, kerana kita juga mesti mengambil berat tentang kedudukan kewangan kerajaan persekutuan,” katanya.",
"Ketika ditanya mengenai hasil perbincangan daripada Kerajaan Persekutuan berkenaan dengan perkara itu, Abang Johari berkata, masih belum ada keputusan dan ia masih dalam rundingan.",
"“Perbincangan yang lepas belum ada keputusan lagi kerana saya bertegas dengan formula.",
"“Formula ini mesti ada, kalau negeri kita bagus anda kongsilah, kalau negeri kita tidak bagus macam mana hendak minta lebih, tak adil bukan? Jadi ia mesti ada formula,” katanya.",
"Oleh JEAKQLEYN YACHO",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=22929 | 19,000 peluang pekerjaan diwujudkan – Muhyiddin | [
"PUTRAJAYA: Penubuhan pusat data serantau pertama Microsoft Corp di Malaysia di bawah inisiatif ‘Bersama Malaysia’ yang dijangka bernilai sekurang-kurangnya AS$1 bilion (AS$1=RM4.127) bagi tempoh lima tahun akan datang dijangka mewujudkan 19,000 peluang pekerjaan termasuk 4,000 pekerjaan berkaitan teknologi maklumat (IT).",
"Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menurut International Data Corporation, tempias daripada pelaburan pusat data serantau ini mungkin diterjemahkan kepada penjanaan hasil berjumlah AS$6.9 (RM28.3) dalam ekosistem awan untuk setiap hasil AS$1 (RM4.2) yang dijana oleh Microsoft Malaysia daripada awan menjelang 2024.",
"Di bawah inisiatif itu, katanya, Microsoft juga membentuk lima perkongsian dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan termasuk Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Petronas, Celcom dan Grab.",
"“Sebagai sebahagian daripada Inisiatif Microsoft Bersama Malaysia, saya juga difahamkan oleh Microsoft bahawa kerjasama ini akan membantu memahirkan sehingga satu juta rakyat Malaysia (di pelbagai peringkat) menjelang akhir 2023.",
"“Saya harap kejayaan kerjasama ini akan menjadi teladan yang membantu merapatkan jurang digital dan memperkasakan setiap rakyat Malaysia menerusi penggunaan teknologi,” katanya dalam ucapan beliau pada majlis pelancaran inisitaif ‘Microsoft Bersama Malaysia’ di sini, semalam.",
"Muhyiddin berkata inisiatif itu juga sejajar dengan peranan yang bakal dimainkan oleh pendigitalan sebagai pemangkin jangka sederhana dan panjang yang penting dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) akan datang dan juga Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030).",
"Pusat data serantau pertama Microsoft di Malaysia itu akan termasuk ‘Microsoft Azure’, yang akan membolehkan sesiapa sahaja mereka cipta dengan tujuan untuk menggunakan perkhidmatan dan keupayaan awan yang merangkumi pengkomputeran, perangkaian, pangkalan data, analitik, kecerdasan buatan (AI) dan Internet Pelbagai Benda (IoT); Microsoft 365, untuk berhubung, berkolaborasi, bekerja dari jarak jauh dan belajar secara dalam talian dengan instrumen produktiviti inovatif; serta Dynamics 365 dan Power Platform, untuk membina dengan pantas dan menguruskan penyelesaian perniagaan enterpris kritikal dengan aplikasi perniagaan pintar.",
"Sementara itu, perdana menteri berkata Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjadi hab data serantau, dengan ketersediaan jalur lebar tinggi yang meningkat, ruang yang secukupnya, tarif kuasa yang berpatutan dan kini dengan kemunculan syarikat-syarikat hiperskala",
"Pada masa ini, katanya seluruh industri bergantung kepada data untuk mencapai pertumbuhan, dan terdapat banyak peluang bagi mereka yang mampu memanfaatkan permintaan yang tinggi di peringkat global bagi segala perkara berkaitan dengan data.",
"“Kita adalah sebuah negara yang kecil dengan impian data yang besar. Komitmen untuk melengkapkan negara dengan jalur lebar 5G dan meningkatkan kapasiti simpanan data hanyalah permulaan.",
"“Dalam kita menuju ke arah itu, Malaysia sentiasa bersedia untuk kekal di hadapan dalam bidang teknologi dengan memanfaatkan data untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik bagi perniagaan, meningkatkan produktiviti ekonomi dan akhirnya mengukuhkan daya saing Malaysia,” katanya.",
"Seperti biasa, Muhyiddin berkata, kerajaan akan merintis jalan dan menjadi teladan, dengan terlebih dahulu memindahkan 80 peratus daripada datanya kepada awan menjelang akhir 2022.",
"– Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=14319 | Terokai peluang jadi usahawan tani | [
"Baru-baru ini, Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman menganjurkan Community Extension Outreach Program (CEOP) bertempat di Rumah Belai Antot, Brangan Ili, Nanga Skrang, Engkilili.",
"Tujuan utama CEOP berkenaan adalah untuk membuka minda para penduduk luar bandar mengenai kebaikan menceburi bidang pertanian komersial dengan mengusahakan tanah milik masing-masing.",
"Disertai seramai 98 orang penduduk dari enam buah rumah panjang di kawasan ini, program selama sehari berkenaan telah pun diselit dengan taklimat-taklimat berkaitan topik pertanian yang bersesuaian dengan keperluan setempat.",
"Antara topik yang telah ditekankan oleh Jabatan Pertanian menerusi program berkenaan adalah penanaman padi, nanas, jagung, perikanan darat dan penternakan veterinar.",
"Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis ketika merasmikan program itu mengajak penduduk untuk menjadi usahawan tani dengan mengusahakan tanah masing-masing.",
"Selain menambah pendapatan keluarga katanya, penduduk luar bandar juga secara tidak langsung dapat mengeluarkan diri mereka daripada kepompong kemiskinan dengan mengusahakan tanah masing-masing menerusi pelbagai projek pertanian sedia ada.",
"Sementara itu usahawan tani merujuk kepada kelompok individu yang mengusaha dan mengeluarkan produk pertanian asas termasuk tanaman, ternakan, akukultur, agropelancongan, jahitan, jerami dan kompos.",
"Golongan ini boleh dibahagi mengikut sektor seperti Industri Asas Tani yang tertumpu kepada penghasilan sesuatu produk melalui pemprosesan bahan mentah hasil daripada pertanian seperti pisang bagi menghasilkan kerepek pisang dan sebagainya.",
"Golongan usahawan tani bagi sektor Produk Segar pula tertumpu kepada pembuatan produk-produk tanaman hasil pertanian belum proses seperti jagung, beras dan sebagainya, manakala Sektor Bukan Makanan Penghasilan tertumpu kepada sesuatu produk jenis bukan makanan melalui pemprosesan bahan-bahan mentah hasil daripada pertanian kepada sesuatu produk yang lain seperti penggunaan jerami padi bagi penghasilan baja kompos.",
"Penduduk luar bandar di negeri kita mungkin kurang arif terhadap kerjaya usahawan tani. Ini kerana rata-rata penduduk luar bandar lebih cenderung terhadap penanaman kelapa sawit, getah, lada dan koko di tanah masing-masing.",
"Mungkin sudah tiba masanya untuk lebih ramai penduduk luar bandar dalam negeri ini terutama sekali anak muda untuk mencuba tanaman baharu selain daripada empat jenis tanaman komersial di tanah masing-masing kelak.",
"Jika tidak mahu mengusahakan tanaman mungkin penduduk luar bandar boleh mencuba bidang penternakan seperti ikan, lembu, kambing dan sebagainya di atas tanah mereka sendiri menerusi khidmat nasihat dan bantuan kerajaan.",
"Kerjaya usahawan tani boleh mengubah status kehidupan sesebuah keluarga. Selagi penduduk luar bandar mempelajari tips untuk menceburi bidang perniagaan pertanian maka mereka mungkin boleh menjadi usahawan tani yang berjaya pada masa akan datang.",
"Paling penting sekali ialah jangan biarkan tanah ditumbuhi semak tanpa diusahakan. Sama ada penduduk mahu bergiat mengusahakan tanaman komersial di atas tanah masing-masing ia adalah terpulang ke keputusan mereka sendiri.",
"Bagaimanapun jika mereka ingin mencuba kerjaya usahawan tani mungkin tiada salahnya. Mana tahu anda mungkin akan menjadi salah seorang usahawan tani yang berjaya di dalam negeri ini dan menjadi ikutan petani lain di masa akan datang.",
"Oleh Valentine Ngumbang",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=10893 | Clijsters bakal warnai Terbuka AS | [
"JUARA empat kali Grand Slam, Kim Clijsters antara empat pemenang kejuaraan major yang diberikan wildcard dalam senarai WTA bagi menyertai kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) di New York bulan depan.",
"Pemain Belgium berusia 37 tahun itu menyertai senarai wildcard bagi Terbuka Western and Southern disamping pemain Jepun, Naomi Osaka dan bintang Amerika, Williams, Sloane Stephens dan Caty McNally.",
"Acara berkenaan sepatutnya diadakan di Cincinnati dua minggu sebelum Terbuka AS, sebelum diubah ke Flushing Meadows dan akan bermula 20-28 Ogos di Pusat Tenis Nasional tanpa penonton berikutan pandemik Covid-19. Terbuka AS juga bermula di tempat sama pada 31 Ogos.",
"Clijsters membuat mengambil bahagian dalam perlawanan pertama di Dubai pada Februari dan diikuti Monterrey pada Mac.",
"Dia pertama kali bersara pada 2007 sebelum melakukan penampilan semula pada 2009, apabila dia memenangi kejuaraan Terbuka AS berturut-turut buat pertama kali selepas memperoleh yang pertama pada 2005.",
"Kim bekas pemain nombor satu dunia turut merangkul kejuaraan Terbuka Australia pada 2011 dan memperoleh pengiktirafan menerusi International Tennis Hall of Fame dengan 41 kejuaraan perseorangan.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=3969 | Bomba bantu tangkap ular masuk dapur | [
"SARIKEI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarikei menjalankan khidmat khas menangkap ular di salah sebuah rumah di Jalan Drahman Keria.",
"Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.59 pagi semalam.",
"“Panggilan diterima dari penghuni rumah yang melaporkan melihat seekor ular di dapur.",
"“Bertindak atas panggilan kecemasan tersebut, seramai tiga anggota bomba diketuai PBK II Mohsen bergerak ke lokasi penemuan ular,” katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, tengah hari semalam.",
"Katanya, setibanya di lokasi, penghuni rumah menunjukkan tempat ular berada dibahagian dapur rumah.",
"“Anggota bomba mencari dan memeriksa seluruh bahagian dapur, namun ular gagal ditemui.",
"“Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat, pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=34662 | Dari buluh terhasil pelbagai produk | [
"TINJAU… Datuk Hashim Bojet bersama pasukannya membuat tinjauan ke tapak perladangan buluh.",
"Kegunaan dan produk arus perdana yang dihasilkan dari buluh adalah kayu penyepit, perabot, peralatan muzik, pencungkil gigi dan mempunyai rebung yang boleh dimakan. Selain itu buluh juga dijadikan galah, bingkai gambar, pencucuk sate, bahan anyaman, bidai dan kraf tangan. Rumpun buluh juga dijadikan landskap di taman-taman rekreasi awam dan kawasan persendirian.",
"Melalui kajian dan penyelidikan yang meluas, kini penggunaan produk yang dihasilkan daripada buluh lebih luas dan pelbagai. ",
"Menurut Pengurus Projek Buluh Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak(PUSAKA), Dr. Jong Lip Khiong, pelbagai industri berasaskan buluh akan diterokai oleh Sarawak. ",
"” Ada empat industri buluh utama yang akan kami fokuskan iaitu ‘industri kejuruteraan buluh bagi menghasilkan papan panel buluh; Industri berasaskan arang buluh seperti (bio-char, farmaseutikal, kosmetik serta tekstil);Industri makanan; dan Industri kraftangan. ",
"” Tujuan pengwujudan empat industri utama ini adalah bagi memastikan sumber buluh dapat digunakan secara efektif dan optimum selaras dengan tema pusaka ‘nothing goes to waste’,” katanya. ",
"Bagi mencapai matlamat tersebut, kerjasama strategik telah dijalankan bersama pihak industri serta institusi pengajian tinggi bagi menjalankan kajian kesesuaian spesis buluh untuk industri yang akan dibangunkan. ",
"Pelbagai inovasi berasaskan telah dicipta, antaranya ialah basikal yang diperbuat daripada buluh. ",
"Bagi penghasilan basikal buluh, buluh yang akan digunakan perlu dirawat dengan baik agar tidak diserang oleh serangga perosak seperti bubuk. Kaedah rawatan seperti heat treatment, boiling, pressure treatment dan rendaman dengan bahan kimia boleh digunakan sebelum ia diproses menjadi basikal. ",
"Dalam proses pembuatan, batang buluh tersebut perlu dikeringkan mengikut kadar kelembapan yang sesuai sebelum disembur dengan bahan kalis air. ",
"Berdasarkan kajian, jangka hayat basikal buluh adalah 10-20 tahun, jika rangka buluh tersebut dijaga dan dirawat dengan baik. ",
"Menurut Dr. Jong Lip Khiong, spesis buluh yang digunakan untuk menghasilkan basikal buluh adalah spesis ‘Bambusa nana’ ataupun juga dikenali sebagai buluh ‘Thai Silk’. ",
"“Buluh tersebut sesuai untuk pembuatan basikal kerana struktur batangnya yang mantap, teguh serta senang dibentuk,” katanya. ",
"Selain daripada penghasilan basikal, buluh juga digunakan untuk menghasilkan produk farmaseutikal dan kosmetik menurut Pengurus Besar PUSAKA, Datuk Hashim Bojet. ",
"” Kami telah bekerjasama dengan pihak Universiti Teknologi Mara(UiTM) bagi mengenalpasti buluh yang sesuai untuk kegunaan farmaseutikal dan kosmetik. ",
"” Selain itu, kami juga akan mengenalpasti teh yang boleh dihasilkan daripada daun buluh. Kami sedang berkolaborasi bersama pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk memproses rebong daripada buluh bagi menghasilkan tepung. Tepung ini boleh digunakan untuk membuat kek dan produk farmaseutikal serta kosmetik. ",
"“Di China, mereka telah memproses rebung buluh ini melalui kaedah penjerukkan agar boleh tahan lama dan boleh dipasarkan ke seluruh negara. Selain itu mereka juga menggunakan kaedah pengeringan untuk memanjangkan lagi jangka hayat rebung tersebut bagi membolehkannya dipasarkan ke seluruh negara. ",
"” kalau kita melihat nilai eksport daripada rebung ini di peringkat antarabangsa sudah mencecah 2 billion Ringgit Malaysia. Kalau kita memggunakan konsep ini, kita dapat menjadikan buluh ini sebagai salah satu produk nilai tambah untuk industri tempatan dan juga boleh meningkatkan ekonomi penduduk tempatan kita. ",
"“pada masa ini pihak komuniti kita, mereka menggunakan buluh ini untuk membuat lemang dan rebungnya untuk dimasak. Kalau kita memperkenalkanladang buluh, kita sudah tentunya boleh menghasilkan satu kuantiti yang besar bagi tujuan eksport. ",
"” Kami juga sedang dalam perbincangan bersama beberala syarikat besar di China untuk memproses buluh ini sebagai bahan untuk pembungkusan makanan. Ini merupakan pasaran yang sangat luas kerana pasaran dunia masa ini sedang membuka kaedah pembukusan kepada yang lebih mesra alam. Selaras dengan matlamat dunia bagi mengurangkan oenggunaan plastik dan buluh adalah salah satu bahan yang paling sesuai untuk menggantikan plastik. ",
"“Selain itu, buluh juga boleh digunakan sebagai bahan pembuatan tisu muka. Tisu muka yang dikeluarkan daripada buluh berbeza daripada tisu yang diperbuat daripada pulpa kayu. Ini kerana, tisu diperbuat daripada buluh mempunyai nilai perubatannya yang tersendiri sebab itulah ianya sesuai untuk tujuan kecantikan,” katanya. ",
"Penanaman buluh bakal menjadi salah satu penyumbang ekonomi negeri Sarawak menjelang 2027 apabila (PUSAKA) meletak sasaran menghasilkan satu juta anak benih buluh sehingga 2027.",
"PUSAKA juga menyasarkan untuk menanam sekurang-kurangnya 20,000 hektar buluh untuk tujuan perindustrian bagi menjana pendapatan eksport RM200 juta menjelang 2030.",
"Selain itu, kerajaan negeri juga menyasarkan untuk menanam buluh untuk tujuan perindustrian bagi mewujudkan 5000 pekerjaan dengan pendapatan isi rumah RM36 juta setahun.",
"Melihat kepada senario pasaran buluh Global semasa dan kadar pertumbuhan tahunan kompaun yang diramalkan sebanyak 5% untuk 2030 dan seterusnya, prospek industri buluh adalah sangat cerah.",
"Oleh SHAHRUL QAIZAT",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=15423 | 40 nyereta Program Randau Alumni KKKg | [
"KUCHING: Bisi 40 studen baru nyereta Program Randau Alumni Kolej Komuniti Kuching (KKKg) ke diatur ba balai mayuh guna empai lama ke udah.",
"Empat iku bala panel nya alumini tauka sida ke kala belajar ba KKKg ke dikangau datai bekunsika penelaba sereta meri jaku ajar ngagai bala studen baru ke berengkah belajar kena 1 September ke udah.",
"Tuju program ke diatur Unit Psikologi enggau Unit Latih Industri sereta Alumni nya dikena meri inspirasyen ngaga bala studen baru, muka runding ngambika ulih besemekih kelimpah ari meri peransang ngambika mujur ba pelajar.",
"Nitihka seiku ari panel nya Elfy Fariza binti Sharkawi, studen patut lebih proaktif sereta sabar napi penguji maya sida begelar graduan ba Institusyen Pelajar Tinggi (IPT).",
"Ku iya, penguji enggau penanggul nya sigi adat ngagai seiku studen enda ngira sekalika ba tikas setipikit, diploma enggau degree.",
"“Semua nya deka nyadi pengingat ke manis pengudah tembu belajar ila,” ku iya.",
"Iya ke kala belajar ba kolej nya ngmbi kus Setipikit Fesyen enggau Pakayan madahka, studen patut rajin betanya ngagai lecturer ngambika nemu senentang subjek ke diajar lebih dalam.",
"Kelimpah ari nya Mohd Rashid bin Ali mega bekunsika singkang pejalai akademik iya ke enda nyulut maya ngambi peresa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tang mujur bulih pengawa ba siti serikat arkitek ke tebilang ba Kuching.",
"Iya ngasaika diri untung amat laban ulih nyambung pelajar TVET ba Kolej Komuniti Kuching laban nya iya keterubah ngasuh iya nemu senentang arkitek, design, pelin, rumah enggau iya ke bukai.",
"“Aku meransang semua studen ngena peluang tu enggau manah maya ba kolej ngulihka penemu sereta meri fokus ngambika ulih nyulut sereta nyambung pelajar ngagai tikas ke lebih tinggi agi pengudah graduasyen,” ku iya.",
"Mohd Rashid seiku studen ngambika kus Setipikit Nero Pelin ba taun 2010/2011 sebedau nyambung pelajar ngagai tikas Diploma Arkitekture ba Politeknik Port Dickson.",
"Panel bukai ke dikangau datai nya Mohammad Fitri bin Khasidin seiku studen ngambi kus Setipikit Fesyen enggau Pakayan sereta Hamirul Ridzwan bin Hamiden ke kala ngambi kus Setipikit Nero Pelin Arkitekture mega sama bela bekunsika peneleba diri ke mujur dikena meri inspirasyen enggau peransang gagai studen ngambika bala studen nemu singkang tuju diri empu pengudah graduasyen.",
"Program ke diatur pengelama setengah hari nya dijaga Shah Nazim bin Shahar ke nyadi moderator maya program nya.",
"Sama bisi enggau Sapit Direktor Akademik Nurul Dafiqah binti Kamarulzaman, Chairman Gerempung Alumni KKKg Suria binti Deresa enggau Pemesai Psikologi ti mega menijar ngatur program nya Siti Aliza binti AjisTumi.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=8751 | Trump akhirnya guna penutup mulut, hidung | [
"WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilihat memakai penutup hidung dan mulut untuk kali pertamanya di khalayak ramai seperti yang disyorkan pasukan pegawai kesihatan AS sebelum ini.Ia sekali gus menunjukkan beliau terpaksa tunduk kepada tekanan kuat supaya memberikan contoh terhadap kesihatan awam yang baik di saat negara itu diancam teruk Covid-19.Trump dilihat memakai pelitup muka berwarna hitam ketika beliau berjalan di koridor hospital tentera Walter Reed, di luar Washington bagi bertemu dengan veteran perang yang cedera.“Saya rasa sangat bagus memakai penutup hidung dan mulut.",
"“Saya tidak pernah menentang pemakaian pelitup muka, namun saya percaya ada masa dan tempatnya,” kata Trump sebaik sahaja meninggalkan White House.Tindakan Trump itu mendapat perhatian selepas beliau dilihat sering tidak mengikut garis panduan pencegahan Covid-19 di saat negara Uncle Sam itu mencatatkan angka jangkitan dan kematian tertinggi akibat virus tersebut.Penganalisis menyatakan tindakan Trump yang menolak memakai pelitup muka dalam kebanyakan acara kerana khuatir ia akan membuatkan dirinya kelihatan lemah dan menjejaskan pemulihan ekonomi.Tindakan Trump itu disifatkan perlu ketika presiden AS itu sedang mengalami persaingan daripada calon Demokrat Joe Biden dalam pemilihan pada pilihan raya November ini.Trump dengan tegas mempertahankan pentadbirannya dalam menangani pandemik itu walaupun AS adalah negara yang paling teruk dilanda wabak itu.-AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=41002 | KKM beri tumpuan naik taraf klinik kesihatan daif | [
"KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memberikan tumpuan khusus kepada klinik-klinik daif bukan hanya di Sarawak malah di seluruh negara.",
"Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Lukanisman Awang Sauni berkata, pihaknya bertekad untuk menyelesaikan beberapa keperluan asas terutama kerosakan-kerosakan kecil di klinik terbabit.",
"“Kami sedang memberi perhatian sebagai siri lawatan ke klinik-klinik kesihatan untuk memastikan permohonan KKM mendapatkan peruntukkan khusus pembaikan klinik-klinik di seluruh Sarawak tidak kira kategori daif atau klinik-klinik yang berfungsi tetapi memerlukan aset-aset bagi memudahkan proses rawatan.",
"“Kita juga berharap agar pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan dapat memberikan tumpuan khusus bukan hanya di Sarawak tetapi juga seluruh negara.",
"“Sudah tentu kita akan memberikan fokus memandangkan klinik-klinik yang rosak dan telah usang sememangnya banyak terletak di Sarawak dan Sabah,” katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat lawatan rasmi untuk meninjau keadaan fasiliti di Klinik Kesihatan (KK) Bako di sini, hari ini.",
"Tambah Lukanisman, KKM juga mempunyai perancangan dalam mengenal pasti tapak-tapak tanah yang bersesuaian untuk dibangunkan.",
"“Proses ini perlu melalui proses Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan ketika ini kami dalam fasa pemetaan tanah untuk mengenal pasti potensi-potensi tapak-tapak tanah untuk dibangunkan.",
"“Kita juga mempunyai pelan penambahbaikan untuk klinik-klinik kesihatan dalam berdepan kekurangan doktor pakar untuk merawat pesakit dengan membangunkan hospital yang sedia ada sebagai hospital kedua berstatus negeri seperti Hospital Umum Sarawak (HUS).",
"Dalam pada itu, beliau berkata bahawa KKM akan melancarkan satu kertas putih berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berkenaan penurunan kuasa, penggunaan bajet yang diturunkan oleh persekutuan, dan kita inginkan dasar yang membolehkan kerajaan negeri memilih dan menentukan berapakah keperluan klinik, pembangunan dan staf yang kita dapat tentutkan sendiri.",
"“Itulah kuasa yang kita inginkan daripada Kerajaan Persekutuan.",
"“Kita juga kena sedar bahawa bajet kesihatan awam di Malaysia kecil berbanding bajet-bajet yang lain yang mana kita perlu mencapai lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) dan ketika ini kita hanya mencapai 2.5 peratus ke 2.6 peratus sahaja.",
"“Sudah pasti komponen kertas putih ini adalah kerjasama antara swasta dan awam berkenaan tentang penyediaan perkhidmatan bagi mengurangkan kesesakan di dalam perkhidmatan awam,” katanya.",
"Jelasnya, setakat ini belum ada jumlah klinik kesihatan yang akan dibina di Sarawak kerana kertas putih yang akan dibentangkan di Parlimen hanya membentangkan dasar dan polisi baru KKM yang mana akan menyediakan satu format dan formula apakah bentuk kewangan yang membolehkan Sarawak membina banyak klinik serta menambah baik perkhidmatan dalam tempoh 15 tahun selepas kertas putih dijalankan.",
"Sehubungan itu, beliau berkata, KKM akan berbincang dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi mendapatkan perkhidmatan talian Internet berasaskan satelit untuk kegunaan klinik kesihatan di kawasan luar bandar.",
"“Talian Internet itu penting kepada petugas kesihatan dalam menyampaikan perkhidmatan secara maya atau talian video bagi membuat diagnosis terhadap pesakit.",
"“KKM telah terima kertas kerja daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri, kita lihat perkhidmatan talian Internet berasaskan satelit perlu disediakan di klinik kawasan luar bandar.",
"“Kami akan mengadakan perbincangan dengan KKD bagi membantu KKM menyediakan perkhidmatan ini di klinik kesihatan.",
"Dalam lawatan tersebut, Lukanisman yang turut disertai Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni turut memberikan taklimat kepada kakitangan-kakitangan KK Bako.",
"Sejurus selepas itu, Lukanisman dijadualkan melawat serta meninjau Klinik Kesihatan Pantai Damai di Bandar Baru Samariang.",
"Oleh NICKELYSON LAKUN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=511 | Kenyataan palsu kata Pesuruhjaya Polis | [
"SHEILA ZAIDI",
"KUCHING :\nPesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail menafikan satu kenyataan yang\nkononnya dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara (KPN) berhubung tempoh yang\ndibenarkan untuk keluar dari rumah dan juga masa operasi premis perniagaan\nbermula jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.",
"Aidi ketika\ndihubungi berkata, kenyaataan bercetak itu yang tular di aplikasi Whatsapp\nsejak petang Isnin lalu adalah palsu.",
"“Melihat kepada\nbahasa kenyataan ini dibuat juga adalah menggunakan bahasa pasar dan saya yakin\nKPN tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti ini.",
"“Berdasarkan\nsidang media oleh Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan Datuk Ismail Sabri\nIsnin lalu, tempoh yang dibenarkan untuk keluar rumah adalah bermula pada jam\n8.00 pagi sehingga 8.00 malam,” katanya.",
"Menurut Aidi,\nbagaimanapun, Sarawak masih mengekalkan tempoh keluar rumah dan operasi premis\nperniagaan bermula jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam.",
"Tambahnya,\nsetakat ini, kerajaan negeri terus mengguna pakai tempoh yang telah diumumkan\nsebelum ini dan memohon supaya masyarakat peka dengan setiap perubahan\nsekiranya ada kelak.",
"Sarawak semalam\nmenerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengumumkan\nmengekalkan waktu operasi premis perniagaan dari jam 7.00 pagi hingga 7.00\nmalam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).",
"Menteri Kerajaan\nTempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dipetik berkata, Sarawak tidak\nakan mengikut tempoh larangan premis perniagaan beroperasi di Semenanjung yang\nmenetapkan jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.",
"“Keputusan\nini memandangkan jika kita mengubahnya, ia akan menyebabkan kekeliruan dalam\nkalangan orang awam dan gangguan kepada operasi perniagaan terutama dalam\nsektor logistik dan pengangkutan.",
"“Apa sahaja\nsekatan masa baharu, matlamatnya masih sama, kami mahu orang ramai duduk di\nrumah dan ini akan membolehkan kami untuk memutuskan rantaian jangkitan\nCovid-19,” katanya.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=372 | 695 laporan polis berhubung pelanggaran PKP | [
"KUALA LUMPUR:\nSebanyak 695 laporan polis diterima berhubung pelanggaran Perintah Kawalan\nPergerakan (PKP) di seluruh negara semenjak ia dikuatkuasakan kerajaan pada 18\nMac lepas.",
"Menteri Dalam Negeri\nDatuk Seri Hamzah Zainudin berkata, daripada jumlah itu 28 didapati melanggar\nperintah tersebut manakala selebihnya masih dalam siasatan.",
"“Angka ini membuktikan bahawa ada lagi\nindividu yang masih berdegil…kalau ramai yang masih degil, kemungkinan wabak\nini bertambah besar dan mungkin kaedah lain terpaksa dilakukan untuk mengekang\npenularan wabak Covid-19 ini.",
"“Kalau semua rakyat mendengar arahan,\nberkemungkinan jumlah laporan keseluruhan yang diterima berhubung pelanggaran\nperintah ini tidak begitu tinggi,” katanya dalam\nprogram Ruang Bicara terbitan \nBernama TV malam Rabu lepas. ",
"Pada 16 Mac lepas,\nPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan PKP yang\nberkuatkuasa pada 18 Mac sehingga 31 Mac bagi mengekang penularan Covid-19.\nKerajaan hari ini mengambil keputusan untuk melanjutkan PKP sehingga 14 April. ",
"Selain itu beliau\nberkata, sebanyak 94 kertas siasatan telah dibuka, enam kes telah dibicara di\nmahkamah dan 80 kes masih dalam siasatan berhubung penyebaran berita palsu\nberkaitan Covid-19.",
"Berikutan itu, Hamzah\nturut memberi amaran kepada mana-mana individu yang menyebar berita palsu akan\nberdepan dengan tindakan tegas.",
"“Berminat dengan berita palsu, saya nak\ningatkan mereka yang didapati mengeluarkan berita palsu boleh dituduh dengan kesalahan\ndi bawah Seksyen 505 \nKanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia\n1998, penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian. ",
"“Jangan ada sindrom berita tergempar di\nmana \nmasyarakat terus mempercayai dan berkongsi maklumat palsu. Sila semak\nfakta terlebih dahulu sebelum menyebarkannya kepada orang lain yang boleh\nmencetuskan panik,” katanya. – BERNAMA",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=10378 | Keputusan JPBNS ambil kira sektor sosial, ekonomi | [
"KUCHING: Setiap keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berdasarkan maklum balas daripada pihak yang berkaitan pakar perubatan, keselamatan dan ekonomi.",
"Tegas Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, keputusan yang diambil sudah pasti telah mengambil kira kesan terhadap sektor sosial dan ekonomi yang terbabit untuk Sarawak.",
"“Oleh itu, setiap pihak terutama masyarakat dan peniaga perlu mematuhi setiap arahan yang telah ditetapkan,” katanya ketika diminta pemberita untuk mengulas mengenai JPBNS akan mengumumkan strategi lebih terperinci setelah diperhalusi bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 dalam gelombang kedua.",
"“Arahan kawalan pergerakan antara daerah dan pengurangan jumlah penerbangan adalah semata-mata untuk membendung penularan kes jangkitan dari kawasan zon merah ke zon hijau dan mengurangkan merebaknya kes import dari luar Sarawak,” ujarnya lagi.",
"Dr. Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air Luar Bandar) menambah keputusan yang dibuat ini adalah untuk memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan.",
"“Adalah penting sekarang untuk semua pihak terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan,",
"“Kita perlu menjaga diri kita dan keluarga kita. Tanpa sokongan kita mungkin sukar untuk menghentikan Covid-19 daripada terus merebak,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.",
"Terdahulu, melalui kenyataan yang dikeluarkan pada 26 Julai lalu, antara strategi JPBNS untuk memutuskan rantaian Covid-19 adalah kawalan pergerakan antara daerah, pengurangan jumlah penerbangan dan engurangkan tempoh masa operasi perniagaan.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=20094 | Amalkan kesepakatan elak perpecahan | [
"LAWAS: Penduduk kampung perlu terus mengamalkan kesepakatan antara mereka dan bukannya mengikut kepala masing-masing.",
"Hanya melalui kesepakatan sahaja akan memudahkan segala perancangan dan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar.",
"Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan menegaskan sikap membawa pemikiran sendiri tanpa kesepakatan akan hanya membawa kepada perpecahan yang merosakkan kampung mereka sendiri.",
"Oleh itu masyarakat kampung perlu terus memelihara budaya kesepakatan dalam organisasi kampung dan komuniti mereka.",
"Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak mengingatkan demikian pada sesi program Muafakat Kampung di Kampung Luagan Seberang Lawas baru-baru ini.",
"Seterusnya beliau menyeru agar rakyat di kampung untuk turut serta dalam berbagai program kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi meningkatkan pendapatan.",
"Ini melibatkan aktiviti pertanian, ternakan mahupun perikanan walaupun dalam lingkungan kawasan kecil.",
"Segalanya dapat diusahakan melalui pendekatan teknologi moden yang telah terbukti mampu meningkatkan hasil dan produktiviti mereka yang terlibat.",
"Pada masa yang sama, kerjasama dengan agensi kerajaan perlu dipertingkatkan untuk membimbing mereka agar mampu terlibat dalam aktiviti pertanian atau ternakan yang sesuai di kawasan masing-masing.",
"Pada majlis berkenaan Awang Tengah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari mengumumkan peruntukan bagi pembersihan tebingan sungai Lawas di Kampung Luagan Lawas berjumlah RM20 ribu tahun hadapan.",
"Ini diikuti RM100 ribu untuk membaik pulih surau Kampung Luagan Lawas yang juga akan diperuntukkan tahun hadapan.",
"Bagi kampung Mission Lawas pula, Awang Tengah memaklumkan bahawa kerajaan melalui Jabatan Tanah dan Survei setuju memberi keutamaan projek pembesaran Kamping Mission yang terancam dengan hakisan tebingan sungai.",
"Turut hadir, Timbalan Presiden SABATI, Dato Hajah Dayang Morliah Datuk Haji Awang Daud, Residen Bahagian Limbang, Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengarah NRDA, Datu Ubaidillah Latip, Pengarah UKAS Samat Junai, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Pegawai Tadbir UKAS, Datu Takun Sunggah dan kenamaan lainnya.",
"Oleh ADENG EDRUS",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27889 | Tingkatkan penglibatan Bumiputera dalam projek berskala besar | [
"KUALA LUMPUR: Kerajaan komited dalam usaha meningkatkan penglibatan perniagaan Bumiputera dalam projek nasional berskala besar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.",
"Beliau berkata kerajaan juga komited dalam mengkaji polisi perolehan oleh Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) serta isu-isu berkaitan ekuiti korporat Bumiputera yang masih jauh dari sasaran 30 peratus.",
"“Sehubungan dengan ini, kerajaan sedang mengkaji mekanisme Jaringan Keselamatan Ekuiti (ESN) bertujuan memastikan saham yang dipegang oleh agensi bermandat Bumiputera kekal dalam kelompok syarikat Bumiputera. ",
"“Mekanisme ini akan diperhalusi agar dapat mencapai ekuiti dan nilai Bumiputera tanpa memberi kesan terlalu besar kepada daya saing agensi-agensi berkaitan dalam urusan pelaburan mereka,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis pelancaran Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) di sini semalam.",
"Ismail Sabri berkata meskipun Bumiputera merupakan kaum majoriti di negara ini iaitu seramai 20.9 juta atau 69.7 peratus, namun status sosioekonomi Bumiputera masih di tahap yang memerlukan peningkatan, khususnya kesenjangan kekayaan, jurang pendapatan serta pemilikan aset yang masih rendah.",
"“Bumiputera perlu dibantu dengan cara baharu dan lebih berstruktur. Inklusif dari Perlis ke Sarawak hingga ke Sabah, termasuk golongan Bumiputera minoriti. Sepertimana yang saya sebutkan dahulu, tiada yang akan dibiarkan terpinggir atau dilupakan, seiring dengan intipati Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12),” jelasnya.",
"Beliau menambah kejayaan Bumiputera bukan hanya agenda Bumiputera semata-mata, tetapi akan membawa pulangan kepada negara secara keseluruhannya.",
"“Kita turut mampu memacu agenda Bumiputera ke peringat global dengan pemerkasaan bidang berteknologi tinggi, mempertingkat kualiti lulusan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET),” kata Ismail Sabri.",
"TPB2030 adalah naskhah rujukan sedekad akan datang bagi pemerkasaan ekonomi dan sosioekonomi Bumiputera dan merupakan kesinambungan kepada inisiatif serta program-program pemerkasaan Bumiputera.",
"Berintipatikan sebahagian agenda di dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dan didukung oleh RMK12, TPB2030 yang diwujudkan untuk mencapai kesaksamaan peluang dan keberhasilan ini telah dibangunkan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sejak penghujung 2020.",
"TPB2030 meletakkan enam Sasaran Utama untuk dicapai menjelang tahun 2030 iaitu – Sumbangan Lebihan Kendalian Kasar (GOS) Perusahaan Bumiputera sebanyak 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bernilai RM438 bilion; Gaji Upah pada kadar RM5,169.12; Pendapatan Isi Rumah pada kadar RM18,402.68; Kadar Pulangan Aset Kewangan Per Kapita pada nilai RM4,495.65; Pekerja Mahir seramai 3,248,920 orang; dan Pemilikan Kediaman sebanyak 4,758,469.",
"Enam sasaran tersebut bakal dicapai melalui tujuh Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) yang terdiri daripada Pertanian dan Komoditi, Ekonomi Digital, Halal dan Makanan, Kewangan Islam 2.0, Pengangkutan dan Mobiliti Lestari, Pembuatan dan Pelancongan. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=12572 | PRS ikrar bantu SUPP di DUN Engkilili | [
"KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebanyal 1,050 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili pada Pilhan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing.",
"Beliau yang juga Presiden PRS berkata demikian ketika melakukan lawatan ke Rumah Sirai, Marup Ili, Engkilili bersama Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian bagi memperkukuhkan kekuatan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kawasan DUN Engkilili yang merupakan sebahagian daripada kawasan Parlimen Lubok Antu yang diwakili PRS.",
"“Ini bermaksud sama ada pemimpin tidak cuba sedaya upaya untuk membantu Barisan Nasional (BN) atau terdapat elemen sabotaj daripada komponen parti BN yang lain terhadap PRS (di DUN Engkilili pada PRU-14).“Dr Johnnical Rayong adalah dari SUPP/BN dalam PRU-14 yang lalu,” kata Masing.",
"Beliau berkata, jika perkara ini masih berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN-12) akan datang, maka GPS akan berhadapan dengan masalah besar.PRS dalam pada itu katanya, akan cuba membantu sedaya upaya di dalam menyokong calon SUPP (DUN Engkilili) dan SUPP juga perlu membantu calon PRS di kawasan Parlimen Lubok Antu tanpa sebarang agenda.",
"Pada majlis itu, Masing dan Dr. Sim masing-masing menyumbangkan sebanyak RM20,000 dan RM6,000 bagi projek membina jalan menghubungkan Rumah Sirai.",
"Turut menyumbang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai Datuk Malcom Mussen lamoh sebanyak RM10,000",
"Oleh Connie Chieng",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=34867 | Kamus Melanau Ajang pertama diterbit tahun depan | [
"SOAL JAWAB… Datu Len Talif Salleh ketika sesi sidang akhbar pada Bengkel Permurnian Kamus Melanau Ajang Bersama Dewan Bahasa Cawangan Sarawak di Kuching, semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO.",
"KUCHING: Kamus Melanau Ajang yang pertama di Sarawak dijangka terbit pada suku pertama tahun depan dalam usaha untuk memartabat dan memperkenalkan bahasa unik etnik Melanau di tiga kawasan di negeri ini.Difahamkan, kamus itu memaparkan istilah bahasa Melanau di kawasan Kampung Kuala Rejang, Jerijeh dan Belawai.Timbalan Menteri Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata, kamus yang dirumus dan diusahakan bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak itu dibantu oleh Pusat Khidmat Kuala Rajang yang mengandungi lebih 4,000 patah perkataan.“Atas kesinambungan kerja pengumpulan entri bahasa sukuan Sarawak ini, manuskrip mentah bahasa Melanau Rajang-bahasa Melayu telah diperoleh.“Entri yang sedia ada ini perlu disahihkan, diluaskan takrif dan dikembangkan dari segi aspek pemaknaannya sebelum dimasukkan cara sebutan yang betul berdasarkan pemenggalan fonemik oleh penutur jati yang dilantik berdasarkan idiolek (variasi dialek daerah) masing-masing.“Sepanjang proses pembinaan entri, beberapa perkara dikenal pasti yang mana entri ini seterusnya akan disahihkan oleh Jawatankuasa Pengesahan bagi membina manuskrip bersih yang dapat digunakan untuk tujuan penerbitan,” katanya pada sidang media bengkel permurnian Kamus Melanau Ajang bersama DBP Cawangan Sarawak di Hotel Samudra di sini, semalam.Len Talif berkata, 2,000 patah perkataan sudah dikumpul dan diperbetulkan sepanjang dua hari berbengkel dan berharap 2,000 lagi patah perkataan dapat dikumpul setelah bengkel dua hari itu berakhir.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, bengkel dua hari itu disertai 35 peserta dari Kampung Kuala Rajang, Jerijeh dan Belawai sebagai langkah akhir bagi penerbitan kamus berkenaan.Penyelaras bengkel terdiri daripada Hardi Keli dan Professor Emeritus Dr. Yusuf Hadi serta Jawatankuasa Tugas Kamus Melanau Ajang.Katanya, usaha mengumpul istilah sukuan Melanau di kawasan Kuala Rajang dilaksanakan lebih 40 tahun lalu melibatkan penduduk berumur 18 tahun dan ke atas untuk membezakannya dengan istilah digunakan oleh sukuan Melanau di kawasan Matu-Daro, Igan dan Mukah.“Justeru, penerbitan kamus ini bertujuan untuk mendedah dan menyebar luas istilah sukuan Melanau Kuala Rajang untuk tatapan penduduk asalnya yang kini banyak menetap di luar (daerah) dan generasi akan datang. Selain itu, ia juga mengetengahkan banyak istilah yang sudah pupus,” katanya.Sementara itu, Timbalan Menteri Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komuniasi Awam Sarawak (UKAS) yang juga ADUN Semop, Datuk Abdullah Saidol yang hadir sama berkata, inisiatif sedemikian adalah penting dalam usaha mengekalkan bahasa, adat dan budaya kaum Melanau di negeri ini khasnya.Katanya, generasi muda pada hari ini yang akan memimpin negeri dan negara pada masa hadapan seharusnya berjiwa besar dengan mengetahui asal usul, adat dan budaya termasuk bahasa serta latar belakang sejarah bangsa mereka sendiri.Beliau berkata, hakikatnya istilah Melanau Kuala Rajang banyak persamaan dengan istilah sukuan Kajaman di Belaga.",
"Oleh RYNNA SHA’ERRA",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=9568 | KM terima kunjungan Ketua Cawangan Khas Polis baharu | [
"KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Ketua Cawangan Khas Polis yang baharu, SAC Hairuddin Che Hamid di pejabatnya, semalam.",
"Ketua Cawangan Khas yang baharu tersebut diringi bersama oleh Ketua Cawangan Khas sebelum ini, SAC Azman Omar yang akan berpindah tugas ke Counter Terrorism Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 3 Ogos depan.",
"Manakala SAC Hairuddin Che Hamid telah memulakan tugasnya sebagai Ketua Cawangan Khas Sarawak bermula semalam.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=24266 | Cherpan Lalau Pendiau | [
"Tusun Kedua",
"UDAH nya lalu disemburka iya ngagai mua tudah Tekuyung. Tak bengit-bengit mua tudah Tekuyung dikepiaka Juak.",
"“Umbas mih mantaika tundi kasar baka nya, Punggal! Anang tak nyau datai ngagai pangan diri ringat,” ku Tekuyung sambil merening tajam ngagai Juak. “Lalu mansutka jaku pen baka nya mih, Punggal, anang kelalu tekebur tak dulu ari Petara munyi nya! Pengeraja enda ibuh dulu dicherita; pengering enda ibuh dulu diselaing; dengah enda ibuh dulu dipadah. Ga ila mansang ditemu, mansang dipeda!” ku Tekuyung.",
" Seduai lalu besemaya belaban nyemerai berengkah ari pagi, ba hari siti ke ngilah nya. Adan ke dipesetujuka seduai, berengkah ba Lubuk Mumban, iya nya lubuk ke alai seduai besemaya nya, ke ili ngagai nanga Sungai Patah Selayan nya, nikal baru ke ulu ngagai Lubuk Mumban, lalu tamat dia.",
" Juak angkat ari nya lalu ngujika diri nyemerai, matih seput diri ngambika tan lebuh nyau belaban enggau Tekuyung hari siti.",
" Pulai Juak, Tekuyung lalu ngangauka bakih iya Kenyulung. Ninga kangau, Kenyulung pen mansang kia. Tekuyung lalu nusui diri ke udah besemaya deka ngelaban Juak belumba nyemerai. Adan pelepas enggau adan penamat mega lalu dipadahka Tekuyung ngagai Kenyulung.",
" “Ke bendar, kebuah aku ke ngangauka nuan laban pinta tulung. Aku ngasuh nuan nyemerai berengkah ari Lubuk Mumban tu terus kili kin ngagai nanga Sungai Patah Selayan. Semua teluk jenguk, lupak silak, tebing perening, rantau keranau. Tesau nuan semua kaban belayan aku ke diau kili-ili kin nyentuk ke nanga, lalu padahka sehari-hari pagila asuh sida sedia magang ngemataka Juak, laban aku udah besemaya belumba nyemerai ngelaban iya berengkah ba Lubuk Mumban tu lalu kili kin ngagai nanga Sungai Patah Selayan tu, nikal ke ulu tu baru, lalu tamat ba Lubuk Mumban tu ditu. Lebuh sida meda Juak nyemerai mansang kili enggau nikal kulu tu baru, asuh sida empikil jenuh ba batang, lalu naka ulih ngaga gamal diri sebaka enggau gamal aku. Pinta tulung beamat-amat tu, Menyadi,” ku Tekuyung nganu Kenyulung. Kebuah iya andalka Kenyulung manggum leka pesan iya nya, laban Tekuyung nemu siku nya pas berampas bejalai kulu kili.",
" “Barang iya mih,” ku Kenyulung, “semadi tak nuan, enti orang bukai minta tulung ngereja pengawa nyabung orang baka tu, nyau nyebut diri-empu enda.” Lalu nyemerai Kenyulung ke ili-ili nyentuk ke nanga Sungai Patah Selayan nya, nyadung leka pesan Tekuyung nya ngagai semua kaban belayan Tekuyung ke diau dalam ai ti kena teresa seduai ke belaban nyemerai hari siti.",
"LUBAH BAKA TEKUYUNG",
" Awal pagi hari siti ke nangkanka nya, Juak seduai Tekuyung lalu belepas. Adan seduai ba jul batu anchau da kaki Lubuk Mumban. Ninggalka adan pelepas, Juak agi nyemerai main-main, laban iya endang nyadang Tekuyung enda tetitihka iya. Kebas-kebas Juak nyemerai ngejangka adan. Enda lama, iya nyau nadai agi dipeda kilap. Iya udah di ili. Tekuyung masih enda engkebut, semadi nyau ulih nyerenih bendar-bendar baru bisi dipeda beginsut mimit. Sapa ke enda nemu pengelubah Tekuyung, keba selalu disempamaka: ‘lubah baka tekuyung.’",
" Juak semampai nyemerai tang masih ngantung tulang, laban ba runding iya, nadai kebuah iya nyemerai bebunuh tulang ngelaban orang ke suma nginsit baka Tekuyung nya. Ensepi diri nyau udah pama ga penyauh di ili, malik iya ke belakang, peda iya nadai ga Tekuyung ayan.",
" “Nih, dini iya bengat tetitihka aku,” ku ati Juak. Iya lalu ngalap. Udah ngalap, merening iya ke mua, peda iya endang udah dingking-dingking Tekuyung empikil ba batang. Tekuyung tak agi suman pendiau, bedau baka ke apin nyemerai. Tekenyit bendar ati Juak laban, dikira iya, enda patut Tekuyung udah ngelih iya.",
" “Banggar endar Tekuyung tu kau!” Nyau baban ati Juak, tang mai ati iya lantang mimit, enti iya udah bebendar agi nyemerai, Tekuyung tentu enda nemu riap iya. Sereta dijengkuka iya tubuh muak ke iku iya, Juak lalu merejuk, bekebu nyemerai, meraka reba, melunggang batang, melunggar lansar.",
"Nyadi Tekuyung, pengelubah iya tak nadai endur nyema, enti mina ditilik enggau mata suman, enda ditenggau ngena terupung, endang nadai meda iya nginsit kitai. Tang mih lebuh Juak belengah kedua kali, ketiga kali, keempat kali, abis pengelelak-lelak, pengikak-ngikak, peda Tekuyung endang udah lingas-lingas empikil ba batang. Gamal iya tak agi suman, apin bisi puri. Tak baka ke apin nyemerai.",
"BETAMPUNG…",
"Oleh PINSIL SARATOK",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23026 | PETRONAS beri PSC Kluster South East Collins kepada Vestigo | [
"KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memberikan Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi Kluster South East Collins di bawah terma Aset Lapangan Kecil (SFA) PSC yang baharu diperkenalkan kepada Vestigo Petroleum Sdn Bhd.",
"Dalam kenyataan semalam, PETRONAS berkata, Kluster South East Collins yang terletak di kedalaman air antara 42 hingga 45 meter, 70 kilometer timur laut Pulau Labuan terdiri daripada dua lapangan iaitu South East Collins dan Lokan yang ditemui pada 1980-an.",
"“Dengan gabungan anggaran 10 juta tong tangki stok (MMstb) yang boleh diusahakan, Kluster South East Collins kini adalah pemangkin untuk pembangunan di bawah terma SFA PSC yang baharu,” katanya.",
"PSC yang ditandatangani semalam diwakili Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia, Mohamed Firouz Asnan bagi pihak PETRONAS, manakala Vestigo diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hazanie Jamian.",
"Mohamed Firouz berkata, pemberian kluster lapangan di bawah terma fiskal baharu yang amat dinanti-nantikan itu dijangka merangsang kemajuan dan pengeluaran lebih banyak lapangan kecil pada masa akan datang.",
"“SFA PSC baharu itu bertujuan mengewangkan inventori peluang sumber kecil yang ditemui di perairan Malaysia. Vestigo telah dipilih berdasarkan rekod prestasinya sebagai operator kos rendah dalam membangunkan dan mengendalikan lapangan kecil.",
"“Agar banyak lapangan ini dapat berfungsi, kami memerlukan operator yang mempunyai minda dan model perniagaan yang tepat untuk memanfaatkan terma fiskal dan bukan fiskal khusus yang ditawarkan Petronas.",
"“Melalui harga minyak yang turun naik pada masa ini, operator ini perlu menggunakan penyelesaian inovatif untuk memastikan jumlah kos kitaran hayat yang terendah,” katanya.- Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=17458 | Bangunan baharu PPNS nadi pembangunan pertanian | [
"SEJAJAR dengan usaha Kerajaan Sarawak untuk menjadi negeri maju menjelang tahun 2030, sebuah bangunan baharu untuk Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) sedang dibina di Kota Samarahan dan dijangka siap pada Mac 2022.",
"Bangunan yang dibina di atas tanah seluas lima ekar dan menelan peruntukan RM20 juta itu bertujuan untuk akan dijadikan sebagai pusat kegiatan pembangunan sektor pertanian dan pengumpulan serta pemasaran produk-produk pertanian dari seluruh negeri menerusi penggunaan teknologi digital.",
"Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada majlis pecah tanah untuk pembinaan bangunan tersebut baru-baru ini berkata, kerja-kerja pembinaan bangunan itu akan bermula serta-merta dan kawasan tersebut dipilih kerana kawasan itu bermulanya Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) yang menjadi pemacu usaha pengeluaran makanan di kawasan selatan, Sarawak.",
"“Pada mulanya kita memperuntukkan tanah seluas tiga ekar untuk membina bangunan PPNS namun tidak mencukupi untuk menempatkan jentera-jentera yang digunakan dalam pertanian moden.",
"“Maka itu, saya luluskan dua ekar tanah lagi bagi tujuan tersebut bagi menbolehkan jentera-jentera dipamerkan kepada para pengunjung",
"“Selain itu, Kota Samarahan dipilih sebagai lokasi pembinaan PPNS kerana ia mudah diakses kepada jalan pesisir yang berfungsi sebagai bakul makanan seperti kelapa, nanas dan sebagainya.",
"“Sektor pertanian adalah penting untuk dibangunkan untuk masa depan Sarawak pada tahun 2021 hingga 2030 adalah lebih cerah,” katanya.",
"Menurut Abang Johari, bagi merancakkan sektor pertanian, kerajaan membangunkan pelbagai infrastruktur bermula bangunan baharu PPNS, membina Jambatan Kota Samarahan terus ke Sebuyau.",
"“Dari Jambatan Batang Samarahan, jalan raya dilebarkan ke Jambatan Batang Lupar bagi menghubungkan Lingga serta Betong dan seterusnya ke Jambatan Batang Saribas dan Jambatan Batang Krian hingga menembusi kawasan Mukah.",
"“Kawasan-kawasan ini akan menjadi bakul makanan sekaligus membolehkan produk Sarawak dibawa keluar hingga ke luar negara,” ujarnya sambil menambah rangkaian jalan raya ini akan siap sepenuhnya menjelang 2024 selain pembinaan kemudahan udara di Spaoh dan Mabong di Kapit yang dijangka beroperasi pada 2025.",
"“Dengan ini, PPNS akan menjadi pusat pertemuan para peladang, pembeli, pemborong dan pihak berkepentingan lain untuk menjalankan perniagaan selain kerajaan negeri akan mengukuhkan pemasaran ke tempat-tempat lain dengan memperuntukkan dana kepada PPNS,” jelas Abang Johari.",
"Sementara itu, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah yang juga Pengerusi PPNS, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, bangunan baharu itu akan menjadi pusat pertemuan antara PPNS, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan semua pihak berkaitan dengan bidang pertanian.",
"“Ia akan menjadi nadi kepada PPNS dan semua 28 PPK di seluruh negeri termasuk peniaga dan pembeli dari dalam dan luar negara serta menjadi pemangkin bagi penglibatan PPNS dan PPK untuk membantu warga peladang terutama golongan belia menjadikan pertanian itu satu pernigaan dan kerjaya yang menguntungkan",
"“Bangunan baharu ini akan dilengkapi dengan kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) serta terdapat ruang untuk galeri pameran , promosi dan penjualan produk peladang.",
"“Ian juga di gunakan sebagai tempat latihan dan kemahiran terutama penggunaan ICT dalam pertanian selari dengan penekanan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari dalam ekonomi digital,” ujarnya.",
"Tambahnya, PPNS akan berusaha untuk merealisasikan semua nasihat dan pandangan Ketua Menteri dengan membuat perancangan lima tahun dengan melibatkan semua 28 PPK termasuk menggunakan pendekatan digital secara IOT dan pertanian pintar dan meneroka pasaran antarabangsa melalui pejabat Statos di Singapura.",
"“Adalah menjadi harapan kami, selain PPNS , semua PPK mempunyai bangunan pejabat sendiri dan aset-aset seperti kenderaan tertentu untuk memberi kemudahan kepada warga tani beranjak kepada pertanian cara baru termasuk menggunakan pertanian pintar dan IOT serta pemasaran secara maya.",
"“Selepas tahun 2025 kami berharap PPNS dan PPK akan dapat menjana pendapatan yang mencukupi tanpa bergantung penuh kepada kerajaan dan akan menjadi salah satu pemain utama dalam sektor pertanian di Sarawak,” katanya lagi.",
"Oleh Zarina Abdullah",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=33110 | Nyelai Tang Amat | [
"PENGARUH / UBAT … Antu / roh Bunsu Petara mega ulih tama lalu diau ba utai ti ditangkin mensia tu.",
"Tusun Ke-20 ",
"NITIHKA pansik teori Infraed (IR) Light for Ghost Hunting, Sains Fizik (Theoretical Physicist – Albert Einstein & Sains Spiritual), ujan nyala endang tanda Antu Bunsu Petara tauka Antu amat-amat bisi datai; laban sida nya roh @ tauka disebut Eletromagnetic Energy – Negative Energy, semina ulih diau ba utai ti chelap, enda angat tauka mambam. Engergi Negatif @ Antu, roh jai enda ulih diau ba endur ti angat. Kelimpah ari nya, sida tu mega rindu diau ba endur ti petang sereta sunyi. Nya mega kebuah, Antu endang selalu ngayanka diri maya malam hari laban maya nya dunya chelap. Antu @ energi negatif enda ulih dibunuh (dimusnah @ destroyed), tang ulih bebali (transformed). ",
"BENDA GUCHI BECHURA BIRU",
"Maya nya dalam kandang pun taun 1985, sida indai Alecia ti benama Malaya Anak Minggeh benung nasau umai begulai enggau sida apai indai sereta ipar iya sebilik. Lebuh ti nebas umai sida ba Sungai Ngekuan di Selangau nya, dia mih Malaya tetemuka seigi benda guchi bechura biru. Benda nya ayan semina naka rekung aja ari tanah. Iya nadai tudung. Nyelai amat ga guchi nya. Taja iya ba tanah, tubuh iya enda kamah, nadai dibalut lutak tauka tanah kamah.",
"Sida sebilik pan ngambi guchi nya lalu ngelap iya ari balut tanah mimit aja. Sebengkah agi pekara ti nyelai iya nya, guchi nya bisi mata. Tukuh mata iya segenda baka mata mensia tauka mata jelu, segala sereta perenching. Sida Malaya sebilik mai gunchi nya ke rumah. Maya nya sida agi diau di Rumah Sumbang. Rumah panjai sida nya digaga baru. Udah Tuai Rumah Sumbang nadai, Tuai Rumah Manchong dichiri nyadi tuai rumah nyentuk ke diatu (2012).",
"Benda gunchi nya tadi lalu disuaka sida Malaya sebilik ngagai ini sida ti benama Manang Menani. Ku iya, benda gunchi nya ukai benda sebarang. Jarang orang bisi ngembuan benda ti baka nya. Guchi iya nya pan ditepu ini Manang Menani ke dalam sigi benda ti besai agi. Nadai seiku sida sebilik nemu ini sida nya nepu gunchi nya ke dalam benda nya. Malam nya Malaya bemimpi betemu enggau seiku indai tuai orang kira-kira beumur lebih ari 80 taun. Buk iya panjai sereta burak apus. Buban banan baka sentuku. Indai tuai orang nya madahka diri angat amat, lalu minta diri dipansutka ari benda nya.",
"ENGGAI DISIMPAN DALAM PETANG",
"“Aku tu mih guchi ti disimpan kita dalam benda nya. Enggai aku diau dalam nya. Petang. Angat amat. Pansutka aku. Barang sapa ti ngibun aku deka chelap lindap. Aku deka nyaga bilik kita ari mayuh leman penusah,” pia ku orang tuai nya dalam mimpi Malaya.",
"Udah Malaya tedani, iya pan nusi mimpi diri ngagai ini sida nya. Ini Manang Menani berasai tegepang lalu beguai-guai mansutka guchi nya ari benda. Iya minta ampun tegal ti enda madahka sida sebilik, pasal iya ti nyimpan guchi nya dalam benda besai. Berengkah ari nya sida sebilik pan nyimpan guchi nya ba endur ti enda betutup, ba atas jemari.",
"Dua tiga taun udah nya, sida serumah (Rumah Sumbang) masuk agama Kristian bebala mayuh. Ku paderi, orang Kristian enda tau nyimpan sereta ngempu utai nyelai baka nya tauka pengaruh. Nya alai semua sida serumah ti bisi nyimpan ngembuan utai nyelai, ubat tauka pengaruh mesti dibuai magang. Lekaka pengarap lama, lalu arapka Petara seiku aja, pia ku Paderi. ",
"Laban ti sayauka guchi nya, ini Manang Menani berumban nyuaka Malaya guchi nya ngena chara belalai. Ini sida nya ngasuh iya mai guchi nya ngagai endur bukai. Iya ngasuh Malaya nyimpan guchi nya manah-manah. Ninga jaku ini iya munyi nya, Malaya pan nabanka guchi nya ke Pasai, menua laki iya Angking. Ari Pasai iya mai guchi nya nitihka laki iya ti gawa nyadi Polis Diraja Malaysia ke Limbang, di Kuching, udah nya di Sibu. Diatu guchi nya agi disimpan sida Malaya sebilik ti diau mendam ba rumah sida iya di Sibu Jaya. Iya semina nyadi ke pengingat sereta reta pesaka aki ini sida aja. Ukai iya nyadi ke pengaruh, ubat tauka utai bukai. Sida sebilik mega nadai ngumbai guchi nya sebengkah pengaruh tauka utai ajih, laban sida sebilik tu kenyau ari taun 1980 suba endang orang ti teguh megai pengarap Kristian Katolik. ",
"Nya mih sebengkah agi leman dunya misteri. Mar dipechaya, tusah dikira, tang ukai utai ngasuh alit ati. Agi mayuh gelema dunya ti apin temu kitai mensia. Nya mih dunya ti digaga Petara ti Besai Kuasa. Kala Pengajar Alecia, nanya penemu aku pasal benda Guchi nya.",
"“Enti nitihka ajar Manang Menani, benda Guchi nya patut diintu ngena piring ading, enggaika iya ngachau kami sebilik enti iya enda diberi makai. Patut tauka enda kami sebilik ngintu Guchi nya? Kati penemu dek, Pengajar?” ku Alecia nanya aku.",
"“Nitihka penemu aku, enda ibuh diibun lalu diintu ngena agama Adat Iban mih utai nya, laban kita sebilik udah entap megai pengarap Kristian. Kita sebilik besampi meri terima kasih ngagai Petara (Tuhan) aja, ke utai ti udah diberi iya ngagai kita sebilik; laban semua utai di dunya tu endang bepun ari Petara lalu endang enggi iya memagang,” pia ku saut aku. ",
"Cherita tu ditusi Alecia Anak Angking, lalu ditulis nitihka pengingat enggau peneleba sida Malaya Anak Minggeh sebilik.",
" (Betampung ba Tusun Ke-21 minggu nyin ila)",
"Sekeda ari artikel dalam gempung cherita Nyelai Tang Amat (NTA) tu, udah kala dichelak nyadi bup ti benama Pengabang Ari Panggau Libau; lalu deka befokus ba senentang pengidup pendiau bansa Dayak di Kalimantan enggau Iban Sarawak tauka bansa Dayak ti bukai di Sarawak. Pechaya tauka enda, bepanggai ba pemacha empu. Engka bala pemacha bisi utai tanya tauka deka ngirum infomasyen enggau gambar ti releven ngagai aku tau giga aku ba lumur WhatsApp tu: 013 8325146 tauka SMS 0111 401 9115. Kelimpah ari nya, enti bala pemacha bisi tetemuka cherita tauka utai ti nyelai (misteri) di menua kita, pasal Antu tauka Bunsu Petara tauka pasal Tuhan God Almighty, tau mega call aku, puji Tuhan, enti “diizinNya” aku deka datai ba endur kita nya. ",
"Oleh HARRY USUP UMBAR",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=22143 | Tiga rumah panjang terima bantuan makanan | [
"BINTANGOR: Tiga rumah panjang di Nanga Bulo, Julau telah menerima bantuan sejumlah 148 bungkusan bekalan makanan.",
"Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, bantuan adalah untuk fasa kedua bagi rumah panjang tersebut yang dikenakan perintah sekatan pergerakan.",
"“Tiga buah rumah panjang tersebut ialah Rumah Amba, Rumah Nunying dan Rumah Guyu.",
"“Seramai tiga anggota bomba diketuai PBK II Adam Gauk menghantar bantuan berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita semalam.",
"“Enam kakitangan dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (JK) Sarikei dan Julau turut menyertai bomba menghantar bekalan makanan kepada penduduk di rumah panjang.",
"“Penghantaran bantuan bermula jam 8.20 pagi hingga jam 12.48 tengah hari,” katanya lagi.",
"",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13021 | Penguang sedia dengar masalah rakyat | [
"MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Penguang Manggil berkata, beliau bersedia mendengar masalah rakyat dan berusaha untuk menyelesaikannya.",
"Dalam pada itu, beliau memuji tindakan ahli jawatankuasa Persatuan Burung Walit yang bersekemuka dengannya untuk berkongsi masalah dan mencari jalan untuk menyelesainya.",
"“Inilah cara berkesan untuk berkomunikasi antara persatuan dengan saya tanpa melalui sesiapa,” katanya.",
"Penguang menegaskan sesiapa sahaja boleh berjumpa dengannya dan tidak ada siapa yang boleh melarang mereka untuk berjumpa dengannya untuk berkongsi masalah.",
"“Apa saja masalah atau ingin berkongsi dengan saya, boleh menghubungi terus kepada saya,” kata Penguang ketika menghadiri jamuan tengah hari bersama Persatuan Brung Walit Baram.",
"Menyentuh permohonan Persatuan itu untuk mendapat satu lot tanah untuk tujuan pembinaan rumah brung walit, Penguang selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Marudi menegaskan bahawa beliau telah pun mengemukakan permohonan tersebut kepada jabatan Tanah dan Survei pada Mac 2019.",
"Katanya, permohonan beliau untuk pembinaan Agropark iaitu selaras dengan permohonan Persatuan Burung Walit di sini.",
"“Agropark ini nanti kita beri peluang kepada sesiapa yang mahu menjalankan aktiviti pertanian seperti burung walit, menternak kerbau atau sapi, tanaman nanas dan aktiviti pertanian yang lain,” jelasnya",
"Tanah tersebut nanti ujar Penguang, disediakan oleh kerajaan dan akan dipinjamkan kepada sesiapa yang mahu menceburkan diri dalam pertanian moden.",
"“Sehingga sekarang saya belum lagi menerima jawapan daripada Jabatan Tanah dan Survei yang saya mengemukakan permohonan pada Mac 2019 dan sampai sekarang belum ada jawapan,” tambah Penguang.",
"Malah menurut Penguang, beliau juga telah mengajukan permohonan ini kepada Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.",
"Turut hadir, Pemanca Wong Kiong Ching dan Pengerusi Persatuan Burung Walit Baram, Lio Ung Hieng.",
"Oleh Jiku Juguong",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=34909 | Kontinjen Sarawak CERIA | [
"NATASHA Mohd Shahruddin dan Josiah Hong Xiang Win memenangi pingat emas dalam kategori ‘compound mix team’.",
"DUA pingat emas dan empat gangsa dari kem muaythai memberikan kegembiraan kepada Kontinjen Sarawak pada hari kelima Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 di Kuala Lumpur kelmarin.",
"Pasangan adik beradik Muhammad Johan Ghazali Zulfikar dan Elias Ghazali Zulfikar berjaya merangkul pingat emas menerusi kategori lelaki 60kg dan lelaki 63.5kg yang berlangsung di South City Plaza, Seri Kembangan. ",
"Lebih manis lagi kemenangan Muhammad Johan Ghazali dalam kategori lelaki 60kg diperolehi secara TKO ke atas lawannya Wan Muhammad Sabri Wan Zuki dari Melaka, manakala pingat gangsa dimiliki bersama atlet Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. ",
"Sementara itu, bagi pasangan kembarnya, Elias Ghazali menang dengan kiraan mata 30 – 27 ke atas Mohd Fazzatkie Mohd Zaki dari Terengganu, manakala pingat gangsa dimenangi bersama atlet dari Perak dan Melaka. ",
"Selain pingat emas, skuad Muaythai Sarawak turut menang empat pingat gangsa. ",
"Pingat emas turut disumbang atlet renang Sarawak apabila Kelly Teo Yao mencatat 9:26.05 mengatasi Chu Xin Ying dari Sabah dan Hooy Jia Yee dari Pulau Pinang.",
"Sukan renang turut memberi dua pingat perak menerusi kategori 50 meter kuak dada dan 4X100 meter gaya bebas berganti-ganti yang diadakan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. ",
"Acara terjun turut memberikan dua pingat perak kepada Sarawak apabila penerjun Bertrand Rhodict Lises menduduki tempat kedua dalam acara 3 meter papan anjal lelaki dan 1 meter papan anjal lelaki. ",
"Di Stadium Universiti Sains Islam (USIM), Nilai, skuad memanah Sarawak yang dibarisi Natasha Mohd Shahruddin dan Josiah Hong Xiang Win turut memenangi pingat emas dalam kategori ‘compound mix team’ yang merupakan emas kedua dari sukan memanah. ",
"Tenpin Boling Sarawak terus mencetak pingat emas apabila pasukan wanita yang terdiri daripada Nur Hazirah Ramli, Gillian Lim Siew Giok, Asya Dania Azree, Lavinia Kho Jia Jie dan Nur Aina Kamalia Abdul Ayub muncul juara. ",
"Sementara, pasukan lelaki Sarawak pula menduduki tempat kedua sekali gus membawa pulang pingat perak. ",
"Manakala, sukan menembak merangkul pingat perak dalam acara 50 meter Rifle 3 Positions Women’s Team. ",
"Oleh NUR AIN OTSMAN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=19935 | Maklum balas kesan Covid-19 dikongsi | [
"KUCHING: Sarawak Energy, peneraju dan pembekal tenaga terbesar di Malaysia telah berkongsi maklum balas kesan Covid-19 kepada operasi perniagaan bagi membolehkan mereka meneruskan membina masa depan tenaga lestari di Sarawak dan wilayahnya pada sidang Kemuncak Maya 2020 Kelestarian Korporat GO ESG ASEAN baru- baru iniSidang kemuncak dua hari itu yang bertemakan “Permulihan Perniagaan Lebih Baik” – Daya Tahan Lestari ASEAN oleh Design, bertujuan mempromosikan pemikiran lestari dan stratergi sebagai sebahagian daripada pasca penetapan semula ekonomi ASEAN Covid-19 dengan mempercepatkan penerapan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir cadangan ekonomi ASEAN Covid-19 dengan mempercepatkan penggunaan alam sekitar, sosial dan pemerintahan atau pertimbangan ESG di kalangan perniagaan.",
"Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datu Sharbini Suhaili bercakap pada sesi panel bertajuk “Kepemimpinan Korporat untuk ASEAN yang Kami Mahukan”, yang dikendalikan oleh Ketua Hal Ehwal Kerajaan & Hubungan Strategik iaitu Nitin Jaiswal, di Bloomberg LP, Asia Pasifik.",
"Turut diundang sebagai ahli panel ialah Naib Presiden Kanan Aqua Indonesia dan Danone Waters SEA, Corine Tap; Ketua Pegawai Eksekutif ZALORA, Gunjan Soni; dan Presiden Bursa Saham Thailand,Dr. Pakorn Peetathawatchai.",
"Sharbini berkata, “Penting untuk menjadi lincah dan dapat menyesuaikan diri dengan cepat dalam situasi krisis. Fokus utama kami adalah memastikan elektrik ada untuk Sarawak sepanjang wabak Covid-19. Tujuan asas kami untuk berkembang secara serantau sebagai peneraju dan pembekal tenaga boleh diperbaharui tidak akan berubah, walaupun mekanisme dan kaedah penyampaian kami telah berubah kerana sekatan pergerakan. “",
"“Pandemik ini juga menjadi pemangkin perubahan dalam cara kita menjalankan perniagaan ini mempercepat aspirasi kita untuk menjadi utiliti digital pada 2025 serta peralihan ke pengaturan kerja yang fleksibel.",
"Kami mengambil langkah transformatif dalam mengubah cara kami bekerja agar tetap cekap untuk mempelajari dan mencapai lebih banyak lagi dengan tahap sumber yang sama. Kami memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan kecekapan operasi perniagaan kami sambil mengurangkan jumlah kakitangan di lokasi. Yang terakhir ini telah menghasilkan beberapa faedah sekunder – anggaran kami menunjukkan bahawa pengurangan purata pelepasan karbon adalah 40kg sehari untuk HQ kami sahaja dari penurunan perjalanan,”katanya.",
"Sharbini melanjutkan, “Pembangunan tenaga hidro yang boleh diperbaharui dan berpatutan di Sarawak menyokong penerapan pelbagai jenis pembaharuan alternatif seperti solar dan hidrogen. Kami melabur di loji solar terapung skala besar pertama di Sarawak di Batang Ai Hydroelectric Powerplant kami. Sementara itu, penyelidikan kami mengenai hidrogen dan kerjasama kami dengan PETRONAS akan memungkinkan kami untuk mengambil bahagian dalam aktiviti rantaian nilai hidrogen masa depan dan menyumbang kepada masa depan tenaga yang mampan, menguraikan sistem tenaga kami, dan menambah apa yang telah kami lakukan melalui tenaga dengan menyediakan tenaga hidro yang bersih, boleh diperbaharui dan berpatutan tenaga untuk Sarawak. “",
"“Keamatan karbon grid utama kami telah menurun sebanyak 76.5% sejak 2009 dengan peralihan ke penjanaan tenaga hidro yang besar, yang menunjukkan kepada kita faedah kelestarian yang diperoleh daripada tenaga hidro yang boleh diperbaharui selama satu dekad yang lalu,” katanya.",
"Bercakap pada upacara penutupan sidang kemuncak dua hari, Setiausaha Pertubuhan Bangsa –Bangsa Bersatu PBB Ban Ki-moon, mengatakan, Sarawak Energy adalah syarikat Malaysia pertama yang menjadi penandatangan kempen Cita-cita Perniagaan untuk 1.5 ° Celsius yang mewujudkan nilai untuk semua masyarakat dunia.",
"Katanya, Kerjasama dengan UN Global Compact Malaysia dan Brunei untuk melancarkan ‘Small Tool Medium Enterprise-Sustainable Development Goals (SME-SDG) Toolkit’ menunjukkan kepemimpinan korporat yang hebat dan merupakan usaha terpuji untuk menggerakkan pelaku kelestarian untuk SDG 17 – Perkongsian untuk mencapai tujuan.",
"“Pada hari pertama sidang kemuncak, PBB Global Compact Malaysia & Brunei dan Sarawak Energy melancarkan SME-SDG Toolkit untuk perusahaan kecil dan sederhana yang ingin memasukkan amalan baik kelestarian ke dalam operasi mereka. Kit alat dalam talian SME-SDG percuma untuk digunakan adalah panduan langkah demi langkah dan menggabungkan sekumpulan alat, panduan dan sumber lain untuk PKS untuk mengarahkan mereka ke arah model perniagaan yang lebih lestari.",
"Pengurus Kanan Sarawak untuk Kelestarian Tenaga, Mohamad Irwan Aman turut bercakap pada sesi panel bertajuk “Strategi Perniagaan Lestari Jalan ASEAN – Dari BAGAIMANA HINGGA SEKARANG!” bersama dengan Pratima Divgi, Pengarah Hong Kong, Asia Tenggara dan ANZCDP, CDP; Esther An, Ketua Pegawai Kelestarian untuk ‘City Developments Limited’; dan Maria Victoria Tan, Ketua Pengurusan Risiko dan Kelestarian Kumpulan untuk Ayala Corporation.",
"Sesi itu, yang dikendalikan oleh Sarimah Talib, Ketua Pengurusan Pembangunan Lestari dari PETRONAS, membincangkan bagaimana perniagaan agenda kelestarian mereka dilaksanakan dalam menghadapi wabak global dan bagaimana risiko keberlanjutan dapat mempengaruhi organisasi.",
"“Komitmen kami terhadap kelestarian semakin kuat di tengah wabak itu, dan hal itu dapat dilihat di seluruh organisasi,” kata Irwan.",
"“Setiap organisasi menghadapi masalah yang berbeza dalam mengekalkan kelesterian perjalanan mereka. Kami percaya untuk ke hadapan, adalah melalui kebergantungan terhadap kelestarian komuniti, dimana berkongsi latihan yang baik dan mengembangkan strategik pakatan antara organisasi akan membantu proses kesinambungan agenda,” ujar beliau.",
"Oleh AINI AFIFAH",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=3965 | Enam dicekup dalam operasi pencegahan dadah | [
"KUCHING: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Serian menagkap enam belia berumur 20-an di kawasan Siburan semasa operasi pencegahan dadah.",
"Ujian dibuat ke atas suspek dan dua di antara mereka didapati positif kerana mengambil syabu.",
"Mereka ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983",
"AADK Bahagian Serian menyeru mereka yang mempunyai maklumat berkenaan pengunaan dadah supaya menghubungi cawangannya di talian 082-872206 atau di laman Facebook Serian District AADK.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=33788 | Kerajaan kaji penetapan harga siling ayam selepas 31 Ogos | [
"TERTARIK … Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (tiga,kanan) melawat ruang pameran pada Pelancaran Pavilion Agrotech MAHA 2022 di Lobi Wisma Tani semalam. Turut kelihatan, Ketua Setiausaha MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid (dua,kanan). Sebanyak lapan pempamir akan menyertai pameran AgroTech Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA 2022) yang akan diadakan pada 4 hingga 14 Ogos ini bertempat di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). • Foto BERNAMA",
"PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengkaji semula penetapan harga siling runcit ayam standard serta kebenaran mengeksport ayam, selepas pelaksanaan harga siling RM9.40 sekilogram di Semenanjung Malaysia tamat pada 31 Ogos, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee.",
"“Tentu sekali selepas 31 Ogos ini kerajaan akan mengkaji aspek sama ada nak kekalkan subsidi atau nak apungkan harga, ataupun untuk membuka semula eksport ayam bulat ke luar negara.",
"“Itu akan kita pertimbangkan. Kita ada sebulan lagi untuk melihat perkembangan yang akan berlaku dalam industri ternakan dan juga perusahaan ayam di negara kita,” katanya kepada media selepas melancarkan Pavilion AgroTech Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di sini semalam.",
"Kerajaan telah menetapkan harga siling RM9.40 sekilogram untuk tempoh 1 Julai lepas sehingga 31 Ogos, manakala harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.",
"Ronald berkata kerajaan mengambil maklum ada sesetengah tempat yang menjual ayam standard lebih rendah dari harga siling yang ditetapkan. ",
"“Dari perspektif industri, kita letakkan harga kawalan tetapi kerajaan tampung dengan pemberian subsidi kepada penternak sebanyak RM1.20 bagi bagi setiap kilogram.",
"“Jadi tindakan kerajaan (pemberian subsidi) telah menstabilkan bekalan ayam dan harga ayam di pasaran,” katanya.",
"Mengenai Pavilion Agrotech MAHA 2022, Ronald berkata sebanyak lapan pempamer menyertai pavilion itu yang terdiri daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, Agrobank, Bioeconomy Corporation, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Aerodyne Group dan SAT.ASIA.",
"Pavilion AgroTech yang terletak di Dewan D2, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang akan mempamerkan teknologi pertanian terkini yang bertemakan revolusi industri 4.0 seperti internet benda (IoT), sistem pengurusan ladang pintar, kilang tanaman, dron pertanian, teknologi robotik, pengurusan data pertanian, sistem maklumat geografi dan bioteknologi.",
"MAHA 2022 akan diadakan secara hibrid pada 4 hingga 14 Ogos di MAEPS, dengan bertemakan ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’. Disasarkan 1.1 juta pengunjung hadir secara fizikal sepanjang 11 hari program itu serta menjana lebih RM250 juta potensi nilai jualan.",
"Pameran dwitahunan itu kali terakhir diadakan pada 2018 sebelum tergendala akibat pandemik Covid-19 dalam negara. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=42350 | Bursa Malaysia dibuka rendah, ambil petunjuk prestasi bercampur-campur Wall Street | [
"KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin minggu ini rendah, menyusut daripada keuntungan yang diraih minggu sebelumnya ekoran sentimen yang berhati-hati.",
"Seorang penganalisis berkata, pasaran turut mengambil petunjuk daripada prestasi lemah Wall Street Jumaat minggu lepas.",
"Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.73 mata kepada 1,471.86 berbanding penutupan Jumaat pada daripada penutupan Jumaat pada 1,474.59.",
"Namun begitu, indeks utama itu dibuka 0.13 mata lebih baik pada 1,474.72.",
"Pergerakan harga di pasaran negatif menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 246 berbalas 153, manakala 317 kaunter tidak berubah, 1,459 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.",
"Jumlah dagangan 153.85 juta unit bernilai RM473.42 juta.",
"Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mengakhiri urus niaga dalam keadaan bercampur-campur pada Jumaat lepas apabila peniaga memikirkan langkah seterusnya Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah pelbagai isyarat ekonomi yang tidak menentu.",
"Purata Indeks Dow Jones menambah 169 mata, tetapi Nasdaq kehilangan 71 mata apabila hasil 10 tahun Perbendaharaan AS meningkat lebih tinggi melepasi paras 3.74 peratus.",
"Di dalam negara pula, kegiatan memburu saham berharga murah akhirnya muncul di bursa tempatan minggu lepas menyaksikan pelabur tertumpu kepada saham perbankan dan berkaitan tenaga.",
"“Bagaimanapun, kami berpendapat aktiviti dagangan dijangka menjadi lebih berhati-hati berikutan prestasi bercampur-campur Wall Street. Justeru, kami mengunjurkan indeks utama berlegar dalam julat 1,470-1,480 hari ini,” katanya kepada Bernama.",
"Bagi komoditi, walaupun pengeluaran lebih baik dari AS, harga minyak mentah telah meningkat dengan minyak mentah Brent melebihi US$86 setong.",
"Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa — Maybank menokok 2.0 sen kepada RM8.77 dan CIMB meningkat 3.0 sen menjadi RM5.40, manakala kedua-dua Tenaga Nasional dan IHH Healthcare turun 3.0 sen, masing-masing mencatatkan RM9.74 dan RM5.87 dan Petronas Chemicals susut 7.0 sen kepada RM8.18.",
"Bagi saham aktif, Iris dan MYEG masing-masing susut 1.5 sen kepada 12 sen dan 59.5 sen, Zen Tech dan warannya pula turun setengah sen kepada 3.0 sen dan 1.5 sen, manakala Sapura Energy meningkat setengah sen menjadi 5.0 sen.",
"Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 22.38 mata kepada 10,717.66, Indeks FBMT 100 susut 20.39 mata menjadi 10,385.34 dan Indeks FBM 70 rendah 31.30 mata kepada 13,538.68.",
"Indeks FBM Emas Syariah pula kerugian 36.92 mata kepada 11,009.49 dan Indeks FBM ACE lemah 46.64 mata menjadi 5,697.36.",
"Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 4.62 mata kepada 6,882.03, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.23 mata kepada 188.92 dan Indeks Tenaga merosot 4.60 mata menjadi 891.77, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 19.35 mata kepada 16,132.72. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=33862 | Serpihan dipercayai ekzos roket | [
"HATI-HATI… Kelihatan tiga anggota bomba cuba mengeluarkan serpihan objek yang dipercayai ekzos roket dengan hati-hati di Lot 65, Goodwill Garden, Pekan Sepupok di Batu Niah.",
"BATU NIAH: Dari pandangan mata kasar, serpihan yang tertanam dalam tanah dan berjaya dikeluarkan merupakan seunit ekzos roket, kata Pegawai Penyelidik Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Malaysia, Sholehah Ismail di sini, semalam.",
"Sholehah berkata demikian ketika ditemui di lokasi kejadian di Lot 65, Goodwill Garden, Pekan Sepupok Niah di sini, semalam.",
"Katanya, ekzos roket tersebut masih belum dapat disahkan pemiliknya dan akan dibawa ke kementerian untuk dikaji dengan teliti semula.",
"“Ekzos roket yang seberat 27 kilogram itu seakan pasu bunga dengan ketinggian 40 sentimeter (cm), lilitan atas 120 cm dan lilitan bawah 80 cm.",
"“Ketika pihak kami (MOSTI) membuat pemeriksaan ke atas objek tersebut sebelum ia dikeluarkan, ia sudah tiada mempunyai radiasi,” jelasnya sambil memberitahu usaha mengeluarkan objek itu dilakukan lima anggota bomba dan dua anggota Cawangan Khas dan mengambil masa hampir sejam yang bermula sekitar 1.30 petang.",
"Objek yang merupai ekzos roket tersebut dibawa ke Miri menggunakan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut MOSTI.",
"Turut hadir, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, anggota Cawangan Khas (SB) Daerah Subis, Ketua Polis Daerah Miri (KPD) Asisten Komisioner Polis (ACP) Alexson Naga Chabu dan Ketua Balai BBP Batu Niah, PBT II Rary Binjie serta individu yang pertama menemui serpihan itu, Ho Chaeng Seng.",
"Oleh ADUM LIU",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=46438 | LKTN sasar 60,000 permohonan daftar lesen tembakau menjelang 2024 | [
"KANGAR: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menyasarkan menerima 60,000 permohonan pendaftaran lesen mengedar tembakau dan keluaran tembakau menjelang tahun depan.",
"Ketua Pengarahnya Idris Mohd Salleh berkata, pihaknya telah mengenal pasti 60,000 premis di seluruh negara yang perlu dilesenkan dan sehingga kini 16,000 lesen tanpa fi (bayaran) telah dikeluarkan.",
"“Tawaran pendaftaran lesen mengedar tembakau dan keluaran tembakau tanpa bayaran bermula 1 Januari sehingga 31 Disember ini dan selepas itu pemohon akan mula dikenakan bayaran lesen sebanyak RM150,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.",
"“Permohonan lesen boleh dibuat secara dalam talian di portal pelesenan LKTN atau datang sendiri ke kaunter pelesenan LKTN yang terdapat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak, Johor, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya.",
"Beliau berkata, LKTN mula memperkenalkan lesen tersebut pada 1 Januari 2022 dengan mengadakan kempen dan hebahan kepada orang ramai sebelum membuka pendaftaran lesen tanpa bayaran berkuatkuasa 1 Januari hingga 31 Disember 2023.",
"Menurut Idris tafsiran mengedar tembakau terpakai kepada mana-mana individu atau syarikat yang menjalankan aktiviti mengalih, mengangkut, memindahkan, menghantar, menyampaikan, membekalkan, membawa atau menyimpan apa-apa tembakau atau keluaran tembakau.",
"Lesen dikenakan kepada individu yang mengedar 200 batang rokok dan ke atas, mempunyai pendaftaran perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapat lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).",
"Beliau berkata, pelaksanaan penguatkuasaan lesen tersebut merupakan antara usaha untuk mencegah penjualan dan penggunaan keluaran tembakau secara tidak sah.",
"“Kami menerima makluman yang positif daripada persatuan dan syarikat yang terlibat dengan industri tembakau dan berharap mendapat kerjasama baik semua pihak bagi penguatkuasaan lesen nanti,” katanya. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=15540 | AgriCOP DUN Lingga tarik 105 peserta | [
"LINGGA: Rumah Johnson Intai Paul, Seduku Panjai di sini telah menjadi lokasi ketiga bagi tujuan penganjuran ‘Agriculture Community Outreach Programme’ atau AgriCOP yang ketiga bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga pada Khamis lepas.",
"AgriCOP DUN Lingga kali ketiga ini telah melibatkan penyertaan seramai 105 peserta dari empat rumah panjang termasuk Kampung Lingga di sini setelah program kali keduanya diadakan di Kampung Melayu Stumbin pada 8 September lepas.",
"Menerusi program berkenaan, kesemua peserta telah pun disajikan dengan demonstrasi penghasilan sos pedas nanas di samping mendengar taklimat mengenai cara penanaman buah itu termasuk jagung.",
"Selain itu para peserta program berkenaan juga turut diberi taklimat mengenai ternakan ikan dalam tangki atau kolam dan taklimat hidroponik (NFT) yang disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Pertanian Daerah Sri Aman.",
"ADUN Lingga, Simoi Peri ketika berucap merasmikan AgriCOP di Seduku Panjai tersebut menasihat peserta agar meng’hadam’ sebaik mungkin ilmu yang mereka peroleh menerusi program berkenaan.",
"“Ilmu yang disampaikan kepada peserta menerusi AgriCOP ini adalah amat penting agar mereka terutama sekali yang tinggal di kawasan luar bandar dapat mencari jalan baharu untuk mempertingkatkan pendapatan keluarga masing-masing.",
"“Dengan adanya pembabitan peserta dalam AgriCOP ini maka mereka secara tidak langsung berpeluang untuk menjadi usahawan tani dan seterusnya keluar dari kepompong kemiskinan di kawasan masing-masing pada masa akan datang,” kata beliau.",
"Simoi juga turut menyarankan peserta agar berkongsi ilmu tersebut dalam kalangan penduduk yang lain ke arah menjadi Lingga salah sebuah ‘bakul makanan’ di negeri ini pada masa akan datang.",
"Beliau pada akhir program itu telah pun mengumumkan peruntukan sebanyak RM6,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Johnson, Seduku Panjai bagi menyokong aktiviti mereka sepanjang tahun ini.",
"Simoi juga turut menyerahkan Kenyalang Gold Card kepada wakil warga emas dari empat buah rumah panjang di sini di sampung mengumum projek membaik pulih Rumah Panjang Seduku Panjai di bawah Program Transformasi Luar Bandar DUN Lingga 2020.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=10202 | Covid-19 ragut 633,000 nyawa | [
"WASHINGTON: Pandemik Covid-19 kini sudah meragut lebih 633,000 nyawa sejak mula menular di China hujung tahun lalu.",
"Selain itu, lebih daripada 15.5 juta orang dijangkiti wabak maut itu sehingga semalam, menurut sumber rasmi kepada AFP.",
"Amerika Syarikat (AS) merekodkan 144,305 kematian diikuti Brazil (84,082), Britain (45,554), Mexico (41,908) dan Itali (35,092).",
"Selain itu, India melepasi 30,000 kematian mengatasi Perancis sebagai negara keenam paling terjejas.",
"Perdana Menteri Perancis, Jean Castex mengumumkan ujian serta merta kepada pelancong dari 16 negara berisiko tinggi termasuk AS.",
"Perancis masih belum membenarkan pelancong masuk dan ujian itu dibuat untuk rakyatnya saja setakat ini.",
"Sementara itu, Jerman membuat keputusan untuk melaksanakan ujian bukan mandatori kepada rakyatnya yang pulang dari luar negara dengan peningkatan jangkitan ketika musim panas.",
"Presiden AS, Donald Trump pula membatalkan konvensyen yang dianjurkan Parti Republikan di Florida bulan depan yang menjangkakan mencalonkannya untuk menentang Demokrat Joe Biden pada pilihan raya 3 November depan.",
"“Masa untuk konvensyen berkenaan tidak bersesuaian,” katanya dengan peningkatan kes mencecah empat juta yang terjejas termasuk di barat dan selatan negara itu termasuk Florida.",
"Britain pula mula mewajibkan rakyatnya memakai pelitup muka apabila berada di kompleks membeli belah, bank dan kedai makan.",
"Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula menggesa negara Eropah untuk ketatkan kawalan susulan peningkatan yang masih berlaku sehingga kini yang sudah mencecah tiga juta orang.-AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=45491 | Cubaan seludup rokok putih, minuman keras tumpas | [
"BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu merampas 15 peti rokok putih pelbagai jenama dan 95 karton minuman keras dianggarkan bernilai RM45,250 dalam serbuan di pesisir pantai Samalajau di sini pada Ahad lalu.",
"Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, rampasan tersebut dilakukan sekitar 8.00 malam setelah pemeriksaan fizikal dilakukan ke atas barangan tersebut.",
"“Bertindak atas maklumat awam dan risikan, APMM Zon Maritim Bintulu telah melakukan rondaan di sekitar kawasan pantai Samalaju bagi mengesan dan mengekang aktiviti penyeludupan barangan bercukai. ",
"“Operasi tersebut membuahkan hasil apabila anggota Zon Maritim Bintulu berjaya mengesan dan merampas 15 peti rokok putih pelbagai jenama dan 95 karton minuman keras,” katanya dalam satu kenyataan.",
"Tambah beliau, semasa dikesan, lima suspek sedang melakukan aktiviti pemunggahan barangan tersebut namun berjaya meloloskan diri dengan menggunakan dua buah kenderaan jenis pacuan empat roda yang gagal dikesan nombor pendaftarannya.",
"“Ini kerana cuaca dan keadaan laut yang bergelora ketika itu menyukarkan pasukan untuk merapat ke pantai dengan cepat dan melakukan tangkapan.",
"“Hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM45,250 tidak termasuk cukai dan barangan tersebut dibawa ke pejabat Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut,” ujarnya.",
"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 kerana melakukan aktiviti penyeludupan.",
"Dalam pada itu, Khairol turut mengingatkan kesemua komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.",
"“Pihak kami juga amat mengalu-alukan maklumat dan aduan daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kemalangan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-351 798)/ Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam,” katanya lagi.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=43273 | Pasaran getah ditutup bercampur-campur | [
"KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia meneruskan aliran semalam untuk ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan prospek kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi pada Mac, kata seorang peniaga.",
"Beliau berkata menurut Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell, Fed berkemungkinan akan menaikkan kadar faedah lebih tinggi daripada jangkaan pasaran berikutan data yang kukuh baru-baru ini untuk memastikan aliran penurunan inflasi yang berterusan.",
"“Niaga hadapan getah Jepun merosot pada Rabu, dipengaruhi oleh prestasi lemah di pasaran saham domestik apabila prospek kenaikan kadar AS yang lebih agresif mengurangkan minat risiko,” katanya kepada Bernama.",
"Bagaimanapun, beliau berkata penurunan selanjutnya dikekang oleh kenaikan harga minyak dan ringgit yang lemah berbanding dolar AS.",
"Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 turun 2.5 sen kepada 610.5 sen sekilogram manakala lateks pukal tidak berubah pada 552 sen sekilogram.",
"Pada 5.00 petang, harga penutup LGM bagi SMR 20 berada pada 611 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 552.5 sen sekilogram. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=4989 | Seorang positif Covid-19 di Tottenham | [
"USAHA memulakan semula Liga Perdana Inggeris mendapat dorongan semalam dengan ia dinyatakan bahawa hanya seorang yang tidak diumumkan namanya di Tottenham merupakan satu-satunya yang diuji positif Covid-19 daripada 1,197 pemeriksaan pusingan terakhir.",
"Tottenham mengesahkan individu yang positif itu berasal dari kelab utara London itu, tetapi tidak mengatakan sama ada ia pemain atau anggota kakitangannya.",
"Orang itu sekarang mesti mengasingkan diri selama tujuh hari.",
"“Kami telah diberitahu oleh Liga Perdana bahawa kami telah menerima satu ujian positif untuk COVID-19 berikutan ujian terakhir di pusat latihan kami,” kata Tottenham dalam satu kenyataan.",
"“Kerana kerahsiaan perubatan, nama individu tersebut tidak akan didedahkan.",
"“Mereka kini tidak simptomatik dan sekarang akan mengasingkan diri selama tujuh hari, sesuai dengan protokol Liga Perdana, sebelum menjalani ujian lebih lanjut.",
"“Kami akan terus mematuhi protokol Kembali Menjalani Latihan Liga Perdana, yang memastikan pusat latihan kami tetap menjadi tempat kerja yang selamat dan bebas virus.”",
"Pemain dan kakitangan di kelab Liga Perdana diuji pada hari Isnin dan Selasa.",
"Jumlah positif yang rendah merupakan satu lagi tanda yang menggembirakan untuk Liga Perdana dalam usaha mereka untuk menyelesaikan kempen yang tertangguh.",
"Terdapat lima pusingan ujian, dengan jumlah keputusan positif sekarang pada 13 daripada 5,079 ujian.",
"Pemain dan kakitangan Liga Perdana diuji dua kali seminggu kerana liga mensasar untuk disambung semula pada 17 Jun berikutan penangguhannya pada bulan Mac kerana wabak tersebut.",
"“Liga Perdana Inggeris hari ini dapat mengesahkan bahawa pada hari Isnin 1 Jun dan Selasa 2 Jun, 1,197 pemain dan kakitangan kelab telah diuji untuk Covid-19. Daripada jumlah tersebut, satu telah diuji positif,” kata kenyataan Liga Perdana.",
"Walaupun keputusan ujian rendah amat dialu-alukan, jika ianya pemain Tottenham yang diuji positif, dia boleh terlepas perlawanan pertama kelab menentang Manchester United, kemungkinan akan dimainkan pada hujung minggu 20-21 Jun. – AFP",
"LIGA PERDANA INGGERIS",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=25884 | 46,393 terima BKC TBS | [
"KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah mengagihkan sebanyak RM2,145,159.00 Bantuan Khas Covid-19 kepada 46,393 penerima setakat 31 Ogos 2021.",
"Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, untuk tahun lalu pula, bermula Mac hingga 31 Disember sebanyak RM8,111,602.00 telah diagihkan kepada 54,081 penerima bagi bantuan yang sama.",
" “Manakala, bantuan TBS sepanjang tahun, sehingga 31 Ogos 2021, sebanyak RM31.4 juta hasil kutipan zakat telah diagihkan kepada asnaf yang berhak melalui tiga program utamanya iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam dan Program Memantapkan Kebajikan Ummah,” katanya.",
"Dalam pada itu, TBS yang diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar, Bolhassan Iskandar Taibi telah menganjurkan sesi penyerahan bantuan Kasih Kenyalang Tabung Baitulmal Sarawak kepada kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD ) di Kampung Tanjung Bako.",
"Program ini adalah satu inisiatif TBS melalui prasarana Ummah Distribution Centre (UDC) dalam pengagihan bantuan makanan kepada kawasan yang dikenakan PKPD.",
"Dalam majlis tersebut, sebanyak 220 bungkus makanan telah diagihkan bagi membantu meringankan beban penduduk yang terkesan.",
"Sehubungan itu, masyarakat juga diseru untuk turut bersama dengan TBS dalam menjayakan program yang akan datang dengan menyumbang dalam bentuk kewangan ataupun makanan.",
"“Masyarakat Islam yang ingin menyumbang, bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan di Ummah Distribution Centre, Medan Hamidah, Kuching atau secara atas talian melalui Portal Pelanggan, Baitulmal Kamek,” ujarnya.",
"Oleh NUR AIN OTSMAN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=5780 | Donald Trump mulakan kempen pilihan raya | [
"WASHINGTON: Presiden Donald Trump akan mengadakan kempen di Tulsa, Oklahoma Jumaat depan sempena pilihan raya Presiden, di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.",
"Kempen yang bakal diadakan di Tulsa BOK Center itu ketika Amerika Syarikat (AS) bergelut memerangi wabak Covid-19, menyaksikan kes di beberapa negeri terus melonjak ketika perniagaan dibenar beroperasi semula.",
"Perhimpunan besar-besaran masih dilarang di beberapa negeri lain.",
"Kes Covid-19 di AS melepasi dua juta, menurut data Johns Hopkins University dan lebih 113,000 pesakit meninggal dunia. Kempen terakhir Trump diadakan di Charlotte, Carolina Utara pada 2 Mac- Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=34915 | Karim yakin industri pelancongan untungkan masyarakat | [
"SIMBOLIK PERASMIAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah memalu gong sebagai tanda perasmian Pesta Pakan 2022 di Pentas Utama Tapak Pesta, Stadium Sukan Pakan, petang semalam.",
"PAKAN: Pelancongan adalah satu industri yang cukup besar sekali, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datoʼ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.",
"Katanya, banyak negara pada masa ini antaranya Thailand, Switzerland dan Maldives hidup dengan pelancongan.",
"“Tanpa pelancongan, ekonominya boleh runtuh. Sebab itulah dua tahun apabila dunia dikekangi oleh Covid-19, negara-negara yang bergantung dengan industri pelancongan sedikit sebanyak agak merasai kekangan tersebut.",
"“Alhamdulillah, kita di Sarawak tidak begitu 100 peratus bergantung kepada industri pelancongan.",
"“Pelancongan hanya merangkumi tidak sampai 20 peratus ekonomi kita kerana kita lebih bergantung kepada sumber-sumber lain seperti gas, minyak dan sebagainya,” katanya.",
"Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Pakan di Pentas Utama Tapak Pesta, Stadium Sukan Pakan, petang semalam. ",
"Tambahnya, beliau yakin industri pelancongan adalah satu industri yang dapat banyak menguntungkan masyarakat.",
"“Apa yang dapat kita lihat hari ini di Pesta Pakan adalah satu daripada produk industri pelancongan.",
"“Saya percaya bahawa ekoran daripada Pesta Pakan, ramai mereka yang berjual dalam kawasan ini akan sedikit sebanyak mendapat keuntungan dan mendapat kebaikannya.",
"“Semakin lama pesta seperti ini diadakan, semakin banyaklah keuntungannya. Selain daripada itu, penduduk tempatan juga dapat terhibur dan meraikan banyak manfat dari pesta-pesta seperti ini,” ujarnya.",
"“Sebab itulah, harapan kita untuk produk-produk yang bersangkut paut dengan pelancongan yang terdapat dalam kawasan daerah Pakan ini, kita perlu tingkatkan lagi,” ujarnya.",
"Jelasnya, ia perlu ditingkatkan supaya industri pelancongan dapat hidup sepanjang tahun.",
"“Bukan hanya untuk pesta sahaja, Pakan akan menjadi destinasi pelancong, sama ada pelancong dalam negeri ataupun pelancong daripada luar negeri untuk berkunjung ke kawasan ini dan melihat produk-produk yang ada dalam kawasan ini.",
"“Saya juga amat terpegun apabila saya dimaklumkan bahawa makam pejuang kita iaitu Rentap terdapat dalam Daerah Pakan ini.",
"“Itu sahaja boleh menjadi tarikan yang cukup tinggi dan cukup besar sekali untuk menarik minat prngunjung datang ke kawasan Pakan,” katanya lagi.",
"Ujarnya, ini kerana dalam Sarawak, penduduk yang paling ramai adalah penduduk Dayak.",
"“Apabila pahlawan masyarakat Dayak itu yang mana dimakamkan dalam kawasan ini dan kalau dapat diaturkan supaya dapat dibuat satu sambutan tiap-tiap tahun dan juga tempat pemakamannya itu diangkat menjadi satu tempat yang boleh dikunjungi dimana rakyat boleh memberi penghormatan kepada wira dan pejuang kita itu.",
"“Sebab itulah, harapan saya pekara macam itu dapat diangkat dan kementerian saya akan melihat bagaimana hendak mengangkatkan lagi supaya makam tersebut dapat diangkat sebagai satu tempat kunjungan masyarakat-masyarakat yang datang untuk melihat dimanakah Rentap dimakamkan,” tambahnya.",
"Oleh EARL ANEK",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=16109 | Pematuhan mandatori di EU akan wujudkan persaingan adil | [
"KUALA LUMPUR: Cadangan Perikatan Minyak Sawit Eropah (EPOA) bagi pematuhan mandatori peringkat Kesatuan Eropah (EU) untuk syarikat menggunakan minyak sawit dan sayuran lain, akan dapat mewujudkan persaingan adil serta memastikan kerangka perundangan konsisten bagi semua syarikat.",
"Bagaimanapun, Pengerusi EPOA Frans Claassen (gambar) menegaskan aspek ‘semak dan imbang’ sedemikian tidak harus bersifat diskriminasi serta perlu turut diperluaskan kepada komoditi lain seperti soya, daging dan koko.",
"“EU perlu mengelak daripada mengalihkan isu lestari ini apabila membabitkan komoditi lain. Biarlah kita laksanakan kerangka peraturan yang adil dan meluas untuk semua pengeluaran serta penggunaan yang berkaitan dengan usaha pembasminan hutan,” katanya pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Minyak Sawit Mampan anjuran Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).",
"Claassen terbabit dalam pembangunan minyak sawit lestari sejak 2003 apabila menjadi Kaunselor Pertanian Belanda untuk Indonesia, Malaysia dan Singapura.",
"Mengulas selanjutnya, beliau berkata minyak sawit mampan yang bebas daripada pembasmian hutan itu juga bertepatan bagi memenuhi agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).",
"“Di EPOA, kami percaya bahawa minyak sawit yang dihasilkan secara lestari adalah ramuan asas makanan yang melengkapi diet seimbang dan membantu memberi makanan untuk penduduk dunia, melindungi biodiversiti dan meningkatkan pembangunan sosioekonomi.",
"“Oleh itu, penghasilan minyak sawit sedemikian menyumbang kepada SDG PBB. Di Eropah dan peringkat dunia, pengeluar makanan dan bukan makanan akan terus menggunakan minyak sawit dan ia perlu dimakan dan dimanfaatkan secara lestari tanpa pembasmian hutan,” katanya.",
"Beliau berkata, EPOA juga menyedari kepentingan standard mandatori nasional seperti Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Minyak Sawit Mampan Indonesia serta inisiatif yang dilaksanakan negara pengeluar bagi penghasilan secara lestari dan menghentikan pembasmian hutan – sesuatu yang beliau percaya perlu turut diamalkan oleh EU.",
"“Kita ingin tegaskan bahawa setiap rantau dunia bergerak pada masa berbeza dengan cabaran serta peluang masing-masing.",
"“Bagi kami, impak positif dalam negara pengeluar itu hanya dapat dicapai apabila terdapat pelaksanaan tadbir urus baik dari segi perlindungan hutan dan pertanian serta sokongan terhadap pengeluar (terutamanya pekebun kecil),” katanya.",
"Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Datuk Dr Kalyana Sundram berkata, minyak sawit hanya menyumbang kira-kira 2.3 peratus daripada pembasmian global.",
"Oleh itu, katanya, sebagai satu tanaman, sawit bukanlah penyumbang utama kepada masalah tersebut.",
"Merujuk satu kajian yang dijalankan pada 2014, beliau berkata punca tunggal kehilangan kawasan perhutanan itu boleh dikaitkan dengan aktiviti pembalakan tidak mampan dan seterusnya impak kebakaran yang mana gabungan faktor itu hanya membawa kepada kehilangan besar kawasan tersebut.",
"“Berikutan cabaran ini, minyak sawit kini tertakluk kepada pelbagai jenis sistem pensijilan mampan yang keutamaannya pula sering berubah.",
"“Permulaan yang baik bagi industri minyak sawit (sebagai tanaman pertama di dunia memiliki pensijilan mampan) sebaliknya menjadi cabaran besar berikutan kritikal berterusan dan dikenakan tindakan sedangkan komoditi lain dapat mengelak tindakan sedemikian,” tegasnya.",
"Sundram berkata, sejajar dengan matlamat mempertingkat kemampanan sawit, kerajaan Malaysia telah melaksanakan beberapa dasar baharu termasuk mengehadkan jumlah kawasan penanaman kepada 6.5 juta hektar serta tidak membenarkan penanaman baharu sawit di tanah gambut.",
"Kerajaan juga, katanya, turut melarang penukaran kawasan simpanan hutan bagi tujuan penanaman sawit dan orang ramai turut diberi akses terhadap peta perladangan tanaman itu.",
"“Usaha lain yang dirancang termasuk semakan semula prinsip dan kriteria MSPO bagi mempertingkat dan memasukkan aspek kebolehjejakan sepanjang rantaian nilai dan menerapkan Revolusi Perindustrian 4.0 bagi memantapkan produktiviti dan kemampanan,” katanya.",
"Setakat Ogos 2020, sebanyak 86.5 peratus atau 5.06 juta hektar kawasan penanaman sawit negara ini telah mempunyai pensijilan MSPO.- Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=37470 | Richard dicabar calon PKR, Bebas | [
"BETONG: Calon muka baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Betong, Dr Richard Rapu @Aman Begri dicabar calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Bebas.",
"Richard berdepan calon PKR dari gabungan Pakatan Harapan (PH) Patrick Kamis dan calon Bebas, Hasbie Satar.",
"Pusat penamaan calon bagi kawasan Parlimen P204 Betong diadakan di bilik mesyuarat, Pejabat Daerah Betong.",
"Hasbie Satar, 49, hadir ke pusat penamaan calon seawal 8.13 pagi bersama pencadang Nazeli Pandi dan penyokong Nik Khalid Satar, manakala calon Richard, 61, hadir sekitar 8.30 pagi diiringi pencadang, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan penyokong, Timbalan Menteri Pembangunan Masyarat dan Kesejahteraan Komuniti, Mohd Razi Sitam.",
"Patrick Kamis, 62, pula tiba sekitar 8.50 pagi bersama pencadang Aripin Kana dan penyokong Jemi Beji.",
"Pegawai Pengurus Pilihanraya P204 Betong, Alfred Geling Ason mengesahkan pencalonan mereka.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=38627 | Ratusan pekerja Twitter letak jawatan | [
"HOUSTON: Beratus-ratus pekerja Twitter dilaporkan telah meletak jawatan pada Khamis.",
"Hal itu berlaku menjelang tarikh akhir pelaksanaan perubahan ketara dengan menambah jumlah masa bekerja seperti yang diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat media sosial itu, Elon Musk sebelum ini.",
"“…selepas 12 tahun, saya telah meninggalkan Twitter,” tulis Satanjeev Banerjee di Twitter, lapor Agensi Anadolu. ",
"Musk sebelum ini dilaporkan akan memberhentikan 7,500 kakitangan Twitter hanya dua minggu lalu selepas mengambil alih syarikat itu yang menyaksikan ramai pekerja mula meletak jawatan. ",
"Twitter mempunyai kira-kira 2,900 pekerja sebelum Musk menghantar e-mel pada Rabu menuntut etika kerja diperbaiki kepada mereka yang mahu kekal dengan platform itu.",
"Pekerja yang memutuskan untuk meninggalkan Twitter telah dimaklumkan bakal menerima pampasan sekurang-kurangnya tiga bulan gaji.",
"“Twitter telah pun mula merekrut jurutera luar untuk melihat sama ada mereka mahu menyertai “Twitter 2.0 – sebuah syarikat Elon,” menurut The Verge. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=31580 | Tanam anggur Jin Xiu agak mencabar | [
"MENAKJUBKAN… Peter menunjukkan buah anggur tanamannya jenis Jin Xiu dari negara China",
"TANGGAPAN yang menyatakan tanaman anggur hanya sesuai ditanam di kawasan atau negara beriklim sejuk adalah tidak benar, apabila buah itu dilihat mampu hidup subur di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia.",
"Ini terbukti melalui usaha keras Peter Aaron Wee yang berjaya ‘menghidupkan’ tanaman anggur di tepi rumahnya di Jalan Tebu, di sini, dengan menggunakan teknik penanaman yang betul.",
"Sesiapa sahaja yang berpeluang untuk menjengah ke kebun anggur itu, pasti terpukau melihat puluhan tangkai anggur pelbagai warna yang hampir mekar menghiasi halaman rumahnya.",
"Lebih mengembirakan lagi apabila pokok anggur jenis anggur Jin Xiu dari negara China yang ditanamnya merupakan yang pertama mengeluarkan buah di Sarawak.",
"Peter mengakui, menanam pokok anggur dari China itu agak mencabar dan amat memerlukan teknik penanaman dan pencahayaan matahari yang betul.",
"“Kami penanam anggur jenis dari negara China mempunyai kumpulan di Sarawak. Dalam kumpulan kami pokok anggur tanaman saya yang pertama kali mengeluarkan buah.",
"“Buah anggur jenis Jin Xiu itu masak selepas Tahun Baharu Cina lalu, buahnya berkualiti dan manis.",
"“Sementara itu, pokok anggur yang rakan-rakan saya tanam tidak mengeluarkan buah dan ada juga pokok yang mati,” jelasnya.",
"Mengulas lanjut kaedah penanaman pokok anggur dari China, beliau memberitahu ia memerlukan pencahayaan sesuai untuk mengeluarkan buah yang berkualiti tinggi dan manis.",
"“Pokok anggur tersebut jika terkena air hujan, bunga dan buahnya akan rosak. Kepada mereka yang hendak menanam pokok anggur mesti membuat bumbung ‘awning’ supaya pokok dan buah anggur tidak terkena hujan.",
"“Teknik penanaman sebegini akan menjadikan pokok yang sihat, mahu keluar buah yang besar dan manis,” ujarnya.",
"Katanya, hujan adalah musuh utama tanaman anggur ini dan memerlukan struktur perlindungan hujan bagi memastikan pokok anggur dalam keadaan baik.",
"Beliau berkata, di sekeliling rumahnya terdapat pelbagai pokok anggur dari China, Rusia dan anggur dari Amerika.",
"“Apa yang mengejutkan saya, kesemuanya dapat hidup subur di sini, malah rasa manisnya hampir menyamai rasa buah anggur di negara asal,” ujarnya sambil tersenyum.",
"“Tanaman anggur saya mampu mengeluarkan hasil hingga menjadi tumpuan orang ramai berkunjung ke rumah bagi melihat dan merasai sendiri anggur yang ditanam.",
"Oleh AKUN GIMAN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=15346 | Malaysia raih empat slot berbasikal | [
"Skuad berbasikal para negara menerima tiga slot acara lelaki dan satu acara wanita pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang bakal berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 September 2021.",
"Penyelaras pasukan, Kamarul Aizad Othman (gambar) berkata slot berkenaan diberikan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) kepada skuad berbasikal para negara yang mempamerkan persembahan cemerlang dalam beberapa kejohanan kelayakan Paralimpik tahun lepas.",
"Katanya, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan memutuskan senarai akhir pelumba ke Tokyo sebelum tarikh akhir iaitu pada Jun 2021.",
"“Kriteria pemilihan ke Tokyo dikira berdasarkan catatan masa pelumba berkenaan, terutamanya dalam acara berbasikal trek.",
"“Kita mengharapkan skuad pecut berpasukan lelaki negara dapat menghadirkan kilauan pingat di Tokyo nanti memandangkan mereka meraih kedudukan kelima pada Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia di Milton, Kanada, awal tahun ini,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.",
"Kamarul Aizad berkata seramai enam pelumba iaitu empat lelaki dan dua wanita kini diletakkan di bawah Program Road to Tokyo (RTT).",
"Mereka ialah Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, Mohd Najib Turano, Zuhairie Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hafiz Jamali manakala pelumba wanita pula ialah Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dan Nur Suraya Muhammad Zamri.",
"Kamarul Aizad menjelaskan skuad berbasikal trek menjalani latihan intensif di Velodrom Nasional, Nilai manakala skuad lebuh raya para di sekitar Putrajaya sejak Jun lalu sebagai persiapan ke Sukan Paralimpik Tokyo.",
"“Mereka akan terus berlatih dalam negara memandangkan Majlis Sukan Negara mahu mengurangkan perbelanjaan pasukan.",
"“Skuad berbasikal lebuh raya dijangka menyertai dua kejohanan Piala Dunia pada tahun depan sebagai persiapan ke Paralimpik Tokyo namun UCI masih belum menetapkan venue serta tarikh kejohanan,” katanya.",
"Pada Sukan Paralimpik Rio 2016, skuad negara diwakili oleh Afiq Afify Rizan serta jurumudi, Faizal Mohd Noh dan Mohd Khairul Hazwan Wahab serta jurumudi Muhamad Rauf Nur Misbah, masing-masing dalam acara ujian masa 1km individu dan lebuh raya, namun mereka gagal di pusingan awal.- Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=788 | Beri kerjasama, jangan cabar petugas barisan hadapan | [
"KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan\nPekerja-Pekerja Di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)\nmeminta masyarakat memberikan kerjasama kepada semua petugas barisan hadapan\nkerajaan dan tidak membuat provokasi mahupun mencabar dalam usaha menyekat\npenularan wabak COVID-19.",
"Presidennya Adnan Mat\ndalam satu kenyataan semalam berkata pihaknya menerima aduan masih\nterdapat segelintir pihak yang ingkar arahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan\n(PKP). ",
" “Janganlah kita sengaja\nmencabar kesabaran petugas barisan hadapan. Kurangkan provokasi seolah-olah\nmahu melanggar undang-undang dan mencabar kesabaran petugas barisan hadapan.\nRamai juga yang didapati mengeluarkan kata-kata jelek kepada anggota penguat\nkuasa yang bertugas.",
"“Malah ada yang membuat\nhantaran mencabar pihak berkuasa di media sosial hanya kerana tidak puas hati\ndengan tindakan anggota penguat kuasa yang menjalankan tugas dengan penuh\ntanggungjawab,” katanya.",
"Beliau berkata sebagai rakyat tidak\nkira pangkat, kedudukan atau status mereka perlu memberi kerjasama yang\nbaik dan berlapang dada terhadap anggota penguat kuasa (supaya mereka\nboleh) menjalankan tugas sebaiknya.",
"Beliau berkata rakyat perlu tahu\nbahawa petugas kerajaan di barisan hadapan seperti polis dan tentera bertugas\n24 jam secara giliran untuk memastikan keadaan negara terkawal.",
"Sementara itu, CUEPACS,\nkatanya berharap setiap ketua jabatan yang terlibat membuat pertimbangan\nsewajarnya sebelum meletakkan kesalahan di bahu penjawat awam semata-mata.",
"“Elakkan daripada mengeluarkan\nkenyataan atau mengambil tindakan yang boleh melunturkan motivasi kerja pejawat\nawam,” katanya.",
"Beliau berkata sokongan ketua\njabatan amat diperlukan dalam situasi penjawat awam yang berhadapan tekanan\nkerja tinggi ketika ini.– Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23232 | 14 kakitangan tambahan KKM bertugas di Mukah | [
"MUKAH: Kehadiran seramai 14 kakitangan tambahan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dari luar kawasan sememangnya amat dialu-alukan bagi membantu menangani kes Covid-19 di sini.",
"Menurut Residen Bahagian Mukah Hamdiah Bakir, tiga daripada kakitangan tambahan ini akan bertugasdi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19(PKRC) .",
"“Ada 14 orang semuanya, tiga akan ditempatkan di PKRC dan yang selebihnya di lokasi lain termasuk terlibat dalam aktiviti pengesanan kes aktif dan sebagainya berkaitan dengan tugasan masing-masing,” ujar kepada media pada Majlis Ringkas Penyerahan Pendingin Hawa yang diadakan di PKRC pada Selasa lalu.",
"Pendingin Hawa tersebut adalah sumbangan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah & Sarawak) merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hajah Hanifah Hajar Taib dan Sarawak Energy Berhad (SEB).",
"Ia diserahkan kepada beliau oleh Pegawai Khas dari Pusat Khidmat Parlimen Mukah, Almalhakim Norshidi, yang mewakili Hanifah dan Abdul Rani, bagi pihak SEB .",
"PKRC yang berlokasi di Kompleks Sukan Komuniti Kem Belia Mukah berkenaan adalah bagi Rawatan Berisiko Rendah yang telah diwujudkan pada penghujung Januari tahun ini.",
"Menyentuh mengenai pusat tersebut, katanya, ia akan dibuka semula selepas dipindahkan ke Politeknik Mukah(PMU) hampir sebulan yang lalu.",
"Hamdiah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Mukah merasa lega kerana pusat itu kini mempunyai cukup katil dan tilam.",
"“Dalam masa yang sama saya ingin menyatakan kes Covid-19 di kawasan kita ini dalam keadaan terkawal dan setelah merekod yang tertinggi baru-baru ini 105 kes, dan kini ia sudah menurun . Keadaan di PMU juga telah di tahap terkawal setakat ini,” ujarnya.",
"Beliau percaya keadaan itu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di beberapa kawasan tertentu di Mukah, termasuk di PMU.",
"Mengharapkan trend penurunan berkenaan akan menjadi senario seterusnya, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Dato Hanifah, pihak SEB dan beberapa pihak yang telah menyumbang dan membolehkan pusat tersebut untuk beroperasi semula.",
"“Pengoperasian semula pusat ini kelak adalah lebih baik kerana kita JPBB Mukah mempunyai aset sendiri seperti 180 katil dan tilam. Sebelum ini kita meminjam daripada Kem Belia dan Kolej Rendah Sains MARA Mukah,” kata Hamdiah.",
"Hamdiah juga mendedahkan tentang keadaan di kawasan Jalan Bukut dan beberapa buah sekolah yang telah ditutup sementara di Daerah Mukah.",
"Sementara itu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah menamatkan tempoh Perintah Kawalawan Pergerakan Diperketatkan(PKPD) di PMU pada 28 April.",
"Perkara tersebut melegakan warga institusi pengajian tinggi itu dan pada 27 April Daerah Mukah hanya merekodkan 23 kes Covid-19.",
"Oleh Henry b Siyu",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=25551 | PM menghadap Agong, sembah cadangan senarai Kabinet | [
"KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan perkarangan Istana Abdulaziz di sini, selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dipercayai bagi mempersembahkan cadangan senarai nama menteri Kabinet.",
"Kenderaan dinaiki beliau beredar dari istana pada 1.38 tengah hari dan Ismail Sabri sempat melambaikan tangan kepada wartawan dan jurufoto yang menanti di laluan utama ke Istana Abdulaziz.",
"Terdahulu, Ismail Sabri dilihat memasuki perkarangan istana pada 10.53 pagi dengan diiringi oleh tiga kenderaan lain dan kawalan polis trafik.",
"Turut bersama perdana menteri ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=40701 | PUISI | [
"Momen indah bersama berhujung",
"biar pedih,",
"asalkan kamu selamat pergi",
"takdir ditetapkan meninggalkan ibumu.",
"Dirimu dihanyutkan oleh arus alam",
"seperti saudara-saudaramu juga",
"hayatilah perjalanan mahal hidupmu.",
"Jangka hidup kita pendek kasihku",
"biar roh bonda berangkat dahulu",
"semangatku kekal abadi untukmu.",
"Kau tidak berseorangan sepi sayang",
"tanah, air, matahari, udara penemanmu",
"mereka menjaga dan menghiburkanmu.",
"Saat menguntum serlahkan keanggunanmu",
"jangan angkuh! Tapi syukuri nikmat Tuhan",
"spesismu hebat jangan saling berdengki.",
"Rugi sungguh mensia-siakan nafasmu",
"maka, manfaatkan hayat panjangmu",
"pesanilah anak-anakmu nilai hidup.",
"Usah kamu diikat oleh kehibaan",
"selagi masih bernyawa,",
"mekarlah,",
"mekarlah,",
"mekarlah,",
"mekarlah selamanya.",
"Sushil Sopran",
"Taman Bunga Rampai.",
"Biru itu seruannya langit,",
"Keindahannya tetap tiada pasang surutnya,",
"Membiru terpuji penuh makna abstrak,",
"Sebirunya langit adakah benar kenyataannya.",
"Membiru selalunya langit,",
"Ungkapan hebat tidaklah berapa,",
"Akan tetapi sesuai menjadi capaian,",
"Buat pemimpi yang ingin mencapai.",
"Seruan biru bukannya palsu,",
"Jika canggah hilanglah makna,",
"Maka fahami erti kelainan,",
"Agar diri wajar terbukti.",
"Ashley Nielrikson",
"Kampung Pichin, Tebakang.",
"Pada suatu petang,",
"Pelangi indah bayu berhembus dingin,",
"Rusa berlari di padang,",
"Hadirnya membuat nubari berdegup laju,",
"Ke sana ke mari resah mengenangkannya.",
"Oh tuhan",
"Inilah cintaku padanya",
"Sejati dan murni.",
"Di gelap marcapada,",
"Bintang berkelip kejap",
"Kunang-kunang melayang terbang",
"Hati sarat dengan cinta",
"Hati girang kerana dia.",
"Oh tuhan,",
"Inilah pesanku",
"Moga ia hadir ke duniaku",
"Bahagia kami tanpa gusar.",
"Mok Kar Mui",
"Taman Malihah, Kuching.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=8155 | Pilih tapak sesuai dirikan rumah panjang | [
"TATAU: Penduduk rumah panjang yang mahu mendirikan rumah panjang baharu dinasihatkan untuk membuat pemilihan tapak yang sesuai.",
"Menteri Muda Undang-Undang dan Adat Bumiputera merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus, Datuk John Sikie Tayai berkata, pemilihan tapak sesuai penting bagi mengelak berlakunya bencana yang tidak diingini termasuk terdedah banjir dan tanah runtuh.",
"“Bagi penduduk rumah panjang yang mahu mendirikan rumah panjang baharu diingatkan supaya memilih tapak di kawasan yang tidak terdedah dengan bencana seperti banjir,” katanya.",
"Beliau berkata demikian semasa meninjau pelaksanaan projek di kawasan Sungai Bawang, Sungai Tau dan Sungai Anak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus, di sini semalam.",
"Menurutnya, beliau menerima banyak permohonan untuk meratakan tapak rumah panjang baharu.",
"“Ini berikutan rumah panjang tersebut terdedah dengan bencana banjir khususnya banjir besar yang telah berlaku pada awal 2018,” katanya.",
"“Dalam kejadian bencana tersebut menyebabkan kerugian kepada penduduk dan menyebabkan banyak yang memohon untuk merata tapak bagi mendirikan rumah panjang baharu,” katanya.",
"Sehubungan itu katanya, masalah tersebut berlaku kerana pada masa dahulu sebelum adanya jaringan jalan raya kebanyakan rumah panjang didirikan di tepi sungai.",
"“Rumah panjang kebanyakannya didirikan berdekatan sungai disebabkan dahulu laluan sungai adalah perhubungan utama dan inilah yang menyebabkan rumah panjang sering dilanda banjir,” katanya.",
"Hadir sama dalam lawatan kerja beliau ialah pegawai kanan Pejabat Daerah Tatau dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu.",
"Oleh Ellie Edward",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=18233 | Djokovic ke suku akhir benam Khachanov | [
"NOVAK Djokovic mengalahkan Karen Khachanov secara ‘straight set’ untuk mara ke suku akhir Terbuka Perancis buat kali ke-11 berturut-turut.",
"Pilihan utama dan juara 2016 itu, mencatat kemenangan 6-4, 6-3, 6-3 ke atas wakil Russia bagi menyamai rekod dengan Rafael Nadal melakukan 14 penampilan di suku akhir di Paris.",
"Djokovic berdepan tugas paling sukar setakat ini namun Khachanov masih gagal untuk menghalangnya bagi menjadi pemain pertama dalam tempoh separuh abad memenangi kesemua gelaran Grand Slam sekurang-kuranya sebanyak dua kali.",
"“Ia adalah perlawanan yang seimbang, sebenarnya sangat sukar berbanding keputusan di atas kertas,” kata Djokovic yang memburu gelaran Grand Slam kali ke-18.",
"Dia mengakui berdepan detik ‘deja vu’ apabila secara tidak sengaja terpukul bola mengenai kepala salah seorang pengadil garisan ketika cuba membalas servis.",
"Insiden itu berlaku selepas seminggu Djokovic didapati bersalah di Terbuka Amerika Syarikat (AS) di New York kerana memukul bola dalam keadaan marah sebelum mengenai pengadil garisan wanita di belakangnya.",
"Pemain nombor satu dunia itu akan berdepan Pablo Carreno Busta, pemain yang mendapat kemenangan percuma selepas Djokovic disingkirkan dari Terbuka AS atas insiden dengan pengadil garisan.",
"Carreno Busta mengetepikan pemain dari peringkat kelayakan dari Jerman, Daniel Altmaier dalam aksi tiga set.",
"Stefanos Tsitsipas berjaya mengetepikan masalah sakit mata untuk menjadi pemain Greece pertama mara ke suku akhir Terbuka Perancis selepas menang 6-3, 7-6 (11/9), 6-2 ke atas Grigor Dimitrov.",
"Pemain berusia 22 tahun itu akan berdepan Andrey Rublev mengulangi aksi final di Hamburg yang menyaksikan dia berjaya muncul juara.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=29566 | ENDEMIK, GELOMBANG BAHARU DAN IMUNITI | [
"",
"HAKIKATNYA ialah kita sedang berada dalam fasa endemik dalam konteks luruan varian Omicron virus Covid-19.",
"Istilah ‘endemik’ itu dengan sendirinya wajar kita semua fahami secara mendalam agar pola pemikiran umum tentang luruan baharu dalam gelombang mutakhir ini tidak menjadi kekeliruan dalam kalangan masyarakat.",
"Kita sudah tiada pilihan, melainkan menerima hakikat bahawa virus Covid-19 masih ada, tetap ada, tidak kelihatan, dan boleh menyerang kita pada bila-bila masa di mana-mana sahaja.",
"Apa yang kita ketahui ialah varian Omicron kini menjadi dominan, mengatasi varian Delta sebelum ini, berdasarkan kajian para pakar berkaitan penyakit berjangkit.",
"Pada ketika endemik ini, adalah satu perkara yang mustahil untuk mengharapkan sifar kes atau sifar jangkitan. Ini juga bermakna, bukan sesuatu yang dianggap ganjil apabila muncul gelombang demi gelombang baharu berlaku.",
"Justeru itu, dalam keadaan sebegini adalah tidak wajar bagi kita menuding jari kepada mana-mana pihak – baik Menteri Kesihatan, atau Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, atau pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri – kerana tiada sesiapa berupaya mengekangkannya secara tuntas.",
"Tidak timbul soal kegagalan dalam memformulasikan bagaimana cara untuk membendungnya. Apa yang kita semua harus fahami ialah apabila pihak berkuasa mengisytiharkan kedudukan kita kini sudah dalam fasa endemik, ini bermakna virus Covid-19 itu sudah kurang mengancam nyawa manusia kerana dua perkara pokok: Pertama, kerana kita sudah ada kadar vaksinasi yang tinggi, dan kedua, sudah terbentuk imuniti akibat suntikan, dan juga akibat mereka yang diserang varian Omicron pada tahap Kategori 1 (tiada symptom) dan kategori 2 (bersimptom sederhana.",
"Maknanya cukup jelas – apabila kita sudah divaksinasikan maka kita terlindung dari mengalami penyakit serius jika pun terjangkit. Ini amat relevan bagi mereka yang sudah lengkap mendapat vaksinasi pertama, kedua dan dos penggalak. Jadi, kepada segelintir lagi yang masih enggan menerima vaksin, anda tahulah kedudukan anda sekarang.",
"Dalam situasi yang bernama endemik, jangkitan baharu Covid-19 sudah mengupayakan sistem penjagaan kesihatan kita mengawal pesakit daripada maut, dan katil-katil Unit Rawatan Rapi (ICU) kita pun tidak sesak lagi.",
"Tidak perlulah kita risau atau keliru mengapa pihak berkuasa tiba-tiba tampil dengan langkah-langkah baharu seperti meniadakan lagi pengambilan suhu badan, membuka sempadan kepada pihak luar, membenarkan premis perniagaan beroperasi seperti sedia kala dan seumpamanya.",
"Apa yang diusahakan bukanlah kerana jangkitan sudah berhenti. Jangkitan tetap berlaku dan gelombang baharu demi gelombang baharu sekali sekala tetap diumumkan namun keadaan pada keseluruhannya sudah terkawal. Kes-kes baharu tetap akan naik tetapi tidak lagi kita bimbang sangat tentang si pengidapnya akan menemui ajal mereka.",
"Perkara yang tetap kita lakukan ialah teruskan menggunakan pelitup muka semasa berada dalam khalayak ramai, kurangkan aktiviti-aktiviti pergaulan yang mengkesampingkan penjarakan fisikal, serta jangan abaikan pensanitasian.",
"Kesemua itu dilakukan berlandaskan slogan awal yang perlu kita teruskan, iaitu: Kita Jaga Kita! Lindungi Diri Lindungi Semua!",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=18979 | LAKMNS lancar stesen radio IRIS | [
"KUCHING: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) melancarkan aplikasi mobil untuk stesen radio IRIS yang telah bersiaran selama tiga bulan sejak Julai lalu di laman sesawang LAKMNS.",
"Majlis Perasmian Aplikasi Radio IRIS yang berlangsung kelmarin di tingkat 8, Baitul Makmur I, dirasmikan oleh Datuk Amar Haji Bujang Mohd Nor selaku Setiausaha Kehormat LAKMNS.",
"Ketua Eksekutif LKMNS, Datuk Abang Wahap Abang Julai, dalam ucapannya berkata, LAKMNS komited untuk menyediakan platform penyampaikan maklumat dengan berkesan berikutan dunia sudah melangkah ke era digital.",
"“Pelbagai segmen yang menarik telah disiarkan di stesen Radio IRIS seperti bual bicara dengan agensi Islam, tazkirah, berita semasa, motivasi, akhlak, bacaan al-Quran, zikir dan segmen srikandi yang mengupas isu berkaitan wanita.",
"“Terdapat juga segmen yang sesuai untuk masyarakat bukan Islam seperti segmen kesihatan, motivasi dan kupasan isu semasa,” jelasnya.",
"IRIS turut menjemput NGO Islam untuk berkongsi tentang program masing-masing mengupas isu kemasyarakatan.",
"Untuk masa akan datang, IRIS merancang untuk meluaskan lagi skop perbincangan terutama dalam isu jenayah, isu rumahtangga, isu pendidikan, ekonomi dan isu yang berdekatan dengan rakyat termasuk untuk bukan Islam. ",
"Beliau juga berharap agar IRIS dapat meluaskan lagi jaringan pendengar tanpa mengira umur, latar belakang dan agama serta bercita cita untuk ke peringkat global.",
"Aplikasi tersebut boleh dimuat turun dari aplikasi PLAYSTORE (untuk peranti Android) dan juga App Store (bagi peranti IOS).",
"Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Mohammad Faizal Said.",
"Oleh Asyraf Halim",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=39178 | Jom derma darah | [
"DALAT: Orang ramai dijemput untuk menderma darah di Stadium Perpaduan Dalat Sabtu ini, 26 November.",
"Ia adalah anjuran sebuah badan bukan kerajaan(NGO) iaitu Pertubuhan Jenaseng Dalat dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Mukah dan Makmal Hospital Dalat.",
"Program yang bertemakan ‘Everyone could be a Hero’ (Setiap orang boloeh jadi hero) akan bermula jam 9 pagi hingga 4.00 petang.",
"Jurucakap penganjur berharap penduduk di kawasan sekitar tampil menderma bagi menyokong aktiviti amal itu.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=41348 | Kerajaan Pusat mahu kembalikan semula tanah tidak pakai | [
"KUCHING: Kerajaan Persekutuan akan meniliti keperluan mengembalikan semula tanah yang didapati tidak diguna pakai kepada kerajaan negeri masing-masing.",
"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini merangkumi tanah yang diambil dengan kos yang rendah oleh Kerajaan Persekutuan sejak penubuhan negara Malaysia untuk tujuan kepentingan awam seperti kesihatan dan pendidikan.",
"“Saya fikir ini sesuatu yang munasabah. Umpamanya, sesuatu tanah itu dimohon pada 1980 dan diluluskan pada 1981. Sekarang 2022, belum ada pelaksanaan tetapi ada perancangan umum.",
"“Oleh itu, kita bagi tempoh tiga bulan untuk mendapatkan kepastian. Kalau benar tidak ada sekolah yang akan dibangunkan dan tidak ada peruntukan, maka tanah tersebut harus diserahkan kembali kepada negeri dengan harga asal.",
"“Kos yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri akan berdasarkan kos asal yang dibayar ketika perolehan dibuat dan bukannya nilai tanah pada masa sekarang,” katanya.",
"Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pelaksanaan Tindakan MA63 di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Petra Jaya di sini, hari ini.",
"Katanya, jawatankuasa teknikal berkaitan pelaksanaan perkara ini akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof yang akan melaporkan sebarang dapatan pada masa depan.",
"Oleh NUR AIN OTSMAN",
"",
"",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=29984 | Pengisian pembangunan Sarawak | [
"Dalam tempoh 100 hari pemerintahan GPS, terdapat beberapa perkara asas yang digariskan oleh pimpinan politik Sarawak. Yang pertama sekali dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg adalah perubahan gelaranKetua Menteri Sarawak kepada ‘Premier’. Langkah ini ditegaskan oleh beliau adalah untuk membezakan status Sarawak daripada negeri lain dalam Persekutuan.",
"Langkah ini tambah beliau bukan satu langkah untuk bermegah diri atau mengagungkan diri sendiri dan sesuatu yang untuk dibanggakan secara peribadi. Sebaliknya Kerajaan Negeri berpendirian bahawa gelaran Ketua Kerajaan (Sarawak) perlu berbeza daripada negeri-negeri lain dalam Persekutuan.",
"Dengan kata lain, hal sedemikian ini bukan untuk kejayaan peribadi bagi dirinya sendiri, akan tetapi sebagai hadiah untuk Sarawak yang memilih GPS dan menjadikan GPS sebagai parti utama apabila memenangi 76 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru-baru ini.",
"Ternyata tarikh 15 Februari 2022 adalah tarikh bersejarah bagi rakyat Sarawak dan GPS kerana pada tarikh tersebutlah, Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022. Terdapat klausa yang mengandungi pindaan untuk menukar gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ apabila terdapat majoriti lebih dua pertiga Ahli Dewan menyokongnya.",
"Reaksi",
"Terdapat juga pandangan bahawa pihak Kerajaan Persekutuan perlu mengusulkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu pindaan Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 160. Tujuannya adalah untuk menambah dan menguatkuasa takrifan Premier Sarawak sebagai gelaran mewakili Ketua wilayahnya. Hal ini kerana, gelaran Premier tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Hakikatnya, Perkara 160 dalam Perlembagaan tidak mempunyai takrifan Premier sebagai Ketua Eksekutif Negeri. Dalam Perkara 160, Ketua Eksekutif Negeri merujuk kepada Ketua Menteri dan Menteri Besar. Namun, apa-apapun pandangan, Kerajaan Sarawak pasti akan melihat kelompangan ini dan membaiki kelompangan ini dan meminta Menteri Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri melihat dan menilai keperluan bagi tujuan tersebut. Perkara ini dijangka akan menjadi agenda jangka panjang GPS bagi memastikan isu ini dapat ditangani dan segala persepsi berkisar mengenai isu ini dapat diselesaikan secara undang-undang dengan adanya komitmen daripada Kerajaan Persekutuan.",
"Autonomi",
"Dengan kata lain, dari segi jangka panjang, peruntukan kuasa yang lebih dengan cara menuntut kuasa autonomi yang lebih baik, sesuai dengan Perjanjian Malaysia 1963 dijangka akan diperjuangankan. Misalnya, tuntutan mengenai perlunya peralihan kuasa bagi perkara-perkara di bawah senarai Persekutuan, dikembalikan, dipindahkan atau dipindahkan kepada senarai kuasa Kerajaan Negeri berdasarkan keperluan semasa dan aspek strategi negeri dan negara. Dengan kata lain, perolehan kuasa lebih banyak kuasa kepada Kerajaan Negeri diperlukan bagi menunjukkan agenda dan perjuangan GPS mahukan suara dan hak rakyat Sarawak dipenuhi. Hal ini akan mampu mempengaruhi psikologi rakyat Sarawak untuk memberi sokongan kepada gabungan pemerintah, iaitu, GPS.",
"Perjuangan jangka Panjang",
"Hakikatnya penukaran gelaran itu tidak membawa perubahan signifikan dari segi bidang kuasa, sebaliknya hanya pembezaan antara Ketua Eksekutif di Sarawak dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Bermakna ia sekadar perubahan status dan simbol daripada perubahan pertukaran negeri kepada wilayah. Namun, apabila penukaran (status) negeri kepada wilayah, Ketua Menteri kepada Premier, ia seolah-olah memenuhi sentimen yang cuba digerakkan oleh GPS, iaitu politik etnonasionalisme (politik bersifat kewilayahan) untuk menarik sokongan rakyat Sarawak.",
" Politik etnonasionalisme ini dimulakan secara khusus oleh Adenan Satem bagi memastikan sokongan berganda kepada kepimpinannya memandangkan pemerintahan Tun Taib Mahmud sekitar 30 tahun sukar ditangani dan terlalu panjang tempoh tersebut hingga menyebabkan sukar rakyat memisahkan sinomin jawatan Ketua Menteri dengan Tun Taib. Apabila politik etnonasionalisme dimainkan, khususnya tentang hak Sarawak dan perjanjian Malaysia, royalti minyak, kesemua ini menyebabkan peralihan perhatian rakyat Sarawak terhadap kepimpinan Adenan hingga menang besar pada PRN Sarawak 2016. Kemenangan inilah menjadi asas kepada Kerajaan Negeri yang lebih stabil dan membolehkan Abang Johari mengekal dan meningkatkan kemenangan dengan lebih baik lagi.",
"Lama-kelamaan, sudah tentu rakyat mahukan perubahan yang bukan sahaja bersifat simbol akan tetapi perubahan yang lebih realistik. Perubahan yang lebih besar perlu disusuli bagi mengelak kesan sementara atau jangka pendek sahaja. Terdapat 4 perkara utama yang harus diberi perhatian oleh Ketua Menteri Abang Johari Openg.",
"Dana Kedaulatan Sarawak",
"Pertama adalah Dana Kedaulatan Sarawak yang disebut dalam PRN Sarawak tahun lalu, Cadangan dana itu yang diumumkan Abang Johari semasa kempen PRN Sarawak bertujuan memacu ekonomi dan mengukuhkan kewangan Sarawak, selain persediaan jika negeri itu kehabisan sumber petroleum. Dana itu dicadang untuk dilabur secara profesional bagi memberikan pulangan kepada negeri. ",
"Ketua Menteri berjanji ketika kempen PRN Sarawak lalu, sekiranya beliau",
"Menang, maka akan ditubuhkan Dana Kekayaan Berdaulat bagi mengumpul sejumlah simpanan dan hasil tersebut akan dilaburkan secara profesional kepada pengurusan dana antarabangsa yang akan memberi pulangan kepada masyarat belia sebagai langkah alternatif sekiranya hasil minyak dan gas kita kehabisan.",
"Peruntukan kewangan lebih besar",
"Perkara kedua adalah peruntukan kewangan yang lebih besar daripada Kerajaan Pusat, sesuai dengan perubahan status daripada negeri kepada wilayah dan Ketua Menteri kepada Premier, agar (perubahan ini) tidak dilihat hanya bersifat kosmetik semata-mata. Sewajarnya Sarawak mendapat peruntukan kewangan yang lebih besar sesuai dengan status wilayah yang menunjukkan betapa besarnya geografi Sarawak, ruang pembangunan yang perlu digerakkan dengan lebih banyak lagi. Sepatutnya sesuai dengan kedudukan baharu ini, isu peruntukan lebih besar sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menambahkannya tanpa perlu desakan dan tuntutan demi tuntutan yang perlu dilakukan.",
"Tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen",
"Ketiga, Sabah dan Sarawak perlu merangkumi satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen untuk memastikan ia mempunyai suara kuat agar kepentingannya terpelihara dan tidak terpengaruh agenda politik di Semenanjung Malaysia. Sekiranya tuntutan ini dipersetujui oleh Kerajaan Pusat, maka Sarawak mampu menjadi negeri yang mempunyai kuasa tawar-menawar politik yang lebih kuat bagi menuntut perubahan dan pembangunan yang lebih baik. Semenanjung Malaysia tidak lagi dianggap sebagai abang besar dalam politik. Sebaliknya Sarawak, Sabah dan Semenanjung mempunyai kedudukan yang seimbang dan stabil untuk menentukan masa depan negara dan hala tuju yang lebih baik.",
"Kedaulatan dan keselamatan",
"Kerajaan negeri Sarawak perlu berani bersuara, bertindak tegas dan meminta Kerajaan Pusat bertindak balas terhadap China dengan mengancam untuk memboikot pelabur China ke Sarawak apabila dipercayai kapal milik Pengawal Pantai China (CCG) untuk sekian kalinya berani menceroboh perairan negara apabila kelihatan berlayar berhampiran sebuah pelantar minyak di Sarawak kerana ini adalah soal kedaulatan negeri. Sudah pasti, desakan supaya Kerajaan Pusat cepat-cepat bertindak menulis nota bantahan dan bersuara di medan antarabangsa agar isu ini mendapat perhatian dunia antarabangsa. Hal ini penting bagi mengelakkan ketakutan rakyat tempatan seperti menangkap ikan, menerokai sumber minyak dan memastikan kedaulatan Sarawak tidak boleh dikompromi oleh negara asing. ",
"Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi ialah penganalisis sosiopolitik dan sosiobudaya di Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau juga ialah felo penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL)",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13188 | SOPPOA masih rakan kongsi MPIC, agensi berkaitan | [
"KUCHING: Mengenepikan Persatuan Pemilik-Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak (SOPPOA) daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) untuk tempoh 2020-2022 tidak akan membawa faedah kepada ladang di Sarawak atau Malaysia.",
"SOPPOA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya masih rakan kongsi kuat kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dan agensi berkaitan serta menjadi persatuan perkebunan kelapa sawit utama di Sarawak.",
"“Selain itu, minyak sawit adalah salah satu penyumbang utama pendapatan kerajaan, sehingga mencecah ratusan juta ringgit setahun walaupun semasa wabak Covid-19.",
"“Sehubungan itu SOPPOA sangat terkilan dengan pengenepian yang tidak masuk akal ini, dan mungkin ada keperluan agar perbezaan ini dibawa kepada Perdana Menteri selain kita mencadangkan kepada Kerajaan Sarawak untuk membentuk Lembaga Sarawak sendiri.",
"“Lembaga ini akan mempunyai peranan dan fungsi sokongan yang serupa dan menggunakan sumber kewangan Kementerian Kewangan yang dikumpulkan dari duti, cukai, pemberian cukai dan pungutan yang disumbangkan oleh industri minyak sawit Sarawak jika tidak ada perkembangan selanjutnya dibuat berkaitan dengan pelantikan wakil ke Lembaga MPOB dan MPOC,” kata kenyataan tersebut, semalam.",
"Tegas kenyataan itu, ladang kelapa sawit dan petani di Sarawak merangkumi hampir 30 peratus daripada jumlah keseluruhan tanah yang ditanam kelapa sawit di Malaysia atau lebih daripada 58 peratus jika digabungkan dengan Sabah.",
"“Dan tiada wakil SOPPOA dalam lembaga tersebut akan menjadikan MPOB dan MPOC kelihatan penuh dengan anggota tetapi pada hakikatnya ia tidak diwakili sepenuhnya serta kekurangan korum berkepentingan kehakiman untuk membuat keputusan penting dalam ekonomi dan pendapatan bagi ekonomi kedua terbesar di negara.",
"“Pekebun Semenanjung Malaysia hanya menyumbang kurang dari 50 peratus ladang dan perkilangan tetapi dilantik di semua kerusi lembaga itu bersama dengan beberapa individu yang jelas menghilangkan faktor perladangan Malaysia Timur yang cukup besar.",
"“Juga diketahui secara luas bahawa kelapa sawit di Sarawak mempunyai prestasi yang berbeza daripada negeri lain kerana hasilnya rendah, rendah OER, perosak dan penyakit, pemakanan, tanah gambut, bahan penanaman, kasar daratan, hujan lebat dan masalah logistic,” jelasnya.",
"Tegas SOPPOA, suara dari Sarawak akan relevan dan tepat pada masanya untuk menangani isu-isu penting yang mempengaruhi pertumbuhan dan kelestarian industri di Sarawak.",
"“SOPPOA masih menunggu untuk diperuntukkan kerusi di Majlis MPOB dan MPOC yang sebelumnya telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2012-2018, sebagai dewan inklusif,” tambahnya.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=4023 | Netanyahu diperintah hadir perbicaraan kes | [
"BAITULMAQDIS: Mahkamah Israel pada Rabu memerintahkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu hadir pada hari pertama perbicaraan kes rasuahnya yang dijadual 24 Mei ini, lapor agensi berita Xinhua.",
"Pada Selasa Mahkamah Daerah Baitulmaqdis menolak permohonan peguam yang mewakili Netanyahu untuk mengecualikan beliau hadir pada hari itu. ",
"Peguam berpendapat kehadiran Netanyahu tidak perlu kerana beliau telah dimaklumkan mengenai “dakwaan ini beberapa kali,” dan lima pengawal peribadi diperlukan untuk memastikan keselamatan Netanyahu, membabitkan kos yang tinggi perlu ditanggung kerajaan.",
"Pada Ahad, pemimpin paling lama berkhidmat di Israel itu mengangkat sumpah jawatan selepas berjaya membentuk kerajaan perpaduan dengan bekas pesaingnya, Benny Gantz, pemimpin parti Biru Putih.",
"Perbicaraan tuduhan rasuah, penipuan dan pecah amanah Netanyahu sepatutnya bermula Mac tetapi ditangguhkan pada 24 Mei, ekoran penularan wabak Covid-19. ",
"Netanyahu, perdana menteri pertama dalam sejarah Israel yang dihadapkan ke mahkamah ketika masih memegang jawatan. Bagaimanapun, beliau menyangkal semua tuduhan itu- Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21675 | Cuaca panas sehingga awal Mei depan | [
"KUCHING: Peralihan Monsun Timur Laut pada akhir Februari dan permulaan musim panas bulan Mac hingga awal Mei akan menyaksikan cuaca panas dan angin dari laut pada siang hari dan keadaan kering ini akan menyebabkan kawasan semak samun kering dan mudah terbakar jika ‘diganggu’.",
"Bagaimanapun perkara ini perlu dipantau oleh Pihak Berkuasa Tempatan, syarikat ladang besar dan individu yang mula bercucuk tanam. ",
"Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, Khirudin Drahman berkata pada tahun lepas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, kes dan kejadian kebakaran semak dan hutan kecil tidak berlaku. ",
"“Daripada kajian dan analisa yang dibuat pada akhir tahun 2020 mendapati, kes kebakaran hutan ini disebabkan oleh faktor perbuatan manusia sendiri.",
"“Kawasan di utara Sarawak seperti Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas perlu diberi pertimbangan dari segi rondaan dan tinjauan udara oleh agensi yang bertanggungjawab dan akan sentiasa di selaraskan. ",
"“Menara tinjau mula dibuka dan kawalan masuk kawasan hutan yang mudah terbakar akan dipertingkatkan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media semalam.",
"Khirudin berkata JPBM Negeri Sarawak juga telah mengadakan persiapan menghadapi kebakaran hutan seperti rondaan berkala ke kawasan hotspot, memberi nasihat dan advokasi kepada pekebun dan peladang, koordinasi bersama agensi-agensi penting seperi Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak.",
"“Selain itu JPBM turut melakukan pemantauan melalui media sosial untuk memberi respons segera sekiranya berlaku kebakaran hutan atau belukar.",
"“Pada kesempatan ini, saya menyeru dan mengesyorkan agar komuniti melaksanakan tanggungjawab positif bersama dalam mengelak pembakaran terbuka atau pembakaran yang disengajakan. ",
"“Sekiranya berhasrat untuk menjalankan pembakaran, ianya haruslah mematuhi perkara berikut iaitu bagi individu atau pekebun kecil lakukannya dalam kuantiti kecil dan dikawal dengan kepungan parit atau sediakan sumber pemadaman.",
"“Mendapatkan bimbingan, nasihat dan kelulusan dari agensi bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak,” ujarnya.",
"Khirudin berharap semoga ia dapat membantu jabatan dalam aspek gunatenaga kerja dan gerakatur aset bagi lebih khusus dalam tugasan sanitasi dan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) dalam menangani Pandemik Covid-19 di negeri ini.",
"",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=37466 | Abdul Halil cuba nasib pula di Samarahan | [
"SAMARAHAN: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak, Abang Abdul Halil Abang Naili yang pertama kali bertanding untuk pilihan raya umum mencabar penyandang di Samarahan, Datuk Rubiah Wang.",
"Beliau yang berasal dari Kuching dan pernah tiga kali bertanding dalam pilihan negeri mencuba nasib di kerusi Parlimen kali ini.",
"Terdahulu, Rubiah bersama kira-kira 1,000 penyokong tiba di pusat penamaan calon, Dewan Suarah Samarahan pada kira-kira pukul 8.40 pagi ini.",
"Turut mengiringi beliau ialah pencadang, Sapawi Samat dan penyokong, Erine Gadul.",
"Hadir sama bagi memberi sokongan kepada Rubiah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.",
"Abang Abdul Halil pula tiba di pusat penamaan calon pada waktu yang sama bersama 15 penyokongnya.",
"Ketika ditemui media, Abdul Halil berkata jumlah penyokong yang hadir untuk mengiringinya bukan syarat wajib untuk penyerahan pencalonan.",
"Beliau turut hadir bersama pencadangnya, Sajali Pawi dan penyokong, Awang Julai Awang Udin.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27478 | Filipina tuduh kapal China | [
"MANILA: Filipina menuduh Kapal Pengawal Pantai China menembak meriam air ke arah bot yang menghantar bekalan kepada marin Filipina di Laut China Selatan yang dipertikaikan dan mengarahkan Beijing untuk ‘undur’ semalam.",
"Setiausaha Luar, Teodoro Locsin berkata, beliau telah menyatakan kemarahan, kutukan dan bantahan kepada Beijing berhubung insiden itu, yang menurutnya berlaku pada Selasa lalu ketika bot Filipina dalam perjalanan ke Second Thomas Shoal di Kepulauan Spratly.",
"“Nasib baik, tiada siapa yang cedera, tetapi bot kami terpaksa membatalkan misi bekalan semula mereka,” kata Locsin dalam satu kenyataan di Twitter, menyifatkan tindakan tiga kapal China itu sebagai tidak sah.",
"Locsin menyifatkan bot Filipina sebagai ‘awam’, mencadangkan ia adalah kapal awam, dan dilindungi oleh pakatan pertahanan bersama dengan Amerika Syarikat (AS).",
"“China tidak mempunyai hak penguatkuasaan undang-undang di dalam dan sekitar kawasan ini. Mereka mesti mengambil iktibar dan berundur,” tambahnya.",
"Ketegangan di laut yang kaya dengan sumber meningkat tahun ini selepas beratus-ratus kapal China dikesan di Whitsun Reef, yang juga berada di Kepulauan Spratly.",
"China yang bersaing dengan Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.menuntut hampir semua laut yang melaluinya dengan perdagangan trilion dolar setiap tahun.",
"Perairan yang dipertikaikan juga mempunyai kawasan penangkapan ikan dan dipercayai terletak di atas deposit minyak dan gas yang luas.",
"Beijing telah mengabaikan keputusan 2016 oleh Mahkamah Tetap Timbang Tara yang berpangkalan di The Hague, Belanda bahawa tuntutan sejarahnya ke atas sebahagian besar laut adalah tanpa asas.",
"China mengawal beberapa terumbu di Laut China Selatan termasuk Scarborough Shoal yang dirampas oleh Beijing dari Manila pada 2012 dan hanya 240 kilometer di barat pulau utama Filipina Luzon.",
"Ia telah menegaskan pendiriannya dengan membina beting kecil dan terumbu karang menjadi pangkalan tentera dengan landasan udara dan kemudahan pelabuhan.",
"Selepas China menduduki Mischief Reef pada pertengahan 1990-an, Filipina telah mendarat sebuah kapal tentera laut terbiar di atas Second Thomas Shoal berdekatan untuk menegaskan tuntutan wilayah Manila dan anggota Marin Filipina juga berpangkalan di sana.",
"Locsin berkata, beting itu berada dalam Zon Ekonomi Eksklusif Filipina dan memberi amaran kegagalan China untuk mengawal diri mengancam hubungan istimewa antara kedua-dua negara.",
"“Kami tidak meminta kebenaran untuk melakukan apa yang perlu kami lakukan di wilayah kami,” katanya.",
"Pada masa sama, kedutaan China di Manila tidak segera menjawab permintaan untuk komen.",
"Presiden Rodrigo Duterte telah berusaha untuk berpaling dari AS, bekas penguasa penjajah Filipina ke arah China sejak mengambil alih kuasa pada 2016 dan kelihatan keberatan untuk berhadapan dengan Beijing.",
"Tetapi, berdepan tekanan domestik yang semakin meningkat untuk mengambil tindakan yang lebih keras, Duterte menegaskan kedaulatan Filipina ke atas perairan itu tidak boleh dirundingkan.",
"Setiausaha Kabinet, Karlo Nograles berkata, “Kami akan terus menegaskan kedaulatan kami… ke atas wilayah kami.”",
"Pada Julai lalu Duterte mengundurkan diri pada keputusan untuk membatalkan perjanjian ketenteraan utama, Perjanjian Pasukan Pelawat dengan AS semasa lawatan Ketua Pentagon, Lloyd Austin.",
"Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan minggu ini, kedua-dua negara mengesahkan ‘komitmen perjanjian kami’ yang merangkumi kewajipan untuk bertindak balas terhadap serangan bersenjata di Kawasan Pasifik sama ada di AS atau Filipina.” -AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=28446 | KKM, KDN diminta lulus penanaman kanabis, hemp, ketum | [
"KUALA LUMPUR: Satu laporan kajian mengenai kebaikan dan manfaat kanabis, hemp serta ketum akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) secepat mungkin bagi mendapatkan kelulusan terhadap penanaman tumbuhan tersebut.",
"Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, kajian itu dijalankan pelbagai pihak termasuk Pusat Racun Negara selain beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan.",
"Menurut Zahidi, kelulusan daripada KKM dan KDN penting untuk membolehkan tanaman berkenaan diusahakan secara besar-besaran serta terkawal kerana ia bukan sahaja bermanfaat kepada industri perubatan, tetapi mampu menjadi sumber pendapatan.",
"“Akibat penularan Covid-19, kira-kira 800,000 orang hilang pekerjaan. Jadi kita lihat peluang untuk ketum dan hemp cukup baik dengan nilai pasaran seluruh dunia USD50 bilion dan USD250 bilion.",
"“Malaysia ada peluang baik, kalau boleh kita minta kerajaan tumpu masalah untuk rakyat benarkan penanaman yang akan membolehkan pekebun kecil terlibat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum awam Kemampanan Masa Depan Kanabis Perubatan, Industri Hemp dan Ketum di Malaysia di sini semalam.",
"Zahidi turut menerima memorandum sokongan kepada kerajaan Malaysia untuk Kemampanan Masa Depan Kanabis Perubatan, Industri Hemp dan Ketum di Malaysia daripada Gabungan NGO Gerakan Merah.",
"Beliau berkata, sekiranya KKM serta KDN tidak memberikan kelulusan, pihaknya akan menyerahkan laporan kajian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk perhatian lanjut.",
"“Tidak ada sebab kerajaan tidak luluskan, tapi jika tidak diluluskan, kita mungkin akan bawa Rang Undang-undang persendirian ke Parlimen, dalam Mac depan,” katanya.",
"Dalam perkembangan lain, Zahidi berkata Kementerian Kewangan (MOF) akan memberi penerangan kepada semua Ahli Parlimen berhubung pelaksanaan teknologi Generasi Kelima (5G) di negara ini, semalam.",
"Rabu lalu, Zahidi meminta MOF dan Digital Nasional Berhad (DNB) memberi penjelasan mengenai isu tersebut kerana mendakwa menerima banyak rungutan. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=8792 | Warga PMU mahu rebut pensijilan amalan EKSA | [
"MUKAH: Warga kerja Politeknik Mukah (PMU) mengadakan gotong-royong Perdana setiap dua kali dalam setahun demi menjaga kebersihan kawasan luar pejabat dan dalam pejabat bagi setiap zon jagaan masing-masing agar dalam keadaan yang bersih, kemas dan teratur.",
"Pengarah Politeknik Mukah (PMU), Dullah Muluk semasa mesyuarat berkata, gotong-royong Perdana dijalankan secara berterusan dan diamalkan mengikut zon masing-masing agar memastikan budaya kerja Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) diteruskan pada bila-bila masa.",
"Melalui program EKSA, tujuan utama adalah untuk memperolehi persijilan amalan EKSA di samping menjana semangat kerjasama warga PMU ke arah penghasilan kerja yang kreatif dan inovatif dari kalangan warga kerja dan memanfaatkan penggunaan sumber secara optimum dan efisien, katanya.",
"Beliau menjelaskan, terdapat empat belas zon menjalankan kerja pembersihan di luar kawasan pejabat dan dalam pejabat untuk mempastikan Amalan EKSA iamal dan dipatuhi oleh semua warga agensi, ujarnya.",
"Melalui kerja gotong-royong sebegini warga PMU dapat mengeratkan silaturrahim dan kerjasama antara mereka, jelasnya.",
"Antara lain, amalan EKSA melalui budaya berterusan di dalam persekitaran berkualiti, kondusif dan selamat ke arah kecemerlangan organisasi menerusi penggunaan sumber yang berhemah.",
"Menurut Dullah, objektif mewujudkan EKSA adalah supaya persekitaran tempat kerja yang kondusif dan selamat untuk meningkatkan produktif kerja sambil memupuk amalan penyelenggaran sebagai budaya kerja yang berterusan.",
"Semangat seperti ini perlu diteruskan demi nama baik PMU dan semangat bantu membantu antara satu sama lain sentiasa diamalkan agar yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing.",
"Turut hadir dalam kerja gotong-royong itu ialah Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Iskandar Reduan, Timbalan Pengarah (Akademik), Mohd Sani Said dan semua warga pengurusan dan sokongan.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=34328 | Kerajaan tekad mantapkan pentadbiran, pulih ekonomi negara | [
"PUTRAJAYA: Memasuki setahun mengemudi Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertekad menguatkan semangat untuk memantapkan pentadbiran kerajaan dan memulihkan ekonomi negara untuk manfaat seluruh Keluarga Malaysia.",
"Berucap merasmikan Simposium Keluarga Malaysia: Pencapian dan Harapan di sini semalam ini, beliau menegaskan masih banyak agenda yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan pimpinannya bagi membantu Keluarga Malaysia.",
"“Masih ramai golongan yang perlu dibantu baik golongan miskin, golongan wanita, golongan wanita, golongan orang kurang upaya dan sebagainya,” katanya.",
"Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan pada 21 Ogos 2021.",
"Mengimbau kembali ketika mengambil alih tampuk pemerintahan, Ismail Sabri berkata negara pada waktu itu berada dalam suasana ketidaktentuan dan ketidakstabilan, dan ada pihak yang meramalkan bahawa bila-bila masa sahaja kerajaan Keluarga Malaysia boleh runtuh berdasarkan sejarah lompat parti waktu itu.",
"“Syukurlah jangkaan itu tidak berlaku dan kini usia kerajaan ini telah menjangkau satu tahun,” katanya.",
"Ismail Sabri berkata, negara mempunyai Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu yang begitu prihatin kepada kesentosaan negara dan kebajikan rakyat.",
"Katanya atas nasihat Seri Paduka, kerajaan telah mengambil inisiatif melupakan segala perbezaan dan mewujudkan kebersamaan dengan memeterai kerjasama rentas parti dengan pihak pembangkang.",
"“Hasil pendekatan inklusif ini, kita telah mencapai kestabilan politik,” katanya dan menambah ‘waktu unik memerlukan pendekatan unik’.",
"Beliau berkata, terdapat pelbagai inisiatif kerajaan Keluarga Malaysia rundingkan melalui sesi-sesi konsultasi, mendapat sokongan meluas semua pihak.",
"“Ini termasuklah Bajet 2022 yang mendapat kelulusan majoriti serta Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan membabitkan Perjanjian Malaysia 1963 dan larangan lompat parti yang diluluskan sebulat suara,” katanya.",
"Ismail Sabri seterusnya merakamkan penghargaannya kepada Seri Paduka dan Raja-raja Melayu yang telah memberikan nasihat dan sokongan kepada Kerajaan Keluarga Malaysia sejak setahun lepas.",
"“Ketaatsetiaan kerajaan Keluarga Malaysia kepada Seri Paduka tidak boleh sama sekali diragui malah kita sentiasa menjaga hubungan baik dengan pihak istana selaras dengan prinsip pertama Rukun Negara, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara,” katanya.",
"Ismail Sabri turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua ahli Jemaah Menteri serta semua Ahli Parlimen baik dari pihak kerajaan dan pembangkang yang menyokong pelbagai inisiatif yang dikemukakan.",
"“Semua ini tidak akan berlaku tanpa sokongan semua ahli Jemaah Menteri serta semua Ahli Parlimen,” katanya dan menambah, sesebuah kerajaan hanya akan menjadi kuat dan berkesan jika ia mendapat dokongan daripada semua pihak.",
"Katanya, beliau juga tidak berhasrat mendabik dada melaung-laungkan semua kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan Keluarga Malaysia, dan akan membiarkan fakta untuk berbicara.",
"Ismail Sabri berkata, kerajaan Keluarga Malaysia akan memperkukuhkan institusi-institusi politik yang ada sehingga ia menjadi inklusif.",
"“Kita merancang untuk memperkukuhkan institusi Parlimen dan Kehakiman serta membentangkan Akta Pendanaan Politik untuk politik negara yang lebih sihat,” katanya.",
"Mengenai program semalam, Ismail Sabri berkata simposium itu akan memberi ruang yang luas untuk semua peserta mendapat maklumat yang tepat dan jelas mengenai pencapaian dan cabaran kerajaan Keluarga Malaysia sepanjang tempoh satu tahun.",
"Selaras dengan teras utama konsep Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran, beliau berkata kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa mengambil kira pandangan setiap golongan.",
"“Sebagai sebuah kerajaan yang terbuka, segala input daripada golongan cendekiawan akan kita pertimbang untuk laksanakan jika sesuai,” katanya. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=32500 | IPEF sebagai platform mulakan paradigma baharu abad ke-21 | [
"KUKUHKAN EKOSISTEM PERDAGANGAN RANTAU… Antara pertemuan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang membuahkan hasil bersama H.E. Duta Katherine Tai baru-baru ini selepas menghadiri mesyuarat peringkat Menteri tidak rasmi IPEF untuk Kemakmuran, dengan 13 rakan rangka kerja yang lain di Paris. Beliau turut berkata, berdasarkan dunia beralih kepada penumpuan isu yang lebih besar secara menyeluruh,kepentingan strategik dan ekonomi rangka kerja itu terletak pada keupayaannya untuk mengukuhkan ekosistem perdagangan rantau ini, memberikan dorongan untuk memacu penglibatan dan kerjasama ekonomi",
"KUALA LUMPUR: Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) perlu digunakan sebagai platform untuk memulakan paradigma baharu Abad Ke-21 untuk memastikan pertumbuhan yang lebih cepat dan adil untuk ekonomi di rantau ini, selain menggalakkan keterangkuman dan kemakmuran bersama.",
"Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, berdasarkan dunia beralih kepada penumpuan isu yang lebih besar secara menyeluruh, kepentingan strategik dan ekonomi rangka kerja itu terletak pada keupayaannya untuk mengukuhkan ekosistem perdagangan rantau ini, memberikan dorongan untuk memacu penglibatan dan kerjasama ekonomi.",
"Beliau berkata demikian di akaun Twitternya baru-baru ini selepas menghadiri mesyuarat peringkat Menteri tidak rasmi IPEF untuk Kemakmuran, dengan 13 rakan rangka kerja yang lain pada petang ini di Paris.",
"“Dalam intervensi saya, saya mengulangi pendirian Malaysia bahawa rangka kerja itu merupakan instrumen diplomasi ekonomi yang penting dalam menjalin hubungan seterusnya antara Amerika Syarikat (AS) dan rantau Indo-Pasifik.",
"“Dengan tumpuan prosiding hari ini pada Tonggak Perdagangan, saya menggesa kepada penyelesaian kolaboratif untuk isu perdagangan melalui rundingan dan dialog berikutan pendekatan sedemikian bersesuaian dengan rantau ini pada amnya,” katanya.",
"Mohamed Azmin juga berkata bantuan teknikal dan pembinaan kapasiti perlu menjadi sebahagian daripada IPEF, jika tidak, frasa keterangkuman untuk semua rakan rangka kerja akan dilihat tidak benar dan kerjasama ekonomi plurilateral untuk kemakmuran serantau akan menjadi ilusi.",
"“Saya turut menekankan pentingnya peraturan asas untuk memastikan perbincangan yang lebih cekap melalui proses rundingan yang lebih dinamik dan menyeluruh,” katanya.",
"Dalam perkara ini, menteri mencadangkan fleksibiliti, misalnya layanan istimewa dan berbeza, perlu diberikan untuk memastikan penggunaan peraturan dan peruntukan memberikan hasil yang adil dan saksama.",
"Ini katanya, penting berdasarkan perbezaan status pembangunan sosio-ekonomi dalam kalangan rakan.",
"Pada mesyuarat itu, Mohamed Azmin turut berkongsi mengenai kemajuan Malaysia dalam ratifikasi konvensyen mengenai amalan buruh, termasuk Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan negara juga telah meluluskan pelbagai undang-undang untuk melindungi hak pekerja asing.",
"Ini termasuk pencegahan buruh paksa, pembayaran gaji melalui akaun bank dan perlindungan kepada semua pekerja serta tindakan proaktif untuk memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan buruh antarabangsa.",
"“Bagi daya tahan rantaian bekalan yang amat penting untuk memudahkan aliran perdagangan yang lancar di peringkat serantau, saya menegaskan bahawa Memorandum Kerjasama (MoC) yang ditandatangani baru-baru ini mengenai Daya Tahan Rantaian Bekalan Semikonduktor antara Malaysia dan AS merupakan langkah strategik untuk menangani keadaan tidak menentu dan di luar jangka.",
"“Saya mengunjurkan bahawa Rangka Tindakan Ekonomi Digital negara kita akan memacu agenda transformasi Malaysia untuk negara menjadi ekonomi digital yang pesat dan kita bersedia untuk menyertai inisiatif pendigitalan IPEF sepenuhnya,” katanya.",
"Mengenai isu rasuah, Mohamed Azmin berkata isu tersebut terus menjadi antara isu global utama yang memerlukan penyelesaian yang diselaraskan dan kerjasama antarabangsa.",
"“Sehubungan itu, saya menegaskan bahawa Malaysia, yang amat mementingkan tadbir urus yang baik, ketelusan, akauntabiliti, keberkesanan dan kecekapan, menyertai Konvensyen PBB Menentang Rasuah sejak penubuhannya” katanya.",
"Beliau berkata Malaysia telah mengenal pasti 115 inisiatif di bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, yang dibangunkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bebas rasuah.",
"“Saya menegaskan bahawa melalui Tonggak Cukai dan Antirasuah rangka kerja itu, struktur antirasuah sedia ada Malaysia boleh dipertingkatkan lagi dengan kaveat bahawa elemen cukai perlu diasingkan daripada komponen Antirasuah, untuk membolehkan perbincangan yang lebih memberi impak,” katanya. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=18753 | Pengeluar Kelapa Pandan Wangi terbesar | [
"BEKENU: Kampung Ranchah Ranchah bakal menjadi pengeluar Kelapa Pandan Wangi terbesar di Bahagian Miri menjelang 2022.",
"Menteri Muda Pertanian, Tanah Asli dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata demikian pada sesi lawatan kerja di sini semalam.",
"Katanya, skim berkelompok kelapa pandan di sini bakal menghasilkan 32,000 kelapa setiap bulan atau 1,200 setiap hari yang dapat menjana pendapatan kepada 53 peserta.",
"“Saya rasa terkejut kerana projek kelapa ini yang ditanam pada suku akhir 2018 sudah mula menunjuk tanda berbuah.",
"“Jabatan Pertanian akan membina pusat pengumpulan yang akan siap pada tahun 2022 untuk membantu peserta skim memasarkan produk mereka,” jelasnya.",
"Pengerusi Skim Projek Kelapa, Arbi Jukin berkata, kelapa yang diusaha di sini telah mengeluarkan bunga dalam masa yang singkat ini kerana kesungguhan peserta membaja pokok kelapa pada setiap bulan.",
"Jabatan Pertanian telah melakukan pembersihan kawasan dan input ladang dalam masa empat tahun pertama sementara para peserta bertanggungjawab untuk penyelenggaraan ladang, tambahnya.",
"Turut hadir, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.71 Bekenu Datuk Hajah Rosey Yunus, Pegawai Daerah Subis Jamalie Busri, Pemanca Ali Mudin dan Pegawai Pertanian Miri AO Hafriz dan ketua kaum setempat.",
"Oleh Adum Liu",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=11469 | Pelajar digesa daftar i-GPS MATRIK | [
"KUCHING: Para pelajar digesa untuk mendaftarkan permohonan bagi fasa kedua i-GPS MATRIK sebelum 12.00 tengah hari pada 12 Ogos ini.",
"Inisiatif tersebut merupakan kerjasama Sarawak Volunteers bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk anak-anak Sarawak yang bakal mendaftar ke pusat matrikulasi di Semenanjung Malaysia dan Labuan.",
"Sarawak Volunteers berkata, ini berikutan penangguhan tarikh pendaftaran pelajar matrikulasi dan isu penjadualan semula penerbangan.",
"“Bantuan ini disediakan untuk para pelajar Sarawak yang datang sendiri tanpa ditemani ibu bapa atau penjaga yang mana pihak kita menyediakan pengangkutan darat dari lapangan terbang ke Pusat matrikulasi masing-masing.",
"“Selain itu, pelajar terbabit turut ada disediakan penginapan sementara bagi mereka yang amat memerlukan,” kata Sarawak Volunteers menerusi kenyataan di Facebook rasmi, semalam.",
"Sehubungan itu, Sarawak Volunteers berkata mereka yang memerlukan boleh mendaftar di melalui pautan https://bit.ly/2XoUYli.",
"“Sebarang pertanyaan boleh hubungi sekretariat kami di talian panggilan telefon (masa berkerja sahaja) atau whatsApp Nazmi di 0135717130, Eja (0146983771) atau Khatijah (0128477447)",
"Oleh Zarina Abdullah",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=3168 | Rayuan BPN disaring 11 agensi – LHDN | [
"CYBERJAYA: Pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang sebelum ini permohonan mereka ditolak, terutama individu mempunyai syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini boleh mengemukakan rayuan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau secara dalam talian.",
"Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, Datuk Sabin Samitah berkata, mereka boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDN dan mengisi borang rayuan yang diberikan di samping menyertakan sekali dokumen sokongan sebagai bukti kedudukan kewangan.",
"“Setiap proses permohonan atau rayuan akan melalui proses saringan yang telah ditetapkan dalam pangkalan data sistem LHDN khas untuk tujuan BPN ini,” katanya dalam temu bual bersama media di sini, semalam.",
"Beliau berkata, LHDN akan melakukan semakan silang dengan pangkalan data terkini daripada 11 agensi berkaitan termasuk SSM, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).",
"Semakan ini bertujuan mengelakkan sebarang penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, katanya.",
"“Contohnya, kita dapat mengenal pasti pemohon yang memiliki syarikat, dengan pangkalan data menunjukkan syarikat aktif berdasarkan aktiviti transaksi perbankan syarikat yang terlibat,” katanya.",
"Sabin berkata, bagi isu pemohon yang berdaftar dengan SSM, LHDN menasihatkan mereka supaya memfailkan borang nyata cukai pendapatan masing-masing untuk mengelak isu ini berulang.",
"“Pengisytiharan pendapatan kepada LHDN tidak bermaksud seseorang itu secara automatik akan dikenakan cukai.",
"“Ini kerana perniagaan pasti ada pendapatan dan perbelanjaan yang dibenarkan sebagai tolakan, dan hanya keuntungan akan dikenakan cukai,” katanya.",
"Beliau berkata, bagi yang kehilangan pekerjaan atau diberhentikan pada tahun ini atau tahun lepas, mereka perlu mengemukakan surat pemberhentian dan penyata gaji terakhir dalam rayuan itu.",
"“Ini kerana LHDN menggunakan rekod percukaian Tahun Taksiran 2018 dan pangkalan data kerajaan yang berkaitan. Kita tidak dapat menggunakan rekod 2019 kerana tempoh pengisytiharan cukai masih belum ditutup dan telah dilanjutkan disebabkan Covid-19,” katanya.",
"Bagi kes pemohon yang dikatakan telah meninggal dunia tetapi masih hidup, Sabin berkata ia merupakan kes terpencil dan data telah diambil daripada JPN.",
"“Individu berkenaan boleh membuat rayuan dengan LHDN untuk mendapat BPN namun beliau juga perlu ke JPN untuk membetulkan rekod tersebut,” katanya.",
"Kementerian Kewangan dalam laporan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang dikeluarkan hari ini berkata sehingga 10 Mei, sebanyak RM11 bilion termasuk tambahan RM1 bilion daripada peruntukan asal RM10 bilion telah diluluskan dan 10.6 juta rakyat merupakan penerima BPN.",
"Tempoh rayuan BPN juga dilanjutkan sehingga 31 Mei ini dan bagi permohonan yang tidak luluskan, pemohon boleh menghantar e-mel berserta dokumen berkenaan kepada [email protected] atau hadir ke mana-mana kaunter LHDN di seluruh negara. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=26791 | Urus kerja dengan bijak | [
"KUCHING: Kontraktor yang diarah menjalankan kerja menaik taraf dan membaik pulih dua jalan di sepanjang jalan pesisir di Sadong Jaya diarahkan untuk mengurus program kerja dengan bijak.",
"Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur Sarawak Datuk Julaihi Narawi menyatakan tidak berpuas hati dengan dengan kemajuan projek naik taraf jalan raya dari Kota Samarahan hingga Sadong Jaya (PA2).",
"“Saya banyak dapat aduan daripada orang awam, aduan daripada sosial media, wakil rakyat tempatan bahawa jalan ini dalam keadaan yang tidak selesa digunakan oleh pengguna jalan di kawasan ini.",
"“Frekuensi trafik adalah tinggi, jadi kontraktor yang dapat tender di kawasan ini mesti mempunyai kemampuan mengatur program kerja mereka dengan bijak",
"“Malah, saya hendak tekankan juga di sini bahawa laluan pesisir ini menuju ke Feri Batang Lupar, Pangkalan Sebuyau dan Triso dan seterusnya ini adalah satu-satunya laluan pesisir yang ada di sini,” katanya kepada media di Sadong Jaya semalam.",
"Beliau berkata, kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf projek itu dilihat tenat dan meminta pihak kontraktor yang bertanggungjawab menyiapkan kerja-kerja yang ditetapkan dengan segera.",
"“Jalan ini kalau mengikut konsultant, pencapaian ialah 2.2 peratus berbanding dengan yang dijadualkan 41 peratus dan ini bermakna lewat 39 peratus.",
"“Boleh dikira agak tenat, jadi saya minta supaya kontraktor yang berstatus bumiputera ini mengambil tindakan segera menyiapkan kerja-kerja yang ditetapkan.",
"“Kita mahu supaya ‘catch up plan’ berkesan bukan sahaja untuk taklimat tapak tetapi dilaksanakan dengan berkesan mengikut apa yang dirancang,” tegasnya.",
"Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menegaskan bahawa pemilik syarikat perlu mengawasi projek setiap masa dan jangan hanya membiarkan projek kepada sub kontraktor.",
"“Jadi saya berharap kontraktor yang telah mendapat kontrak ini mengambil tindakan yang segera sebab jalan ini adalah jalan keluar menuju ke Jalan Pesisir.",
"“Selain itu, kita minta laporan setiap minggu kali ini, sebab 39 peratus adalah kelewatan yang agak tinggi, kita minta laporan mingguan untuk dihantar kepada Unit Jalan Pesisir dan Jalan Utama mulai semalam.",
"",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=719 | Sarawak catat dua lagi kematian | [
"KUCHING : Sarawak semalam mencatatkan dua kes kematian Covid-19 menjadikan\njumlah kematian sebanyak 12 kes di negeri ini.",
"Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Abdul Karim Rahman\nHamzah berkata mangsa kematian kesebelas\nmerupakan seorang lelaki berumur 72 tahun dari Taman Sebah Height dan telah\ndikesan positif Covid-19 pada 28 Mac yang lalu.",
"“Beliau dilaporkan telah dimasukkan ke wad Hospital Umum Sarawak (HUS) dan\nmeninggal dunia pada 4 April, Sabtu jam 1.37 petang.",
"“Mangsa kematian keduabelas pula, juga merupakan seorang lelaki, berumur 53\ntahun dari Batu Kawa yang mana mangsa telah mendapat rawatan di HUS pada 31 Mac\ndan disahkan positif Covid-19 pada 2 April,” katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media\nJawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak yang diadakan di Wisma\nBapa Malaysia semalam.",
"Menurut Karim yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah\nEmbas, mangsa keduabelas ini telah meninggal dunia semalam pada jam 12.39 pagi.",
"Setakat ini, katanya, belum dipastikan samaada kedua-dua kes mempunyai\nkontak dengan kes-kes lain yang telah disahkan positif Covid-19.",
"Sementara itu, beliau memberitahu bahawa terdapat 10 kes baharu positif\nCovid-19 yang dicatatkan semalam menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak\nadalah sebanyak 264 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020.",
"“Daripada 10 kes tersebut, sembilan kes dirawat di HUS dan satu kes dirawat\ndi Hospital Sibu.",
"“Manakala, sebanyak 50 kes baharu Orang Yang Disyaki (PUI) dilaporkan\nsemalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,629 kes,” tambahnya.",
"Daripada jumlah itu, 1,304 kes adalah negatif dan 61 kes PUI masih lagi\nmenunggu keputusan makmal, jelas Karim.",
"Kata beliau, berdasarkan statistik PUI mengikut daerah, Kuching mencatatkan\njumlah tertinggi dengan 17 kes.",
"Ini diikuti dengan Miri (lapan kes), Samarahan (lima), masing-masing empat\ndi Betong dan Kapit, tiga di Simunjan dan Saratok, dua di Bau dan masing-masing\nsatu kes di Serian, Sri Aman, Sibu dan Song, katanya.",
"Beliau memberitahu, secara keseluruhan kadar jangkitan baharu di Sarawak\nmenunjukkan tren yang belum stabil dengan bilangan kes positif yang turun dan\nnaik setiap hari.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=31790 | Lebih 100,000 hadir Rumah Terbuka di Seri Perdana | [
"MERIAH … Orang ramai hadir bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri tahun 2022 di Kompleks Seri Perdana semalam. Majlis dengan tema ‘Raya Keluarga Malaysia, Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri’ itu merupakan rumah terbuka pertama dihoskan Ismail Sabri selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 20 Ogos 2021, serta barisan Kabinet beliau. •Foto BERNAMA",
"PUTRAJAYA: Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022 di Seri Perdana di sini mencatatkan sambutan luar biasa apabila lebih 100,000 pengunjung direkodkan telah hadir setakat 4.00 petang semalam.",
"Berikutan sambutan luar biasa itu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengambil keputusan melanjutkan majlis itu sehingga selesai meskipun ia sepatutnya berakhir 4.00 petang semalam.",
"“YAB PM (Ismail Sabri) tidak sampai hati melihat Keluarga Malaysia beratur panjang menunggu giliran,” menurut Pejabat Perdana Menteri.",
"Selain itu, majlis yang yang menurut jemputan bermula 10.00 pagi itu telah diawalkan pada 9.30 pagi berikutan sambutan dan kehadiran yang luar biasa. ",
"Setakat pukul 4 petang, tetamu dan pengunjung masih lagi beratur menunggu giliran ke tapak majlis rumah terbuka itu di Laman Sari bagi menghadiri rumah terbuka serta bertemu Perdana Menteri yang masih lagi bertenaga menyantuni pengunjung yang datang tidak putus-putus.",
"Majlis dengan tema “Raya Keluarga Malaysia, Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri” itu merupakan rumah terbuka pertama dihoskan Ismail Sabri selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 20 Ogos 2021, serta barisan Kabinet beliau.",
"Menurut anggaran awal, dijangka lebih 70,000 pengunjung dan tetamu menghadiri majlis rumah terbuka itu. ",
"Akibat pandemik COVID-19, rumah terbuka tahunan itu tidak dapat diadakan selama dua tahun. Kali terakhir ia diadakan adalah pada 5 Jun 2019 di Seri Perdana dan dihoskan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan Kabinet beliau. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=4965 | Seminggu tiada kes positif Covid-19 | [
"ZARINA ABDULLAH",
"KUCHING: Sarawak tidak merekodkan sebarang kes positif Covid-19 baharu semalam menyaksikan negeri ini merekodkan tujuh hari berturut-turut tiada kes baharu positif Covid-19.",
"Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ini menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak setakat semalam kekal 552 kes.",
"“Dimaklumkan juga bahawa satu kes baharu yang telah sembuh dan discaj dari hospital dilaporkan semalam dengan kes tersebut dari Hospital Umum Sarawak (HUS).",
"“Setakat hari ini, jumlah keseluruhan kes postif Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 520 orang atau 94.20 peratus,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada sidang media harian perkembangan Covid-19 Sarawak di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, di sini, semalam.",
"Menurutnya, seramai 14 orang yang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan enam kes masih menunggu ujian makmal.",
"“Mengenai perkembangan keputusan Aktiviti Pengesanan Secara Aktif (ACD) di Belawai, Tanjung Manis, ia menunjukkan semua 339 sampel yang telah diambil adalah negatif.",
"“Manakala, sehingga hari ini sejumlah 45,710 Home Surveillance Order telah dikeluarkan dan sebanyak 35,640 telah tamat menjalani kuarantin rumah dengan seramai 10,070 Home Surveillance yang masih aktif,” jelasnya.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=18285 | Thailand buka semula pintu untuk pelabur | [
"BANGKOK: Kerajaan Thailand merancang membuka semula pintunya lebih luas untuk potensi pelabur, yang akan datang atas urusan perniagaan dan melakukan kunjungan jangka pendek, setelah membenarkan warganegara asing dengan permit kerja dan beberapa kumpulan pelancong memasuki negara ini dengan langkah-langkah kawalan penyakit yang ketat.",
"Jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri berkata,Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) meluluskan visa untuk 11,000 peniaga dan warga asing dengan kebenaran bekerja, lapor agensi berita Thailand (TNA).",
"Mereka bersetuju untuk memasuki alternatif kuarantin negeri selama 14 hari.",
"Bermula 1 Oktober, Visa Khas Pelancong (STV) ditawarkan kepada pelancong dari negara yang tidak berisiko dan berisiko rendah.",
"Mereka diminta melakukan kuarantin 14 hari semasa ketibaan.",
"Jurucakap itu berkata,kerajaan kini menyasarkan membuka semula untuk pelabur yang akan berkunjung bagi merundingkan urusan perniagaan kerana kumpulan ini berpotensi tinggi membantu merangsang ekonomi.",
"Oleh kerana mereka mungkin akan datang untuk lawatan jangka pendek, langkah khas diperlukan untuk kumpulan pelancong ini.",
"Agensi yang berkaitan sedang menyusun rancangan tersebut dan akan mengusulkan langkah-langkah tersebut kepada jawatankuasa ad hoc yang ditugaskan untuk mempertimbangkan kelonggaran sekatan pergerakan dan dipengerusikan oleh setiausaha agung Majlis Keselamatan Nasional, katanya.",
"Isu berkenaan akan dibawa kepada Perdana Menteri. Pada mulanya, mereka mesti melakukan perjalanan dengan hasil ujian Covid, yang dilakukan dalam 72 jam sebelum memasuki Thailand dan mereka diharuskan memiliki perlindungan insurans kesihatan Covid-19 bernilai sekurang-kurangnya AS$100,000, tambahnya.– Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=31830 | Sarawak teroka bahan api penerbangan | [
"KENANGAN … Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (depan, lima kanan) mengetuai delegasi Sarawak ke Sidang Kemuncak dan Pameran Hidrogen Dunia 2022 di Rotterdam, Belanda itu bermula dari 9 hingga 11 Mei ini. Turut kelihatan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas (depan, empat kanan).",
"ROTTERDAM (BELANDA): Kerajaan Sarawak sedang meneroka Bahan Api Penerbangan Lestari (SAF) bagi mempercepatkan lagi agenda tenaga hijau di negeri ini.",
"Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia untuk menghasilkan bahan api jet secara mampan yang akan menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon merentasi kitaran hayatnya melebihi 80 peratus walaupun pelepasan yang dicipta dalam pengeluaran SAF diambil kira, berbanding dengan bahan api fosil.",
"“Bahan api penerbangan alternatif seperti SAF boleh menjadi kunci kepada perjalanan udara yang mampan, menyumbang besar kepada strategi pengurangan pelepasan industri dan matlamat pelepasan sifar bersih,” katanya.",
"Beliau berkata demikian dalam ucapannya bertemakan “Mempercepatkan Ekonomi Hidrogen Global: Cara Sarawak” pada Sidang Kemuncak dan Pameran Hidrogen Dunia 2022 di Rotterdam, Belanda, semalam.",
"Mengulas lanjut, Abang Johari berkata melalui agensi pembangunan dan pelaburan, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) Sarawak telah bekerjasama dengan Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC) dalam pembangunan biofuel, hidrogen hijau dan sel bahan api untuk penerbangan.",
"“Saya membayangkan bahawa tidak lama lagi sel bahan api hidrogen boleh mengisi semula helikopter berkuasa hidrogen.",
"“Oleh itu, kita ingin bekerjasama dengan industri penerbangan, termasuk industri marin, untuk mempercepatkan usaha dan meningkatkan pembangunan SAF seperti biofuel, E-methanol, dan potensi sel bahan api hidrogen,” ujarnya.",
"Ujarnya, ini adalah masa yang tepat untuk memanfaatkan potensi besar hidrogen untuk memainkan peranan penting dalam masa depan tenaga yang bersih, selamat dan mampu milik.",
"“Berbalik kepada persoalan ‘Di mana terletaknya keseimbangan antara melindungi alam sekitar dan mengembangkan ekonomi’, saya boleh dengan selamat mengatakan bahawa sebenarnya, tidak ada pilihan sebenar tetapi hanya tindakan sebenar.",
"“Saya percaya bahawa jika kita semua berusaha untuk mempercepatkan pasaran hidrogen dengan cara yang diselaraskan, ia boleh membantu untuk merangsang pelaburan dalam kemudahan dan infrastruktur bersepadu yang akan mengurangkan kos dan membolehkan perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik,” tambahnya.",
"Justeru itu, Abang Johari berharap perdagangan global bagi komoditi kongsi akan mendapat manfaat daripada piawaian antarabangsa biasa yang akhirnya akan merangsang permintaan komersial untuk hidrogen.",
"“Saya mengalu-alukan kerjasama untuk menyumbang lebih jauh kepada badan pengetahuan tempatan dan global berkenaan teknologi hidrogen dan aplikasinya, terutamanya dalam persekitaran tropika untuk mempercepatkan pertumbuhan hidrogen bersih yang serba boleh untuk dunia,” katanya.",
"Sebelum ini, Pejabat Premier Sarawak dalam kenyataannya berkata, Abang Johari akan disertai kira-kira 3,500 pemimpin dan pemain industri dari seluruh dunia dalam penerokaan teknologi hidrogen, aplikasi dan penyelesaian terkini untuk merevolusikan industri tersebut.",
"Sidang Kemuncak dan Pameran Hidrogen Dunia 2022 di Rotterdam, Belanda itu bermula dari 9 hingga 11 Mei ini.",
"Delegasi akan terbang ke Oslo, Norway untuk mendapatkan maklumat berhubung tadbir urus dan kekayaan kerajaan negara Norway yang telah ditunjukkan oleh Perdana Menterinya sebagai negara model.",
"Antara yang mengiringi Premier Sarawak di persidangan itu adalah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni, Setiausaha Kewangan Negeri Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar.",
"Turut sama Pengarah Unit Perancang Ekonomi Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Pengerusi Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussain, Pengerusi Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Amar Hamed Sepawi dan Ketua Pegawai Eksekutif SEB Datu Sharbini Suhaili.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27512 | Pakan akan jadi new township | [
"KERAJAAN Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya membuktikan bahawa segala janji bukan hanya ‘omong kosong’, malah parti itu terus memberikan komitmen penuh untuk pembangunan dan kebajikan rakyat di Sarawak.",
"Contoh terbaik yang jelas disaksikan rakyat ialah dengan pelbagai bentuk projek pembangunan dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak demi untuk memberikan manfaat kepada rakyat di setiap pelusuk negeri ini termasuk di kawasan bandar dan luar bandar.",
"Begitu juga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan yang merupakan salah satu DUN terletak di Parlimen Julau, kini semakin pesat membangun.",
"Fenomena kerancakan proses pembangunan tersebut hasil daripada usaha kuat wakil rakyat GPS iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom yang kerap turun padang sejak menjadi wakil rakyat di kawasan itu.",
"Ini ketara dengan adanya proses pembangunan yang sedang berlaku di DUN Pakan pada masa sekarang seperti pembinaan jalan raya, naik taraf kemudahan sukan, pendidikan, elektrik dan sebagainya.",
"Antaranya ialah projek Jalan Pakan-Ulu Kota Pakan (Fasa 2) bertaraf R3 Standard sepanjang 15.4 kilometer telah siap sepenuhnya pada 3 Disember 2019 dan sudah dibuka kepada orang awam.",
"Projek bernilai tinggi itu dengan peruntukan RM122.5 juta, membuka akses kepada lebih banyak peluang sosioekonomi bagi penduduk, terutama yang giat menjalankan aktitviti pertanian dan industri asas tani sebagai sumber pendapatan utama.",
"Antara skop lain projek ini termasukl jalan menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sembawang dan SK Nanga Dayu serta empat buah jambatan konkrit iaitu di Sungai Seguk, Sungai Litok, Sungai Dayu dan Sungai Kara.",
"Dengan adanya akses perhubungan darat di kawasan tersebut, ia telah membolehkan golongan petani dan pekebun kecil meningkatkan hasil jualan mereka dan seterusnya menikmati taraf hidup yang lebih baik.",
"Selain itu, pembangunan infrastruktur ini akan mendorong pembukaan lebih banyak kawasan untuk meransang aktiviti perdagangan perkembangan sektor-sektor lain di kawasan sekitarnya dan sekali gus merancakkan sosioekonomi penduduk setempat.",
"Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Daerah Pakan akan dibangunkan menjadi bandar baru moden yang lengkap dengan kawasan perumahan, pusat komersil serta tempat riadah.",
"“Saya akan masukkan dalam pelan induk untuk membangunkan pekan Pakan. Pakan kita susun semula, pekan kita luaskan termasuk kedai-kedai dan kita buat dalam lingkungan 10 kilometer.",
"“Kita bangunkan bandar baru Pakan termasuk kawasan perumahan, kedai dan tempat riadah. Pakan akan jadi new township,” ujarnya.",
"Menurutnya, Kerajaan Sarawak juga bersetuju meneruskan fasa ketiga pembinaan Jalan Pakan-Ulu Kota Pakan bagi memastikan Pakan terus pesat membangun dengan dilengkapi kemudahan elektrik dan air.",
"“Penyambungan jalan tersebut perlu bagi meningkatkan potensi besar Pakan dalam sektor pertanian untuk dibangunkan menjadi kawasan ‘food basket’,” ujarnya lagi.",
" ",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=10482 | Galak pelajar berkomunikasi | [
"ROBAN: Pendedahan kepada pelajar agar lebih berani berkomunikasi dengan orang awam amat penting kerana mereka memerlukan keyakinan dan penumpuan dalam mengaplikasikan tindakan spontan menjawab pertanyaan.",
"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, setiap guru harus melihat potensi pelajar masing-masing yang boleh digilap agar mereka tidak gentar apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja dalam masyarakat dan memberi semangat kepada mereka terus mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.",
"Menurut beliau, sifat malu yang masih menebal dalam kalangan murid sekolah di luar bandar menyebabkan mereka ketinggalan dalam usaha membentuk personaliti diri dan ini harus dikikis.",
"“Peranan guru adalah untuk mengubah persepsi diri pelajar dan dedahkan pelajar dengan menggalakkan mereka untuk berkomunikasi dan menyertai aktiviti yang mencambah pemikiran untuk berhubung dengan masyarakat.",
"“Ajarkan mereka dengan sikap kepimpinan, matang, berkeyakinan dan berketerampilan,” katanya pada Program Lawatan Ke Sekolah dan Penyampaian Baucar Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Roban, baru-baru ini.",
"Chee Kadir berkata, guru tidak harus menimbulkan faktor atau situasi negatif dalam penyampaian ketika memberikan pendedahan kepada murid.",
"“Ciptakan suasana yang ceria dan berikan motivasi yang boleh membina minat untuk murid berkomunikasi secara berpasukan bagi mencipta personaliti diri.",
"“Pada masa sama, tarik minat pelajar untuk mengubah minda mereka bahawa setiap mata pelajaran yang dipelajari adalah penting,” ujarnya.",
"Beliau berkata guru harus peka dengan situasi semasa berkaitan perkembangan pendidikan dan harus menekankan daya saing pelajar untuk membentuk kecemerlangan.",
"“Semaikan budaya berfikir, kreatif dan inovatif dalam diri pelajar. Pada masa sama pupuk semangat dengan merangsang aktiviti budaya bahasa bermula dari kalangan guru dan staf.",
"Sementara itu, Chee Kadir dalam lawatannya turut memuji persiapan SK Ulu Roban dalam memulakan sesi persekolahan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.",
"“Tahniah dan syabas atas usaha pihak sekolah dalam persediaan menguruskan sekolah dan kelancaran aktiviti pembukaan sekolah dalam norma baharu.",
"“Saya melihat ini sebagai usaha gigih guru dan kakitangan yang bekerjasama membantu menyediakan keperluan sehingga tiada masalah untuk meneruskan sesi persekolahan,” ujarnya.",
"Dalam pada itu, Chee Kadir turut menyampaikan peruntukan berjumlah RM7,000 kepada SK Ulu Roban.",
"Oleh Adi Safarman",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=1517 | Rakyat perlu sokong pelanjutan PKP | [
"MARUDI: Rakyat di kawasan Baram perlu memberi sokongan keputusan\nkerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap Tiga hingga\n28 April ini.",
"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis\nNgau menggesa penduduk yang menetap di Ulu Baram mahupun di bandar harus mematuhi arahan\nitu supaya Baram /Marudi dikekalkan sebagai Zon Hijau.",
"Katanya, arahan kerajaan perlu kita patuhi untuk tidak bergerak\nke mana-mana dan duduk di rumah sebagai langkah untuk memutuskan rantaian wabak\nCovid-19.",
"Rakyat harus faham arahan kerajaan dan menerima keputusan\npelanjutan PKP demi keselamatan rakyat dan negara.",
"Dalam pada itu, Dennis menegaskan bahawa kerajaan bertanggungjawab\natas kebajikan rakyat sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.",
"Beliau melahirakan perasaan gembira kerana penduduk Ulu Baram\nmenerima baik keputusan kerajaan untuk melanjutkan\nPKP dengan hati terbuka.",
"Tegasnya, rata-rata penduduk Ulu Baram menerima keputusan\nitu bagi memastikan rakyat di kawasan ini bersih dan bebas daripada dijangkiti wabak\nberbahaya itu.",
"“Saya berharap pihak berkuasa tempatan mahupun kerajaan meneruskan\nkawalan ketat sepanjang PKP ini sama ada dalam dan luar kawasan Baram,” jelas Dennis.",
"Ujarnya, beliau gembira melihat kebanyakkan penduduk rumah\npanjang di kawasannya mengambil langkah berjaga-jaga dan serius dengan pelaksanaan\nPKP malah tidak berani bergerak keluar rumah dan ke bandar sepanjang PKP\ndilaksanakan.",
"Sehubunga itu, Dennis teruja dengan notis yang dipaparkan\noleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di setiap persimpangan\nke rumah panjang tidak membenarkan orang luar atau orang asing masuk ke kampung\nmereka tanpa kebenaran.",
"Mereka turut mendapatkan khidmat anggota Jabatan\nSukarelawan Malaysia (RELA) berkawal di persimpangan rumah panjang sebagai langkah\nberjaga-jaga supaya orang asing tidak masuk ke kawasan kampung.",
"Sekiranya ingkar dengan arahan itu, penceroboh boleh dikenakan\nhukuman denda RM1,000 hingga RM3,000.",
"“Ini menunjukkan bahawa penduduk luar bandar serius dengan\nPKP supaya jangkitan Covid -19 tidak menular ke kawasan pedalaman,”katanya ketika\nmenyampaikan penerangan kepada penduduk Ba Pakan Sg. Akah Ulu Baram dalam lawatan\nbeliau ke kampung berkenaan baru-baru ini.",
"Jelasnya, beliau memberi penerangan kepada penduduk kampung\nluar bandar memandangkan kawasan tersebut tiada talian komunikasi , radio atau televisyen\nuntuk mereka mengikuti perkembangan semasa berhubung Covid-19.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=4771 | Remaja nyaris maut | [
"ADUM LIU",
"BATU NIAH : Seorang remaja nyaris maut apabila motosikalnya gagal dikawal dalam satu kemalangan jalan raya di sini semalam.",
"Kejadian yang berlaku sekitar 5.00 petang semalam, remaja dikatakan dari arah Pekan Batu Niah menuju Simpang Niah gagal mengawal motosikalnya sehingga merempuh sebuah kereta yang menuju ke pekan.",
"Dalam kejadian itu, remaja berkenaan berjaya terjun dari motosikal yang dinaikinya dan mengalami kecederaan ringan.",
"Manakala, pemandu kereta merupakan seorang lelaki warga emas tidak mengalami kecederaan pada kejadian itu.",
"Akibat rempuhan yang kuat itu telah menyebabkan bahagian depan tayar motosikal terputus dua.",
"Kejadian itu masih dalam siasatan polis Batu Niat.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=7748 | Angka kematian seluruh dunia lebih 512,000 | [
"AMERIKA SYARIKAT: Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dalam tempoh 24 jam lalu.Menurut statistik Johns Hopkins University, jumlah kumulatif kematian di peringkat global kini sebanyak 512,331 kes.Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 127,000 kes.Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 59,000 dan 43,000 kes korban.Kes kematian di Itali akibat virus berkenaan pula melebihi 34,000 kes.Dalam pada itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 29,000 dan 28,000 kes maut.Mexico merekodkan 27,000 kematian.-AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=15876 | Eksport getah meningkat 17.6 peratus | [
"KUALA LUMPUR: Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).",
"Destinasi utama eksport getah asli adalah China iaitu 58.9 peratus daripada jumlah eksport pada Julai 2020 diikuti Jerman (6.0 peratus), Finland (5.1 peratus), Iran (3.9 peratus) dan Taiwan (3.0 peratus).",
"Sarung tangan getah merupakan item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata ketua perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan semalam.",
"Beliau berkata, stok getah asli turut mencatatkan penurunan pada Julai 2020 sebanyak 7.4 peratus kepada 235,119 tan metrik berbanding 253,994 tan metrik pada Jun 2020.",
"Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 24.7 peratus pada Julai 2020 kepada 41,801 tan metrik berbanding 33,531 tan metrik bulan sebelumnya manakala perbandingan antara tahun ke tahun pula menunjukkan penurunan sebanyak 30.4 peratus daripdaa bulan yang sama tahun sebelumnya.",
"“Harga purata bagi Lateks Pekat merekodkan penurunan kepada 467.20 sen sekilogram berbanding Jun 2020 (479.90 sen sekilogram). Sebaliknya, Getah Mutu Malaysia 20 menambah kepada 497.86 sen sekg daripada 484.33 sen sekg bagi tempoh yang sama,” kata beliau.",
"Jabatan Perangkaan Malaysia turut melaporkan bahawa penggunaan getah asli di peringkat domestik pada Julai 2020 ialah 46,844 tan metrik, meningkat 5.8 peratus berbanding bulan sebelumnya.",
"Industri pembuatan sarung tangan getah merupakan industri utama dengan penggunaan sebanyak 36,024 tan metrik atau 76.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan domestik, katanya.-Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=29788 | Gelaran Premier boleh diguna pakai setelah diwartakan | [
"Dato Seri Karim Abdul Rahman Hamzah",
"KUCHING: Penggunaan istilah ‘Premier’ bagi merujuk jawatan Ketua Menteri boleh digunakan setelah ia diwartakan secara rasmi oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) kelak.",
"Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dari segi perundangan ia sepatutnya digunakan setelah digazetkan berdasarkan keputusan yang dicapai oleh DUN.",
"“Berdasarkan apa-apa yang telah dipersetujui dan dirumuskan dalam DUN, akan ada proses seterusnya setelah ia diluluskan dalam situasi mana ia perlu dibawa kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, sebelum digazetkan.",
"“Selepas digazetkan (diwartakan) baharulah istilah itu secara rasmi diguna pakai dan satu tarikh akan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri untuk memaklumkan berhubung perkara itu,” katanya ketika ditemui media di bangunan DUN Sarawak di sini, semalam.",
"Beliau berkata demikian bagi mengulas isu mengenai penggunaan istilah ‘Premier’ setelah Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri (Pindaan) 2022 berhubung penggunaan istilah ‘Premier’ bagi mengantikan terma Ketua Menteri diluluskan pada persidangan DUN Selasa lalu.",
"Bagaimanapun tambah ADUN Asajaya itu lagi, secara peribadi beliau berpendapat bahawa istilah ‘Premier’ boleh digunakan serta merta susulan RUU telah diluluskan baru-baru ini.",
"“Bagi saya, jika orang ramai mahu menggelar pemimpin Sarawak dengan panggilan tersebut pun, sudah boleh kerana terdapat ramai rakyat, terutama pengguna media sosial telah menggunakan istilah tersebut,” katanya.",
"Mengulas mengenai tempoh masa yang diambil untuk mewartakan istilah ‘Premier’ dalam perundangan, Abdul Karim berkata ia mungkin mengambil masa antara seminggu mahupun berbulan.",
"Jelasnya, kebiasaannya pewartaan sesuatu perkara dalam perundangan tidak mempunyai tempoh masa yang spesifik, malah kadangkala boleh diwartakan dalam masa sehari sahaja.",
"“Jika kerajaan mahu ia diwartakan dalam masa terdekat, maka ia akan diwartakan terus. Lebih baik ia dipercepatkan, kalau ditunggu berbulan-bulan akan menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat,” katanya.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=38859 | Tarikh baharu undian di Parlimen Baram Isnin ini | [
"MARUDI : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Isnin ini, 21 November 2022 sebagai tarikh pengundian baharu bagi 11 pusat pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi kawasan Parlimen P.220 Baram.",
"Pegawai Pengurus bagi Parlimen Baram, Belayong anak Pok dalam kenyataannya sebentar tadi berkata pasukan yang terlibat akan dihantar semula ke pusat pengundian pada jam 10.00 pagi esok dan ini juga bergantung kepada kedaan cuaca.",
"Katanya, 11 pasukan petugas SPR itu tidak dapat ke lokasi hari ini atas faktor cuaca berkabus tebal hingga memaksa helikopter yang mereka berpatah balik.",
"“Keputusan keseluruhan PRU-15 bagi kawasan Parlimen Baram akan diumumkan sebaik semua peti undi dikembalikan pada hari yang sama iaitu Isnin ini,” katanya.",
"Kawasan pengundian yang terlibat ialah SK Lio Mato ( 2 saluran), SK Long Jekitan ( 1 Saluran), SK Long Luteng ( 1 Saluran), SK Long Moh ( 2 Saluran), SK Long Sait, Long Semiang, Long Banga, Lepo Gah ( 2 saluran) dan SK Long Tungan ( 3 Saluran).",
"Pengundian di kawasan terbabit sepatutnya diadakan hari ini tetapi digantung oleh SPR kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan.",
"Oleh JIKU JUGUONG",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27142 | Kuching City peroleh kemenangan sulung | [
" ",
"IMPIAN untuk pasukan Perak FC mencatat kemenangan di gelanggang sendiri tidak kesampaian apabila tumpas 0-1 kepada Kuching City FC dalam saingan TM Piala Malaysia kumpulan B di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.",
"Ini adalah kemenangan sulung skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim, manakala Perak FC pula merupakan kekalahan ketiga berturut-turut yang kecundang dua kali kepada Terengganu FC.",
"Begitupun perlawanan ini sudah tidak mempunyai sebarang makna buat kedua-dua pasukan yang sudah tersingkir daripada saingan suku akhir.",
"Hanya kemenangan itu pasti memberi kepuasaan kepada Kuching City FC kerana memintas Perak FC dalam kumpulan.",
"Dalam perlawanan tersebut, Mohammad Rafiq Shah muncul wira pasukan The Cats melalui jaringan tunggalnya pada minit ke-71.",
"Raffiq membuat tindakan susulan untuk menolak masuk ke dalam gawang melepasi Mohd Farhan Majid yang terdahulu berjaya menghalang percubaan lawan.",
"Ketua jurulatih Perak, Shahril Nizam dalam sidang media selepas perlawanan berkata pemain mudanya telah bermain dengan baik, namun mendapati diri mereka sukar untuk menembusi barisan pertahanan Kuching City yang kebal.",
"Shahril juga menyatakan bahawa pengalaman pemain Kuching City memberi pasukan tersebut kelebihan dan ianya jelas kelihatan pada malam tersebut.",
"“Pemain-pemain muda saya rasa bermain agak baik tetapi kita tidak dapat diterjemahkan dengan kemenangan pada malam ini.",
"“Kita ada peluang pada babak pertama dan cuba untuk menembusi pertahanan Kuching City namun barisan pertahanan Kuching City amat kebal.",
"“Pengalaman membezakan kita, dan saya harap pemain saya akan mengambil iktibar dari pengalaman ini,” kata Shahril selepas perlawanan.",
"Oleh ADI SAFARMAN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21158 | ATM KOMITED LAKSANA PKP | [
"BAU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited dalam menguatkuasakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menjalinkan kerjasama erat dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam OP Penawar di seluruh Sarawak. Menurut Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli Mustaffa, operasi ini telah bermula 22 Mac tahun lalu. “Seramai 131 anggota Tentera Darat dari pasukan di bawah naungan 1 Divisyen diaturgerak di 16 lokasi seluruh Sarawak (tiga di Kuching, lapan di Sibu, tiga di Miri dan dua di Bintulu) telah ditugaskan untuk operasi sekatan jalan raya (SJR). “Seramai 102 anggota lagi diatur gerak bersama PDRM bagi melaksanakan rondaan berkenderaan (MPV) di 17 lokasi,” jelasnya ketika membuat tinjauan di SJR Suba Buan, Bau semalam. Tambah beliau, seramai 67 anggota terlibat sebagai Tim Pemantauan Pematuhan di 11 lokasi dan yang terbaru ATM juga membantu mengawal rumah panjang ketika pelaksanaan pengesanan kes aktif (ACD) oleh pihak KKM bermula 21 Januari yang lalu. “Seramai 111 anggota diatur gerak ke 19 rumah panjang di Seri Aman, Serian, Sebauh dan Bintulu dengan jumlah keseluruhan 411 anggota dan 10 pegawai sebagai Pegawai Perhubungan. “Penguatkuasaan PKP juga dilaksanakan di pos sempadan seperti di Pos Serikin, Tebedu, Balai Ringin, Lubuk Antu dan Teluk Melano bersama-sama pasukan PGA dan Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya.",
"Oleh ASYRAF HALIM",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=143 | 10 juta topeng muka dibawa masuk dari China | [
"PUTRAJAYA: Sebanyak 10 juta topeng muka daripada China akan dibawa masuk secara berfasa bagi menampung kekurangan bekalan dalam negara berikutan penularan jangkitan Covid-19.",
"Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, secara dasarnya persetujuan telah dicapai dengan kerajaan China dan urus kerja untuk membawa masuk bekalan sedang diurus Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama syarikat penerbangan.",
"“Kami sedang\nmuktamadkan di bawah Kementerian Pengangkutan… akan bermula secepat\nmungkin… urusan sudah dimuktamadkan, fasa\npertama, berapa banyak dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas\nmempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri mengenai Perintah\nKawalan Pergerakan, di sini semalam.",
"Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi mengumumkan harga siling topeng muka atau penutup mulut dan hidung dinaikkan daripada 80 sen kepada RM2 sekeping, selain membenarkan import barangan itu, susulan kekurangan bekalan di pasaran domestik.",
"Mengulas lanjut\nFadillah yang juga Menteri Kerja Raya berkata, sebaik tiba pengagihan penutup\nmulut dan hidung dari China itu akan diurus Agensi Pengurusan Bencana Negara\n(NADMA).",
"“Keutamaan agihan adalah kepada pasukan barisan hadapan, maknanya pihak-pihak yang menguruskan Covid-19, klinik, Kementerian Kesihatan di peringkat kebangsaan dan di peringkat negeri…(selain itu) polis, Imigresen dan tentera yang akan terlibat bersama pasukan barisan hadapan,” katanya.",
"Bekalan baharu itu\nkatanya, hanya akan dibuka kepada pasaran untuk dibeli orang ramai sekiranya\nada lebihan selepas diagihkan kepada pasukan barisan hadapan.",
"Untuk tujuan ini\nbeliau berkata, ia juga akan diurus NADMA dengan kerjasama Pharmaniaga.",
"Mengenai harga siling\nbaharu selepas bekalan baharu itu diperoleh, beliau berkata ia akan dibincang\njawatankuasa yang baharu dibentuk yang dianggotai Kementerian Kewangan,\nKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian\nPengangkutan.",
"Sementara itu,\nmengenai arahan mengehadkan operasi kedai sama ada yang menjual makanan atau\nbarangan keperluan di setiap negeri, Fadillah berkata mesyuarat Jawatankuasa\nMenteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Jumaat lepas memutuskan\nbahawa kuasa mengeluarkan arahan itu diberikan kepada kerajaan negeri.",
"Antara negeri yang\ntelah mengeluarkan arahan mereka sendiri setakat ini ialah Melaka yang\nmengarahkan penutupan kedai makan termasuk pandu lalu, kedai runcit dan kedai\nserbaneka 24 jam dari 7 petang hingga 7 pagi.\n\nSelain itu, Pahang turut\nmengarahkan penutupan kedai makan dan serbaneka 24 jam bermula 7 petang hingga\n7 pagi di lima daerah negeri berkenaan. – BERNAMA\n\n\n\n",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=9468 | Melbourne wajibkan pemakaian penutup hidung, mulut | [
"MELBOURNE: Di sebalik kebanyakan orang ramai kini mula memandang remeh terhadap pemakaian penutup hidung, mulut, pihak berkuasa Melbourne, Australia pula hari ini memaklumkan akan mewajibkan pemakaian peralatan itu di khalayak ramai dalam usaha mengawal penularan Covid-19.Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews berkata lebih lima juta orang di bandar kedua terbesar Australia itu dan kawasan kejiranan diwajibkan mengikut arahan tersebut bermula tengah malam Rabu.",
"Katanya, orang awam perlu pemakai penutup hidung, mulut sebaik sahaja keluar dari rumah masing-masing.Tambah beliau, bandana dan selendang juga diterima sebagai penutup muka sehingga negara itu dapat meningkatkan pembekalan pelitup muka.",
"Mana-mana individu yang gagal mematuhi arahan baharu itu akan berdepan denda sekurang-kurangnya AS$140 (RM597).Setakat ini, bandar Victoria, Melbourne merekodkan hampir 3,000 kes aktif Covid-19 selepas 363 lagi kes dikesan pada Ahad meskipun perintah berkurung dilaksanakan.-AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=18801 | Sarawak eksport midin, ikan ke Singapura | [
"Katanya, Kerajaan Sarawak memberikan perhatian khusus kepada sektor pertanian bagi kawasan Machan dengan memperkenalkan pelbagai cara moden dalam membantu golongan petani meningkatkan pendapatan mereka.",
"“Para petani di sini dekat dengan Lapangan Terbang Sibu memberikan peluang kepada mereka untuk mengeksport hasil pertanian ke Singapura.",
"“Begitu juga Jalan Kanowit-Song-Kapit yang akan mengubah Kanowit dan mengembangkan sektor pertanian di Machan ini.",
"“Pada musim buah-buahan seperti durian, dabai dan sebagainya, sudah pasti sektor pendapatan golongan ini akan bertambah berbanding sebelum ini dengan adanya hubungan jalan raya sehingga ke Ulu Mujong, Kapit,” ujarnya.",
"Ujarnya, beliau sudah meluluskan untuk membina sebuah pasar baharu di Kanowit bagi menambah pasar yang sedia ada.",
"“Baru tiga minggu lalu, saya sudah meluluskan pembinaan sebuah pasar baharu untuk Kanowit yang akan dilaksanakan melalui Majlis Daerah Kanowit (MDK).",
"“Ini kerana saya percaya bahawa pada musim buah-buahan, Kanowit akan menjadi tumpuan orang luar yang gemar makan buah-buahan atau hasil penanaman yang lain seperti durian dan dabai,” ujarya.",
"Pada majlis perasmian tersebut, Abang Johari turut meluluskan pembinaan Projek Jalan Ulu Machan dibawah Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) tanpa menyebut kosnya dan pembinaan Tebingan Pekan Machan sebanyak RM3 juta dibawah pelaksanaan MDK.",
"Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dr. Annuar Rapa’ee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong dan Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Dr. Alvin Chai.",
"• SAMBUNGAN DARI HALAMAN 1",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23886 | Pekan Marudi ‘tenggelam’ semalam | [
"MARUDI : Pekan Marudi dan beberapa kawasan kampung sekitar Marudi ditenggelami air semalam meskipun tidak berlaku hujan.",
"Tinjauan Utusan Sarawak mendapati kawasan pekan turut tidak terkecuali menerima limpahan air ekoran limpahan air dari bahagian Ulu Baram yang mulai surut.",
"Turut tidak terkecuali menerima limpahan air hingga menenggelamkan permukaan jalan di hadapan pasar raya yang menjadi tumpuan pelanggan.",
"Dalam pada pada itu Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6, Law Poh Kiong dalam kenyataannya, beberapa anggota bomba dari Skuad Alpha Balai Bomba dan Penyelamat Marudi sedang giat melakukan pemantauan di kawasan dan kampung yang terjejas banjir.",
"Jelasnya air semakin naik di beberapa kawasan perkampungan Melayu di tebingan Sungai Baram, seperti Kampung Narum di mana air sudah memasuki ruang bawah rumah dan di atas jakan raya namun masih dapat dilalui pelbagai kenderaan.",
"Empat rumah di kawasan Kampung Narum Hilir mencatat aras air sedalam dua hingga tiga kaki namun masih terkawal.",
"Kampung-Kampung lain yang terjejas banjir ialah Kampung Baru, Kampung Ridan dan Kampung Dagang.",
"Sementara Kampung Dato Zain Galau kenaikan air menjejaskan ruang tingkat rumah sekitar setengah kaki.",
"Oleh JIKU JUGUONG",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=33141 | Hayati makna sebenar hijrah | [
"TAKLIMAT Fasilitator dan juga pengiring bagi Kursus Kembara Hijrah sedang mendengar taklimat daripada urussetia BPP MIS.",
"SAMBUTAN Maal Hijrah adalah tanda memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah.",
"Penghijrahan tersebut membawa kepada peristiwa penyatuan kaum Muhajirin dan Ansar.",
"Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP MIS), Datu Dr. Julaihi Bujang berkata, BPP MIS telah merangka satu program bagi belia Islam untuk menghayati makna hijrah Rasullah SAW.",
"“Apabila mereka menghayatinya lalu perkara tersebut secara sendirinya akan diaplikasikan dan digunakan dalam kehidupan harian,” katanya kepada Utusan Sarawak.",
"Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Kursus Induksi Kembara Hijrah yang diadakan di Hotel Waterfront bersempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak 2022, di sini, semalam.",
"Sementara itu beliau berharap kembara ini mampu mengeratkan hubungan antara belia dan para kariah masjid supaya masjid boleh menjadi pusat tumpuan bagi komuniti Islam melakukan aktiviti kemasyarakatan.",
"“Saya berharap supaya Kembara Hijrah setelah dua tahun tidak diadakan mampu menarik minat belia setempat untuk mengikuti program yang bakal diadakan di lima masjid di bahagian Samarahan, agar objektif Kembara Hijrah ini tercapai,” tambahnya.",
"Dr. Julaihi juga berkata, bantuan fasilitator yang secara sukarela mahu terlibat dalam Kembara Hijrah ini amatlah dihargai.",
"Katanya, ini kerana dalam kalangan fasilitator ini, terdapat juga guru-guru yang sudah bersara tetapi masih sedia untuk menyumbang bakti mereka kepada komuniti setempat.",
"“Tanpa bantuan daripada pihak fasilitator, adalah sukar buat BPP MIS berhubung dengan pihak masjid yang telah terpilih untuk diadakan Kembara Hijrah ini.",
"“Kebanyakan fasilitator dan pengiring adalah mereka yang berasal daripada kawasan yang sama yang mana Kembara Hijrah diadakan,” jelasnya.",
"Antara masjid yang terpilih untuk Kembara Hijrah anjuran BPP MIS adalah Masjid An Najah, Asajaya, Masjid Nurul Islam, Kampung Pinang, Masjid Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, Sadong Jaya, Masjid Baru Sebuyau, Sebuyau dan Masjid Darul Taqwa, Kampung Muara Tuang.",
"Untuk rekod, pada 16 dan 17 Julai 2022, lima masjid yang terpilih tersebut akan mengadakan aktiviti-aktiviti berserta beberapa bengkel yang menarik kepada peserta.",
"Oleh FARAEN RAZANI",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=12438 | Mahkamah tolak permohonan Najib batalkan pertuduhan | [
"KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan pertuduhan meminda laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya bersama-sama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.",
"Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pertuduhan terhadap Najib, 67, tidak mengelirukan seperti didakwa bekas perdana menteri itu.",
"“Alasan-alasan diberikan oleh pemohon (Najib) sepatutnya hanya dipertimbangkan pada akhir kes pendakwaan. Masih terlalu awal untuk mahkamah menimbangkan alasan berkenaan (untuk membatalkan pertuduhan) pada peringkat ini,” katanya.",
"Najib, 67, memohon dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan meminda Laporan Audit 1MDB yang pertuduhan itu didakwanya tidak berasas dan bersifat menindas.",
"Ahli Parlimen (MP) Pekan itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB yang telah dimuktamadkan Ketua Audit Negara, sebelum laporan itu ‘sekali lagi dimuktamadkan’ dan dibentangkan di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya.",
"Najib didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 22 dan 26 Februari 2016.",
"Beliau dituduh mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.",
"Sementara itu, Arul Kanda, 44, dituduh bersubahat dengan Najib membuat pindaan terhadap laporan itu bagi melindungi MP Pekan itu daripada tertakluk kepada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, pada masa dan di tempat sama, selaras Seksyen 28 (1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) dan 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=9648 | Kane jejas peluang Leicester | [
"JOSE Mourinho semalam memberi amaran kepada Harry Kane bahawa hubungannya yang “istimewa” dengan Tottenham Hotspur bermaksud ia sudah pasti tidak seronok untuk bermain dengan kelab lain.",
"Kane menjaringkan dua gol hebat ketika Tottenham meningkatkan usaha mereka untuk layak ke Liga Europa dengan kemenangan 3-0 ke atas Leicester di London utara semalam.",
"Kapten England itu kini telah menjaringkan enam gol sejak Liga Perdana Inggeris disambung semula dan 13 dalam 18 perlawanan di bawah kendalian Mourinho.",
"Mourinho percaya bahawa ikatan dengan Tottenham menjadikan Kane sebagai pemain yang ada sekarang.",
"“Saya rasa semua orang menganggap dia pemain hebat dan Tottenham sangat beruntung memilikinya kerana dia seorang pemain, orang dan anak Tottenham,” kata Mourinho.",
"“Semua ini menjadikannya benar-benar pemain istimewa untuk kita yang mungkin tidak begitu istimewa bermain untuk pasukan lain. Dia benar-benar istimewa untuk kita, dia benar-benar istimewa untuk Tottenham.",
"“Sudah tentu kami mahu dia gembira dan untuk dia merasa gembira dia menginginkan kemenangan, menjaringkan gol, dan saya sangat gembira setelah kecederaan yang sangat sukar dia datang ke arah di mana dia akan mengakhiri musim dengan sempurna.",
"“Semoga awal musim depan dia akan menjadi lebih baik.”",
"Anak buah Mourinho berada di tempat keenam dengan hanya satu perlawanan lagi di Crystal Palace hujung minggu depan.",
"Kane menjaringkan dua kali sebelum rehat setelah gol sendiri James Justin, membolehkan Tottenham mencatat kemenangan ketiga berturut-turut.",
"Leicester yang berada di kedudukan keempat mungkin harus berpuas hati dengan kelayakan ke Liga Europa setelah mengalami kekalahan menghampakan.",
"Mereka kekal saman mata dengan pasukan tempat kelima Manchester United yang bermain kurang satu perlawanan melawan West Ham pada hari Khamis.",
"Leicester kini hampir pasti harus mengalahkan United pada hujung minggu terakhir musim ini. – AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=17273 | Empat sekeluarga rentung | [
"DEBAK: Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak rentung dalam kejadian kebakaran sebuah kedai runcit di Kampung Melayu Dit Debak, dekat sini awal pagi semalam.",
"Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, PPgB Vincent Baling Yabi berkata, kesemua mangsa ditemui mati oleh anggota bomba ketika melakukan pemadaman sisa kebakaran.",
"Katanya pihaknya menerima laporan sekitar jam 2.47 pagi berhubung kejadian kebakaran di Kampung Melayu Dit itu menerusi panggilan MERS 999.",
"“Sebuah kedai runcit berstruktur jenis tidak kekal tersebut telah terbakar 100 peratus.",
"“anggota dari BBP Betong yang tiba bertindak memadam sisa-sisa api dan menemui keempat-empat mangsa di lokasi kejadian,” jelasnya menerusi satu kenyataan kepada media semalam.",
"Vincent berkata berdasarkan maklumat awal, kesemua mangsa dikenal pasti sebagai Sirin Yusuf, 60 tahun, Rosni Sari, 23 tahun, Dayang Ina Eset, 10 tahun, dan Dayang Ina Arrohan, 6 tahun.",
"Susulan itu katanya, kesemua mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.50 pagi.",
"Terdahulu, operasi menyelamat melibatkan seramai sembilan anggota BBP Betong serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Debak.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=46963 | Peringkat awal penyerahan Sarawak | [
"SALAH satu peristiwa penting dalam sejarah Sarawak pada Julai adalah penyerahan Sarawak. Penyerahan Sarawak atau lebih dikenali sebagai ‘cession’ berlaku selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Penyerahan ini berkait dengan usaha memindah kedaulatan Sarawak dari pemerintahan Brooke kepada pihak koloni British.",
"Usaha pemindahan kedaulatan ini bukannya baharu, dan ia telah disuarakan sejak sebelum perang lagi. Ia semakin dimantapkan apabila berlangsungnya perang. Raja Vyner Brooke pula tidak lagi berminat meneruskan pentadbiran di Sarawak dengan memberi alasan kesan perang menyukarkan Sarawak dibangunkan. Beliau juga tidak mahu menyerahkan takhta kerajaan kepada anak buahnya iaitu Anthony Brooke.",
"UTUSAN RAJA",
"Bagi menjayakan usaha penyerahan ini, maka pada awal Januari 1946, Mac Bryan dihantar oleh Raja Vyner Brooke untuk berjumpa dengan pembesar Melayu dalam Majlis Tertinggi. Mac Bryan membawa wang dan surat untuk ditandatangani oleh pembesar-pembesar Melayu ini. Kesemua pemimpin Melayu dalam majlis itu, bersetuju menandatangani surat berkenaan kecuali Datu Patinggi Abang Abdillah.",
"Datu Patinggi Abang Abdillah mengesyaki Mac Bryan cuba menyogok beliau dan pembesar Melayu lain dengan wang yang dibawanya. Sebaliknya Mac Bryan menyatakan bahawa wang itu sebagai hadiah kepada Datu Patinggi Abdillah dan pembesar Melayu lain semasa kesusahan zaman perang. Namun demikian Datu Patinggi Abdillah menyerah semula wang itu kepada Pasukan Pentadbir Hal Ehwal Awam British Borneo dan menganggap ia sebagai sogokan.",
"Datu Patinggi Abang Abdillah telah menghantar surat pada 4 Januari 1946 kepada Lt. Kol. C. A. Gascoigne dari Pasukan Hal Ehwal Awam British Borneo di Kuching tentang kedatangan Mac Bryan. Beliau menyatakan surat dibawa oleh Mac Bryan adalah meragui walaupun surat itu ditandatangani oleh Raja Vyner Brooke. Kandungan dalam surat itu juga tidak jelas menyebabkan beliau tidak menandatangi surat terbabit. Mac Bryan juga memesan kepada beliau supaya merahsiakan hal ini daripada pengetahuan pegawai barat yang lain.",
"PUJUKAN",
"Namun demikian Datu Patinggi Abang Abdillah terpaksa menandatangi surat tersebut setelah Datu Amar dan Datu Menteri berjumpa dengan beliau. Ini kerana Datu Patinggi Abang Abdillah risau akan keselamatan diri jika tidak menandatanganinya. Tambahan daripada itu, Mac Bryan menyatakan bahawa jika Datu Patinggi Abang Abdillah tidak menandatangani surat ini, maka Raja Vyner Brooke tidak akan kembali ke Sarawak.",
"Pada 6 Februari 1946, Raja Vyner Brooke mengumumkan tentang penyerahan Sarawak kepada penduduk Sarawak. Dalam pengumuman ini, beliau menyatakan bahawa rakyat Sarawak akan menjadi rakyat Raja England. Tujuan penyerahan ini adalah untuk kepentingan rakyat Sarawak.",
"Pengumuman Raja Vyner Brooke ini mengejutkan Datu Patinggi Abang Abdillah. Beliau juga amat kecewa apabila utusan Raja Vyner Brooke yang datang sebelum ini menyatakan bahawa semua ahli Majlis Tertinggi bersetuju dengan penyerahan berdasarkan surat ditandatangani. ",
"PENJELASAN",
"Apabila Raja Vyner Brooke dan Rani Sylvia kembali ke Sarawak pada April 1946, beliau disambut meriah oleh penduduk Sarawak. Berita mengenai penyerahan berlegar di Sarawak. Oleh itu apabila beliau melawat kampung-kampung Melayu di Kuching, beliau terkejut dengan poster dan sepanduk membantah penyerahan. Poster dan sepanduk ini mahukan pemerintahan Brooke disambung. Hal ini mengundang kemarahan Rani Sylvia.",
"Hal ini cuba dibetulkan oleh Raja Vyner Brooke dengan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi pada 24 April 1946. Beliau memberi beberapa alasan dan kebaikan mengapakah penyerahan ini penting dilakukan. Pertama bagi beliau adalah penyerahan ini tidak akan menganggu adat-adat penduduk Bumiputera. Kedua beliau akan melawat Sarawak seperti biasa selepas penyerahan. Ketiga, pemerintahan British akan membantu kemajuan Sarawak. Terakhir pula beliau tidak percaya kepada Anthony Brooke untuk memimpin Sarawak.",
"Alasan diberi oleh Raja Vyner Brooke ini tidak memberi kesan kepada bantahan penyerahan dalam kalangan penduduk yang anti-penyerahan. Golongan anti-penyerahan terus memainkan peranan mereka untuk menentang penyerahan termasuk menolak penyerahan dalam pengundian Council Negeri yang berlangsung Mei 1946. Walaupun mereka gagal dalam pengundian Council Negeri itu, tetapi undi menolak penyerahan lebih banyak dalam kalangan ahli Bumiputera.",
"BANTAHAN",
"Bantahan terhadap penyerahan ini tidak tamat dalam Council Negeri, tetapi berterusan kepada hari penyerahan. Datu Patinggi Abang Abdillah dan perwakilan orang Dayak memulau hari penyerahan pada Julai 1946. Datu Patinggi Abang Abdillah juga menolak untuk berjumpa dengan wakil British iaitu Pesuruhjaya Khas British ke Asia Tenggara, Malcom MacDonald. ",
"Selepas upacara penyerahan tamat, Malcom MacDonald melakukan lawatan ke kampung-kampung Melayu di Kuching. Malangnya lawatan beliau ini tidak mendapat sambutan. Penduduk kampung tidak mengadakan sebarang acara sambutan dengan pintu dan tingkap rumah ditutup, dan keadaan menjadi suram dan senyap sepi.",
"Sementara itu pemangku Gabenor, C.W. Dawson mendesak Datu Patinggi Abang Abdillah untuk mengangkat sumpah taat setia kepada kerajaan baharu. Datu Patinggi Abang Abdillah menolak desakan ini walaupun Dawson menggugut untuk menarik keahlian beliau dalam Majlis Tertinggi dan Council Negeri. ",
"Datu Patinggi Abang Abdillah tidak keseorangan dalam perjuangan menentang penyerahan. Beliau mendapat sokongan kuat daripada Persatuan Melayu Sarawak (PMS). Presiden PMS iaitu Abang Zaini meminta ahli-ahli persatuan itu untuk tidak menaikkan dan mengibar bendera Union Jack dalam sebarang upacara terutama di sekolah-sekolah. Tindakan beliau ini menimbulkan kemarahan Dawson tetapi tidak boleh berbuat apa-apa. ",
"Sebelum penyerahan, PMS telah menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Koloni British George Hall tentang hal penyerahan. Mereka menyatakan bahawa penduduk tempatan tidak dimaklumkan mengenai penyerahan ini. PMS berharap hubungan antara Sarawak dan British dikekalkan seperti dalam perjanjian 1888. Dalam hal ini juga PMS menekankan tentang perlu perlembagaan 1941 dilaksanakan untuk memindah kuasa kepada badan eksekutif dan perundangan di Sarawak.",
"Semangat menentang penyerahan mula kelihatan di Sibu apabila Gabenor baharu Sarawak, Charles Noble Arden-Clarke melakukan lawatan ke bandar itu pada penghujung 1946. Lawatan beliau ke Sibu disambut dengan poster-poster anti-penyerahan. Oleh sebab itu pihak polis merampas dan mengoyak poster anti-penyerahan termasuk poster berbunyi “We Want Anthony Brooke as Raja Sarawak”.",
"REAKSI LUAR SARAWAK",
"Penduduk Sarawak di luar Sarawak juga menunjukkan simpati atas perjuangan pihak anti-penyerahan. Malah penduduk Sarawak di Tanah Melayu menyatakan bantahan ke atas usaha mengubah status Sarawak sebagai tanah jajahan British. Mereka meminta diadakan pungutan suara untuk menentukan penyerahan itu. Mereka juga terkejut dengan tindakan negara demokrasi seperti British menawan sebuah negara yang telah merdeka.",
"Bekas Setiausaha Sarawak iaitu F. F. Boult memaklumkan Parlimen British bahawa penyerahan Sarawak ini perlu diteliti semula sama ada diterima oleh penduduk Bumiputera atau sebaliknya. Ini kerana menurut beliau kebanyakan yang menentang penyerahan dalam pengundian dalam Council negeri adalah dalam kalangan ahli Bumiputera.",
"Sultan Ahmad Tajuddin dari Brunei pula melahirkan rasa simpati baginda dengan nasib penduduk Sarawak menentang penyerahan. Baginda merasakan bahawa penyerahan Sarawak perlu juga dirujuk kepada baginda kerana Sarawak sebelum ini sebahagian dari Brunei. Beliau menambah bahawa pemerintahan terdahulu perlu diteruskan kerana Brunei telah melantik Raja Brooke sebagai pemerintah Sarawak ketika itu.",
"Secara keseluruhannya bahawa penyerahan Sarawak kepada British merupakan episod yang membawa kepada kebangkitan kesedaran penduduk Sarawak tentang kedaulatan Sarawak ketika itu. Malah usaha mereka mendapat simpati penduduk luar Sarawak.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=39814 | Rumah pekerja musnah terbakar | [
"KUCHING: Sebuah rumah pekerja jenis tidak kekal musnah 100 peratus dalam kebakaran di Jalan Datuk Stephen Yong awal pagi tadi.",
"Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 2.25 pagi.",
"Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dikerahkan ke lokasi kejadian.",
"Pasukan Bomba yang tiba bertindak memadam kebakaran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.",
"Katanya, operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 2.57 pagi tadi.",
"Punca serta anggaran kerugian masih disiasat.",
"Oleh Mohd Neenatul Aizal",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=25365 | Polis kesan pemandu kereta rempuh motosikal | [
"LUMUT: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang bertindak melarikan diri selepas kereta dipandunya merempuh enam motosikal di Kilometer (KM) 4, Jalan Kampung Acheh, Sitiawan dekat sini, kelmarin, sehingga menyebabkan tiga lelaki maut di tempat kejadian.",
"Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata, dalam kejadian yang berlaku pada 5.30 petang itu, lelaki berumur 38 tahun berkenaan, yang menaiki kereta jenis Proton Preve, turut meninggalkan dua rakannya yang cedera, seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya berusia 24 tahun, di lokasi kejadian.",
"Beliau berkata, kedua-duanya telah menerima rawatan di Hospital Seri Manjung, bagaimanapun lelaki itu ditahan reman sehingga Selasa kerana didapati positif dadah jenis methamphetamine, manakala wanita yang juga guru tadika itu dilepaskan.",
"“Akibat pelanggaran itu juga, tiga orang, iaitu dua penunggang dan seorang pembonceng motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat lagi penunggang motosikal cedera parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya, ketika dihubungi di sini semalam.",
"Tiga lelaki yang maut ialah penunggang motosikal Mohd Suhail Zainal, 22, bersama pembonceng, Hasrandy Bahrum, 27, kedua-duanya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, manakala seorang lagi penunggang motosikal Mohd Nur Hisham Hassan, 29, berasal dari Kuantan, Pahang.",
"Empat lagi penunggang motosikal, kesemuanya lelaki, turut mengalami cedera parah dan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.",
"Nor Omar berkata siasatan awal mendapati kereta berkenaan dipandu dari arah Lekir menghala ke Kampung Acheh, manakala enam mangsa tersebut yang kesemuanya adalah pekerja kilang di sebuah syarikat minyak dan gas di Kampung Acheh, dari arah bertentangan. — Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=34325 | Program Mansang Anak Sarawak bentuk pemimpin masa depan | [
"ALBUM… Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Persekutuan Datuk Hasbi Habibollah dan LukanismanAwang Sauni rakam album bersama peserta di Jati Diri Farmstay di Bekenu, semalam. • Foto UGIR LIU",
"SIBUTI : Program Mansang Anak Sarawak anjuran Sukarelawan Sarawak berjaya mengumpul seramai 30 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Sarawak di seluruh negara.",
"Program tiga hari yang diadakan di Jati Diri Farmstay di Bekenu sejak semalam bertujuan mendedahkan peserta mengenai dasar terkini negara, selain memupuk bakat mereka dan meningkatkan jaringan antara satu sama lain.",
"Antara yang hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar persekutuan Datuk Hasbi Habibollah merangkap Ahli Parlimen Limbang dan Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni.",
"Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman, dalam ucapan perasmiannya semasa sesi bersama para peserta memuji acara itu kerana beliau percaya ia membantu untuk membentuk pemimpin masa depan Sarawak.",
"“Pemimpin semasa memainkan peranan penting untuk membantu membangunkan bakat generasi muda kita dalam kepimpinan untuk merapatkan jurang dan bersedia untuk masa depan,” katanya.",
"Sementara itu, tambahnya, Sukarelawan Sarawak merupakan platform sukarelawan belia yang telah dibentuk pada 2018.",
"“Antara inisiatif lain yang dijalankan oleh Sukarelawan Sarawak dengan sokongan kerajaan Sarawak ialah Graduan Pulang Sarawak (i-GPS),",
"“Inisiatif Kebajikan Anak Sarawak (1-KAS) dan Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS),” jelasnya.",
"Tahun ini, LBAS dijadualkan diadakan pada 15 Oktober di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) di Kuala Lumpur.",
"Oleh UGIR LIU",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=46056 | Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 8-14 Jun | [
"KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh 8 hingga 14 Jun ini, menurut Kementerian Kewangan (MoF).",
"MoF dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada paras RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).",
"“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.",
"Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=20384 | Projek penanaman pokok pulihara Bung Jagoi | [
"Peterson & Control Union melaksanakan projek tanggungjawan sosial korporat bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 tahun ini.",
"Organisasi berkenaan membiayai projek yang dipanggil called “Retaining Forest and Culture in Jagoi Heritage Forest, Sarawak” dengan kerjasama Jagoi Area Development Committee (JADC) and WWF-Malaysia.",
"Difahamkan bahawa projek ini akan berlangsung selama enam bulan.",
"Di dalam projek ini, kawasan terhakis seluas 1.8 hektar di Hutan Warisan Jagoi akan dipulihara menerusi penanaman 100 spesies pokok seperti Meranti (Shorea spp.), Kapur (Dryobalanops beccarii), Gaharu (Aquilaria beccariana),Belian (Eusideroxylon zwageri), Selangan batu pinang (Shorea havilandidi) dan beberapa spesies tempatan yang lain.",
"Anak-anak benih untuk projek ini disumbangkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak sebagai sokongan mereka terhadap pemuihan landskap hutan di Sarawak.",
"Projek telah bermula pada 12 Disember tahun ini dan disertai oleh wakil-wakil dari JADC dan WWF-Malaysia. ",
"Turut hadir ialah James Lopaz Luhum dari Peterson and Control Union, Timbalan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak , Jack Liam; Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak, Andrew Cheng dan Pegawai Pentadbir Negeri dari Pejabat Daerah Bau, Eddy Nayoi.",
"Menurut Pengurus Besar Peterson & Control Union (Malaysia), Mr Supun Sachithra Nigamuni, syarikat berkenaan amat teruja dapat menyokong JADC dan WWF-Malaysia dari aspek kewangan bagi menjayakan projek ini.",
"“Kami dapat memberi impak global dengan menyokong projek tempatan,” kata beliau yang tidak dapat datang ke Sarawak untuk menyertai acara ini.",
"Untuk rekod, Peterson & Control Union merupakan syarikat yang menguruskan logistik, kualiti, pensijilan dan pengurusan risiko.",
"Sementara itu, Pengerusi JADC, Profesor Dr Gabriel Tonga Noweg menyebut bahawa Hutan Warisan Jagoi atau lebih dikenali sebagai Bung Jagoi merupakan tapak warisan Bidayuh di Jagoi, dalam daerah Bau.",
"Penduduk tempatan mengenali kawasan ini sebagai lokasi riadah, terutama aktivitimendsaki bukit. Malah pada hari berkenaan, beberapa pendaki yang kebetulan berada di situ turut serta di dalam aktiviti penanaman pokok.",
"“Sebagai satu daripada lima tapak di Malaysia yang melaksanakan the IUCN (International Union for Conservation of Nature) Kawasan Senarai Hijau Terlindung dan Dipulihara, kita harap dapat mendedahkan usaha komuniti Bung Jagoi sebagai penjaga hutan di Sarawak,” kata beliau.",
"Dr. Gabriel juga menyebut bahawa JADC sekarang ini sedang di dalam proses membangunkan pelan pengurusan jangka panjang untu Hutan Warisan Jagoi.",
"Sebahagian daripada pelan yang dirancang termasuklah melaksanakan pelbagai kajian tentang kesihatan hutan, tapak pelancongan yang berpotensi dimajukan, penilaiann sumber-sumber sedia ada dan kapasiti bekalan untuk produk bukan balak seperti rotan.",
"Ketua Program Pemuliharaan Sarawak, WWF-Malaysia, Dr. Jason Hon pula berkata hutan Bung Jagoi bukan sahaja menyediakan keperluan untuk komuniti tempatan tetapi sekarang ia adalah lokasi popular untuk orang awam secara keseluruhan. Menerusi usaha penduduk di sini, orang awam akan menikmati hutan yang indah. ",
"Menurut beliau, berselang masa, sebahagian kawasan telah terjejas dan projek ini bertujuan mempertingkat dan memulihara liputan hutan.",
"“Kita berterima kasih kepada mereka yang menyokong kita, terutama komuniti Bung Jagoi, di dalam memulihara Hutan Warisan Jagoi. Bersama-sama kita terus memberi impak positif, kepada alam sekitar dan orang ramai,” tambah beliau. –WWF-Malaysia",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=17997 | Lelaki ‘gelang merah jambu’ ditahan ketika makan | [
"KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang memakai ‘gelang merah jambu’ ditahan selepas disyaki melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) COVID-19 dengan makan di sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri, Rawang malam kelmarin Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan di hadapan restoran itu sekitar 7.30 malam setelah menerima aduan daripada orang awam.",
"“Semakan mendapati lelaki berkenaan diarahkan menjalani kuarantin di rumah bermula semalam hingga 16 Oktober depan selepas ujian saringan Covid-19 di KLIA2 (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2) dan keputusan (ujian saringan) masih belum diterima,” katanya ketika dihubungi semalam.",
"Beliau berkata, lelaki itu akan direman hari ini (5 Oktober) bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu sebarang perbuatan yang dilakukan menyebabkan merebaknya penyakit yang membahayakan kepada nyawa.",
"Selain itu, katanya siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 8) 2020.",
"“Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi perintah menjalani kuarantin yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan bagi memastikan keselamatan mereka, keluarga serta orang lain. Perbuatan ini juga boleh menggusarkan masyarakat sekitar, “ katanya.",
"Terdahulu, tular di media sosial gambar menunjukkan sepasukan anggota polis menjalankan pemeriksaan ke atas seorang lelaki di hadapan sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri. -Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
Subsets and Splits